You are on page 1of 59

TEKNOLOGI & PERADABAN

REVOLUSI INDUSTRI II & PERUBAHAN PARADIGMA SAINS


Prof. Ir. Dr. Hj. Wan Ramli Wan Daud Prof. Dr. Hj. Kamarudin Mohd. Yusof Fakulti Kejuruteraan
http://pkukmweb.ukm.my/~drkmy/sejarah/index.html

REVOLUSI INDUSTRI II

Revolusi industri yg bermula di Britain lahir drpd inovasi mekanikal dlm pengeluaran tekstil & pembuatan keluli yg menjadikan Britain bengkel dunia Amerika Syarikat menyusul dgn teknologi pembuatan alat terutama utk alat pertanian & senjata api Jerman menyusul dgn meminjam teknologi pembuatan kain, keluli, enjin stim & keretapi drpd Britain bagi menghasilkan produk murah, kurang kualiti tetapi laris & kemudian memperbaiki kualiti produk selepas 1910 EB Inovasi penting seterusnya yang melahirkan Reolusi Industri kedua ialah tenaga elektrik dan industri kimia Walaupun kedua-dua inovasi ini dimulakan di England, namun kedua-dua inovasi ini dikembangkan di luar Britain iaitu di Amerika dan benua Eropah dan Revolusi Industri Kedua ini berkembang di sana

REVOLUSI INDUSTRI II
Sumber Tenaga Alternatif

Pencarian sumber tenaga alternatif kepada tenaga air & stim dimulakan sejak permulaan Revolusi Industri lagi terutama selepas penemuan aruhan elektromagnet oleh Michael Faraday & ciptaan magneto oleh von Hippolyte Pixiii (1832 EB) & penjana ujaan sendiri oleh von Siemens & Charles Wheatstone (1867 EB) Penggunaan tenaga elektrik untuk menerangkan malam secara besar-besaran telah mula difikirkan setelah lampu arka dicipta akan tetapi lampu ini yg digunakan dalam rumah api, tidak sesuai utk kegunaan di rumah Penciptaan lampu filamen karbon yg murah & praktikal oleh Thomas Alva Edison & oleh Sir Joseph Swan membolehkan penggunaan tenaga elektrik secara besarbesaran

REVOLUSI INDUSTRI II
Sumber Tenaga Alternatif

Lampu filamen karbon, Thomas Alva Edison dan Joseph Swan

REVOLUSI INDUSTRI II
Sumber Tenaga Alternatif

Penggunaan lampu elektrik secara besar-besaran juga bergantung kepada penciptaan sistem pengagihan tenaga elektrik yg berkesan Edison telah membina stesen jana kuasa elektrik & sistem pengagihan arus terus pertama di Pearle Street, New York Sistem arus ulang alik ciptaan Tesla untuk syarikat Westinghouse yg akhirnya digunakan oleh seluruh Dunia Piawai penjanaan & pengagihan elektrik tidak berjaya kerana setiap negara mempunyai piawai sendiri & enggan menukarnya Pada mulanya lampu elektrik tidak diminati kerana cahayanya malap berbanding dengan lampu gas/minyak tetapi kemudahan dan kebersihannya menjadikannya diterima pada akhir abad ke-19

REVOLUSI INDUSTRI II
Sumber Tenaga Alternatif

Penggunaan tenaga elektrik secara besar-besaran di Britain perlahan kerana sumber gas & arang batu yg banyak & murah Werner von Siemen telah membalikkan dinamo ujaan kendirinya untuk mencipta motor ujaan kendiri Beliau telah menunjukkan sebuah keretapi elektrik yang menggunakan motor ciptaannya di atas jalan keretapi sepanjang 600 m di pertunjukan Berlin pada tahun 1879 EB Keretapi elektrik pertama dipasang oleh syarikat Siemens dan Halske di Liehterfelde, dekat Berlin pada 1881 EB dengan jalan keretapi sepanjang 2.5 km Keretapi ini membawa 26 penumpang pada halaju 30 km/j Selepas itu keretapi elektrik dipasang di Brighton dan kemudian di London, England Penggunaaan keretapi elektrik merebak ke seluruh dunia

REVOLUSI INDUSTRI II
Sumber Tenaga Alternatif

Keretapi elektrik Siemen di pertunjukan Berlin 1879 EB

Keretapi elektrik pertama di Budapest 1896 EB

REVOLUSI INDUSTRI II
Industri Kimia

Walaupun industri kimia bermula di England, tetapi penemuan proses baru di Eropah terutama di Jerman mengembangkan industri kimia di sana Di Belgium, Ernest & Alfred Solvay mencipta menara pengkarbonatan selanjar pada 1861 EB yg mengalirkan air garam yg tepu ammonia melawan aliran naik gas karbon dioksida untuk menghasilkan sodium karbonat menggantikan proses Leblanc yg mencemar udara Castner pula telah mencipta proses menghasilkan soda dengan menggunakan elektrolisis air garam Kimia organik pula dipelopori oleh ahli kimia Jerman spt Leibig dsb. dgn sintesis berbagai bahan organik seperti urea dll

