Professional Documents
Culture Documents
Pengenalan Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah
Pengenalan Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah
Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di peringkat sekolah adalah untuk mengembangkan potensi serta bakat seseorang pelajar dalam bidang jasmani, sosial, kebudayaan dan khidmat masyarakat. Selain ini, ia juga turut membentuk sahsiah dan sikap positif seseorang pelajar. Oleh itu, bakal-bakal guru yang menuntut di Institut Perguruan akan diberi penekanan dalam kemahiran asas, kebolehan mengurus, kebolehan mempimpin, kepegawaian dan kejurulatihan. Struktur gerak kerja kokurikulum dalam kursus pengurusan adalah dirancang mengikut tiga komponen utama iaitu: 1. Kemahiran dan Pengurusan Pasukan Pakaian Seragam / Unit Beruniform 2. Kemahiran dan Pengurusan Persatuan / Kelab 3. Kemahiran dan Pengurusan Sukan dan Permainan
Semua pelajar sekolah adalah digalakkan untuk mengambil bahagian sekurang-kurangnya salah satu Pasukan Pakaian Seragam sebagaimana yang dicatatkan dalam Laporan Kabinet 1979.
Matlamat penubuhan sesebuah Persatuan / Kelab di sekolah adalah untuk menggalakkan seseorang pelajar untuk berkomunikasi dengan pelajar lain yang berasal daripada pelbagai latar belakang serta bangsa. Selain ini, ia juga bertujuan untuk memberi perkhidmatan kepada masyarakat dan membolehkan seseorang pelajar untuk mencapai kemahiran di dalam sesuatu bidang atau hobi. Persatuan / Kelab dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu:(i) Persatuan / Kelab yang berasaskan akademik atau mata pelajaran (ii) Persatuan / Kelab yang berasaskan perkhidmatan, kebajikan dan hobi
2.2.1
Persatuan / Kelab dalan kategori ini adalah bertujuan untuk memupuk serta menambahkan minat dan kemahiran pelajar dalam sesuatu mata pelajaran tersebut. Persatuan / Kelab-kelab yang dikategorikan dalam komponen ini adalah seperti Persatuan Bahasa Kesusasteraan, Persatuan Sains, Persatuan Matematik, Persatuan Muzik, Persatuan Komputer, Persatuan Seni Lukis dan sebagainya.
2.2.2
Persatuan / Kelab yang berasaskan perkhidmatan, kebajikan dan hobi adalah bertujuan untuk menarik minat dan memberi pengetahuan dalam sesuatu bidang tertentu. Contohnya Bimbingan dan Kaunseling, Pembimbing Rakan Sebaya, Koperasi Sekolah, Pencinta Alam, Perpustakaan atau Pusat Sumber dan sebagainya.
Semua pelajar sekolah adalah diwajibkan untuk mengambil bahagian dalam sesuatu sukan dan permainan seperti Bola Sepak, Bola Keranjang, Badminton, Ping Pong, Olahraga, Bola Tampar dan sebagainya. Perancangan, pengurusan dan pelaksanaan sesuatu sukan dan permainan di peringkat antara sekolah-sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan adalah tanggungjawab Majlis Sukan Sekolah-Sekolah.
