You are on page 1of 1

REFLEKSI Apakah peringkat-peringkat perkembangan yang saya jangka akan lalui dalam tiga tahun pertama pengalaman mengajar?

Saya menjangkakan bahawa saya akan melalui tiga peringkat perkembangan dalam tiga tahun pertama pengalaman mengajar. Antara peringkat yang saya akan lalui ialah peringkat novis, peringkat novis lanjutan dan peringkat cekap. Peringkat novis yang saya lalui dimana saya mendaftar dan menjadi pelajar di IPG. Sepanjang bergelar guru pelatih di IPG, saya telah mempelajari pelbagai fakta dan teori dalam bidang reka bentuk dan teknologi. Namun begitu, fakta dan teori bagi bidang-bidang sampingan juga saya pelajari. Sebagai contoh, matematik, ilmu pendidikan. Hal ini kerana setiap individu yang bergelar guru pelatih tidak dijamin akan mengajar mata pelajaran dalam bidang subjek major dan minor yang dipelajari sepanjang berada di IPG. Pada peringkat novis lanjutan pula, saya menimba ilmu dan mengumpul pengalaman sebanyak mungkin melalui sesi praktikum. Saya telah menjalankan sesi praktikum pada tiga buah sekolah. Mata pelajaran yang saya mengajar sepanjang praktikum ialah Kemahiran Hidup, Pendidikan Jasmani dan Bahasa Melayu. Namun begitu, saya juga dilibatkan dalam pelbagai bidang di sekolah walaupun ianya tidak berkaitan dengan bidang tugas saya semasa menjalani sesi praktikum. Pada peringkat ketiga ialah peringkat cekap ialah saya mempunyai ijazah sarjana muda perguruan reka bentuk dan teknologi. Saya perlu bersikap terbuka terhadap pembelajaran baharu dan dan bersedia untuk menerima latihan tambahan. Walaupun sudah menjadi guru, ianya tidak bermakna saya perlu berhenti belajar dan menganggap apa yang saya pelajari sepanjang bergelar guru pelatih adalah mencukupi. Terdapat juga teori-teori yang tidak sesuai untuk digunakan semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana setiap murid mempunyai tahap kognitif yang berbeza. Oleh itu, saya perlu pelbagaikan cara pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru yang berada pada peringkat cekap mampu mempelbagaikan cara dan kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan murid yang diajar.

You might also like