REVOLUSI INDUSTRI II
Industri Kimia

Ernest Solvay & loji kimianya pertama di Couillet Belgium

REVOLUSI INDUSTRI II
Industri Kimia

Dalam usaha utk menghasilkan kuinin drpd anilin, Perkin, seorang ahli kimia Inggeris yg belajar kimia di Jerman menemui secara tak sengaja proses pembuatan pewarna sintetik jingga yg pertama pada 1857 EB Ahli kimia Jerman kembali menerajui kimia organik dengan Griess yg menemui sebatian diazo pada tahun 1862 EB Pewarna tabii seperti alizarin disintesis oleh Graebe dan Liebermann di Jerman dan Perkin di England secara bebas Caro dari syarikat Badische Anilin-und-Soda Fabrik (BASF) menemui sintesis alizarin yg lebih baik pada 1871 EB Pada tahun 1880 EB pula syarikat Baeyer menemui proses membuat indigo Pada hujung abad ke-19 EB, industri kimia Jerman berkembang dengan pesat sehingga menjadi penghasil bahan kimia terbesar di dunia

REVOLUSI INDUSTRI II
Industri Kimia

Friedrich Engelhorn pengasas BASF dan bahan pewarna hasil BASF

REVOLUSI INDUSTRI II
Sumber Tenaga Alternatif

Pada hujung abad ke-19 EB, gas yg dihasilkan drpd arang batu digunakan utk lampu sahaja Pada 1860 EB, Lenoir di Perancis mencipta enjin pembakaran dalaman pertama dgn menghisap udara & gas ke dalam silinder, meletupkannya dgn bunga api elektrik, & gas ekzos dikeluarkan oleh piston Pada 1866 EB Nicolaus August Otto memperbaiki enjin ini dgn memampatkan campuran gas & udara yg menghasilkanletupan yg lebih kuat dan enjin yg lebih berkuasa Enjin inilah yg merupakan asas enjin petrol moden Pada 1892 EB Rudolf Diesel mencipta enjin dgn pemampatan udara diikuti dgn suntikan minyak yg lebih cekap kerana pencucuhan berlaku dgn sendiri dan pengembangan berlaku pada suhu tinggi

REVOLUSI INDUSTRI II
Sumber Tenaga Alternatif

Simulasi enjin Otto

Nicolaus Otto dgn enjin pembakaran dalamannya

REVOLUSI INDUSTRI II
Sumber Tenaga Alternatif

Simulasi enjin Diesel

Rudolf Diesel dgn enjinnya

REVOLUSI INDUSTRI II Motokar

Karl Benz mencipta enjin empat lejang dan memasangnya kepada sebuah motokar tiga roda Gottlieb Daimler dan Wilhelm Maybach yg pernah bekerja dengan syarikat Otto berjaya mencipta enjin ringan dgn karburetor utk mencampur petrol & udara sebelum masuk ke dalam silinder Dengan memasang enjin ini pada sebuah kereta kuda, Daimler & Maybach berjaya mencipta kereta tanpa kuda atau motoker pada 1889 EB dengan kelajuan 18 km/j Bentuk terkini motokar dgn enjin di depan dicipta oleh dua orang Prancis: Emile Levassor and Rene Panhard Motokar Model T yg dikeluarkan oleh Henry Ford merupakan motokar pertama yg dihasilkan secara besarbesaran

REVOLUSI INDUSTRI II
Motokar

Pada 1908 EB Henry Ford telah merevolusikan pengangkutan dan menjadikannya satu industri dgn menghasilkan kereta yg mempunyai 2 gear depan & 1 gear belakang, kuat, mudah dipandu, mudah diselengara dan murah Beliau menghasil kereta ini dengan mencipta talian pemasangan iaitu setiap pekerja memasang beberapa komponen kereta dan menghantar kereta itu kepada pekerja seterusnya untuk pemasangan komponen lain Talian pemasangan ini juga merevolusikan teknologi pembuatan dan membolehkan produk dihasilkan secara besar-besaran pada kualiti yang bagus dan harga seunit yg munasabah & rendah

REVOLUSI INDUSTRI II
Motokar

Motokar roda 3 Benz, motokar Daimler, Daimler, motokar Panhard dgn enjin di hadapan & kereta Model T

