You are on page 1of 32

WAJ 3106- HUBUNGAN ETNIK Tutorial 1

Kesan- kesan daripada peristiwa 13 Mei 1969 Konsep- konsep asas hubungan etnik
Disediakan oleh: Amirah Asyran Aminuddin Monizahidah Mohamed Siti Hidayu Abdul Karim Wan Fatimah Wan Hassan

KESAN- KESAN DARIPADA PERISTIWA 13 MEI 1969


Pengisytiharaan darurat Pembentukan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) Penubuhan Majlis Perundingan Negara Rukun Negara diperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) Dasar Pendidikan Kebangsaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan Dasar Pembangunan Nasional

Pengisytiharaan Darurat
Pada 16 Mei 1969 di seluruh negara. Tujuan: untuk menenangkan keadaan yang tidak terkawal, memberi masa kepada pihak yang terlibat bertenang dan berfikir secara rasional tindakan mereka untuk cuba menghentikan kekacauan yang berlaku dalam masa yang singkat

Pembentukan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)


diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Tun Abdul Razak. Turut menganggotai MAGERAN ialah pemimpinpemimpin parti politik, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan pegawai-pegawai tinggi polis dan tentera. Antaranya ialah Tun Dr. Ismail, Tan Siew Sin, Tun G.T Sambatan, Dato Hamzah Bin Abu Samah, Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie, Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin, Tan Sri Mohd Salleh Ismail dan Jeneral Tunku Osman Tunku Mohd Jiwa.

Fungsi utama MAGERAN: Mengembalikan keamanan dan undangundang negara. Menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna. Mengembalikan suasana keharmornian dan kepercayaan antara kaum di Malaysia.

Penubuhan Majlis Perundingan Negara


ditubuhkan pada bulan Januari 1970 untuk membentuk perpaduan antara kaum di Malaysia. dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak. Ahli-ahli majlis ini terdiri daripada wakil-wakil: a) Menteri-menteri yang menganggotai MAGERAN. b) Kerajaan-kerajaan Negeri. c) Parti-parti Politik. d) Sabah dan Sarawak. e) Kumpulan-kumpulan Agama. f) Badan-badan Profesional. g) Perkhidmatan Awam. h) Kesatuan Sekerja Dan Persatuan Majikan. i) Wartawan. j) Persatuan Guru-guru. k) Kumpulan Minoriti.

Fungsi utama: meneliti isu-isu perpaduan negara mencari jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang melibatkan pelbagai kaum. bertindak sebagai penasihat kepada MAGERAN mengenai perkara-perkara yang bersangkutan dengan perhubungan dan integrasi kaum di Malaysia.

Rukun Negara diperkenalkan


Konsep rukun negara yang dibentuk oleh MAGERAN ini pada asasnya ialah untuk membentuk corak masyarakat Malaysia berdasarkan prinsip hidup yang telahpun wujud dan boleh dijadikan pegangan masyarakat Malaysia. Antaranya ialah: 1) Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat. 2) Memelihara cara hidup demokratik. 3) Mencipta suatu masyarakat yang adil dan kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama. 4) Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi yang kaya dan pelbagai corak. 5) Membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi. Konsep rukun negara telah dibahagikan kepada lima prinsip iaitu: 1. Kepercayaan Kepada Tuhan. 2. Kesetiaan kepada Raja Dan Negara.. 3. Kedaulatan Undang-undang 4. Keluhuran Perlembagaan. 5. Kesopanan Dan Kesusilaan

Dasar Ekonomi Baru (DEB)


diperkenalkan pada tahun 1970 dan mempunyai matlamat serampang dua mata iaitu pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat.

