You are on page 1of 32

Sektor Perkhidmatan Sumber Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan

Definisi Maklumat
Maklumat ialah sesuatu penerangan yang diperolehi daripada pelbagai sumber dalam bentuk data, pengetahuan atau kebijaksanaan. Maklumat juga merupakan proses menambah pengetahuan secara langsung atau tidak langsung melalui pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain sama ada pengalaman nyata atau imaginasi dan pengetahuan yang disimpan dalam bentuk cetak, bahan tayang serta bahan tiga dimensi.

Definisi Literasi

Mempunyai pengetahuan yang secukupnya untuk menggunakan sesuatu

Definisi Literasi Maklumat


Satu keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat dengan berkesan bagi menyelesaikan sesuatu masalah dan mengambil keputusan
( Rader, 1991)

Apakah Kemahiran Maklumat?


Kemahiran maklumat ialah kemahiran-kemahiran yang diperlukan bagi mendapatkan dan mengolah maklumat secara cekap dan berkesan.

Ciri-Ciri Kemahiran Maklumat


Mengutamakan: Kemahiran perpustakaan, belajar, berkomunikasi dan kemahiran hidup

Penggunaan sumber maklumat bercetak, tidak bercetak dan elektronik Mementingkan konsep Resourse Base Learning

Kemahiran Maklumat merangkumi:


A. Kemahiran Perpustakaan kecekapan menggunakan PSS : Lokasi bahan Sistem katalog Susunan buku,majalah,akhbar dll Bahagian buku,glosari,indeks dll Menggunakan bahan rujukan asas Membuat rujukan dan bibliografi Mengakses dan menggunakan internet

Kemahiran Maklumat merangkumi:


B. Kemahiran Belajar yang terkandung di dalamnya kemahiran: Berfikir Membaca Mendengar Melihat Mencatat nota Mengorganisasi dan menyampaikan maklumat secara betul Membuat renungan dan rumusan

Kemahiran Maklumat merangkumi:


C. Kemahiran Komunikasi iaitu kemahiran untuk: Bertanya Menenuramah Memberi pendapat Berbahas Memberikan ucapan Menyampaikan laporan

Kemahiran Maklumat merangkumi:


D. Kemahiran Hidup yang melibatkan kecekapan: Mengurus masa Mengurus diri Berinteraksi dan etika Pembelajaran sepanjang hayat

Pendekatan Bersepadu Kemahiran Maklumat


Kemahiran maklumat perlu dikuasai oleh semua pelajar. Kemahiran yang sama digunakan di semua peringkat pembelajaran dengan skop yang berbeza. Kemahiran ini penting diajarkan dalam konteks kurikulum sebagai satu proses untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan.

Penerapan dalam kerja projek:


Apa (what) Mengapa (why) Bagaimana (How) Di mana ( Where) Dengan siapa ( With whom) Yang mana satu (Which) Keputusannya/Hasilan (Outcome)

Enam langkah KM sebagai satu proses pembelajaran


A. Menentukan Pelajar dapat: Menggambarkan skop sesuatu topik Mengingati isi penting mengenai perkara yang berkaitan Membuat gambarajah,mengumpulkan peta pengetahuan dan lakaran topik Mengenalpasti maklumat yang penting Memahami penentuan jenis maklumat yang ada pada sumber yang berlainan Mengaitkan maklumat dengan sumber-sumber yang ada

Enam langkah KM sebagai satu proses pembelajaran


B. Mencari
Pelajar berkebolehan: Memahami bagaimana sumber disimpan dan disusun untuk digunakan seperti majalah,buku,kaset video,peta dan slaid Memahami bahawa bahan elektronik adalah pelengkap kepada bahan buku Memilih sumber yang sesuai dan mengetahui kelebihan dan kekurangan sumber

Enam langkah KM sebagai satu proses pembelajaran


C. Menggunakan
Pelajar dapat: Menggunakan kemahiran belajar dan membaca dengan meluas,fleksible dan bermatlamat Memilih dan menggunakan kaedah atau teknologi yang sesuai untuk mendapat maklumat yang diperlukan Menggunakan teknik belajar seperti skimming,scanning,SQ3R,kata kunci dan lain-lain untuk memproses maklumat dengan meramal,membuat hipotesis,bandingan dan analisis

