You are on page 1of 7

ISL MINGGU 5 MENJELASKAN UNSUR-UNSUR SENI, PRINSIP REKAAN DAN STRUKTUR REKAAN

Unsur seni terdiri daripada : 1. Garisan 2. Warna 3. Jalinan 4. Rupa 5. Bentuk 6. Ruang

1. Garisan Garisan ialah satu deretan titik yang bersambung-sambung yang mempunyai jarak tertentu Garisan boleh diolah untuk mencipta rupa, jalinan, ton, corak, dan untuk menimbulkan bentuk, ruang, dan pergerakan. 2. Rupa Rupa adalah hasil pertemuan titik hujung dengan titik mula Rupa adalah kawasan rata yang dilingkari garisan luar Terdapat 2 jenis rupa iaitu:

a- Rupa geometri bersudut seperti segi tiga, segi empat, pyramid, bulat dsb. b- Rupa organic rupa bebas yang tidak bersudut seperti rupa daun, buah, batu dsb. Rupa boleh diolah dalam bentuk:

a- Rupa positif rupa objek yang terletak di sesuatu kawasan

b- Rupa negatif ruang di sekeliling rupa sesuatu objek.

3. Bentuk Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih daripada satu permukaan Terdapat 2 jenis bentuk iaitu:

a- Bentuk konkrit bentuk objek sebenar yang bersifat 3 dimensi iaitu boleh disentuh, dilihat, dan dirasai. (bukan berbentuk gambar) b- Bentuk ilusi bentuk visual yang bersifat 2 dimensi yang digambarkan melalui lukisan atau catan.

4. Jalinan Jalinan ialah kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda Terdapat 2 jenis jalinan iaitu:

a- Jalinan sentuh jalinan yang dapat dirasai dengan sentuhan/tangan seperti kolaj, arca, dan catan teknik impasto b- Jalinan tampak jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai dengan tangan seperti corak batik, jalur buah tembikai dan gambar foto.

5. Ruang Ruang ialah kawasan kosong di sekeliling objek, jarak antara dua objek, atau rongga dalam sesuatu objek. Terdapat 2 jenis ruang iaitu:

a- Ruang nyata ruang sebenar yang terdapat pada bentuk-bentuk konkrit

b- Ruang tampak ruang yang hanya dapat dilihat dalam seni tampak seperti lukisan, catan dan cetakan (bukan sebenar) 6. Warna Terdapat 3 jenis warna iaitu:

a- Warna asas iaitu merah, biru, dan kuning (tidak boleh dihasilkan dengan campuran warna lain) b- Warna sekunder iaitu campuran dua warna asas (Hijau Biru + Kuning, Jingga Kuning + Merah dan Ungu Merah + Biru) c- Warna tertier iaitu campuran warna asas dengan warna sekunder Terdapat 3 gubahan warna iaitu:

a- Warna harmoni- warna bersebelahan dalam roda warna (warna sekeluarga, selesa dan seimbang) b- Warna penggenap warna yang bertentangan dalam roda warna (menimbulkan kesan segar, kaya, kontra, getaran dan pergerakan) c- Warna sewarna hanya satu warna yang mempunyai pelbagai ton (daripada terang kepada gelap) Terdapat 2 suhu warna iaitu:

a- Warna panas warna antara warna merah ungu hingga kuning hijau pada roda warna (menimbulkan kesan bertenaga, garang, harapan, perang, meriah dsb) b- Warna sejuk warna antara hijau hingga ungu pada roda warna (menimbulkan kesan sejuk, sedih, damai dan tenang)

Prinsip-prinsip rekaan terdiri daripada : 1. Harmoni 2. Penegasan 3. Imbangan 4. Kontra 5. Pergerakan 6. Kesatuan 7. Kepelbagaian

1. Harmoni Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah

2. Kontra Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan

3. Penegasan Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol, kontra atau ganjil dalam sesuatu gubahan Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan mengelakkan kebosanan Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau asingkan objek yang hendak ditegaskan

4. Imbangan Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan Terdapat 2 jenis imbangan iaitu:

a. Imbangan simetri unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah (garisan axis dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut) b. Imbangan tidak simetri unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai cirri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan

5. Pergerakan Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar, bersinar-sinar dsb Fungsi irama dan pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup dan realistic terhadap sesuatu gubahan Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dsb

6. Kepelbagaian Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan

7. Kesatuan Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa

Struktur rekaan Penstrukturan dilakukan untuk mendapatkan suatu hasilan yang baik & memenuhi spesifikasi karya yang terancang. Contohnya lakaran asas seperti rupa geometri atau rupa organik Garisan Grid : Garisan-garisan silang di atas kertas di mana petak-petak terbentuk & motif corak dilukis pada setiap petak Garisan Struktur : Garisan yang terbentuk mengikut sifat objek yang dilukis.

You might also like