You are on page 1of 6

1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan Sistem Maklumat Geografi (SMG) dikenali sebagai satu sistem yang

mempunyai alat, perisian komputer dan prosedur di mana ia direkabentuk untuk menyokong input, pengurusan, pengendalian, analisis, model dan mempamirkan data geografi dalam menyelesaikan masalah perancangan rumit, pengawalan, pengawasan dan masalah pengurusan (Mohd. Zulkifli Mohd. Yunus, 2002). Menurut Star and Estes, 1990 SMG direkabentuk sebagai sistem yang boleh mengumpul, memproses, menganalisis, mencantum dan memaparkan data di dalam komputer dengan menggunakan data ruang dan koordinat geografi. Cabaran utama yang berlaku di dunia sekarang ialah pertambahan penduduk, pemusnahan hutan, pencemaran dan sebagainya yang mempunyai dimensi geografi yang kritikal. Penggunaan SMG yang ternyata amat penting untuk membuat peta, hubungan informasi, visual, menyelesaikan masalah, mempersembahkan maklumat dan sebagainya boleh dilakukan dengan SMG. Pembuatan peta dan analisis geografi bukan perkara baru pada era ini tetapi SMG merupakan sistem baru yang lebih baik dan cepat jika dibandingkan dengan sistem yang ada. SMG juga bertindak sebagai teleskop dan mikroskop kepada sesuatu negeri, daerah dan mukim. Dengan ada teknologi canggih ini, maka pihak kerajaan boleh

2 merancang pembangunan di sesuatu kawasan tanpa sebarang batasan. Contohnya, SMG amat diperlukan dalam perancangan bandar kerana tapak yang hendak dibangunkan boleh dimodelkan masuk ke dalam komputer dengan menggunakan perisian komputer. Selain itu, SMG boleh memberi maklumat mengenai strata tanah, jaringan jalan raya di antara satu bandar dengan bandar yang lain. SMG juga dapat membantu pelancong untuk mencari destinasi melancong dengan memasukkan nama destinasi dan SMG memaparkan jalan yang paling singkat untuk sampai ke destinasinya. Ini amat mudah jika dibandingkan dengan dengan kaedah manual. Disamping itu, ia juga dapat mengelakkan masalah pembangunan yang tidak seimbang di kawasan luar bandar. Secara tidak langsung jurang perbezaan etnik yang bertumpu di sesuatu kawasan boleh dikurangkan. Oleh itu, SMG mustahak dalam menentukan arus pembangunan negara. Selaras dengan haluan ini, pihak kerajaan telah mengambil langkah positif iaitu melaksanakan projek Multimedia Super Corridor dan menggalakkan rakyat menceburi di dalam bidang IT iaitu Information Technology. Kini SMG merupakan suatu industri yang amat besar di mana lebih seratus dari seribu orang terlibat dalam bidang ini. SMG juga digunakan di kolej-kolej dan universiti-universiti di seluruh dunia. Ia diuruskan oleh kalangan yang mempunyai kepakaran dalam pemikiran geografi. Sama seperti dalam projek ini, SMG digunakan untuk menunjukkan lokasi Taman Teguh Harian di negeri Kedah. Di samping itu, SMG digunakan untuk menunjukkan lokasi perumahan, tiang lampu, pili bomba, pondok telefon dan infrastruktur yang lain yang terdapat di taman ini. Dengan ada teknologi SMG ini, maka penduduk-penduduk di taman ini boleh mengetahui setiap lokasi infrastruktur dengan tepat.

1.2

Kenyataan Masalah Sejak kebelakangan ini, masalah yang sering dihadapi oleh pihak kerajaan dan

pihak pemaju ialah memerlukan masa yang lama untuk merancang kesesuaian sesuatu infrastruktur dilokasikan di tapak perumahan. Terutama, jika projek perumahan ini adalah besar. Cara tradisional bukan sahaja menghabiskan masa malahan meningkatkan lagi kos projek. Untuk menangani masalah ini, maka SMG boleh diperkenalkan untuk menganalisis dan mengenalpastikan lokasi infrastruktur. Ini supaya infrastruktur yang dibekalkan oleh pihak berkuasa memenuhi keperluan penduduk pada masa sekarang dan masa hadapan. Ini disebabkan kemudahan-kemudahan yang dibekalkan itu kadangkala melebihi dari permintaan atau sebaliknya. Selain itu, pihak bomba juga menghadapi masalah seperti mencari kedudukan pili bomba. Mengikut kaedah tradisional, pihak bomba perlu membaca pelan dan mencari lokasi pili bomba yang paling berhampiran dengan kejadian kebakaran. Maka tidak hairan jika pihak bomba menghadapi kesuntukkan masa untuk memadamkan api. Pelawat perlu mempunyai peta untuk mencari destinasi. Masalah yang timbul ialah kadang-kala peta yang didapati adalah bukan yang terkini. Ini disebabkan cara tradisional untuk melukis peta baru adalah lambat dan memerlukan tempoh yang agak panjang khasnya bagi skim perumahan yang besar. Oleh itu, SMG diperkenalkan untuk mempercepatkan proses ini.