REVOLUSI INDUSTRI II

Pada lewat abad ke-18, revolusi industri yg menambah barang yg diangkut menyebabkan timbulnya keperluan membina jalan raya yang lebih baik Pada 1775 EB Peirre-Marie-Jerome Tresaguet mencipta jalan raya yg mempunyai asas batu leper besar yg ditutupi satu lapisan batu kasar yg seterusnya ditutupi oleh satu lapisan permukaan batu halus yg lebih tinggi drpd tanah sekeliling utk memudahkan saliran air Pada 1783 EB Thomas Telford memperbaiki jalan Tresaguet dgn menambah satu lagi lapisan batu kasar Pada 1816 EB John Loudon Macadam mencipta jalan raya moden dgn asas tanah yg dipadatkan & lapisan atas yg merupakan lapisan-lapisan batu kikir yg dipadatkan Penciptaan jalan raya Macadam membolehkan kereta bertayar getah digunakan

Jalan Raya

REVOLUSI INDUSTRI II
Jalan Raya

John Loudon MacAdam dengan jalan Macadamnya

REVOLUSI INDUSTRI II

Impian manusia untuk terbang seperti burung bermula sejak zaman Yunani dgn legenda Dedalus & Icarus Leonardo da Vinci mereka-bentuk pesawat terbang tetapi tidak berjaya kerana tenaga manusia tidak berupaya mengayun kepak seperti burung Penerbangan pertama dilakukan oleh Pilatre de Rozier & Marquis d'Arlandes pada 1783 EB dgn menggunakan belon Joseph & Etienne Montgolfier yg diapungkan oleh udara panas di Chateau de la Muette Setelah penemuan gas hidrogen, J. Charles & A. N. Roberts terbang dgn belon diisi gas ini pada 1783 EB Seterusnya kapal udara dicipta oleh Henri Giffard dan dikembangkan oleh Graf von Zeppelin Kapal udara dibuat oleh Britain & Perancis tetapi kemalangan dahsyat kapal udara Hindenburg (Jerman) & R101 (British) menghentikan pengembangan pesawat ini

Kapal Terbang

REVOLUSI INDUSTRI II
Kapal Terbang

Belon Montgolfier, kapal udara Hindenburg & Graf von Zeppelin

REVOLUSI INDUSTRI II
Kapal Terbang

Sebelum adik-beradik Wright, Otto Lilienthal mengkaji penerbangan peluncur, mengumpul data daya angkat kepak & mengawal arah dgn menggerakkan badannya sejak 1891 EB Selepasnya, ramai pengkaji peluncur seperti Ferber, Robart, Solirene, Levasseur, Maxim, Chanute & Langley tetapi tidak memajukannya kerana terlalu menekankan kestabilan tetapi mengabaikan masalah kawalan Orville & Wilbur Wright seperti Lilienthal, bermula dengan mengkaji kelakuan penerbangan peluncur & wau tetapi mengatasi Lilienthal dalam penggunaan terowong angin utk menentukan bentuk kepak & kipas yg paling sesuai Masalah penerbangan berkuasa yg dihadapi adik-beradik Wright:

Kawalan penerbangan tidak diketahui Enjin yg ringan & kuat tidak ada

REVOLUSI INDUSTRI II
Kapal Terbang

Wau dwisatah diguna utk mengkaji kawalanpenerbangan dgn kemudi (arah) & ledingan kepak (olengan) Daya angkat peluncur dwisatah pertama kurang drpd kiraan Lilienthal & peluncur ke-2 mengesahkan fakta ini Peluncur ke-3 menggunakan kepak terbaik yg telah diuji dalam terowong angin & berjaya terbang sejarak 220 m Adik-beradik Wright membina enjin gasolin 4-silinder yg ringan & membuat kipas terbaik yg diuji dalam terowong angin mereka sendiri Pada 17 Disember 1903 EB, Orville Wright berjaya menerbangkan secara terkawal kapal terbang berat drpd udara pertama Flyer I di Kitty Hawk

REVOLUSI INDUSTRI II
Kapal Terbang

Kapal terbang pertama, Flyer I, paten dan adik-beradik Wright

REVOLUSI INDUSTRI II
Penerbangan Awam Awal

Selepas Perang Dunia I, pada mulanya penerbangan awam disekalikan dgn penghantaran mel & disokong dgn subsidi Pada mulanya kapal udara jenis Zeppelin & R-101 digunakan tetapi selepas kebakaran kapal udara Hindenburg pada 1937 EB & kapal udara R101, kapal udara ditinggalkan Kapal terbang pengebom 2 satah Perang Dunia I, dengan dua enjin dan dinding kain di atas rangka besi diubah-suai utk membawa penumpang Pada 1920-an, reka bentuk kapal terbang popular bersatah tunggal, berkepak tinggi & berkulit logam dgn 3 enjin : Junkers 52 & Ford Tin Goose Akhirnya reka bentuk kapal terbang yg popular bersatah tunggal, berkulit logam monokok, berkepak rendah, 2 enjin putaran, kipas pic boleh ubah, & roda boleh tarik Kapal terbang awam yg popular ialah Boeing B247, Lockheed Electra L118, Douglas DC2 & DC3 & Junkers Ju53