sebahagian besar pelajar menyatakan peryertaan mereka dalam gerak kerja kokurikulum tidak menjejaskan pencapaian mereka dalam bidang akademik -Beberapa perkara yang perlu diambil kira semasa membentuk organisasi ini agar dapat memberikan faedah kepada pelajar dan sekolah: 1.fungsi dan tanggungjawab setiap ahli 2.kekerapan mengadakan mesyuarat 3.pembentukan jawatankuasa kecil 4.pelaporan berkala 5.dokumentasi
3.2
Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah -Jawatankuasa khas untuk menguruskan hal ehwal kokurikulum -Aktiviti tahunan: menghadiri mesyuarat sekurang-kurangnya empat kali setahun merancang program tahunan dengan menyediakan satu takwim yang sama bagi semua aktiviti kokurikulum menyebarkan takwim kepada semua guru dengan mempamerkan di papan notis bilik guru melaksanakan aktiviti mengikut carta Gantt yang sudah diselaraskan oleh pihak sekolah mengedarkan semua minit mesyuarat yang telah dibincangkan mengurus dan menjaga rekod menyediakan laporan dan pemantauan
3.3
Tugas Penaung
Memastikan setiap perancangan aktiviti kokurikulum adalah berdasarkan Dasar Kementerian Pelajaran dan Surat Pekeliling Ikhtisas. Memantau, menilai dan memperbaiki aktiviti kokurikulum sekolah Tugas Pengerusi Menentukan objektif gerak kerja kokurikulum sekolah tercapai Memajukan aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah Mewakili guru besar menjalankan segala tugas yang diagihkan termasuk mempengerusikan mesyuarat ahli jawatankuasa kokurikulum Tugas Setiausaha Menyelaras semua aktiviti kokurikulum Memastikan keseimbangan agihan ahli pelajar dalam setiap persatuan, kelab, unit dan pasukan Menyediakan jadual mesyuarat agung dan perjumpaan bagi semua unit kokurikulum Menyediakan laporan dan minit mesyuarat Tugas Ketua Penyelaras Kokurikulum Membantu setiusaha untuk menyediakan jadual aktiviti kokurikulum tahunan berdasarkan perbincangan dan keputusan mesyuarat semua guru penasihat kokurikulum Bertanggungjawab dalam pelaksanaan program kokurikulum berjalan lancer tanpa masalah Tugas Penasihat Kelab dan Persatuan, Sukan dan Permainan dan Unit Beruniform Bertindak sebagai penasihat, pembimbing, pengurus, penyelia, penilai dan pelapor Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah Merancang aktiviti tahunan dengan pelajar Perbezaan di antara Jawatankuasa Kokurikulum dan Jawatankuasa Pelaksanaan -Jawatankuasa Kokurikulum mengkaji dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pelaksanaan kegiatan kokurikulum pada tahun-tahun sebelum dan merumuskan dasar, pendekatan dan kaedah baru pelaksanaan -Jawatankuasa pelaksanaan melaksanakan polisi dan aktiviti yang telah ditentukan oleh Jawatankuasa Kokurikulum sekolah
3.4
1) menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan dan Penyelarasan Kokurikulum Sekolah 2) menubuhkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah (Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 bertarikh 2 Januari 1985) 3) merumus dan menetapkan visi dan misi kegiatan kokurikulum sekolah dan menghebahkanna kepada guru-guru dan pelajar-pelajar 4) menubuhkan Jawatankuasa Kerja Pengurusan Kerja Pengurusan dan Penyelarasan Kegiatan Kokurikulum yang terdiri daripada guruguru penasihat persatuan/kelab, pasukan pakaian seragam dan sukan/permainan 5) mengkaji dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pelaksanaan kegiatan kokurikulum pada tahun-tahun sebelumnya dan merumuskan dasar, pendekatan dan kaedah baru pelaksanaan 6) memberi taklimat kepada guru-guru tentang dasar, pendekatan dan kaedah baru pelaksanaan kokurikulum yang telah dirumuskan 7) menyediakan keperluan asas pentadbiran 8) menyediakan atau memperolehi keperluan prasarana dan kemudahan-kemudahan asas 9) mengenalpasti keupayaan sekolah dari aspek pelaksanaan 10) memperoleh dan mengemaskini inventori, bekalan pejabat dan harta modal bidang kokurikulum 