You are on page 1of 5

KURSUS PENGACARAAN MAJLIS DALAM BAHASA MELAYU PERINGKAT 1 ANJURAN JABATAN PENGAJIAN MELAYU MAKTAB PERGURUAN BATU LINTANG

2003 SKRIP MAJLIS PEMBUKAAN RASMI KEJOHANAN OLAHRAGA MSSR BAHAGIAN KUCHING/SAMARAHAN KALI KE 30 2003

BIL

ISI KANDUNGAN CUE : Apabila Yang Berbahagia masuk ke Astaka stadium

CATATAN/ TINDAKAN Pembantu Juruacara

ANN : Ketibaan Yang Berhormat Tuan Hj. Daud bin Abd Rahman (Ir) Ahli Dewan Undangan Negeri No.4 Tupong CUE : Setelah Yang Berhormat mengambil tempat duduk dengan selesa dan menerima buku program

Juruacara lelaki

Usher

ANN : Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Salam sejahtera Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata Selamat Datang Awal Bismillah pembuka bicara Yang Berhormat Tuan. Hj. Daud bin Abdul Rahman Ahli Undangan Negeri No.4 Tupong Yang Berbahagia Dr. Hj Julaihi bin Hj. Bujang Pegawai Pendidikan Bahagian Bahagian Kuching/Samarahan merangkap Pengerusi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Rendah Bhg. Kuching/Samarahan Yang Berusaha, En. Awangku Osman Bin Awangku Laden, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Perta Jaya merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Rendah, Bhg Kuching/Samarahan Kali ke-30 Guru-guru Besar, Guru-guru, para peserta, tuan-tuan, hadirin-hadirat yang dihormati. Allhamdullillah, bersyukur kita ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurniaNya jua dapatlah kita berkumpul bersama-sama pada pagi ini dalam majlis pembukaan rasmi kejohanan olahraga Majlis Sukan Sekolah rendah kali ke30.

Juruacara lelaki

CUE : Apabila Ustaz sudah bersedia 3 ANN : Hadirin sekalian, bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Al-Fadzil Ustaz Saddam Bin Hussein untuk mengetuai bacaan doa. CUE : Setelah Ustaz duduk di tempatnya 4 ANN : Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada AlFadzil Ustaz atas bacaan doa. CUE : Apabila Pengerusi Jawatankuasa Pengelola (Guru Besar) bersedia 5 ANN : Untuk meneruskan majlis, dengan segala hormatnya majlis mempersilakan Yang Berusaha En. Awangku Osama bin Awangku Laden, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Petra Jaya merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Majlis Sukan Sekolah Rendah Bahagian Kuching/Samarahan untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan CUE : Setelah Guru Besar duduk 6 ANN : Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha En. Awangku Osama bin Awangku Laden di atas ucapan beliau itu tadi. CUE : Apabila YB sudah bersedia ANN : Terbang tinggi burung merpati Terbang melayang melewati awan Tetamu Kehormat sudah menanti Untuk berucap penuh wawasan 7 Untuk itu, majlis dengan hormat dan takzimnya mempersilakan Yang Berhormat Tuan Hj. Daud bin Abd Rahman (Ir) Alhi Dewan Undangan Negeri No.4 Tupong untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Rendah Bahagian Kuching/Samarahan kali ke-30. Dipersilakan Yang Berhormat

Juruacara lelaki

Juruacara lelaki

Juruacara perempuan

CUE : Setelah YB duduk ditempatnya 8 ANN : Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Hj. Daud bin Abd Rahman di atas ucapan dan perasmian kejohanan olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Rendah kali ke 30. CUE : Setelah YB duduk 9 ANN : Tuan-tuan dan puan-puan, hadirin hadirat yang dihormaati, sekarang marilah kita bersama-sama meyaksikan upacara menaikkan bendera kejohanan yang akan disempurnakan oleh pasukan Pengakap Sekolah Kebangsaan Petra Jaya yang dianggotai oleh 6 orang ahli. Dipersilakan CUE : Setelah bendera dinaikkan 10 ANN : Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan adik George Ak Bush untuk mengetuai lafaz ikrar kejohanan. Dengan itu diminta semua kontinjen tampil ke hadapan membawa bendera masing-masing. Majlis mempersilakan CUE : Kontijen mengambil tempat 11 ANN : Majlis merakamkan terima kasih. CUE : Pastikan obor telah tersedia 12 ANN : Sekarang tibalah saat-saat yang ditunggu iaitu acara kemuncak sebagai menandakan perasmian kejohanan pada kali ini. Majlis sekali lagi dengan bangganya mempersilakan Yang Berusaha En. Awangku Osama bin Awangku Laden, Pengerusi Ahli Jawatankuasa Pengelola untuk menjemput dan mengiringi Yang Berhoamt Tuan Hj. Daud bin Abd Rahman untuk menyalakan obor kejohanan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan CUE : Apabila YB sudah duduk Juruacara perempuan

Pengacara perempuan

Juruacara lelaki

Juruacara perempuan

Juruacara lelaki

13

ANN : Tuan-tuan dan puan-puan, dengan menyalakan obor kejohanan tadi, maka rasmilah sudah perasmian kejohanan olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Rendah kali ke-30. Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat. CUE : Penyampaian cenderamata

14

ANN : Burung belatuk burung kedidi Terbang hingap di pinggir kali Cenderamata pengikat budi Sebagai kenangan kekal abadi Majlis dengan ini menjemput En. Awangku Osama bin Awangku Laden untuk menyampaikan cenderamata kenangkenangan sebagai tanda penghargaan kepada Yang Berhormat. CUE : YB duduk.

Juruacara perempuan

15

ANN : Haridin hadirat yang dihormati, dengan ini berakhirlah majlis perasmian kejohanan olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Rendah Bhg Kuching/Samarahan kali ke-30. Akhir kata daripada kami, semoga berjaya kepada semua peserta dan majulah sukan untuk semua. Wabilahitaufik walhidayah, Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Juruacara lelaki

You might also like