REVOLUSI INDUSTRI II
Penerbangan Awam Awal

Kapal terbang awam awal B 246, DC2, DC3, L118 & Ju52

REVOLUSI INDUSTRI II
Enjin Jet

Enjin jet diasaskan pada Hukum Newton ketiga iaitu untuk setiap tindakan terdapat tindak balas yg sama dan berlawanan Pada 1921, A. A. Grifith mencipta enjin turbin gas pertama untuk kapal terbang dgn rotornya yg memutar kipas, diputar oleh tindakan gas panas terhadap bilah turbin Frank Whittle di Britain dan Hans von Ohain di Jerman merupakan pencipta bersama enjin turbojet Whittle mempatenkan turbojetnya lebih awal pada 1930 EB & von Ohain hanya mempatenkan turbojetnya pada 1936 EB Meskipun demikian von Ohain berjaya menerbangkan kapal terbang jet pertama buatan Heinkel, Heinkel 178 pada 1939 EB & Whittle berjaya menerbangkan kapal terbang jetnya, Gloster Pioneer pada 1941 EB Kapal terbang pejuang jet pertama ialah Messerschmitt Me 262 pada 1942 EB & Gloster Meteor pada 1944 EB

REVOLUSI INDUSTRI II
Enjin Jet

Hans von Ohain & Frank Whittle Kapal terbang jet Heinkel 178 & Gloster Pioneer

REVOLUSI INDUSTRI II
Telegraf

Penciptaan elektromagnet oleh William Sturgeon pada 1825 EB mewujudkan asas bagi penciptaan telegraf Pada tahun 1831 EB, Joseph Henry berjaya menghantar dedenyut elektrik dengan menggunakan bateri sejauh sebatu melalui dawai elektrik utk membunyikan loceng Setelah mengetahui tentang ciptaan Henry, Samuel Morse mencipta telegraf pada 1835 EB dgn menggunakan elektromagnet & kod Morse untuk abjad Beliau berjaya menghantar mesej pertamanya What God hath wrought sejauh 55 km dari Washington ke Baltimore pada 1844 EB Sistem telegraf Morse ini dibina di seluruh dunia dan kodnya diubah untuk mengambil kira abjad tambahan untuk bahasa lain

REVOLUSI INDUSTRI II
Telegraf

Simulasi telegraf Morse bersama dengan alat telegrafnya

REVOLUSI INDUSTRI II
Telefon

Pada 1873 EB Alexander Graham Bell dan Elisha Gray tidak berjaya menghantar beberapa perutusan telegraf melalui satu dawai tetapi ia mencetuskan idea menghantar suara melalui dawai Pada 1876 EB Bell & Thomas Watson mencipta telefon dgn menukar suara manusia kepada isyarat elektrik dgn menggunakan membran kulit (kemudian logam) yg bergetar & menggerakkan besi (kemudian magnet) dalam lingkaran dawai (pemancar) & menukar semula kpd suara dgn alat yg sama (penerima) Penmancar asal mempunyai banyak masalah sehinggalah digantikan dengan mikrofon karbon (ciptaan Edison) yg terdiri drpd zarah karbon yg berubah rintangannya oleh tekanan suara

REVOLUSI INDUSTRI II
Telefon

Pemencar telefon Bell, Bell sedang menguji telefonnya dan telefon Bell sedang digunakan

REVOLUSI INDUSTRI II
Radio

Pada 1865 EB John Clerk Maxwell mendalami penemuan Faraday & mencadangkan bahawa litar elektrik yg mengayun menghasilkan medan magnet disekelilingnya, medan magnet ini pula menghasilkan medan arus teraruh yg seterusnya mengulangi proses ini sehingga terbentuk gelombang medan elektromagnet Kewujudan gelombang medan elektromagnet disahkan oleh Heinrich Rudolf Hertz pada 1888 EB dgn mengguna penderia gelombang elektromagnet pertama yg merupakan lingkaran dawai dgn ruang kecil di antara hujungnya yg berbunga api apabila hampir dgn litar berayun Kedua-dua Maxwell & Hertz hanya mengkaji teori gelombang elektromagnet tetapi mereka tidak langsung memikirkan kegunaan gelombang ini utk menghantar maklumat tanpa dawai