11) menyediakan perancangan dan jadual tahunan (takwim) kegiatan kokurikulum sekolah 12) menubuhkan persatuan/kelab/badan beruniform dan melantik guru-guru penasihat 13) menyediakan kegiatan kokurikulum setiap persatuan/kelab 14) melaksanakan kursus-kursus pengurusan kokurikulum kepada guru-guru 15) menyelaraskan kegiatan atau aktiviti persatuan/kelab/badan beruniform berdasarkan objektif/matlamat setiap persatuan/kelab/badan beruniform berkenaan, rangka perancangan kokurikulum sekolah dan jadual aktiviti kokurikulum peringkat daerah dan negeri 16) memantau dan menyelia pelaksanaan kegiatan kokurikulum 17) menyedia, mengumpul dan menyemak dokumentasi pelaksanaan oleh setiap persatuan/kelab/badan beruniform
18) melaksanakan Skema Penilaian Aktiviti Kokurikulum untuk setiap pelajar 19) merancang dan melaksanakan kursus-kursus kejurulatihan 20) meneroka dan mewujudkan peluang-peluang penyertaan dan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa 21) menyediakan laporan Tahunan Kokurikulum
3.5
1) menyediakan ruang, peluang, kesempatan dan kemudahan pembelajaran yang menarik, menyeronokkan dan merentasi kurikulum 2) merancang, menganjur dan mengelolakan kegiatan kokurikulum yang berbentuk aktiviti 3) dalam semua program kokurikulum penekanan diberi kepada pemerolehan dan peningkatan ilmu dan kemahiran baru 4) dalam semua program kokurikulum penekanan diberi secara sedar kapada usaha bersepadu ke arah memperkukuhkan semangat patriotisme, dan semangat perpaduan antara kaum dan wilayah 5) menyediakan peluang, ruang dan kemudahan yang mencukupi 6) menyediakan skema peningkatan pengetahuan, kemahiran, pencapaian, dan kepimpinan 7) semua program dan kegiatan kokurikulum yang dirancang memberi peluang dan kesempatan kepada pelajar untuk mengembangkan minat 8) menyediakan peluang dan kesempatan kepada pelajar untuk memperagakan bakat dan kebolehan masing-masing di khalayak ramai 9) menerapkan elemen-elemen kerjaya dalam program dan kegiatan kokurikulum yang dirancang 10) mewujudkan rangkaian kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan,syarikat-syarikat swasta, pertubuhanpertubuhan bukan kerajaan dan institusi pengajian tinggi untuk memperluas, mempelbagai dan mempertingkatkan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum 11) mewujudkan peluang kepada pelajar untuk mempertingkatkan daya saing dan daya tahan masingmasing 12) merealisasikan unsur-unsur penghargaan dalam setiap aktiviti/kegiatan kokurikulum yang dianjur
4.0 AKTA, SURAT PEKELILING IKHTISAS DAN PERATURAN AM PELAKSANAAN AM GERAK KERJA KOKURIKULUM DI SEKOLAH RENDAH. 4.1 Pengenalan
Kegiatan kokurikulum di peringkat persekolahan hendaklah dilaksanakan berdasarkan Akta dan Peraturan yang dikuatkuasakan serta Surat Pekeliling Ikhtisas yang diedarkan dari semasa ke semasa. Mengikut Peraturan dalam Pelajaran 1956 (Kursus-Kursus Pengajian Sekolah),kegiatan kokurikulum telah dimasukkan sebagai salah satu aktiviti tambahan dalam kurikulum sekolah dan peruntukan masa untuk aktiviti tambahan telah ditetapkan iaitu dijalankan selepas waktu pelajaran sekolah.
Berdasarkan seksyen 130 Akta Pendidikan, Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 mula berkuatkuasa pada 21 Mei 1998 dan terpakai bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Guru besar, setelah menerima permohonan secara bertulis,dikehendaki menubuh persatuan sekolah daripada kategori yang berikut: a) Matapelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 b) Hobi dan rekreasi c) Sukan dan permainan d) Badan beruniform e) Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh Pendaftar. Jawatankuasa tiap-tiap persatuan sekolah hendaklah mengemukakan laporan secara bertulis kepada Guru Besar mengenai perkara-perkara yang berikut: Perlembagaan dan peraturan persatuan Senarai ahli jawatankuasa persatuan dan Senarai aktiviti utama persatuan
