Professional Documents
Culture Documents
Dalam common law, satu Tort adalah satu kesalahan sivil yang berlainan daripada pelanggaran kontrak, dimana undang-undang menyediakan ganti rugi. Asas kepada undang-undang tort moden berasal daripada ganti rugi pencerobohan dan pencerobohan keatas kes. Perkataan ini sendiri berasal daripadabahasa undang-undang Perancis dan bermaksud "kesalahan". Dalam bahasa Perancis, istilah avoir tortbermaksud "untuk menjadi salah". Persamaan bagi cabang undang-undang ini dalam undang-undang sivil adalah delict. Satu tort adalah satu pelanggaran tidak berdasarkan kontrak yang mungkin dihutangkan kepada seluruh dunia. Majoriti tuntutan undang-undang adalah dibawa dalam cabang tort.
Perkara am[sunting]
Undang-undang tort dibezakan dengan undang-undang kontrak, undangundang pengembalian, undang-undang equiti dan undang-undang jenayah. Undangundang kontrak melindungi jangkaan yang timbul daripada satu perjanjian,undangundang pengembalian melindungi penkayaan tidak adil, undang-undang ekuiti memastikan bahawa orang berlaku secara wajar dalam sesetengah situasi dan undang-undang jenayah menghukum mereka yang melakukan kesalahan berat seperti pembunuhansehingga negara perlu bertindak melindungi rakyatnya. Notakan juga bahawa banyak kesalahan boleh mewujudkan liability kepada kedua-dua negara sebagai satu jenayah, dan kepada mangsa sebagai tort. Undang-undang tort bertujuan melindungi kepentingan seseorang individu dalam keselamatannya, tanah milikannya, sumber kewangannya, atau reputasinya. Pengangguan dalam salah-satu kepentingan ini boleh diubati oleh satu tindakan undang-undang menuntut ganti rugi, biasanya dalam satu bentuk [[pampasan]. Undang-undang tort secara langsung bertujuan meletakkan si mangsa satu gangguan ke dalam keadaan sebelum dia diperlakukan gangguan itu (berdasarkan prinsip jangkaan atau keadaan wajar). Dalam kebanyakan negara, tort secara lazimnya dibahagikan kedalam tiga katagori luas tort sengaja,kecuaian dan gangguan. Catagori atau subkatagori lain diiktiraf dalam sesetengah negara. Sesetengah tort adalah tort berliabiliti ketat dimana pendakwa boleh menuntut dengan syarat dapat membuktikan dengan jelas kesalahan yang didakwanya benar-benar berlaku dengan tidak perlu untuk menunjukkan sifat pemikirannya atau bahawa defenden telah melanggar satu kewajiban menjaga yang wajar.
Definisi[sunting]
Dalam tritisnya yang terkenal, Handbook of the Law of Torts, William Prosser menakrifkan "tort" sebagai "satu istilah yang diaplikasikan kepada satu kumpulan kesalahan sivil yang tidak tentu dan tidak berkaitan antara satu sama lain tetapi tidak sama sekali berkait dengan satu perlanggaran kontrak dimasa satu mahkamah undang-undang mampu memberi satu pampasan dalam satu bentuk tindakan tuntutan ganti rugi." Selain pampasan, dalam sesetengah kes berhad, undang-undang tort membenarkan tindakan sendiri, seperti menggunakan kekerasan yang wajar untuk membuang penceroboh. Tambahan pula dalam satu kes tort yang berlarutan, dimana gangguan terus-menerus, mahkamah pada sesetengah masanya akan memberi gran injunksi untuk menghalang daripada gangguan itu terus berlaku, sebagai contoh, satu kes pengaduan tentang bunyi yang terlalu kuat di sebuah tapak pembinaan sebelah memungkinkan mahkamah mengarahkan pembinaan itu diberhentikan sementara kes masih berlangsung.
