You are on page 1of 7

Merokok dan pengunaan tembakau masih menjadi isu penting yang dihadapi oleh masyarakat Malaysia hari ini.

Adakah kita telah bertindak sewajarnya terhadap cabaran ini untuk mencipta masa depan yang bebas tembakau? Mengenai pernayataan di atas, saya berpendapat bahawa kita masih belum bertindak secara berkesan untuk mengurangkan kadar penggunaan rokok dalam masyarakat Malaysia. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia pada 12 Jun 2012, 40% (4.7 juta) daripada semua lelaki di Malaysia adalah perokok, tetapi kurang daripada 1% wanita yang merokok di Malaysia. Lebih teruk lagi, 7.6 juta orang dewasa adalah perokok pasif dalam rumah. Bagi perokok tegar yang merokok setiap hari, hanya 9.5% yang berjaya berhenti merokok.[1] Langkah-langkah yang telah dijalankan oleh kerajaan Kementerian Kesihatan telah memulakan kempen Tak Nak Merokok dari tahun 2004 hingga 2010 yang memakan perbelanjaan sebanyak RM 100 juta. Poster kempen telah diletakkan di pelbagai tempat seperti papan iklan, televisyen dan radio tetapi langkah ini telah dibuktikan sebagai gagal setelah kempen ini tamat. Berdasarkan laporan dari Kawalan Tembakau Antarabangasa (ITC) Malaysia, sebanyak 93% orang dewasa mengetahui kempen ini. Tetapi bilangan perokok yang berhenti merokok disebabkan oleh iklan-iklan kempen ini adalah tidak jelas.[2] Malah pada tahun 2005, Dr Chua Soi Lek, Menteri Kesihatan pada masa itu, pula menyatakan bahawa tiada petunjuk bahawa bilangan perokok telah dikurangkan sejak kempen Tak Nak Merokok dimulakan pada Februari 2004. Menurut kajian yang dijalankan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM)

pula, umur remaja yang merokok menjadi semakin muda. Misalannya, 21% daripada remaja berumur 15 tahun adalah perokok manakala 45.5% daripada remaja berumur 18 tahun adalah perokok.[3] Menurut laporan kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Sains Perubatan Malaysia pula, Program Kawalan Tembakau Kebangsaan yang dimulakan sejak 1993 di Malaysia telah berjaya mengurangkan perokok remaja tetapi kesan terhadap penghentian rokok dalam kalangan remaja adalah tidak berkesan.[4] Sejak 2004 juga, Peraturan Kawalan Produk Tembakau yang diluluskan oleh kerajaan telah mengharamkan kebanyakkan cara pengiklanan syarikat tembakau yang secara langsung atau tidak langsung tetapi paparan kotak-kotak rokok di belakang juruwang kedai masih sah di sisi undang-undang. Walau bagaimanapun, selepas 5 tahun, sebanyak 20% dalam kalangan perokok dewasa masih dapat melihat iklan-iklan yang menggalakkan mereka merokok. Iklan-iklan tersebut dapat dilihat di kedai kopi, penjaja, dan pusat-pusat karaoke. Walaupun syarikat tembakau dihentikan daripada menaja manamana acara, sebanyak 19% perokok dewasa dapat melihat jenama syarikat tembakau yang menaja acara sukan, seni atau kebudayaan.[2] Dibawah pindaan Peraturan Kawalan Produk Tembakau pada tahun 2009, foto-foto barah paru-paru, mulut, dan pengguguran kandungan bayi diwajibkan dilekatkan pada kotakkotak rokok dan foto tersebut perlu meliputi 40% daripada bahagian hadapan kotak dan 60% daripada bahagian belakang kotak. Selain itu, batang rokok juga dilarang dijual kepada remaja berumur di bawah 18 tahun. Akibatnya, 45% daripada semua perokok dewasa yang ditemuduga menyatakan bahawa mereka akan mengurangkan satu batang rokok selepas mereka ternampak foto-foto yang ngeri itu.[2]

Kerajaan juga memperkenalkan cukai yang tinggi terhadap rokok, iaitu sebanyak 8 sen setiap batang rokok keluaran tempatan dan 10 sen bagi keluaran negara-negara Asean, tetapi hanya 2 sen bagi keluaran negara-negara lain. Oleh itu, setiap satu pek rokok yang dijual di Malaysia adalah sekurang-kurangnya RM 6.40. Promosi jualan bagi rokok adalah dilarang. Tetapi, hanya 36% perokok yang bimbang dengan perbelanjaan harian mereka yang diggunakkan untuk merokok. Selain itu, rokok haram yang lebih murah boleh dibeli dengan mudah dari kedai-kedai tempatan. Berdasarkan Laporan ITC Malaysia Kebangsaan, sebanyak 20% perokok menyedut rokok haram.[2] Kerajaan juga mendirikan kawasan bebas rokok di kawasan awam seperti klinik kesihatan, hospital, institusi pengajian, tempat pengangkutan awam, pusat membeli-belah dan lain-lain. Walau bagaimanapun, 25% perokok masih ternampak orang lain merokok di tempat yang berhawa dingin dan kawasan larangan merokok.[2] Talian berhenti merokok (Infoline) dan Klinik berhenti merokok juga ditubuhkan oleh kerajaan supaya dapat membantu perokok tegar untuk berhenti merokok. Antara rawatan yang diberi ialah rawatan penggantian nikotin, dan ubat-ubatan seperti Varenicline, Buproprion.[2] Selain itu, rawatan tingkah laku kognitif juga boleh bergabung dengan ubat-ubatan supaya rawatan tersebut menjadi lebih berkesan.[5] Langkah-langkah lain yang boleh dipertimbangkan Kerajaan perlu bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya idea-idea yang baru dan yang meliputi lebih banyak pihak dapat dijanakan. Selain itu, ceramah tentang keburukan rokok juga perlu sentiasa diadakan di sekolah.[6] Ahli masyarakat dan kerajaan perlu mengambil langkah yang lebih drastik lagi untuk mencegah tabiat