REVOLUSI INDUSTRI II
Radio

Walaupun Lodge di England & Popov di Rusia berjaya menghantar isyarat radio sejauh beberapa km, tetapi ramai ahli sains menolak idea menghantar isyarat radio merentas lautan & benua kerana gelombang medan elektromagnet yg menyinar mengikut garis lurus tidak boleh merentas permukaan bumi yg melengkung Gugliemo Marconi di England yg yakin dengan idea penghantaran isyarat radio merentas benua itu, mencipta antena yg menambah keupayaan menerima isyarat pada 1894 EB, memperbaiki litar ayunan dan berjaya menghantar mesej jarak jauh melalui gelombang pendek sejauh 3000 km ke Newfoundland pada 1901 EB Kemajuan komunikasi dan juga komputer kemudiannya bermula dengan penemuan elektron yg dihasilkan di katod dalam tiub vakum oleh J J Thomson dan sinaran katod (arus elektron) dalam tiub vakum oleh William Crookes

REVOLUSI INDUSTRI II
Radio

Gugliemo Marconi, pemancar radio pertama, litar pengayun pertama & Marconi bersama pebantunya Paget

REVOLUSI INDUSTRI II
Radio

Kemajuan komunikasi seterusnya berlaku pada 1901 EB dengan penciptaan diod oleh John Ambrose Fleming berdasarkan cerapan Thomas Alva Edison bahawa terdapat kebocoran arus elektrik dlm ruang vakum lampu Peranti elektron pertama ini terdiri drpd tiub vakum yg mengandungi elektrod panas (filamen) & sejuk (plat) yg membenarkan arus elektron mengalir satu arah sahaja Seterusnya pada 1906 EB, Lee de Forest mencipta triod yg merupakan diod yg mempunyai elektrod ketiga di antara 2 elektrod asal yg sekiranya dikenakan voltan negatif kecil menghalang arus elektron & sekiranya dikenakan voltan positif kecil memecut elektron Triod ini boleh menguatkan isyarat lemah dan sekiranya output litarnya di suap balik ke input, ayunan arus elektrik dihasilkan

REVOLUSI INDUSTRI II
Radio

Paten triod Audion de Forest, radio pertamanya dan Audion

REVOLUSI INDUSTRI II
Television

Setelah Marconi berjaya menghantar bunyi melalui gelombang radio, timbul idea penghantaran imej melalui gelombang ini Kesukaran menukar imej kpd isyarat elektrik dipecahkan oleh Paul Nipkow pada 1884 EB dengan memutar cakera imbasan yg mempunyai lubang segi-empat tersusun dalam bentuk pilin dan imej subjek yg terimbas diukur oleh sel fotoelektrik Pada 1925 EB, John Logie Baird mencipta sejenis television dgn menggunakan cakera Nipkow ini untuk menghantar isyarat imej seorang budak ke penerima yg membalikkan imej ini Pada 1920 EB, Philo Farnsworth mencipta pengimbas elektron, image dissector yg mengimbas elektron pada permukaan fotosel manakala pada 1923 EB, Vladimir Zworykin mencipta pengimbas elektron lain, iconoscope, yg mengimbas termoelektron pada satu permukaan tiub vakum Kedua-dua alat menghantar imej kpd tiub sinaran katod Lantaran itu Philo Farnsworthlah pencipta tv moden

REVOLUSI INDUSTRI II
Television

Baird,Farnsworth & Zworikin TV Baird, paten TV Farnsworth & iconoscope Zworykin

REVOLUSI INDUSTRI II
Peperangan

Perang Dunia I berlaku ketika Revolusi Industri II mencapai kemuncak dgn teknologi pembuatan yg mampu menghasilkan produk seperti senjata secara besar-besaran Pada permulaan Revolusi Industri tentera infantri berperang dgn istinggar besi yg dibubuh peluru melalui muncung dgn jarak tembakan 150 m & meriam tembaga tuang berpeluru bola besi/batu & menggunakan ubat bedil sebagai bahan dorong Pada Perang ini tentera infantri berperang dgn senapang berulang berlaras keluli berpilin yg lebih jitu dgn jarak tembakan 500 m & meriam keluli berpilin yg lebih jitu dgn jarak tembakan berpuluh km & bahan dorong berasaskan TNT Kapal perang kayu diganti dgn kapal keluli, layar digantikan dgn kuasa stim, roda pendayung digantikan dgn pendorong pegas yg pertama kali dicipta oleh Brunel & meriam gangsa digantikan dgn meriam keluli yg lebih besar & kuat

