You are on page 1of 7

“Pencegahan Rasuah Adalah

Komitmen
Bersama”. Bincangkan.

“Rasuah”, yang disebut dalam pelbagai bahasa sebagai corruption (Inggeris);

kin muong (Thailand), “贪污” (China), oshoku (Jepun), dan ar-risywah atau ar-rasywah

(Arab berlaku di mana-mana. Biar dalam apa-apa bahasa sekalipun, rasuah tetap

merupakan penyakit sosial yang sudah lama menular dalam kalangan warga dunia.

Mengikut Kamus Dewan (2007), rasuah ialah pemberian untuk menumbuk rusuk

(menyogok, dan menyuap). Berdasarkan laman web Badan Pencegah Rasuah (BPR)

Malaysia, rasuah ini dirumuskan sebagai suapan yang berlaku sama ada dalam bentuk

material ataupun bukan material dengan tujuan untuk mendapatkan keutamaan,

membenarkan yang salah ataupun melakukan tindakan untuk kepentingan tertentu.

Yang jelasnya, gejala sosial ini dipandang hina oleh pelbagai masyarakat di dunia.

Sebagai contohnya, dalam kalangan masyarakat Perancis , rasuah dikaitkan dengan

frasa La corruption est un diable. Di Jerman pula, corruption ist ein Teufel, manakala

bagi warga Jepun, rasuah dianggap tenka. Tegasnya, dari barat ke timur , setiap

negara menganggap rasuah itu sebagai amalan syaitan. Begitulah jijiknya rasuah dari

perspektif masyarakat dunia.

Sementara itu, dalam ucap utama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk

Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi semasa Persidangan Anti-Rasuah Serantau Asia

dan Pasifik Keempat di Hotel Shangri-la ada menyebut bahawa rasuah ini perlu

1
ditentang bukan hanya sebab yang mudah, iaitu kesalahan moral tetapi kerana rasuah

membawa bebanan besar kepada kesejahteraan ekonomi, politik dan sosial sesebuah

negara. Ucapan ini membuktikan bahawa masalah rasuah sudah menjadi musuh

utama negara yang perlu dibanteras habis-habisan, dan tidak hairanlah Perdana

Menteri kita sendiri begitu komited untuk mengatasinya ke akar umbi. Sesungguhnya,

kita amat memahami tekad Perdana Menteri itu kerana rasuah diumpamakan seperti

kanser yang akan membarah , bernanah, berulat dan berbau busuk sehinggakan

membawa kesan buruk kepada diri sendiri, masyarakat, organisasi dan negara. Lebih

mengecewakan ulama Islam jika barah menjadi budaya dalam kalangan masyarakat

Islam kerana dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu ,

ditegaskan bahawa “Rasulullah SA.W melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah

dalam hukuman.” Bukanlah susah sangat untuk memahami bahawa rasuah ini

merupakan dosa besar yang perlu diperangi kerana rasuah termasuk dalam perkara

memakan atau mengambil harta orang lain dengan jalan yang salah. Sikap tidak

bertanggungjawab ini akan menyebabkan ketidakadilan dan penganiayaan berlaku.

Sejarah dunia juga banyak mengajar kita bahawa sebuah tamadun besar akan runtuh

jika rasuah menjadi budaya rakyatnya. Sebagai bukti, lihatlah sejarah kejatuhan Firaun

dan tamadun Rom yang begitu “gah” dari segi kuasa tetapi akhirnya runtuh jua. Atas

dasar itulah, saya kira sudah tiba masanya kita bermuhasabah sejenak. Adakah kita

mahu menerima rasuah sebagai budaya dan kemudian menyaksikan keruntuhan

berlaku dalam sistem ekonomi, politik dan sosial negara kita ataupun mahu bersama-

sama kerajaan, khususnya Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengekang amalan buruk

ini dan menganggap rasuah sebagai najis? Tepuk dada tanya selera!