Laporan itu hendaklah dikemukakan dalam tempoh empat belas hari selepas ditubuhkan atau selepas mesyuarat pertama persatuan tersebut. Perlembagaan dan Peraturan sekolah wajib diluluskan oleh Guru Besar. Jawatankuasa tiap-tiap persatuan sekolah dikehendaki mengemukakan laporan secara bertulis kepada Guru Besar mengenai apa-apa perubahan dalam perlembagaan,peraturan,jawatankuasa atau ahli persatuan. Laporan itu dikehendaki kemukakan dalam tempoh empat belas hari dari tarikh yang laporan tentang perubahan itu dibuat dan hendaklah disahkan dengan tandatangan pengerusi dan setiausaha persatuan yang berkenaan. Guru Besar boleh menerima atau enggan untuk menerima perubahan dalam perlembagaan,peraturan,jawatankuasa atau ahli persatuan. Guru Besar dikehendaki menyimpan atau menyebabkan supaya disimpan suatu rekod tentang ahliahli persatuan sekolah dalam tempoh tiga puluh hari selepas berkuatkuasanya Peraturan-Peraturan ini dan hendaklah disediakan bagi pemeriksaan oleh Pendaftar bila-bila masa. Guru Besar dikehendaki melantik seorang atau beberapa orang guru untuk bertugas sebagai penasihat atau penasihat-penasihat bagi setiap persatuan sekolah dan Guru Besar itu dikehendaki menyimpan atau menyebabkan supaya disimpan suatu rekod bertulis tentang maklumat itu dan hendaklah disediakan bagi pemeriksaan oleh Pendaftar. Akaun bagi tiap-tiap persatuan sekolah hendaklah dibawah kawalan Guru Besar atau penasihat. Guru Besar dikehendaki menyimpan atau menyebabkan supaya disimpan suatu akaun yang sewajarnya dan hendaklah menyimpannya di bawah jagaannya bagi tempoh tidak kurang dari enam bulan setelah berakhir tiap-tiap tahun kewangan dan hendaklah disediakan bagi pemeriksaan oleh Pendaftar. Apa-apa tajaan atau kutipan derma oleh setiap persatuan sekolah hendaklah mendapat kelulusan Guru Besar. Tiap-tiap mesyuarat persatuan sekolah atau jawatankuasanya hendaklah dihadiri oleh penasihat dan mana-mana guru lain yang dilantik oleh Guru Besar. Pendaftar, Guru Besar boleh mengarah mana-mana persatuan sekolah mematuhi peraturan tentang pengurusan,aktiviti, keahlian atau yang selainnya berkenaan dengan persatuan itu. Pendaftar ,Guru Besar boleh mengarah secara bertulis mana-mana persatuan sekolah dibubarkan jika dia berpuas hati bahawa persatuan itu mungkin digunakan bagi maksud berikut: Yang tidak memberi manfaat kepada guru atau murid Propaganda politik yang memudaratkan kepentingan Malaysia atau awam Yang memudaratkan kepentingan murid atau Yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini. Tiap-tiap arahan yang dibuat di bawah peraturan 8 hendaklah disiarkan dengan menampalkan suatu salinan mengenainya dipapan kenyataan sekolah atau mana-mana tempat yang boleh dilihat di premis sekolah. Dengan berkuatkuasa Peraturan-Peraturan ini,Peraturan-Peraturan di bawah Seksyen 92 Ordinan Pelajaran 1952 dibatalkan.
Penasihat aktiviti kokurikulum harus membuat penilaian terhadap keberkesanan aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan. Perkara-perkara yang biasanya digunakan untuk membuat penilaian ini ialah:-Objektif perlaksanaan. -Kehadiran, bilangan permainan, jumlah projek, ataupun jenis khidmat masyarakat, dan sebagainya. -Maklumat tentang prestasi dan pencapaian. -Maklum balas peserta, penyokong dan penonton. -Disiplin pelajar dan iklim sekolah.
dalam kegiatan kokurikulum adalah sama. Melalui pendekatan terkini ini, penggunaan borang penilaian dan cara penilaian yang piawai, ketidakadilan dalam pemberian markah dapat dielakkan.
Menyediakan satu kaedah penilaian aktiviti kokurikulum yang boleh diterima oleh semua sekolah di seluruh Malaysia. Membantu Jabatan Pengurusan Isntitusi Pengajian Tinggi membuat penilaian kemasukan pelajar-pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dengan adil. Menggalak dan meningkatkan penglibatan murid yang menyeluruh dalam aktiviti kokurikulum.
