You are on page 1of 4

ROSMAWATI BT HASAN (PPG MT-1)

REFLEKSI INTERAKSI KE-2 Berasaskan kepada pengalaman anda semasa menghasilkan bahan media 2D atau 3D untuk kegunaan dalam pengajaran pembelajaran di bilik darjah, sila kongsikan cabaran yang anda lalui semasa proses menghasilkan bahan tersebut. Pada pandangan anda adakah hasil kerja anda itu dapat membantu pelajar mencapai hasil pembelajaran yang sepatutnya mereka perolehi, mengapa anda menyatakan demikian.

Pengenalan:

Pelbagai jenis bahan 2 dan 3 dimensi (2D dan 3D) yang dapat membantu pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan ini adalah bahan yang biasa digunakan sehingga kita tidak memberi perhatian kepada nilai kepentingan bahan ini kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan ini akan merangsang pelajar untuk menggunakan pelbagai deria pelajar dalam pembelajaran mereka. Antara bahan tersebut termasuklah bahan bercetak, graf, carta , model dan objek sebenar. Proses pengajaran dan pembelajaran dengan bantuan bahan 2D dan 3D melibatkan penggunaan pelbagai deria pelajar.

Pengertian Bahan 2 Dimensi (2D)

Bahan-bahan 2D merujuk kepada bahan yang mempunyai 2D seperti lebar dan panjang. Bahan ini adalah leper dan tidak direka bentuk untuk memberikan kedalaman. Antara contoh bahan 2D termasuk gambar, bahan bercetak dan poster yang hanya mempunyai dua ciri, iaitu lebar dan panjang. Jenis Bahan 2 Dimensi (2D)

Dalam perkembangan teknologi dan bahan digital, banyak guru dan pendidik kurang memberikan nilai kepada bahan pengajaran 2D yang ada kalanya percuma dan ada pula yang murah. Ada antara bahan pengajaran ini boleh diperoleh dengan kos yang rendah atau tanpa kos untuk digunakan dalam bilik darjah. Antara bahan 2D yang dimaksudkan termasuk: 1. 2. Bahan bercetak Carta

3. Graf

ROSMAWATI BT HASAN (PPG MT-1)


4. Poster

5. Gambar dan Peta

Bahan Tiga Dimensi (3D)

Bahan 3D merujuk kepada bahan yang mempunyai panjang, lebar dan ketinggian. Bahan 3D mendeskripsi sesuatu imej sebagai mempunyai persepsi kedalaman. Objek 3D terdiri daripada pelbagai bentuk seperti kuboid, kon, kiub, sfera , model-model, diorama, dan realia.

Bahan 3D dibina dan digunakan untuk membantu pelajar memahami dunia kini dan dahulu. Bahan ini memberikan pelbagai jenis pengetahuan berbanding dengan bahan-bahan bertulis atau lisan. Objek 3D boleh menyokong bahan lain seperti buku teks dan menyumbang kepada pengalaman konkrit selain memberikan rangsangan untuk kreativiti dan ekspresi.

ROSMAWATI BT HASAN (PPG MT-1)

kekangan masa

sukar memperolehi bahan 3D di pasaran

kos yang tinggi Cabaran dan pengalaman yang dihadapi dalam menghasilkan bahan pengajaran 2D dan 3D

persediaan awal

kesesuaian dengan tahap kebolehan murid

tempat penyimpanan yang terhad

ROSMAWATI BT HASAN (PPG MT-1)

Pembelajaran berlaku dengan lebih sempurna kerana murid dapat belajar daripada penggunaan bahan-bahan yang sebenar

penglibatan aktif muridmurid dalam aktiviti pembelajaran

Keberkesanan Penggunaan Bahan 2D dan 3D dalam pd p

menarik minat murid untuk mengikuti pengajaran guru

meningkatkan pemahaman murid terhadap sesuatu konsep yang disampaikan oleh guru

You might also like