You are on page 1of 7

3.0 LAPORAN LENGKAP Perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi oleh baka atau keturunan dan faktor persekitaran.

Baka atau keturunan merupakan ciri-ciri perwarisan yang dibawa oleh ibu bapa kepada anak-anak. Ciri-ciri seperti warna kulit, saiz fizikal, warna mata dan lain-lain. Baka diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-anak. Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental. Baka juga menetapkan had keupayaan,kemampuan mental manusia.

Sebagaimana yang telah dihuraikan dalam teori perkembangan kanakkanak, bahawa setiap individu menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang serupa dalam peringkat-peringkat pertumbuhan yang tertentu. Akan tetapi, kadar

perkembangan setiap individu, walaupun dalam peringkat pertumbuhan yang sama, tetap berbeza dari segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial.

Ariff Amsyar Bin Ibrahim Setelah mengambil masa satu minggu untuk melakukan ujian ke atas kanakkanak berumur 5 tahun ini akhirnya saya telah mendapat kesimpulan daripada perkembangan fizikal kanak-kanak berumur 5 tahun ini. Kami telah memilih Ariff Amsyar Bin Ibrahim yang berumur 5 tahun untuk mengkaji perkembangan fizikalnya. Di dalam perkembangan fizikal motor kasar, Ariff mampu menulis contohnya nombor dan beberapa huruf dengan betul. Ketika kami memberikan Ariff kertas kosong dan menyuruhnya melukis gambar orang, Ariff tidak pandai melukis. Ariff hanya mampu melukis satu garisan lurus dan bulatan kecil.

Selain itu, kami juga telah membawa Ariff ke padang untuk melihat kebolehan Ariff dalam berlari. Ternyata Ariff tidak mempunyai sebarang masalah di dalam perkembangan fizikal ini. Kami juga meihat Ariff melompat dari satu tempat ke satu tempat dan aktiviti ini juga amat senang bagi Ariff untuk dilakukan.

Ketika kami membawa Ariff ke taman permainan, kami mendapati Ariff sangat aktif bermain satu persatu permainan yang terdapat disitu. Antara aktiviti senarai semak kami yang berjaya dilakukan oleh Ariff ialah aktiviti merangkak. Ariff mampu merangkak walaupun mengambil masa yang agak lama untuk bergerak. Yang paling mengejutkan kami ialah, Ariff mampu bergayut di antara besi palang dan Ariff tidak terjatuh lansung dari awal sehingga akhir.

Kami juga telah mengikuti Ariff ke tadika seawal jam 8 pagi untuk melihat aktiviti harian Ariff di tadika. Banyak gelagat yang kami lihat di tadika ini kerana kanak-kanak yang berada disini diantara 4 tahun sehingga 6 tahun. Kami menunggu sehingga waktu bermain Ariff untuk melihatnya bermain aktiviti motor kasar.

Sepanjang kami berada di tadika Ariff,guru tadikanya telah melakukan banyak aktiviti yang belum pernah dilakukan oleh kanak-kanak di tadika itu. Aktiviti ini dijalankan semata-mata untuk kajian kami. Antaranya aktiviti- aktivitinya ialah melompat ke dalam gelung rotan yang disusun. Ariff berjaya melakukan aktiviti ini tanpa sebarang kegagalan. Apabila kami bandingkan Ariff dengan rakan-rakannya yang berumur 5 tahun, kami mendapati masih ada yang belum dapat menguasai aktiviti ini.

Selepas itu, kanak-kanak tadika ini bermain aktiviti berlari zig zag melalui skittle yang telah disusun dalam satu barisan. Kami mendapati aktiviti fizikal ini tidak dapat dikuasai sepenuhnya oleh Ariff kerana Ariff sentiasa tidak melalui garisan yang telah disediakan. Kami merasakan bahawa Ariff ragu-ragu untuk lalu di laluan yang telah disediakan.

Selepas itu Ariff dan rakan-rakan bermain aktiviti membaling bola kecil supaya masuk ke dalam bakul. Setiap balingan akan dikenakan jarak yang tertentu. Ariff tidak dapat memasukkan bola dengan betul kecuali pada jarak yang paling dekat. ini adalah antara aktiviti di tadika Ariff. Ariff juga boleh membaling bola dan menuruni anak tangga dengan betul. Ariff amat gemar menyikat rambut tanpa meminta bantuan daripada sesiapa.

