You are on page 1of 1

Pergi ke kedai tergesa-gesa Hendak membeli gula Melaka Malaysia maju rakyat sentosa Negara aman bebas merdeka

Sesak sungguh di kaki lima Penat berjalan sakitlah peha Malaysia Boleh slogan bersama Asalkan ada daya usaha Terketar-ketar si penjual roti Hendak seberang sebatang titi Berbudi bahasa hormat menghormati Jadilah warga elok pekerti Pakai TMNEt jalur lebar Yuran mahal tak sia-sia Jalur Gemilang megah berkibar Simbol perpaduan rakyat Malaysia Dapur kotor mahu disental Habis tertumpah kuah laksa Jatidiri hendaklah kental Semangat waja membangunkan bangsa Bahasa Melayu ejaan rumi Mula belajar di rumah lagi Agama Islam agama rasmi Rukunegara wajib patuhi Masuk hutan menembak rusa Nikmat rezeki Tuhan kurnia Marilah bersama membuat jasa Malaysia harum di persada dunia

You might also like