2
Dalam pembicaraan ini, saya kira sudah sampai masanya untuk memikirkan

langkah berkesan bagi memerangi rasuah. Namun begitu, usaha ini tidak boleh

dilakukan berseorangan dan memerlukan komitmen bersama, bak kata pepatah

“ranting sekerat manakan dapat menyokong berat”. Oleh itu, jika kita betul-betul ingin

memastikan rasuah tidak lagi menjadi budaya masyarakat kita dan mahu mendapatkan

kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat, tanamkanlah tekad untuk menunjukkan

komitmen bersama mencegah rasuah dan jangan biarkannya berakar umbi dalam

sanubari rakyat Malaysia lagi. Salah satu usahanya ialah harus bermula daripada sikap

diri sendiri. Dalam hal ini, seseorang itu harus bertanyakan diri sendiri sama ada

amalan rasuah ini baik ataupun buruk : Memakan hasil yang tidak halal. Mengambil

sesuatu yang bukan hak kita. Membiarkan wang haram mendarah daging dalam diri

dan keluarga. Memihak kepada yang pihak yang salah. Menghukum orang yang baik,

dan melepaskan orang yang jahat. Jika seseorang itu berasakan bahawa rasuah itu

salah, maka dia pasti akan menjauhi rasuah. Persoalannya sekarang, bagaimanakah

mahu mengubah persepsi seseorang terhadap rasuah? Dalam soal ini, saya melihat

kesedaran beragama perlulah dipupuk dalam diri seseorang.

Masyarakat juga perlu memainkan peranan mereka sebagai warganegara yang

bertanggungjawab. Tidak malukah kita melihat masyarakat barat yang sering dikaitkan

dengan keruntuhan nilai moral tetapi apabila Indeks Persepsi Rasuah dikeluarkan oleh

Transparency International meletakkan negara-negara barat seperti Switzerland,

Sweden, Norway, malah Amerika Syarikat lebih baik daripada negara kita yang hanya

berlegar di kedudukan ke-44. Oleh hal yang demikian, saya berpendapat bahawa

masyarakat menjadi penentu segala-galanya. Oleh sebab rasuah berlaku apabila ada

pemberinya, maka masyarakat haruslah berhenti memberinya. Bukanlah susah sangat

3
untuk berhenti memberi rasuah kalau kita ada kesedaran tinggi bahawa orang yang

memberi rasuah turut dilaknati oleh Tuhan, dan salah di sisi undang-undang

sebagaimana digariskan dalam Akta Pencegahan Rasuah 1997. Lazimnya, kita selalu

membaca dalam laman web www.bpr.gov.my atau akhbar perdana , mereka yang

ditangkap ini ialah penerima rasuah. Jarang-jarang pemberi rasuah didakwa di

mahkamah. Hakikat ini memberikan gambaran kepada orang yang ‘buta undang-

undang’ bahawa tidak salah memberi rasuah. Oleh itu, pada masa hadapan pihak

berkuasa juga harus menggiatkan usaha menangkap orang yang memberi rasuah ini

sebagai pengajaran kepada masyarakat. Apa-apa pun, bukan mudah untuk menangkap

mereka yang memberi dan menerima rasuah pada masa yang sama. Namun, bak kata

pepatah Melayu terbilang “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”, saya yakin pasti

ada cara untuk membawa masyarakat kita memberikan kerjasama dan menunjukkan

komitmen sebagai rakyat bertanggungjawab untuk menjadi ‘mata dan telinga’ BPR.

Antaranya ialah memberikan ganjaran kepada pemberi maklumat.

Rata-rata kes rasuah yang dilaporkan dari semasa ke semasa melibatkan

penjawat awam. Kenapakah keadaan sedemikian berlaku? Adakah gaji yang diperoleh

tidak cukup? Adakah penjawat awam ini ‘tersalah pilih’ dalam proses temu duga atau

adakah mereka ini memang tamak secara azali? Persoalan ini sukar dijawab kerana

kadang-kadang seseorang itu kelihatan baik, berpendidikan tinggi, berkelulusan

universiti tersohor dan berperwatakan alim. Oleh itu, saya kira mesti ada prasyarat

dan kriteria tertentu dari segi pemilihan kakitangan awam untuk jabatan-jabatan yang

kritikal atau terdedah kepada unsur rasuah. Sehubungan dengan itu, ujian demi ujian

dan tapisan keutuhan perlu dilakukan untuk menjamin kualiti penjawat awam kita.

Usaha Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) memperkenalkan ujian psikometrik dan

4
persepsi sikap amatlah dialu-alukan. Selain itu, saya berpendapat bahawa latihan dan

kursus integriti perlulah diadakan dari semasa ke semasa untuk menambaik baik kualiti

perkhidmatan dan menjaga imej penjawat awam. Kita tidak mahu ada “kambing hitam”

dalam perkhidmatan awam yang akan menjejaskan integriti pemerintah. Jangan

disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. Harapan saya juga agar pihak

berkenaan khususnya yang melibatkan orang ramai meningkatkan sistem penyampaian

berkesan untuk mengurangkan kerenah birokrasi, contohnya penubuhan Pasukan

Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH ) dan pengurusan menerusi

talian terus Internet. Usaha yang seumpama ini patut dilakukan dalam perkhidmatan lain

untuk memudahkan urusan hatta menghapuskan kerenah birokrasi. Ketelusan ini

pastinya akan mengurangkan kontak atau hubungan antara penjawat awam dengan

orang ramai, dan sekali gus mampu membanteras rasuah.