Markah bonus diberi berdasarkan sesuatu jawatan kepimpinan yang disandang oleh murid dan jawatan tersebut bertujuan membantu pengurusan dan pentadbiran sekolah. Di samping itu, Anugerah Khas juga diambilkira sebagai markah bonus. Markah ini diberi sebagai pengiktirafan kepada murid di atas pencapaian cemerlang dalam bidang kokurikulum dan kemasyarakatan yang diusahakan sendiri. Bagi penilaian 10% markah kokurikulum kemasukan ke IPTA, penilaian prestasi yang dibuat hanya memilih dua bidang terbaik daripada tiga bidang yang disertai oleh murid di sekolah setiap tahun, kecuali pelajar Tingkatan Enam Rendah. Mereka yang terpilih dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) selepas Tingkatan 5, penilaian dibuat bagi dua bidang terbaik yang disertai daripada empat bidang, iaitu penyertaan PLKN sebagai bidang tambahan. Bagi menentukan murid sentiasa cergas dan bergiat aktif dalam kegiatan kokurikulum, penilaian kokurikulum murid hendaklah dilakukan pada setiap tahun sepanjang persekolahannya. Keputusan penilaian akan direkodkan dalam bentuk prestasi tahun semasa (Grade point Average) dan himpunan prestasi sepanjang tempoh persekolahan (Cumulative Grade Point Average). Tempoh penilaian seiap tahun bermula daripada 1 Januari hingga 31 Disember tahun penilaian semasa. Ringkasan Huraian Pengiraan 10% Markah Kokurikulum Berikut ialah dua contoh pengiraan markah. Menggunakan Boarng B (Lampiran 2): Contoh 1:Kiraan kehadiran Pasukan Badan Beruniform Aspek penglibatan Peruntukan markah seperti berikut:
Peringkat Penglibatan Sekolah Zon/Daerah/Bahagian Negeri Kebangsaan Antarabangsa Aspek Pencapaian Peruntukan markah seperti berikut: Peringkat Penglibatan Sekolah Zon/Daerah/Bahagian Negeri Kebangsaan Antarabangsa
Markah 8 11 14 17 20
Markah Johan 8 11 14 17 20
Naib Johan 7 10 13 16 19
Ketiga 6 9 12 15 18
Aspek Jawatan Disandang Peruntukan markah berdasarkan bidang masing-masing seperti berikut: (a) Pasukan Badan Beruniform Markah berdasarkan kedudukan pangkat dalam pasukan. (b) Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan seperti carta berikut: Jawatan Markah Pengerusi / Presiden / kapten Pasukan /Ketua Pasukan Sukan / Permainan /Ketua Rumah 10 Timbalan Pengerusi / Naib Pengerusi 8 Setiausaha / Bendahari 7 Penolong Setiausaha / Penolong Bendahari 6 Ahli Jawatankuasa 5 Ahli Aktif 4 Ahli Biasa 1 Murid akan dinilai dalam dua bidang terbaik daripada tiga bidang penglibatan iaitu Pasukan Badan Beruniform, Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan. Bagi murid yang menghadiri Program Latihan khidmat Negara (PLKN) pada tahun semasa, program ini merupakan pilih boleh keempat. Bahagian Sekolah juga boleh memperkenalkan Markah Bonus (maksimum 10 marka) yang meliputi: -Sebarang aktiviti murid yang memberikan perkhidmatan kepada pihak sekolah seperti jawatan kepimpinan, misalnya, Ketua Murid, Pengawas Perpustakaan, Quarter Master dan sebagainya. -Anugerah atau pengiktirafan yang diterima daripada Kementerian/Jabatan lain atau agensi kerajaan (yang diiktiraf oleh Bahagian Sekolah/KPM) oleh murid sumbangan, penyertaan dan perkhidmatan mereka, misalnya Anugerah Remaja Perdana.
Jawatan
Ahli Aktif
Penglibatan
11
Pencapaian
JUMLAH
49
Kegiatan Kelab/Persatuan
Prestasi 37.5
Markah
Jawatan
Penglibatan
14
Pencapaian
10
66.5
Kegiatan Sukan/Permainan
Aspek Penilaian Kehadiran Prestasi Penuh (12/12) Markah 50
Jawatan
Penglibatan
17
Pencapaian
16
JUMLAH
88
Markah Bonus
Bil. Jawatan Markah Bonus
1.
Ketua Pelajar
10
2.
3.
4.
Pengawas Perpustakaan
5.
Tertentu.
(Jawatankuasa
6.
7.
8.