REVOLUSI INDUSTRI II
Peperangan

Senapang mesin dicipta oleh Hiram Maxim pada 1884 EB & semua tentera Eropah mempunyainya ketika perang meletus Penggunaan senapang mesin utk membunuh tentera infantri secara besar-besaran amat berkesan menghentikan kemaraan Tentera Perancis yg mula mengguna senjata gas beracun tetapi tentera Jerman yg merancang senjata ini secara besar-besaran Penggunaan klorin pertama oleh tentera Jerman pada perang Ypers kedua terhadap tentera Perancis dikutuk pihak Bersekutu tetapi kedua-dua pihak menggunakan senjata yg sama Gas yg lazim digunakan ialah klorin, fosgena & mustad Gas pada mulanya dilepaskan mengikut arah angin tetapi penukaran arah angin sering mengorbankan askar sendiri Kemudian kedua-dua pihak berusaha menggunakan peluru meriam utk menghantar gas beracun Topeng gas yg menggunakan arang/bahan kimia digunakan Sebanyak 1,239,000 orang cedera & 91,080 orang mati akibat gas beracun

REVOLUSI INDUSTRI II
Peperangan

Kereta kebal pertama, Little Willie yg ketika itu digelar Landship kerana tentera laut Britain yg menyokong pembuatannya, dikembangkan atas usaha Kol. Swinton Nama tank utk kereta kebal ialah kod sulit utk projek Landship Kereta kebal pertama yg berperang dlm tentera British pada Jan 1916 ialah Mark I, yg diikuti oleh kereta kebal Char Schneider & St Chaumond dlm tentera Perancis pada 1917 Tentera jerman tidak yakin dgn kereta kebal & jarang menggunakannya Kebaikan kereta kebal hanya terserlah setelah Jeneral Monash menggunakannya dlm serangan bersama dgn infantri Kapal terbang yg pada asalnya mempunyai enjin tunggal & kerangka kayu yg dibalut dgn kanvas utk kegunaan pemerhati meriam, berkembang menjadi kapal terbang pejuang berenjin tunggal spt Sopwith (British) & Albatross (Jerman), & kapal terbang pengebom berenjin empat seperti Handley Page (British) & Gotha (Jerman)

REVOLUSI INDUSTRI II
Senjata

Hiram Maxim, kapal terbang pengebom Handley Page & Gotha & kapalterbang pejuang Sopwith & Albatross, kereta kebal pertama Little Willie, Mark I dan Char Schnieder

REVOLUSI INDUSTRI II
Teknologi dedenyut

Salah satu teknologi yg mendasari teknologi moden ialah teknologi dedenyut Teknologi ini mula digunakan pada 1925 oleh Breit dan Tuveutk mengukur tinggi ionosfera dgn memantulkan dedenyut gelombang radio pendek Pada hujung 1930-an teknologi ini juga digunakan utk sistem penunjuk kapal terbang awam ii sistem Lorentz dgn penjana gelombang radio yg mengeluarkan dedenyut pendek melalui satu antena & dedenyut panjang melalui antena kedua yg dipancar sebagai bim yg berdekatan, dan sekiranya KT berada di luar bim, bunyi titik/garis terdengar, dan jika berada betul-betul atas bim bunyi selanjar terdengar Satu lagi penggunaan teknologi dedenyut yg besar ialah pengesanan kapal terbang dengan memantul dedenyut radio dalam teknologi RADAR (Radio Detection and Ranging)

REVOLUSI INDUSTRI II
Teknologi dedenyut

Selepas Perang Dunia I, banyak kerajaan Barat takut diserang KT pengebom, maka mereka memikirkan teknologi pertahanan yg boleh memberi amaran awal Walaupun prinsip RADAR diketahui dan dikembangkan di beberapa tempat, tetapi Robert Watson-Wattlah yg mencipta sistem RADAR yg praktikal pada 1935 Kerajaan British memasang RADAR ini di persisirian pantai dgn memakai panjang gelombang 50 cm & tidak jitu Pada 1939, J. T. Randall & H. A. H. Boot mencipta magnetron rongga yg merupakan injap yg mencakup litar resonansnya sekali & menghasilkan panjang gelombang 10cm yg kuat & lebih jitu dan menolong pihak Berikat menang perang Kini RADAR digunakan dalam penunjuk arah untuk penerbangan dan perkapalan awam, ramalan cauca dan penangkapan kereta laju

RADAR

Watson-Watt dengan salah satu stesen RADAR

REVOLUSI INDUSTRI II
Teknologi dedenyut : Penciptaan Transistor

Ketika Perang Dunia II, hablur silikon dan germanium digunakan sebagai penerus untuk RADAR centimeter Pada 1948, kajian melibatkan hablur ini di makmal Bell di bawah arahan Shockley menghasilkan transistor ciptaan J. Bardeen & W. H. Brattain yg merupakan triod keadaan pepejal Transistor yg lebih kecil, mudah & murah, menggantikan triod dlm radio, television & semua alat elektronik hingga ke hari ini! Kemajuan dlm pemprosesan hablur silikon, & kehalusan teknologi percetakan membolehkan transistor dikecilkan melalui penyepaduan skala amat besar (VLSI) utk menghasilkan cip sebesar syiling 5 sen yg merangkumi jutaan transistor! Dengan teknologi VLSI ini alat elektronik seperti radio, television, dan komputer menjadi kecil dan murah Kini teknologi nano sedang dimajukan yg akan menghasilkan pengecilan teknologi yg lebih hebat