Dasar Pendidikan Kebangsaan


hasil daripada Akta Pelajaran 1961 yang berdasarkan syor laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Ia telah dimaktubkan dalam Ordinan Pendidikan 1957. bertujuan untuk membantu menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa melalui sistem pelajaran yang menitikberatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama serta berasaskan kokurikulum, peperiksaan dan kegiatan kokurikulum yang sama. Antara strategi yang telah dilaksanakan pula ialah: a) Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama. b) Mengadakan kurikulum dan peperiksaan yang sama di semua sekolah. c) Memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada 1982 berdasarkan kemahiran 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira serta memperkenalkan. Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) pada 1988. d) Mempertingkatkan pendidikan rohani, disiplin dan keagamaan. e) Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang dapat memupuk disiplin dan perpaduan. f) Memperluaskan pendidikan teknik dan vokasional dan mempelbagaikan kemudahan pelajaran.

Dasar Kebudayaan Kebangsaan


Dasar Kebudayyan Kebangsaan telah dirangka berteraskan tiga prinsip utama yang telah ditetapkan oleh Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971 iaitu: Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur Kebudayaan Kebangsaan. Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Matlamat Dasar Kebudayaan Kebangsaan ialah: Membantu mencapai perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Memupuk dan menjamin keutuhan identiti kebangsaan. Memperkayakan dan mempertingkatkan mutu kehidupan manusia dan menanam sikap kerohanian yang seimbang dengan pembangunan kebendaan di Malaysia.

Dasar Pembangunan Nasional


pada 17 Jun 1991 di parlimen. DPN dilaksanakan bagi menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan ia terkandung dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) bagi tempoh tahun 1991-2000. Matlamat dasar ini ialah untuk membentuk perpaduan kaum. DPN merangkumi beberapa aspek penting seperti berikut: a) Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama. b) Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi c) Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi di kalangan negeri-negeri dan di antara kawasan luar bandar dan bandar. e) Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi, di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara.

f) Memajukan pembangunan sumber manusia termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran-kemahiran perlu bagi menghadapi cabaran dalam pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat. g) Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosioekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian yang moden. h) Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi, perhatian yang sewajarnya perlu diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

masyarakat

Konsepkonsep asas
Budaya Perpaduan

Konsep Masyarakat
Maksud masyarakat menurut Kamus Dewan (2005): kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Menurut Roucek & Warren (1979): Masyarakat sebagai satu kumpulan manusia yang berhubung secara tetap dan tersusun dalam menjalankan aktiviti secara kolektif dan merasakan bahawa mereka adalah hidup bersama.

Kepentingan memahami konsep masyarakat


Memahami bahawa manusia, demi kelangsungan hidup, tiada pilihan lain tetapi untuk hidup bermasyarakat. Manusia mesti memahami sebaik mungkin cara hidup bermasyarakat Memahami budaya masyarakat itu sendiri dan juga masyarakat lain. Terus memupuk kerjasama dalam masyarakat.

Ciri- Ciri Utama Masyarakat


Berkelompok Berbudaya Mengalami perubahan Berinteraksi (dalaman dan dengan pihak luar) Mempunyai kepimpinan Mempunyai aturan sosialnya (susun lapis, kelas, status dan kasta).

Konsep etnik, etnisiti dan etnosentrisme

Konsep diskriminasi

Konsep masyarakat
Konsep prejudis dan stereotaip

Konsep ras dan rasisme

Konsep etnik, etnisiti dan etnosentrisme


Definisi etnik- sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam seperti adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Etnik- berkait rapat dengan konsep ras dan bangsa (memberi penekanan pada perbezaan fizikal atau sifat- sifat biologi antara sesama manusia). Etnik- dikelaskan melalui perbezaan budaya spt. adat resam, pola keluarga, pakaian, kegiatan ekonomi, hiburan dan lain-lain. Contoh: orang melayu, cina, kadazan dusun, melanau dan sebagainya dianggap sebagai etnik. Etnik- bersikap etnosentrik iaitu menganggap ciri- ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah serta dianggap ganjil ataupun berada pada tahap rendah atau tidak bermoral.

Etnik- membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme. etnisiti- rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Etnosentrisme- kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain. Etnosentrisme- suatu perspektif yang melihat kelompok etnik lain menerusi lensa dan kaca mata etnik sendiri.

