You are on page 1of 2

PLAN TINDAKAN PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS)

Mulai 01 Julai 2013 semua sekolah yang mempunyai capaian internet akan mula menggunakan SPS KPM Mulai 01 Julai 2013 semua sekolah akan membuat panggilan kepada talian bebas tol 1-800 yang akan dimaklumkan ke semua sekolah dan BTP serta rangkaiannya sebelum 01 Julai 2013 Bagi memudahkan pengguna dan mengurangkan kesan ralat yang mungkin dilakukan pengguna, tahun aktif persekolahan bagi semua sekolah KPM akan dilaksanakan di peringkat pusat. Sekolah tidak lagi perlu melaksanakan langkah Selenggara Tahun Aktif Persekolahan kerana tahun aktif 2013 adalah ditetapkan berasaskan kesesuaian pilihan A atau B. Semua sekolah boleh mencapai SPS di alamat https://sps.1bestarinet.net/SPS dengan maklumat log masuk kali pertama seperti berikut: Username : admin.kodsekolah Password : admin Pentadbir sistem akan diminta memasukkan password baru untuk mengaktifkan sistem Prosedur keselamatan, pentadbir sistem sekolah adalah diarah supaya peringkat awal pelaksanaan, menggunakan no kad pengenalan sebagai kata laluan, sehingga satu tempoh penukaran yang akan dimasukkan kemudian. Sekiranya kata laluan yang lain digunakan, satu salinan kata laluan perlulah direkodkan, dimasukkan dalam dalam satu sampul surat rasmi, dilabel dan ditutup kemas sebelum diserahkan kepada pentadbir sekolah untuk disimpan dalam peti besi untuk tujuan keselamatan. Pentadbir sistem serta pengguna SPS adalah dilarang memberi/memaklumkan maklumat log masuk SPS kepada manamana pegawai PKG, PPD, BTPN, JPN dan BTP atau mana-mana pegawai KPM bagi memastikan integreti sistem serta maklumat di dalamnya. Semua log masuk adalah dilog dan dirakam di peringkat pusat.

Mulai 1 Julai 2013, SPS adalah beroperasi sepenuhnya secara rasmi dan tidak boleh digunakan untuk tujuan mencuba, menguji sistem atau untuk tujuan latihan. BTP dalam usaha melaksanakan inisiatif PPPM 43C Sistem Pengurusan Sekolah telah menetapkan KPI berikut: Aplikasi SPS sedia digunakan semua sekolah menjelang 30 Jun 2013 Aplikasi SPS mula digunakan secara rasmi semua sekolah KPM mulai 1 Julai 2013 Pembangunan middleware (Data yang terdapat dalam satu database di akses dari tempat lain) akan bermula pada 01 Julai 2013. Middleware siap dibangunkan dan diuji kegunaannya mulai 01 OKTOBER 2013 Data sekolah (EMIS), data staf (EMIS/SMG) dan data murid (APDM/SMM) dapat dikutip dari SPS pada 31 Disember 2013. Pelaksanaan SPS juga merupakan kunci kejayaan inisiatif PPPM 43A Pengintegrasian Satu Data KPM yang diterajui pihak BPPDP(EPRD)

You might also like