PERUBAHAN PARADIGMA SAINS


Pada akhir abad ke-19 dan permulaan abad ke-20, beberapa perubahan paradigma sains berlaku yg melahirkan sains moden Sejak Revolusi Sains, teori besar sains ialah fizik Newton klasik yg meramalkan gerakan semua benda dalam alam termasuk cahaya yg diandaikan Newton sebagai zarah Pada 1801 EB, Thomas Young membuktikan bahawa cahaya adalah gelombang dgn menyinar cahaya ke dalam sebuah bilik gelap melalui dua lubang kecil & mencerap corak siri tanda gelap & terang pada dinding yg menunjukkan kesan gangguan gelombang cahaya & bukan kesan impak zarah cahaya Pada 1865 EB, James Clerk Maxwell pula ketika merumuskan persamaan Maxwell yg memerihalkan gelombang medan elektromagnet mendapati bahawa halaju gelombang ini adalah sama dgn halaju cahaya & terus menyimpulkan bahawa cahaya juga adalah gelombang elektromagnet

Mengikut teori gelombang elektromagnet Maxwell, halaju cahaya malar terhadap suatu media yg digelar athir seperti halaju gelombang bunyi malar terhadap udara

PERUBAHAN PARADIGMA SAINS

Pada 1887 EB, untuk mengesahkan kewujudan athir, Albert A. Michelson & Edward Morley cuba mengukur halaju Bumi terhadap athir dgn memecah suatu bim cahaya kpd 2 bim, bim pertama searah dgn athir & bim kedua serenjang dgn bim ini, kedua-dua bim dipantul semula ke arah pencerap yg mencerap anjakan corak gangguan yg terhasil Michelson & Morley tidak berjaya mencerap anjakan corak gangguan & menyebabkan krisis fizik kerana hasil uji kaji tidak mengesahkan kewujudan athir Lorentz & Fitzgerald mendapati cerapan Michelson-Morley boleh dijelaskan jika athir mengecut panjang Bumi ketika melaluinya tetapi penjelasan ini masih tidak memuaskan Terdapat dua masalah: Hukum Newton sah dalam kerangka yg bergerak secara seragam tetapi gelombang elektromagnet tidak

PERUBAHAN PARADIGMA SAINS

Pada 1905 EB, Albert Einstein mencadangkan teori kenisbian istimewa yg mencadangkan bahawa semua hukum fizik sah pada semua kerangka rujukan yg bergerak secara seragam Beliau juga mencadangkan bahawa kemalaran halaju cahaya yg merupakan suatu Hukum fizik yg timbul drpd gelombang elektromagnet Maxwell juga sah pada semua kerangka itu Dengan teori kenisbian istimewa ini, Einstein menyingkir konsep athir drpd fizik buat selama-lamanya Kemalaran halaju cahaya menyebabkan fenomenon pengembangan masa iaitu tempoh masa di antara 2 perisitiwa adalah terpendek jika diukur pada kerangka yg mencerap kedua-dua peristiwa berlaku pada tempat yg sama Ini disebabkan oleh kenisbian ukuran masa pada kerangka rujukan berlainan yg saling bergerak di antara satu sama lain Pengembangan masa terbukti oleh umur zarah sub-atom yg dipecut hampir halaju cahaya lebih panjang drpd yg pegun

PERUBAHAN PARADIGMA SAINS

Kemalaran halaju cahaya juga menyebabkan fenomenon pemendekan ruang kerana kenisbian ukuran ruang pada kerangka rujukan berlainan yg saling bergerak secara seragam Ini merupakan satu anjakan paradigma yg menukar konsepsi Newton tentang kesamaan masa, ruang & jisim pada semua kerangka yg bergerak secara seragam Meskipun ruang & masa bersifat nisbi tetapi gabungan ruangmasa bersifat mutlak pada semua kerangka rujukan yg bergerak secara seragam Pada 1915 EB Einstein mencadangkan teori kenisbian umum berasaskan prinsip kesetaraan yg meluaskan kesahihan kenisbian istimewa pada semua kerangka rujukan yg bergerak secara seragam/tidak seragam (memecut) Alam ialah keselanjaran ruangmasa dlm lengkung 4-dimensi Graviti bukan lagi daya misteri Newton tetapi ialah ledingan lengkung ruangmasa pada tumpukan jisim planet & bintang Ini terbukti dalam cerapan gerhana matahari yg menunjukkan bahawa cahaya drpd bintang di belakang matahari terherot & membolehkan pencerap di Bumi melihat bintang tersebut

