You are on page 1of 7

Cara pegang pensil dan ksannya kpd pembelajaran kanak2 Setelah melakukan ujian saringan DMA di beberapa buah

sekolah kebangsaan sekitar daerah Besut, (setakat ini hanya 3 buah sekolah kebangsaan lagi yang belum dilawati daripada 13 buah sekolah) saya mendapati 90% murid-murid yang berada di kelas pemulihan khas, yang menjalani ujian VMI kendalian saya, mengalami masalah cara memegang pensil dengan betul. Hasil pemerhatian saya semasa ujian tersebut dijalankan, kebanyakan murid-murid tadi mengalami masalah psikologi yang tidak dapat ditafsir oleh para guru kerana kekurangan pengetahuan dari aspek tersebut.

cara memegang pensil yang salah. Kemahiran paling asas sebelum sesi awal pembelajaran di usia murid berada di peringkat Pra Sekolah iaitu cara memegang pensil dengan betul harus diberi perhatian oleh para guru. Melalui soal selidik dengan guru-guru terbabit, mereka mengakui bahawa kini murid-murid tidak ditunjuk ajar cara memegang pensil dengan betul. Fenomena yang saya dapati, murid-murid ini akan mengalami gangguan visual-psikomotor yang boleh memberi kesan yang tidak baik kepada penguasaan pembelajaran yang diajar oleh guru. Masalah yang berlanjutan tanpa dibaiki sudah pasti akan memberi kesan langsung kepada pembelajaran murid berkenaan. Selain murid mengalami masalah tidak memegang pensil dengan betul, mereka juga tidak meguasai teknik melakar huruf dan angka dengan betul. Rata-rata melakukannya mengikut keselesaan dan cita rasa

sendiri asalkan perlambangan simbol tersebut dianggap betul oleh mereka. Saringan yang dilakukan saya, mendapati murid akan mengalami masalah dalam pembelajaran untuk menguasai kemahiran yang lebih kompleks lagi yang diajar guru, selagi kemahiran mudah tidak mereka kuasai. Bagaimana mungkin mereka mampu menguasai kemahiran yang lebih abstrak dan kompleks sedangkan kemahiran asas mereka masih terkial-kial untuk menguasainya. Saya dapat merasai stress dalam diri mereka berdasarkan bentuk jari mereka ketika mereka memegang pensil sewaktu menulis. Setelah menguji DMA mereka, ada antaranya mempunyai aras yang lebih tinggi tetapi persoalannya kenapa mereka berada di kelompok murid yang lemah menguasai pembelajaran? Kebanyakkan guru yang bersama saya sewaktu menguji murid mereka mengakui bahawa sukar untuk mengkatogerikan murid berdasarkan keupayaan aras perkembangan otak sebenar murid kerana kekurangan kepakaran. Tidak dinafikan kerana kumpulan guru peripatetik di seluruh Malaysia hanyalah tak sampai 50 orang setakat ini. Mungkin pihak kementerian boleh membuat sesuatu untuk mengatasi masalah yang dianggap remeh ini tapi mempunyai kesan yang cukup besar. Jikalau kita dapat mengesan tahap DMA murid seawal di tahun 1, nescaya kita tidak lagi mempunyai murid yang lemah dalam pelajaran. Contoh: Terapi untuk memulih murid yang bermasalah memegang pensil dengan betul.

Sejenis alat yang digunakan untuk membantu murid cara memegang pensil dengan betul.

Alat ini sudah tersedia mempunyai acuan yang memaksa jari berada di kedudukan yang betul.

Murid akan membiasakan jari mereka menulis dengan menggunakan alat bantu tersebut. Kita akan berbicara beberapa faktor yang mempunyai kaitan langsung mengenai perkara ini dalam penulisan saya seterusnya.

KEMAHIRAN MENULIS
7.1 Peringkat Perkembangan Menulis Tulisan dan bacaan mempunyai hubungan yang rapat dan saling melengkapi. Seseorang akan membaca hasil tulisan seseorang dan hasil tulisan seseorang pula adalah untuk dibaca oleh orang lain. Begitu juga apabila seseorang menulis, dia juga sedang membaca apa yang ditulisnya. Tulisan adalah lambang-lambang bunyi yang diwakili oleh perkataan-perkataan yang ditulis. Apabila lambang-lambang yang ditulis itu dibaca atau dibunyikan semula, maka barulah wujudnya bahasa melalui tulisan itu. Melalui tulisan manusia melahirkan perasaan, fikiran, dan juga kemahuan mereka. Melalui tulisan juga manusia dapat menikmati keindahan bahasa melalui penulisan yang indah dan penulisan yang banyak memberi maklumat. 7.1.1 Jenis Kemahiran Menulis

