You are on page 1of 3

VKWD1011 HIASAN DALAMAN GAYA HIASAN DALAMAN

NAMA : NUR SYAFIQAH BINTI AZIZAN NO. MATRIK : 227134 TARIKH : 26 OKTOBER 2013 NAMA PENSYARAH : EN. MOHD. AZHARI BIN SHAFIE NO. TELEFON : 019 5638334

HIASAN DALAMAN 1B

Gaya hiasan yang terdapat dalam filem Matrix.

Gaya klasik moden. Pemilihan gaya hiasan ini melibatkan struktur berpusat. Struktur ini memusatkan sesuatu tempat itu supaya tempat tersebut menjadi tumpuan perhatian orang yang melihatnya. Dalam filem matrix, terdapat satu adegan yang memfokuskan kepada perbualan yang di dialogkan oleh pelakon. Dalam adegan tersebut terdapat dua buah kerusi yang bereka bentuk gaya klasik moden dan sebuah televisyen klasik serta berlatar-belakangkan dinding putih yang bersih. Ini akan membuatkan penonton hanya memberi tumpuan sepenuhnya kepada kepada perbualan tersebut.

Gaya jepun Gaya ini menunjukkan hiasan rumah jepun yang berkonsepkan kayu. Dalam filem matrix memaparkan satu babak latihan karate yang berlatar belakang rumah jepun. Rumah jepun yang mempunyai sudut tengah yang luas sesuai untuk aktiviti karate yang memerlukan kawasan yang luas untuk melakukan gerakan. Penggunaan warna cat yang sesuai iaitu warna perang dan putih.

Gaya tempat penyelidikan

Tempat penyelidikan adalah tempat yang dipenuhi dengan barang-barang dan dokumen yang berkaitan dengan kajian. Filem matrix memaparkan banyak adegan atau babak di ruang penyelidikan. Ruang tersebut dipenuhi dengan komputer-komputer yang digunakan untuk melakukan penyelidikan dan pengawalan terhadap konsep matrix.

You might also like