Matlamat[sunting]
Undang-undang tort menentukan sama ada satu kehilangan yang menimpa sesuatu mangsa patut atau tidak patut diletakkan puncanya pada orang lain. Sesetengah hasil daripada kesalahan yang dilakukan, seperti kos-kos perubatan yang terpaksa dibayar, boleh diganti rugi. Ganti rugi boleh juga dibayar dalam bentuk wang untuk hasil tidak kewangan, seperti kesakitan yang dialami. Dalam "Matlamat-Matlamat Undang-undang Tort" (The Aims of the Law of Tort) (1951) Glanville Williams melihat empat batu asas diamana pelbagai tort bersantai: pemujukan, keadilan, pencegahan dan pampasan. Undang-undang mempunyai kecenderungan menekan matlamat-matlamat berlainan mengikut tort sengaja dengan tort yang berlaku akibat kecuaian atau liabiliti ketat. Selepas rencana si William itu, berkembangnya satu sekolah penganalisa ekonomi undang-undang yang menekankan insentif dan pencegahan.
Kategori[sunting]
Tort secara amnya dikatagorikan oleh dua faktor:
1. Tahap kesengajaan yang mesti dikira dengan melihat kelakuan pembuat kesalahan, dan 2. Kepentingan yang terganggu oleh perbuatan tort.
Kecuaian[sunting]
Tort kecuaian adalah tort yang paling meluas antara kesemua tort dan adalah asas kepada kebanyakan kes kecederaan peribadi. Terdapat beberapa elemen yang sama kepada semua bidang kuasa, secara khususnya: terdapat satu standard penjagaan yang minima yang
semua orang dewasa harus mencapai dalam kehidupan seharian mereka; defenden mempunyai satu tugas menjaga kepada pendakwa dan sebarangpelanggaran kepada tugas itu dengan melakukan atau tidak melakukan sesuatu memungkinkan si pendakwa menuntut ganti rugi keatas sebarang kehilangan yang berlaku disebabkan kecuaian ini. Dalam semua situasi, ia mestilah adil dan munasabah untuk memerintahkan defenden membayar pampasan kepada si pendakwa. Elemen-elemen ini sering dipermudahkan sebagai formula "standard penjagaan, tugas, pelanggaran, penyebab dan ganti rugi".
Gangguan[sunting]
Tort gangguan membolehkan seseorang pendakwa untuk menyaman atas kebanyakan sebab gangguan keatas haknya menggunakan tanah dengan suka sendirinya. Sebagai contoh, bunyi bising daripada lapangan terbang biasanya dipampas oleh tuntutan gangguan.
Liabiliti ketat[sunting]
Liabiliti ketat diaplikasikan kepada aktiviti berbahaya (seperti pembinaan bangunan) dalam sesetengah negara bagi tujuan melindugi pihak-pihak terlibat dalam aktiviti itu daripada mengalami sebarang kecederaan yang berpunca oleh tindakan pihak lain meskipun pihak berkenaan tidak cuai dalam melakukannya. Teori ini tidak diaplikasi kepada kecederaan yang lebih serderhana sifatnya seperti penjagaan binatang buas, penggunaan bahan letupan, atau simpanan bahan radioaktif. Dalam undang-undang Inggeris, penjagaan makanan juga tertahluk kepada liabiliti ketat, dengan satu restoran boleh didakwa tidak kira betapa berhati-hati tindakan ia menjaga kebersihan. Dalam sesetengah negara, liabiliti ketat adalah peraturan dalam sesetengah kes liability produk, dengan teorinya berdasarkan hanya liabiliti ketat boleh memaksa pengilang untuk menggunakan reka bentuk paling selamat. Ia juga dipercayai bahawa paksaan ini perlu keatas semua pihak dalam "rantai perdagangan" untuk lebih berhatihati dalam penjagaan pengeluarkan produk mereka dan tidak cacat cela. Liabiliti produk juga dikatagorikan sebagai satu cabang undang undang tort spesifik, iaitu undang-undang tort toksik. Pelanggaran hak cipta juga diklasifikasikan sebagai liabiliti ketat dalam sesetengah bidang kuasa.