Secara umumnya terdapat dua jenis kemahiran menulis yang diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pertamanya adalah kemahiran menulis secara mekanis dan keduanya kemahiran menulis mentalis. Kemahiran menulis secara mekanis menekankan kepada aspek tulisan yang betul, kemas, cantik, dan mudah dibaca. Kemahiran ini melibatkan koordinasi otot-otot tangan dan jari dengan aspek visual dalam menulis perkataanperkataan. Kemahiran menulis secara mekanis diberi tumpuan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak iaitu di peringkat pra sekolah dan tahap satu sekolah rendah (Tahun 1 hingga tahun 3). Kanak-kanak berkeperluan khas bermasalah pembelajaran (PKBP) menunjukkan penguasaan kemahiran menulis secara mekanis yang sangat lemah. Mereka didapati sukar menulis huruf huruf dengan betul dan juga cara menulis huruf yang salah. Kemahiran menulis secara mentalis adalah kemahiran menulis untuk pelahiran idea, perasaan, memberi maklumat, bercerita, dan sebagainya. Kemahiran ini melibatkan proses kognitif dan perlu dipupuk melalui latihan-latihan yang berterusan sehingga kemahiran tersebut dikuasai dengan mantap. Kemahiran menulis secara mentalis ini hanya diperkenalkan oleh guru kepada murid-muridnya setelah mereka menguasai kemahiran menulis secara mekanis. Dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, penulisan secara mentalis diajar melalui aktiviti penulisan berkenaan dengan sesuatu aspek seperti menyatakan kehendak, menyatakan perasaan, menyatakan pendapat, bercerita, memberi maklumat seperti menulis berita, dan menulis puisi.

7.1.2 Peringkat Perkembangan Pengajaran Menulis

Kemahiran menulis perlu dikuasai oleh kanak-kanak secara berperingkat-peringkat mengikut kesediaan dan keupayaan mereka. Sebelum mereka mula diajar menulis, ibu bapa dan guru perlu memastikan yang mereka sudah mempunyai kesediaan menulis. Kanak-kanak perlu bersedia dari segi kemahiran motor halus iaitu kemahiran mengawal otot-otot jari dan juga pergerakan jari. Oleh itu kanak-kanak perlu didedahkan dengan pengalaman-pengalaman menggunakan jari seperti menggenggam, meramas, melorek, mencubit, menggentel, memegang, dan sebagainya. Kesemua kemahiran ini diajar secara tidak langsung menggunakan berbagai alat dan permainan. Kanak-kanak juga perlu bersedia dari segi keupayaan pengamatan visual melalui latihan dan permainan tertentu. Selain itu kanak-kanak juga perlu menguasai kemahiran tatabahasa asas seperti boleh menggunakan pelbagai jenis pola dan struktur ayat mudah. Pengajaran kemahiran menulis di sekolah rendah dapatlah dibahagikan kepada tiga peringkat (Kamarudin Hj. Husin, 1988): i. ii. iii. peringkat pra menulis peringkat mendirikan asas (peringkat mekanis) peringkat untuk pelahiran (mentalis) Peringkat Pra menulis Kanak-kanak sudah boleh diajar kemahiran pra menulis sekiranya ia sudah mempunyai kesediaan menulis seperti pergerakan otot-otot tangan dan jari jemari serta sudah dapat membuat pengamatan visual iaitu sudah boleh membezakan dan mengecam benda-benda. Pada peringkat ini otot-otot tangan dan jari dilatih supaya lebih kemas dan teratur pergerakannya dan juga dapat memegang pensel dengan betul dan kemas. Selain itu latihan-latihan koordinasi mata dan tangan dilakukan dengan banyak supaya kanak-kanak dapat meniru bentuk-bentuk yang dilihat. Pada peringkat pra menulis, aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah untuk melatih pergerakan tangan, koordinasi mata dan tangan, latihan-latihan pergerakan mata melalui lakaran-lakaran terkawal dan lakaran bebas yang dilakukan oleh kanakkanak. Menurut Hughes, Mercer, Lenz, dan Hoffmann (1991) kanak-kanak sepatutnya sudah boleh melakukan perkaraperkara berikut sebelum mereka diajar menulis. i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Melakukan pergerakan tangan atas ke bawah, kiri ke kanan, dan depan ke belakang. Menekap atau menyurih bentuk-bentuk geometri dan garisan putus. Menyambungkan titik-titik di atas kertas. Melukis garis lintang dari kiri ke kanan, melukis garis tegak dari atas ke bawah, dan bawah ke atas. Melukis bulatan arah lawan jam, garis melengkung, dan bulatan arah jarum jam. Melukis garis condong. Menyalin corak mudah dan bentuk-bentuk, dan Mengenal huruf-huruf dan dapat membezakan keserupaan dan perbezaan bentuk huruf-huruf tersebut.

CARA MEMEGANG PENSEL YANG BETUL

You might also like