You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA MAKLUMAT DAN PENGKOMPUTERAN SEKOLAH (JPMS) SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI RAMLI, KEDAI EMPAT, 34250

TANJONG PIANDANG, PERAK. MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM BIL. 1 TAHUN 2013 KALI 02 / 2010 Tarikh: 22 Januari 2013 Masa: 1.30 tengahari 2.30 petang Tempat: Bilik Mesyuarat SKHR KEHADIRAN: Bil. 1. 2. 3. 4. 9. 10. 11. 12. Nama
Pn. Hjh Siti bt Hj Shakarani En. Zolkifle bin Ahmad

Pn. Hamizan binti Ariffin Pn. Norain binti Hj Mat Said Cik Nor Lina binti Hud Pn. Haliza Akmar binti Abd Rahman Pn. Zarina binti Mohamad Roozi Pn. Siti Salmah binti Hamdi 1. KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

Jawatan Guru Besar / Pengerusi PK Pentadbiran PK Hal Ehwal Murid PK Kokurikulum Guru Data
Penyelaras Bestari & Guru Jadual Waktu

AJK Pembantu Tadbir

1.1 Guru Besar, Pn. Hjh Siti Eisah bt Hj Shakarani memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab. Pn. Hjh Siti Eisah mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ajk yang hadir.

1.2 Beliau menyatakan bahawa mesyuarat JMPS akan diadakan empat kali setahun pada bulan Januari, April, Jun dan Oktober atas arahan JPN. Mesyuarat yang telah dibuat perlu diminitkan dan salinan perlu diberikan kepada pihak PPD, guru besar serta simpanan guru data sendiri.

1.3 Mesyuarat ini bertujuan untuk mengesahkan data seperti senarai guru serta staf lantikan baru dan yang berpindah masuk, perjawatanan guru luar norma, pembentangan dan pengesahan jadual waktu guru seperti minggu pertama persekolahan, pengesahan rasmi guru data serta pengesahan jadual waktu guru data iaitu 4 jam waktu pengurusan data perlu diperuntukkan pada setiap hari. 1.4 Guru Besar mengucapkan tahniah kepada guru data yang baru dilantik iatu Cik Nor Lina bt Hud bagi menggantikan Pn. Haliza Akmar bt Abdul Rahman. Mantan guru data diharapkan membantu Cik Nor Lina bagi melancarkan lagi segala urusan mengenai data sekolah. 1.5 Selain itu, kutipan EMIS online perlu dilaksanakan seperti sebelumnya. Data juga perlu dikemaskini sepanjang tahun terutamanya jika berlaku sebarang perubahan. Bagi semakan ralat EMIS, Guru Besar, Penolong Kanan atau guru data perlu menandatanganinya bagi mengesahkan data yang telah disiapkan.

1.6 Guru Besar menyatakan bahawa hal-hal yang berkaitan dengan data sekolah adalah amat penting dan perlu diperbincangkan di peringkat jawatankuasa sebelum dihantar ke bahagian PPD. Data hendaklah dihantar pada atau akhir bulan setiap bulan. Beliau menyarankan agar data yang perlu dihantar disemak berulang kali bagi memastikan ketepatannya Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL. 4 TAHUN 2013


Minit Mesyuarat Bil. 4 Tahun 2013 telah disahkan tanpa pindaan. Pencadang: Penyokong: Puan Siti Salmah bt Hamdi Encik Zolkifle b Ahmad

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Perkara 1.2 Data Emis mestilah benar, tepat dan betul. Mesyuarat dimaklumkan bahawa segala maklumat yang dimasukkan ke dalam data Emis mestilah betul supaya tidak menjejaskan pengurusan data lain yang berkaitan dengan Emis.
3.2 Perkara 1.3 Perubahan data guru. Mesyuarat dimaklumkan guru data perlu sentiasa mengemaskini data guru jika terdapat sebarang perubahan kenaikan gaji, pangkat dan pertukaran alamat.

Tindakan : Guru Data

4.

PERBINCANGAN DAN PENGESAHAN DATA 4.1 Senarai Guru Atau Staf Lantikan Baru
Pengerusi meminta PK Pentadbiran menjelaskan kepada semua AJK bahawa SKHR menerima seorang guru pertukaran masuk iaitu Pn. Shahirawaty bt Razali dengan opsyen Matematik. Tiada staf lantikan baru diterima masuk ke SKHR.