merokok kerana kaedah memujuk tidak lagi berkesan. Menteri-menteri kerajaan dan ahliahli politik perlu lantang bersuara dan mengkritik keburukan merokok kerana walaupun cukai rokok yang tinggi dapat menjana pendapatan negara, pendapatan ini adalah tidak begitu banyak jika berbanding dengan kehilangan sumber manusia dan bayaran perubatan yang tinggi disebabkan oleh barah dan masalah kesihatan. Perhimpunan awam secara besar-besaran yang anti-rokok perlu diadakan oleh NGO supaya perokok akan rasa bersalah kerana merokok.[7] Selain itu, kerajaan dan NGO juga perlu menjemput orang yang sudah berhenti merokok untuk menyertai kempen anti-rokok supaya perokok lain dapat didorong untuk berhenti merokok. Kumpulan sokongan antara perokok juga antara langkah-langkah yang berkesan.[8] Ganjaran boleh diberikan kepada perokok dalam bentuk wang ( RM 20 - 30 sebulan selama 2 hingga 3 tahun) supaya perokok dapat berhenti merokok seberapa lama yang mungkin. Operasi menbanteras jenayah peneyeludupan perlu ditingkatkan lagi supaya batang rokok yang murah tidak dapat disediakan untuk perokok. Pada pendapat saya, pengesan asap juga boleh dipasangkan terutamanya di tandas awam dan tandas sekolah. Penggera dapat diaktifkan jika ada sesiapa yang merokok di dalam tandas. Guru juga perlu memberi lebih banyak perhatian kepada pelajar yang lemah dalam pembelajaran supaya pelajar-pelajar tersebut tidak terlibat dalam kegiatan gangster yang kebanyakkanya menganggap merokok sebagai sesuatu perbuatan yang macho. Jika langkah-langkah di atas tidak dapat mengurangkan bilangan perokok, kerajaan boleh mempertimbangkan langkah untuk mengharamkan rokok dan mewajibkan semua

perokok menjalankan rawatan penggantian rokok. Ini adalah kerana kebanyakkan orang masih menganggap bahawa seseorang menpunyai hak untuk merokok atau tidak. Tetapi pada pendapat saya, rokok bukan sahaja boleh menbahayakan kesihatan diri sendiri, tetapi juga kesihatan orang lain selain menjadi beban kepada masyarakat. Oleh itu, merokok adalah sama seperti memandu secara berbahaya di jalan raya dan perlu diharamkan. Penutup Secara keseluruhannya, banyak lagi langkah yang boleh diambil oleh kerajaan dan ahli masyarakat untuk mengurangkan bilangan perokok dalam negara ini. Saya berharap agar langkah-langkah tambahan ini dapat menbebaskan negara Malaysia daripada asap rokok.

Rujukan
1. Malaysia releases its first Global Adult Tobacco Survey. Diterbitkan oleh

Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada 12 Jun 2012 di


http://www.wpro.who.int/mediacentre/releases/2012/20120613/en/inde x.html Dicapai pada 23 September 2013.

2. Stop Smoking. Diterbitkan oleh The Star (Malaysia) pada 2 Jun 2013 di http://www.thestar.com.my/story.aspx?file=%2F2013%2F6%2F2%2Fhealth %2F13165119 Dicapai pada 23 September 2013 3. Tak Nak Campaign: Up in Smoke. Diterbitakn oleh medicine.com.my pada 28 Ogos 2005 di http://medicine.com.my/wp/2005/08/tak-nak-campaign-up-insmoke/ Dicapai pada 23 September 2013 4. Perceived Effects of the Malaysian National Tobacco Control Programme on Adolescent Smoking Cessation: A Qualitative Study 19(2): 35-47 pada April-Jun 2012 di http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3431733/ Dicapai pada 23 September 2013 5. Say no to smoking. Diterbitkan oleh MSN News pada 25 Mei 2010 di http://news.malaysia.msn.com/top-stories/article.aspx?cp-documentid=4109746 Dicapai pada 23 September 2013 6. Anti smoking fear tactic has failed. Diterbitkan oleh The Star (Malaysia) pada 26 Ogos 2005 di http://www.thestar.com.my/story.aspx?file= %2f2005%2f8%2f26%2fnation%2f11867024&sec=nation Dicapai pada 23 September 2013 7. Another attempt to make the smokers kick the butt Diterbitkan oleh Free Malaysia Today pada 18 Mei 2012 di http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/05/18/another-attemptto-make-smokers-kick-the-butt/ Dicapai pada 23 September 2013 8. Quit Smoking Awareness Campaign for Construction Workers Diterbitkan oleh Taiwan Buddist Tzu Chi Foundation Malaysia pada 2 Februari 2013 di http://eng.tzuchi.my/index.php? option=com_content&view=article&id=1427:quit-smoking-awareness-campaignfor-construction-workers&catid=215:year-2013&Itemid=416 Dicapai pada 23 September 2013

You might also like