You are on page 1of 7

SMK PUTERI WILAYAH HARI ANUGERAH CEMERLANG DRAF UCAPAN TUAN PENGETUA

Terima kasih saudari pengacara majlis Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh Selamat pagi, salam sejahtera Yang Dihormati ... Yang Dimuliakan Yang Dipertua dan barisan kepimpinan PIBG Penolong-penolong Kanan, Guru Kanan, Guru, Yang diraikan para penerima hadiah Ibu bapa Hadirin dan hadirat

Saya rasa bertuah dan bersyukur kerana pada pagi yang indah ini kita dapat berkumpul bersama-sama bagi memberi pengiktirafan kepada para pelajar yang mencapai tahap pencapaian yang cemerlang khususnya dalam bidang kurikulum sepanjang tahun 2012.

Sesungguhnya majlis Hari Anugerah Cemerlang ini merupakan kesinambungan tradisi sekolah sejak sekian lama dan memiliki signifikan yang tersendiri kepada seluruh warga SMK Puteri Wilayah. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kehadiran tuan puan. Saya percaya bahawa sokongan seumpama ini akan

meningkatkan lagi semangat warga sekolah untuk terus mencatat kejayaan yang lebih membanggakan.

Tuan puan dan penerima hadiah yang diraikan Dalam konteks pendidikan, fungsi utama sekolah ialah bagi memupuk pembelajaran. Dengan perubahan persekitaran pendidikan yang penuh dengan ketidaktentuan, sukar diramalkan dan sentiasa terdedah kepada penambahbaikan, proses pembelajaran tidak lagi tertumpu kepada akses pengetahuan semata-mata, bahkan lebih menjurus kepada proses persediaan menghadapi cabaran yang berbeza pada masa hadapan. Sejajar dengan Misi Nasional dan perakuan Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan 2013 - 2025, salah satu teras utamanya ialah menjana modal insan minda kelas pertama. Maka, SMK Puteri Wilayah tidak boleh terkecuali daripada menyediakan peluang pembelajaran yang berkualiti dan bertaraf dunia supaya pada akhirnya pelajar yang menerima pendidikan di sekolah ini dapat menyumbang terhadap jati diri dan daya saing negara. Sebagai pengetua, saya akan sentiasa memastikan bahawa hala tuju sekolah ini jelas dan bahawa segala bentuk perancangan dan pelaksanaan program pendidikan yang ada sentiasa akur dengan keperluan yang disebutkan.

Hadirin dan hadirat Kemunculan sekolah sebagai pesaing dan juga rakan kecemerlangan pendidikan menuntut kita melipatgandakan usaha untuk terus relevan dan dihormati. Cerita-cerita kejayaan dari generasi demi generasi menjadikan sekolah ini terus menjadi pilihan ibu bapa. Buktinya, enrolmen murid yang terkini ialah sebanyak 600 orang pelajar. Begitu juga dengan norma perjawatan guru yang mencukupi. Terdapat seramai 68 orang guru yang terlatih dalam pelbagai bidang opsyen. Guru-guru juga diberi pendedahan yang berterusan untuk

melaksanakan perubahan dan pendekatan baru dalam sistem penyampaian pengajaran dan pembelajaran untuk menggembleng

bakat dan potensi pelajar secara optimum. Saya memberi jaminan bahawa guru sekolah ini sentiasa komited terhadap usaha membantu dan membimbing pelajar ke arah kesejahteraan hidup masa kini dan masa akan datang. Semua pelajar di sekolah ini berhak mendapat peluang pembelajaran yang terbaik dan kami akan mencari jalan supaya perkara ini tercapai sepenuhnya.

Def kehormat, ibu bapa, guru dan pelajar sekalian Dari segi kemudahan dan prasarana fizikal, sekolah ini telah mencapai penarafan lima bintang. Sebagai contoh, kemudahan kantin yang berimej medan selera moden, bilik darjah yang selesa untuk proses pembelajaran dan sistem sanitari yang menepati piawaian kesihatan. Pihak sekolah juga ingin merakamkan rasa penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak PIBG yang banyak membantu sekolah bagi meningkatkan kecemerlangan pembelajaran dan segala kegiatan sekolah yang lain. Begitu juga saya menghargai sokongan material dan moral para ibu bapa, masyarakat dan media. Pada hakikatnya apa-apa jua projek naik taraf kemudahan fizikal sekolah akan dipulangkan kepada para pelajar supaya dapat menikmati peluang pembelajaran yang terbaik. Justeru saya merayu tuan puan tidak akan

berasa jemu untuk menghulurkan sokongan seumpama itu tanpa berbelah bahagi secara berterusan dan konsisten.

Tuan-tuan dan puan-puan

Seperti yang saya sebut pada awal ucapan saya bahawa pengiktirafan yang diberi kepada pelajar berpencapaian cemerlang tidak dibataskan kepada bidang kurikulum semata-mata. Domain kognitif atau minds-on memang masih unggul. Namun kebolehan psikomotor atau hands-on, ciri afektif seperti kepimpinan dan sahsiah mesti berjalan seiringan. Kini, definisi kepandaian atau kepintaran telah diberi dimensi yang baru. Akses kepada maklumat dan kemahiran tidak lagi bergantung kepada individu yang dianggap genius, tetapi lebih kepada kekuatan pasukan dan data dalam talian. Aspek kecerdasan emosi (EQ), serta kecerdasan spiritual dan sosial (SQ) akan menjadi lebih dominan. Mahu tidak mahu, kita harus menerima hakikat bahawa ketaksuban atau fokus yang berlebihan terhadap pencapaian peperiksaan akan segera berakhir. Kini sistem pentaksiran berasaskan sekolah telah

diperluaskan. Pada masa depan, sebagai contoh, pusat tuisyen tidak lagi dapat menyaingi peranan sekolah dalam menyediakan pakej

pendidikan yang lengkap. Di SMK Puteri Wilayah, kami telah bersedia ke arah itu.

Kepada penerima hadiah, sekalung tahniah untuk anda. Teruskan kecemerlangan anda. Nilai kebendaan hadiah dan sijil bukanlah menjadi ukuran. Yang penting, kalian telah diberi pengiktirafan yang begitu bermakna dalam hidup kalian. Di samping mencongak kejayaan, usah lupakan rakan-rakan yang tidak menerima hadiah seperti kalian. Bantu mereka, beri dorongan dan inspirasi. Kelak kalian akan dikenang sebagai insan yang budiman dan berperibadi mulia. Bagi pihak sekolah, saya mendoakan agar kalian akan terus melakar kejayaan yang bakal membanggakan diri sendiri, keluarga, sekolah, masyarakat, bangsa dan negara.

Kepada ahli jawatankuasa majlis hari ucapan dan penyampaian hadiah SMK Puteri Wilayah kali ini, terima kasih daun keladi. Kepada tetamu dan hadirin, sokongan tuan puan akan dikenang sampai bila-bila.

Ikan sembilang, sepat dan kelah

Guna bubu biasa di hujung Pencapaian cemerlang dapat hadiah Petanda ilmu sentiasa dijunjung

Sekian sahaja ucapan saya. Wabillahi taufiq wal hidayah. Wassalamu alaikum warahmatullahi wabaraktuh.

You might also like