1.3

Objektif Kajian Tujuan sebenar kajian yang dilakukan adalah merangkumi beberapa aspek

penting dalam penggunaan SMG iaitu: i. ii. Mengaplikasikan SMG dalam sistem infrastruktur. Mengkaji cara-cara proses kemasukkan data atribut dan data ruang dalam SMG.

iii.

Mengaplikasi dan menghasilkan satu sistem maklumat mengenai sistem infrastruktur di sesuatu kawasan perumahan yang boleh diurus dengan cepat dan mudah.

1.4

Skop Kajian ArcView GIS digunakan dalam mengkaji infrastruktur yang sedia ada di

kawasan kajian iaitu Taman Teguh Harian, Mukim Pengkalan Kundur, Daerah Kubang Pasu, Kedah. Enam jenis sistem infrastruktur yang dipilih iaitu: a) Pili bomba b) Tiang lampu c) Telefon awam d) Perhentian bas e) Sistem paip air dan f) Loji kumbahan

1.5

Kepentingan Kajian Kajian ini penting untuk mendedahkan pengetahuan penggunaan SMG di dalam

bidang kejuruteraan awam. Oleh itu, melalui kajian ini diharapkan potensi kegunaan SMG boleh dikembangkan. Manfaat yang didapati dari kajian ini ialah kedudukan infrastruktur boleh diketahui dengan tepat. Seterusnya sistem ini akan membantu pihak pemaju dan pihak kerajaan di dalam bidang pengurusan infrastruktur di kawasan kajian. Contohnya maklumat mengenai loji kumbahan boleh ditunjukkan di dalam data atribut SMG seperti keluasan tanah yang diperlukan, penduduk setara (PE), kontraktor

5 yang menyediakan sistem ini, masa yang diperlukan untuk penyelenggaraan loji dan lain-lain. Manakala data ruang boleh menunjukkan rajah loji kumbahan. Ini amat penting bagi pekerja mengenali komponen-komponen loji sebelum menjalankan sebarang penyelenggaraan. Kekerapan berlaku kerosakkan sesuatu komponen di dalam loji boleh direkodkan di dalam data atribut supaya pengawasan lebih tertumpu pada komponen tersebut.

1.6

Pembatasan Kajian Pembatasan dalam kajian ini ialah seperti berikut:

i. ii.

Menggunakan perisian ArcView. Menggunakan data sedia ada.

1.7

Ringkasan Aliran Bab Dalam penulisan ini terdapat sebanyak enam bab yang dihuraikan seperti

berikut: Dalam bab satu, diterangkan mengenai pengenalan kepada SMG, kenyataan masalah mengenai sistem pengurusan infrastruktur di Malaysia, objektif kajian yang dijalankan, skop kajian, kepentingan kajian dan pembatasan kajian. Penerangan mengenai setiap bab juga diterangkan dalam bab ini. Dalam bab dua pula dimulakan dengan definisi SMG, penerangan mengenai komponen-komponen SMG, aplikasi SMG untuk inventori infrastruktur dan pengenalan ArcView.

6 Bab tiga menghuraikan tentang metodologi kajian kes seperti penyataan masalah, kajian teoritikal, kajian keperluan data, pengumpulan data, rekabentuk pangkalan data, analisis data, rumusan dan cadangan. Bab empat pula menerangkan tentang perlaksanaan projek seperti proses-proses kemasukkan data ruang dan data atribut. Dalam bab lima menjelaskan hasil kajian yang diperolehi dan juga menerangkan cara-cara kerja membuka model, mendapat gambar infrastruktur dan perolehan lokasi objek kajian. Bab enam merupakan kesimpulan kepada tajuk pengendalian data Sistem Maklumat Geografi. Masalah dan cadangan dalam kajian yang dijalankan ada juga dibincangkan di dalam bab ini.

You might also like