Sekalung tahniah kepada pihak BPR Malaysia khususnya di bawah kepimpinan

Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Said bin Hamdan selaku Ketua Pengarah. Bukan

bertujuan membodek beliau, tetapi itulah realitinya apabila saya dan rakan-rakan

semakin mengerti fungsi sebenar BPR dalam mengekang gejala rasuah. Aktiviti demi

aktiviti oleh Unit Pendidikan Masyarakat BPR yang digerakkan beliau menampakkan

kesan yang mendalam kepada saya, mewakili generasi muda di Malaysia. Namun

begitu, saya kira jika hanya pihak BPR sahaja bersengkang mata mencari maklumat,

menyiasat, menyamar, membuat tangkapan dan mendakwa tetapi tidak mendapat

sokongan daripada agensi-agensi kerajaan yang lain, usaha ini tidak akan

menampakkan hasil yang berkesan. Oleh itu, usaha tertentu seperti mengadakan

Memorandum Persefahaman (MOU) dengan agensi-agensi kritikal untuk melakukan

penyiasatan dalaman haruslah dilipatgandakan. Dalam hal ini juga pihak atasan agensi

5
berkenaan haruslah bekerjasama dan jangan bersikap seperti “baling batu sembunyi

tangan”. Mereka harus bertanggungjawab memelihara kredibiliti jabatan masing-masing

agar imej kerajaan turut meningkat. Kita cukup sedih apabila kerajaan dilemparkan

pelbagai tuduhan seperti “kronisme”, “rasuah, “pilih bulu” dan sebagainya, sedangkan

banyak usaha telah dibuat untuk menghapuskan rasuah. Menuduh itu mudah tetapi

berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Janganlah kerana beberapa orang

yang tidak jujur, kerajaan yang bersungguh-sungguh menghapuskan rasuah ini ‘runtuh’

begitu sahaja. Dalam pada itu, mampukah BPR menjalankan tugas yang berat ini jika

kekurangan pegawai? Justeru, semua pihak haruslah memahami tugas BPR dan jika

perlu, membantu mereka meringankan beban siasatan. Tidak salah kiranya pihak

Jabatan Perkhidmatan Awam menambahkan kelengkapan, peralatan dan bilangan

pegawai demi menunjukkan keseriusan kerajaan menghapuskan rasuah.

Intihanya, pencegahan rasuah merupakan komitmen kita bersama. Pujangga

Melayu pun sering menyebut, “ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni”.

Sementara itu, pujangga Cina pula menyebut, “sebilah penyepit tidak mampu menyepit

makanan”. Mutiara katanya di sini ialah tanamkan tekad kita bersama, yakni jika kita

sayang akan diri sendiri, keluarga dan negara serta agama, jauhilah rasuah dan

anggaplah rasuah seperti “anjing” yang cukup menjijikkan atau “syaitan” yang amat

menakutkan kita. Seandainya senario ini berlaku, saya yakin kesemua rakyat Malaysia

akan menjauhi rasuah, dan tidak lagi menjadi pemberi, penerima dan orang perantaraan

kerana mereka ini pastinya akan dilaknati oleh Tuhan sama ada di dunia atau akhirat.

Tuntasnya, itulah komitmen kita untuk bersama-sama BPR menjayakan matlamat

“rasuah sifar” di bumi Malaysia tercinta ini.

6
BERSAMA KITA, HAPUSKAN RASUAH

* * * * * * *

Bahan Rujukan:

1. Artikel ‘Komitmen Perangi Rasuah’ oleh Misiah Taib, Berita Harian, 4 Disember,

2003.

2. Kamus Dewan (2007), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

3. Pelan Integriti Nasional, Jawatankuasa Pelaksana Penubuhan Pelan Integriti

Nasional dan Institut Integriti Malaysia, Putrajaya, 23 April 2004.

4. www.bpr.gov.my

5. www.oecd.org/corruption/asiapacific

6. ganos03@blogspot

You might also like