Enam langkah KM sebagai satu proses pembelajaran


D. Mencatat
Pelajar berkemahiran: Memilih cara membuat nota mengikut keperluan kajian dengan mengenal pasti isi penting perkataan sendiri Mengumpulkan dan menyusun maklumat untuk persembahan Menggunakan kemahiran,menulis,melukis dab menghasilkan nota yang sistematis dan berkesan

Enam langkah KM sebagai satu proses pembelajaran


E. Melapor
Pelajar dapat: Berkomunikasi dengan tepat dengan mengambil kira media,mesej dan penonton Menyedari diri sebagai pengkaji yang boleh menilai strategi dan kemahiran di setiap peringkat kajian dengan kebolehan dan keyakinan yang tinggi

Enam langkah KM sebagai satu proses pembelajaran


F. Menilai
Pelajar dapat: Mengenalpasti kemahiran yang diperlukan dan membincangkannya dengan guru Mengimbas kembali proses kajian dan menyatakan pengalaman dan kepuasan menjalankan kajian

Ringkasan 6 langkah untuk Pelajar


Langkah 1 - Menentukan Apa yang perlu saya ketahui dengan secara tepat? Apakah yang sudah saya tahu? Apakah yang akan saya buat dengan maklumat.

Ringkasan 6 langkah untuk Pelajar


Langkah 2 - Mencari Di mana saya boleh mendapat maklumat?

Ringkasan 6 langkah untuk Pelajar


Langkah 3 - Mengguna Apakah maklumat yang perlu saya ketahui?

Ringkasan 6 langkah untuk Pelajar


Langkah 4 - Mencatat Apakah maklumat yang perlu saya catatkan? Bagaimana mencatatnya?

Ringkasan 6 langkah untuk Pelajar


Langkah 5 - Melapor Apa yang diperlukan untuk mendapat maklumat secara sistematis dan mempersembahkannya dengan baik?

Ringkasan 6 langkah untuk Pelajar


Langkah 6 - Menilai
Proses/pembinaanya? Hasil terakhir? Puas hati?

RINGKASAN 6 LANGKAH UNTUK GURU


Langkah 1 - Menentukan Apakah sebenarnya yang saya harapkan mereka cari?

Apa yang saya harap mereka persembahkan? Adakah saya akan memberi mereka peluang membuat pilihan? Adakah saya memberi mereka peluang untuk berbincang tentang apa yang mereka telah ketahui?

RINGKASAN 6 LANGKAH UNTUK GURU

Adakah mereka mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk mencari dan menggunakan maklumat tersebut? Bagaimana saya boleh membantu? Adakah mereka sudah bersedia untuk memulakan kerja?

RINGKASAN 6 LANGKAH UNTUK GURU


Langkah 2 - Mencari Di mana boleh mereka mencari maklumat?

Adakah sumbernya mencukupi? Adakah sumber yang ada mengikut tahap kebolehan mereka? Bolehkah mereka mengesan sumber yang ada?

RINGKASAN 6 LANGKAH UNTUK GURU


Langkah 3 - Mengguna Bolehkah mereka menggunakan pelbagai bahan untuk mendapat maklumat yang sesuai bagi keperluan projek?

Bolehkah mereka menggunakan kemahiran skimming,scanning dan kemahirankemahiran yang lain?

RINGKASAN 6 LANGKAH UNTUK GURU


Langkah 4 Mencatat

Bolehkah mereka membuat pilihan untuk mencatat nota daripada maklumat yang diperolehi?

Adakah mereka mempunyai kemahiran mencatat nota?

RINGKASAN 6 LANGKAH UNTUK GURU


Langkah 5 - Melapor Adakah mereka berkebolehan menganalisis dan mengumpul maklumat itu daripada pelbagai sumber untuk dipersembahkan dalam beberapa bentuk dan cara yang menarik dan berkesan?

RINGKASAN 6 LANGKAH UNTUK GURU


Langkah 6 - Menilai Adakah mereka diberi peluang menilai pencapaiannya sebagai penyelidik mengikut proses kemahiran maklumat?

Adakah hasil kerja pelajar dinilai berdasarkan pembelajaran yang dilalui?

TERIMA KASIH

You might also like