4.2 Senarai guru atau staf berpindah keluar.

4.2.1 PK Pentadbiran menjelaskan bahawa 4 orang guru bertukar keluar. Senarai guru beserta dengan sekolah adalah seperti di berikut. BIL 1. 2. 3. 4. NAMA GURU Pn. Rohani bt Abdul Hamid Pn. Hasmah bt Sharif Pn. Norhayati bt Salleh Cik Sarasuvathi a/p Palakuru Sekolah SK Kuala Kurau Baru SK Sg Megat Aris SK Matang Gerdu SK Air Merah Catatan PK Kokurikulum PK Kokurikulum PK Kokurikulum Pertukaran biasa

4.2.2 PK Pentadbiran menjelaskan bilangan terkini guru yang berkhidmat

di SKHR adalah

seramai 18 orang. Mengikut waran yang dikeluarkan, guru layak diisi adalah seramai 20 orang. Oleh itu, SKHR kekurangan seramai 2 orang guru, termasuk guru media dan guru pemulihan. 4.3 Senarai Perjawatanan Guru Luar Norma BIL. 1. 2. 3. 4. 5. NAMA GURU Pn. Hjh Siti bt Hj Shakarani En. Zolkifle bin Ahmad Pn. Hamizan bt Ariffin Cik Nor Lina binti Hud Pn. Haliza Akmar bt Abdul Rahman JAWATAN Guru Besar Penolong Kanan Pentadbiran Penolong Kanan HEM Guru Data Penyelaras Bestari

4.4 Pembentangan dan pengesahan jadual waktu guru seperti minggu pertama persekolahan. 4.5 Pengerusi meminta Guru Jadual Waktu, Pn. Haliza Akmar untuk mengesahkan semua guru telah menggunakan jadual waktu seperti yang telah diedarkan pada 2 Januari 2013. 4.6 Pengerusi meminta PK HEM, Puan Hamizan untuk menjelaskan bilangan murid dan kelas yang terkini. Enrolmen kelas yang terkini adalah sebanyak 8 buah kelas. Bilangan murid bagi setiap tahun adalah seperti di bawah. Tahun Pra sekolah Tahun 1 Tahun 2 Lelaki 15 15 10 Perempuan 10 8 17 Bilangan 23 23 27

Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 Jumlah

14 11 15 15 95

11 14 18 13 91

25 25 33 28

184 Makluman

5.

PENGESAHAN SECARA RASMI GURU DATA 5.1 En. Zolkifle menyatakan bahawa terdapat perlantikan baru guru data iaitu Cik Nor Lina bt Hud.

5.2 Guru Jadual Waktu mengesahkan jadual waktu Guru Data mematuhi Pekeliling Ikhtisas Bil 14/2007. Waktu mengajar untuk Guru Data mengikut pekeliling telah ditetapkan sebanyak 12 waktu.

Makluman

6. MASALAH BERKAITAN INSFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN ICT 6.1 Pn. Haliza Akmar menyatakan untuk mencadangkan kepada pihak PIBG untuk menggunakan duit lebihan tahun lepas bagi membeli aset iaitu komputer untuk pengurusan pelajar termasuk keperluan pelajar untuk mata pelajaran ICTL. 6.2 Pn. Haliza Akmar menyatakan bahawa bilik akses sekolah tidak boleh mengakses kemudahan wireless atas kerosakan server. 6.3 Pn. Haliza Akmar menyatakan bahawa terdapat 2 LCD yang berfungsi dalam keadaan baik

Makluman
7. KEMASKINI FAIL EMIS SEKOLAH SEHINGGA 31 DISEMBER 2013 7.1 Guru Besar menerangkan bahawa sistem EMIS ONLINE ini digunakan di sehingga peringkat kementerian. Oleh itu, ianya mestilah tepat dan benar. 7.2. Guru Besar meminta Guru Data untuk mengemaskini EMIS ONLINE iaitu dengan mengisi jadual waktu guru seperti yang telah diedarkan pada 31 Disember 2013 serta mengemaskini tugas-tugas khas untuk setiap guru. Senarai tugas-tugas khas guru boleh didapati daripada PK Pentadbiran.

Makluman
8. HAL-HAL LAIN

8.1 . Guru Besar mengingatkan kepada semua AJK dan Guru Data untuk sentiasa meneliti data-data yang dikutip bagi memastikan ketepatan data sebelum di hantar ke pihak atasan.

8.2. Beliau juga berharap semua AJK supaya mempunyai budaya kerja cemerlang. Penekanan juga diberikan kepada konsep kerjasama dan bantu membantu di dalam organisasi kerana kegagalan seseorang individu akan memberi kesan yang besar terhadap imej organisasi terbabit. PK dan Guru Kanan juga diminta untuk memantau guru-guru di bawah seliaan masing-masing supaya sistem sekolah sentiasa beroperasi dengan lancar

Makluman

9. PENANGGUHAN MESYUARAT Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh, ...................... (Cik Nor Lina binti Hud) Guru Data SK Haji Ramli `

Disemak Oleh, .. (. Pn. Hjh Siti Eisah bt Hj Shakarani ) Pengerusi Guru Besar SK Haji Ramli

You might also like