Aktiviti motor halus yang berjaya kami jalankan keatas Ariff Amsyar ialah Ariff mampu memegang pensil dengan betul dan mengoyakkan kertas. Ariff juga boleh menyuap makan sendiri Tetapi apabila memakai kasut tanpa bantuan Ariff agak perlahan. Ariff akan meminta bantuan daripada ibunya untuk membantunya memakai kasut dengan cepat dan betul.

Ariff mahir dalam mewarna, mengenakan zip, merenyuk kertas dan membutangkan baju. Ariff juga boleh pergi ke tandas tanpa bantuan tetapi Ariff amat lemah dalam menggunting kertas kerana Ariff tidak diberikan pendedahan untuk

menggunakan sebarang objek tajam seperti gunting sewaktu dirumah mahupun di tadika. Oleh itu Ariff tidak pandai menggunting dengan betul.

Kami mendapati Ariff Amsyar merupakan seorang kanak-kanak yang sangat aktif tidak kira di dalam kelas mahupun di luar kelas. Ariff suka melakukan kativiti yang agak lasak dan ini membuktikan Ariff merupakan seorang kanak-kanak yang sedang membesar.

Kami telah merancang aktiviti khas yang sesuai untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun. Aktiviti yang kami rancang adalah aktiviti menggunting kertas. Aktiviti ini adalah bersesuaian dengan kanak-kanak dalam lingkungan umur tersebut kerana ia banyak membantu dalam menguatkan motor halus kanak-kanak tersebut. Aktiviti tersebut adalah menggunting kertas mengikut bentuk yang telah dilukis di atas kertas tersebut. Tujuan kami merancang aktiviti ini adalah membantu kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun yang masih belum mempunyai otot yang matang terutamanya motor halus. Melalui aktiviti menggunting kertas, mereka menggunakan hujung jari untuk menggerakkan gunting tersebut. Jika mereka tidak mampu untuk menggunting kertas tersebut, ini bermakna otot-otot mereka masih belum kuat atau matang. Aktiviti ini mampu membantu mereka memahirkan diri menggunakan gunting selain daripada membantu mereka menguatkan motor-motor halus. Kadang kala, kanak-kanak yang berumur 6 tahun juga masih belum mampu untuk melakukan aktiviti menggunting ini. Aktiviti ini diharapkan mampu membantu melatih mereka menggunakan motor halus dengan baik Menurut Robert Havighurst, kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun mampu membentuk sikap menjaga kebersihan badan dan konsep kendiri. Melalui kajian yang dijalankan ke atas Ariff, dia mampu menyikat rambut dengan sendiri tanpa bantuan. Ini bermakna, dia telah menepati teori tersebut iaitu menjaga kebersihan badan dan konsep kendiri. Robert Havighurst menekankan bahawa tahap kematangan individu adalah dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Melalui kajian yang telah dibuat ke atas Ariff, dia mampu melakukan aktiviti-aktiviti yang menggunakan motor kasar setelah melihat rakan-rakannya malakukan aktiviti tersebut. Antara contoh yang dapat dilihat dengan jelas ialah, dia mampu memanjat, berlari, melompat dan bergayut setelah melihat rakan-rakannya melakukan aktiviti yang sama. Cirri ini telah menepati teori Robert Havighurst iaitu perkembangan individu adalah berdasarkan faktor persekitaran. Menurut Arnold Gesell pula, perkembangan fizikal kanak-kanak adalah mengikut faktor baka iaitu jika baka mereka baik, maka baiklah individu yang terhasil. Menurut beliau juga,kelancaran proses individu dipengaruhi oleh

kematangan fizikalnya. Menurut beliau juga, proses kematangan manusia mengikut kadar masa yang tetap dan tidak perlu dipaksa. Melalui kajian yang telah dijalankan, Ariff mampu mewarna gambar setelah masuk ke tadika dan belajar serta melihat rakan-rakannya yang lain mewarna gambar yang sama. Berdasarkan kedua-dua penyataan di atas, kajian ini menunjukkan bahawa faktor persekitaran adalah lebih dominan berbanding dengan faktor baka melalui kajian yang dijalankan ke atas Ariff.

10

You might also like