Konsep ras dan rasisme


Ras- sebuah kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri- ciri fizikal- biologikal nyata spt. warna kulit, warna mata, warna rambut dan sebagainya. Rasisme- pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain. Rasisme- wujud pada dua tahap iaitu tahap individu dan tahap institusi. Tahap individu- berlaku dalam bentuk kepercayaan spt ada ras yang berstatus tinggi dan rendah. Tahap institusi- melibatkan dasar dan pelaksanaan yang bersifat diskriminasi.

Konsep prejudis dan stereotaip


Prejudis- pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu. Prejudis-tidak diluahkan secara terbuka dan tidak berasaskan maklumat yang jelas, tepat atau mencukupi. Apabila prejudis disuarakan, ia menjadi stereotaip. Stereotaip- gambaran yang berlebih- lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan kepada sesuatu kumpulan atau etnik lain. Contoh stereotaip- semua orang Arab beragama Islam atau orang Belanda bersifat kedekut .

Konsep Diskriminasi
Definifisi- pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap anggota atau kelompok etnik lain yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif. Berlaku dalam banyak bentuk dan mudah berlaku apabila wujud prejudis dan stereotaip dalam sesebuah masyarakat. Mencapai tahap tertinggi apabila melibatkan pembuangan kerja, serangan fizikal secara terbuka atau percubaan penghapusan sesebuah kumpulan etnik.

Konsep Budaya
Definisi
Nik Safiah Haji Abdul Karim (1963): tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa menggerakkan jiwa. Kamus Dewan (2005):kemajuan fikiran, akal budi, berkelakuan dan sebagainya. dibahagikan kepada dua: kebendaan dan bukan kebendaan. Kebendaan-peralatan dan kelengkapan hidup spt rumah, kereta, perahu dan sebagainya. Contohnya, reka bentuk rumah orang Melayu berbeza dengan orang Inggeris. Bukan kebendaan- kepercayaan, adat istiadat dan undang- undang. Contohnya, dalam adat perkahwinan masyarakat melayu pihak lelaki memberi hantaran kepada pihak perempuan tetapi bagi masyarakat India sebaliknya. Peranan utama pembentukan sesuatu budaya iaitu membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian serta identiti dan memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental. Ciri- ciri penting sesuatu budaya: dipelajari, dikongsi, sejagat, diwarisi, berubahubah. Mempunyai unsur simbolik dan adanya pandangan semesta.

Konsep perpaduan dan Integrasi


Perpaduan: satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air. Integrasi: satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik (Ahmad Haji Kambar, 1987).

Unsur- unsur integrasi: Integrasi wilayah Integrasi ekonomi Integrasi kebudayaan Integrasi sosial Integrasi pendidikan Integrasi politik

Konsep segregasi
Definisi: pemisahan atau pengasingan antara 1 kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Berlaku dalam beberapa keadaan spt kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam. Contoh dasar Aparteid di Afrika Selatan.

Konsep akomodasi
Definisi: proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahan budaya hidup masing- masing. Diwakili oleh formula: A + B + C = A + B + C

Konsep Akulturasi
Definisi: satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Terjadi apabila satu kelompok manusia dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing sehingga unsur tersebut akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri. Tidak menyebabkan kehilangan identiti dan masyarakat penerima. Contohnya, di Malaysia penggunaan tali leher, angpau, makanan, hiburan dan sebagainya.

Konsep Asimilasi
Definisi: satu proses pencantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk saru kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Diwakili dengan formula A + B + C = A A dominan manakala B dan C minoriti. Contohnya: orang Melayu di Thailand mengalami proses asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa dsb kecuali agama telah disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai. Berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama.

Konsep Amalgasi
Definisi: satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya atau ras baru. Cara utama dalam menentukan proses amalgasi adalah dengan terjadinya perkahwinan campur antara kumpulan etnik. Diwakili dalam formula A + B + C = D A, B, C mewakili kumpulan etnik berlainan dan D mewakili amalgam. Contohnya, kumpulan- kumpulan etnik yang sedia wujud mengamalkan perkahwinan campur lalu membentuk satu generasi baharu atau budaya baharu tanpa menuruti budaya asal mereka.

SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like