You are on page 1of 15

CARTA ORGANISASI MATLAMAT ICT VISI PANITIA

PERATURAN MAKMAL
PIAGAM PELANGGAN JADUAL AKTIVITI MAKMAL PANORAMA

MAKMAL KOMPUTER EN. MUHAMAD ROPI B AWANG PENYELARAS BESTARI CIK NOORHAZIANA BT SOHAMI JURUTEKNIK KOMPUTER

PN. ROHAYU BT. SULAIMAN FASILITATOR SCHOOLNET

Matlamat Sekolah
Mencapai kemenangan dalam segala bidang. Bila bertanding mesti mencapai kemenangan. Kalau kalah pun biar kalah anak jantan. Usaha bagi tempat kedua dan ketiga sama juga dengan usaha untuk mencapai tempat pertama. Oleh itu mengapa tidak capai tempat pertama. Melahirkan pelajar yang sempurna dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani agar menjadi warganegara yang berguna. Melahirkan pelajar yang berkeinginan dan berkebolehan untuk memberi sumbangan kepada sekolah, masyarakat dan negara. Menggalakkan penggunaan pusat sumber sebagai satu sistem bagi mencapai matlamat membina tabiat suka membaca di kalangan pelajar. Menggalakkan pelajar untuk memajukan diri dalam bidang Teknologi Maklumat (ICT) bagi mendapatkan ilmu dan kemahiran untuk kemajuan pada masa hadapan.

Objektif
Objektif Pusat Akses Sekolah ialah untuk: 3.1 Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat. 3.2 Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan.

3.3 Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid


untuk pembelajaran.

Visi dan Misi Panitia ICT


OBJEKTIF
Meningkatkan penggunaan kemudahan ICT di makmal dalam kalangan pelajar . Memperluaskan penggunaan ICT dalam pelbagai aspek seperti pengurusan dan aktiviti PnP Meningkatkan prestasi pencapaian akademik pelajar dengan menggunakan Internet untuk mencari maklumat dan sumber rujukan.

VISI PANITIA Melahirkan insan yang celik ICT MISI PANITIA menjelang 2011
Menyediakan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran yang unggul dan berkesan
Menghasilkan murid yang mendapat A dalam mata pelajaran ICT Melahirkan pelajar yang dapat mengusai dan memahami konsep dan istilah yang disampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ICT Menanamkan perasaan minat di hati pelajar serta memberi kesedaran perihal pentingnya ICT dalam kehidupan seharian secara langsung atau tidak langsung Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran ICT yang kondusif dan memberangsangkan dengan menyediakan bahan Bantu mengajar yang berkualiti,menarik dan berkesan.

A. PROSEDUR DAN PERATURAN PENGGUNAAN MAKMAL KOMPUTER


1. Semua pengguna makmal mestilah menerima taklimat keselamatan makmal daripada penyelaras makmal komputer sekolah sebelum menggunakan makmal. 2. Mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan dan peraturan-peraturan serta arahan yang diberikan dari semasa ke semasa. 3. Mendapatkan kebenaran penyelaras makmal komputer sebelum menggunakan kemudahan makmal 4. Membuat tempahan awal/kebenaran bertulis/mengisi jadual penggunaan kemudahan makmal komputer. 5. Meninggalkan kasut dan susun dengan teratur di bahagian luar makmal komputer sekolah. 6. Menggunakan kemudahan dalam makmal mengikut langkah-langkah yang ditetapkan. 7. Mematuhi panduan yang betul semasa menghidup dan mematikan semua peralatan komputer. 8. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan memasuki makmal komputer tanpa kehadiran guru mereka. 9. Tidak dibenar menggunakan kemudahan internet tanpa pengetahuan guru. 10. Kebenaran daripada guru mestilah diperolehi sebelum melaksanakan urusan cetakan.

Kami bersedia dan akan:

1. Melaksanakan dasar dan wawasan pelajaran melalui kepimpinan dan pengurusan yang dinamik, moden dan progresif.
2. Menentukan prasarana makmal yang mencukupi, lebih kondusif untuk menjamin peningkatan pencapaian pelajar. 3. Memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam usaha menuntut ilmu pengetahuan untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.

AKTIVITI YANG TELAH DILAKSANAKAN DI MAKMAL KOMPUTER PADA 1. Kursus EDUWEB TV kepada guru-guru sesi pagi. 2. Kursus EDUWEB TV kepada guru-guru sesi petang. 2012
3. Mesyuarat sekolah pelaksana ICT Daerah Hulu Selangor. 4. Aktiviti Kelab ICT sesi pagi dan petang. 5. Keceriaan makmal. 6. Mengemaskini Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS). 7. Penyelenggaraan Komputer. 8. Mengemaskini dan mengurus Blog Makmal Komputer. 9. Mengemaskini stok dan inventori peralatan dan perkakasan Makmal Komputer 1 & 2. 10. Mengendalikan Bengkel Pembinaan dan Pengurusan Blog. 11. Kursus Pengajaran berkesan GKMP TV - 20/6/09 12. Kursus SAP kepada guru-guru sesi petang - 25/6/09 13. Kursus SAP kepada guru-guru sesi pagi - 29/6/09 14. Memohon pelupusan peralatan ICT Makmal 15. Menerima, memasang dan menguji lari peralatan ICT Makmal

You might also like