TEORI KENISBIAN ISTIMEWA


Cerapan peristiwa cahaya yg terpantul dlm kenderaan yg bergerak pada halaju v oleh Joe pada kerangka tak bergerak & jane di dalam kenderaan Cerapan peristiwa cahaya yg disuluh dlm kerangka yg tidak bergerak oleh Joe pada kerangka tak bergerak & jane di dalam kenderaan pada halaju v

TEORI KENISBIAN UMUM


Albert Einstein

Graviti Sebagai Ledingan Permukaan Ruangmasa oleh Tumpukan Jisim

Animasi Pengembangan Masa & Pemendekan Ruang Animasi Ruangmasa & Graviti
Permukaan Ruangmasa

Animasi Kesetaraan Lif & Roket

PERUBAHAN PARADIGMA SAINS

Pada 1905 EB, Einstein menjelaskan kesan fotoelektrik dengan mengandaikan tenaga cahaya berbentuk diskret, photon Pada 1901 EB Max Planck pula mendapati tenaga drpd sebuah jasad hitam disinarkan dlm bentuk unit diskret/kuantum bernilai hasil darab frekuensi dgn pemalar h & bukannya tenaga yg meningkat tanpa had utk frekuensi lebih tinggi dlm teori lazim Pada 1924 EB, de Broglie mencadangkan secara teori bahawa jisim juga boleh bertindak seperti gelombang berdasarkan karya Planck & Einstein & ini terbukti pada 1927 oleh cerapan corak difraksi oleh Davisson dan Gessner Ini merupakan satu perubahan paradigma iaitu zarah & gelombang yg lazimnya 2 entiti berlainan kini boleh bertukar ganti iaitu jirim boleh bertindak sebagai zarah atau gelombang & sebaliknya tenaga bertindak sebagai gelombang atau zarah Pada 1926 EB, Ernst Schrodinger seterusnya mengguna mekanik gelombang utk mengkaji kelakuan jirim sebagai zarah dan menunjukkan penkuantuman tenaga & momentum sudut zarah kuantum diperolehi melalui penyelesaian nilai eigen persamaan gelombangnya

PERUBAHAN PARADIGMA SAINS

Gerakan paket Gauss

Gerakan zarah dalam kotak

Gerakan pengayun harmonik

PERUBAHAN PARADIGMA SAINS

Pada 1913 EB, Niels Bohr memperbaiki model atom Rutherford dgn mencadangkan elektron yg berada pada orbit keadaan bumi tidak mengeluarkan tenaga, tetapi sekiranya tenaga disuapkan ia melonjak ke orbit bertenaga lebih tinggi & mengeluarkan tenaga apabila kembali kpd keadaan lazimnya & tenaga yg disuap/dikeluarkan berbentuk paket/kuantum Pada 1865 John Clerk Maxwell dengan mengandaikan gerakan gas bersifat rawak, mengungkapkan persamaan Stefan-Maxwell utk halaju purata gas yg merupakan teori kinetik yg mentafsirkan kenaikan suhu sebagai kenaikan halaju ini Ini merupakan perubahan paradigma yg menukar konsepsi haba sebagai bendalir kpd keadaan kinetik molekul Anggapan gerakan molekul bersifat rawak iaitu berdasarkan kebarangkalian merupakan perubahan paradigma yg menolak konsepsi Newton yg menyatakan semua gerakan ditentukan, & kebarangkalian kini merupakan salah satu asas fizik moden

PERUBAHAN PARADIGMA SAINS

Animasi model atom Bohr

Animasi gerakan Brown

PERUBAHAN PARADIGMA SAINS


Sebelum pertengahan abad ke-19 setiap spesies tumbuhan /haiwan dikatakan tidak berubah sejak dulu Kajian Charles Darwin ketika belayar ke Amerika Selatan dan Australia pada 1831-1836 EB menghasilkan teori evolusi dalam bukunya The Origin of Species by Means of Natural Selection yg menyatakan sesuatu spesies timbul drpd spesies lain & spesies yg berjaya menyesuaikan diri dgn perubahan keadaan akan terus hidup manakala yg gagal akan pupus. Bukti yg digunakan oleh Darwin: fosil glyptodon yg serupa dgn armadillo menunjukkan armadillo turun drpd glyptodon 14 spesies burung finch di Galapagos yg menyesuaikan bentuk paruh dengan makanan perubahan bentuk tangan drpd opposum hingga ke manusia haiwan di lain tempat berkembang mengikut arus yg sama Paradigma evolusi ini mempengaruhi perkembangan biologi, antropologi dan ekologi hinggalah ke hari ini

TEORI EVOLUSI

Darwin dgn fosil glyptodon berbanding dgn armadillo dan bentuk tangan possum, tikus kesturi, colugo, tarsier, baboon, orang utan dan manusia

You might also like