You are on page 1of 20

Konsonan letupan dihasilkan dengan merapatkan alat sebutan kepada mana-mana daerah sebutan.

Udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga mulut akan tersekat. Apabila udara yang tersekat ini dilepaskan dengan serta merta maka terhasillah bunyi letupan. Bunyi letupan akan berubah-ubah apabila daerah dan alat sebutannya diubah.

Letupan bibir dihasilkan dengan merapatkan bibir bawah ke bibir atas dan lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Apabila letupan itu dilakukan dengan pita suara tak bergetar maka bunyi yang dihasilkan adalah letupan bibir tak bersuara [ p ]. Contoh, [parah], [rupa] Apabila pita suara bergetar maka bunyi yang dihasilkan ialah letupan bibir bersuara [b]. Contoh, [ baru ], [ biru ], [ habuk ]

Bunyi konsonan letupan gusi dihasilkan dengan hujung lidah dirapatkan ke gusi atas. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara yang tertahan dalam rongga mulut dilepaskan serta-merta pada bahagian hujung lidah dan gusi. Jika pita suara bergetar maka bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi bersuara [ d ]. Contoh,[dada],[nada ], [ tidur ] Jika pita suara tidak bergetar, maka bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi tak bersuara [ t ]. Contoh, [tanah], [mata]

Letupan lelangit lembut dihasilkan apabila belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara yang tertahan dilepaskan dengan serta-merta pada bahagian belakang lidah dan lelangit lembut. Bunyi suara yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut [ k ] tak bersuara di mana pita suara tidak bergetar. Contoh, [ kaki ], [ laku ], [saku]. Apabila pita suara bergetar maka bunyi suara yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut [ g ] bersuara. Contoh,[ gaya ], [ pagar ], [ segar ].

Hentian glotis terhasil dengan cara lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara ke rongga hidung. Udara kemudian terhalang, iaitu disekat dan dilepaskan serta-merta pada bahagian pita suara. Pita suara tidak bergetar. Maka terhasillah [ ]. Contoh, [ poko ], [ keadaan ]

Bunyi letusan dihasilkan dengan merapatkan alat artikulasi sehingga udara tersekat. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutupi rongga hidung. Udara kemudiannya terhalang, iaitu disekat dan dilepaskan perlahan-lahan pada bahagian lelangit keras. Maka terhasillah fonem [ ] di mana pita suara tidak bergetar. Contoh, [ awan ], [ baa ]. Apabila pita suara bergetar, bunyi suara yang dihasilkan ialah konsonan letusan lelangit keras bersuara [ ]. Contoh, [ alan ], [ baa ]

Dalam Bahasa Melayu terdapat empat bunyi nasal. Bunyi nasal berlaku apabila alat artikulasi dirapatkan kepada daerah artikulasi. Lelangit lembut diturunkan untuk membuka rongga hidung. Udara keluar dari paru-paru melalui rongga hidung dan rongga mulut. Pita suara akan bergetar.

Udara dari paru-paru dipam ke pita suara. Lelangit lembut diturunkan untuk membuka rongga hidung. Udara terhalang pada bahagian dua bibir, kemudian keluar melalui rongga hidung dan rongga mulut, maka terhasillah fonem [ m ]. Contoh perkataan [mlu], [amn].

Bunyi terhasil apabila udara terhalang pada bahagian hujung lidah dan gusi kemudian keluar melalui rongga hidung dan rongga mulut. Apabila udara tiba di rongga tekak, lelangit lembut diturunkan untuk membuka rongga hidung. Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengauan gigi-gusi bersuara [ n ]. Contoh perkataan ialah, [ nsi], [ nns ].

Bunyi konsonan ini dihasilkan apabila udara yang terhalang pada bahagian depan lidah dan lelangit keras, kemudian keluar melalui rongga hidung dan rongga mulut. Bunyi suara yang dihasilkan ialah fonem [ ]. Contoh perkataan ialah, [ ala ], [ baak ].

Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut. Udara terhalang pada bahagian belakang lidah dan lelangit lembut, kemudian keluar melalui rongga hidung dan rongga mulut. Pita suara akan bergetar. Bunyi suara yang dihasilkan ialah [ ]. Contoh perkataan ialah,[ aa], [ mail ].

Bunyi geseran dihasilkan dengan menyempitkan rongga aliran udara sewaktu melalui rongga mulut. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung dan udara hanya keluar melalui rongga mulut.

Bunyi dihasilkan apabila udara yang keluar dari paruparu bergeser pada sempitan lidah dan gusi. Pada masa ini lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara ke rongga hidung. Pita suara direnggangkan. Arus udara melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara maka terhasillah bunyi gusi tak bersuara [ s ]. Contoh perkataan ialah, [ salah ], [ msa ], [ bas ]

Bunyi dihasilkan apabila udara keluar melalui pita suara yang renggang tanpa halangan. Glotis terbuka luas dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang tekak. Bunyi suara yang dihasilkan ialah [ h ], geseran glotis tak bersuara. Contoh perkataan ialah, [ hawa ], [ mha ].

Bunyi dihasilkan apabila udara dari paru-paru ditekan keluar melalui rongga mulut hingga menggetarkan lidah pada bahagian gigi-gusi. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi getaran gusi bersuara [ r ].

Udara dikeluarkan melalui rongga mulut terhalang dan keluar melalui kedua-dua belah kiri dan kanan lidah. Hujung lidah dinaikkan ke bahagian gusi. Pita suara bergetar. Bunyi yang dihasilkan ialah [ l ]. Contoh perkataan ialah, [ lari ], [ sila ], [ selamat ].

Untuk menghasilkan bunyi separuh vokal, kedudukan lidah dan ruang udara di dalam mulut sama kedudukannya seperti ketika menyebut bunyi vokal. Ujaran dilakukan separuh jalan sahaja.

Bibir dan belakang lidah seperti untuk membunyikan [ u ], kemudian berlaku geluncuran. Bunyi yang dihasilkan ialah separuh vokal dua bibir bersuara [ w ]. Contoh perkataan ialah,[ waya], [ wa ].

Kedudukan lidah pada peringkat awal adalah seperti untuk membunyikan [i], kemudian bergerak kepada kedudukan vokal yang lain. Bunyi ini ialah separuh vokal lelangit keras bersuara [ y ]

You might also like