You are on page 1of 5

BAB 7: TABURAN PENDUDUK Taburan penduduk adalah pola sebaran penduduk di dalam sesuatu kawasan atau sesbuah negara.

. Taburan penduduk juga adalah tidak sekata dan terbahagi kepada tiga: o Kawasan penduduk padat o Kawasan penduduk sederhana o Kawasan penduduk jarang Kawasan Penduduk Padat Kawasan yang mempunyai lebih daripada 200 orang sekilometer persegi. Terdapat di sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia terutama di Bandar-bandar besar, dataran dan delta sungai. Mempunyai pelbagai kemudahan awam dan perkhidmatan. Contohhospital, institut pengajian tinggi dan sistem pengangkutan yang moden. Contoh kawasan- Lembah Klang, Lembah Kinta, Pulau Pinang, Seberang Perai, Dataran Kedah-Perlis, Seremban, Melaka(Semenanjung Malaysia). Kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia, kawasan tumpuan penduduk di dataran dan delta subur seperti Dataran Kelantan, Dataran Terengganu. Di Sarawak, tumpuan penduduk di sekitar Kuching, Sarikei dan Sibu. Di Sabah, pendudk bertumpu di sekitar Kota Kinabalu. Kawasan Penduduk Sederhana Kawasan berpenduduk sederhana mempunyai 50 hingga 200 orang sekilometer persegi. Contoh- kawasan kaki bukit atau luar Bandar. Kemudahan awan, infrasturktur dan perkhidmatan disediakan di kawasan ini. Jenis taburan penduduk ini juga terdapat di kawasan pertanian, perikanan dan pekan-pekan kecil. Contoh kawasan: o Bachok, Kelantan, Marang dan Kuala Berang di Terengganu dan Jerantut serta Sungai Pahang di Pahang di Semenanjung Malaysia. o Lembah Sungai Rajang, Lembah Sungai Baram, Sibu, Bintulu, Miri, Samarahan, Sri Aman, dan Liambang di Sarawak. o Lembah Sungai Kinabatangan, Sandakan, Lahad Datu, Tawau, Semporna, Tuaran dan Keningau di Sabah. o Kawasan rancangan kemajuan tanah seperti Jengka Tiga Segi, Pahang Tanggara, Johor Tenggara, Kelantan Selatan. Kawasan Penduduk Jarang Kawasan berpenduduk jarang mempunyai kurang daripada 50 orang sekilometer persegi. Contoh- kawasan pedalaman, kawasan tanah tinggi yang berhutan tebal seperti kawasan di pedalaman Sabah dan Sarawak, gunung-ganang seperti banjaran titiwangsa, banjaran tahan.

Kawasan berpaya juga berpenduduk jarang seperti di Tasik Chini dan Tasik Bera, Pahang. KEPADATAN PENDUDUK Merujuk kepada bilangan penduduk yang terdapat dalam satu kilometer persegi. Kepadatan ini menentukan sesebuah kawasan itu padat,sederhana atau jarang. Formula mengira kepadatan penduduk:
Jumlah penduduk Kepadatan Penduduk= ---------------------Keluasan

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TABURAN PENDUDUK NEGARA MALAYSIA Taburan penduduk dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu: Bentuk muka bumi dan tanih Dasar kerajaan Faktor-faktor Pengangkutan dan perhubungan sosioekonomi Perkhidmatan dan pendidikan Sumber mineral

Bentuk Muka Bumi

Penduduk bertumpu di kawasan tanah pamah, pinggir pantai, dataran, dan lembah sungai. Semenanjung Malaysia- penduduk bertumpu di jaluran tanah pamah dari Perlis ke Taiping, Lembah Kinta ke Teluk Intan, Kuala Kubu ke Lembah Klang hingga Seremban, Melaka ke Batu Pahat, sekitar Johor Bahru, sekitar Kuantan, dataran Kuala Terengganu dan Kota Bharu. Sarawak- penduduk bertumpu di sekitar Kuching, Sarikei, dan Sibu. Sabahpenduduk bertumpu di sekitar di Kota Kinabalu. kawasan tanah pamah memudahkan pembinaan kawasan petempatan, pembinaan jaringan perhubungan dan pengangkutan.

kawasan lembangan dan lembah sungai menjadi tumpuan kerana tanih aluviumnya subur. penanaman padi dijalankan di kawasan seperti ini. o Contoh- Dataran Kedah-Perlis, Dataran Kelantan Pedalaman Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak berpenduduk jarang kerana banyak gunung-ganang dan hutan tebal. keadaan bentuk bumi seperti itu menyukarkan pembinaan petempatan dan kos pembinaan adalah tinggi. namun, terdapat kawasan tanah tinggi yang mempunyai kepadatan peduduk seperti di Kundasang, Sabah dan Tanah Tinggi Cameron, Pahang kerana udaranya nyaman dan pemandangan yang indah menarik pelancong.

Kegiatan Sosio-ekonomi perkembangan sektor ekonomi serta pelbagai kemudahan yang disediakan di sesuatu kawasan mempengaruhi taburan penduduk. penduduk akan bertumpu di kawasan yang menyediakan peluang pekerjaan dan kemudahan yang memberikan keselesaan hidup. Contoh- kawasan penanaman padi di Dataran Kedah-Perlis, Dataran Kelantan, Tanjung Karang. Kawasan penanaman getah dan kelapa sawit di sekitar Teluk Intan, Layanglayang dan Tawau. Kawasan perindustrian di Shah Alam, Petaling Jaya, Prai, Bayan Lepas, Likas, Pasir Gudang, Paka dan Bintulu. Pusat perniagaan, kewangan dan perdagangan seperti di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu.

Sumber Mineral Kawasan yang mempunyai sumber mineral seperti bijih timah, petroleum dan gas asli telah menggalakkan tumpuan penduduk kerana terdapat pelbagai peluang pekerjaan. Kawasan ini semakin membangun dan dilengkapi dengan kemudahan asas infrastruktur dan perkhidmatan. Kawasan Lembah Klang dan Lembah Kinta berkembang pesat daripada hasil perlombongan bijih timah. Contoh kawasan yang berkembang pesat hasil perlombongan bijih timah ialah Kuala Lumpur, Ipoh, Taiping dan Seremban. Kuala Lumpur- mempunyai penduduk paling padat di Malaysia. Perlombongan gas asli dan petroleum di luar pantai Terengganu, Sabah dan Sarawak telah menyebabkan tumpuan penduduk di Miri, Kertih, Lutong dan Bintulu.

Perkhidmatan dan Pendidikan Aktiviti-aktiviti perkhidmatan seperti pentadbiran, perniagaan, perdagangan dan pelancongan telah menyediakan pelbagai peluang pekerjaan.

Hal ini menggalakkan tumpuan penduduk di Bandar-bandar seperti Putrajaya(pentadbiran), Kota Kinabalu(pentadbiran dan perdagangan) dan Tanah Tinggi Cameron(pelancongan). Pembinaan pusat pengajian tinggi serperti di Kuala Lumpur dan Bandar Baru Bangi juga telah menarik tumpuan penduduk di kawasan tersebut. Pengangkutan dan Perhubungan Kawasan yang terdapat kemudahan pengangkutan dan perhubungan yang baik mempunyai taburan penduduk yang padat. Di kawasan yang jaringan pengangkutannya kurang, taburan penduduknya adalah kurang padat. Kemudahan pengangkutan dan perhubungan membantu perkembangan perniagaan, perdagangan dan perindustrian. Pembinaan Lebuh Raya Utara-Selatan telah menggalakkan perkembangan secara tidak langsung dan kepadatan penduduk di beberapa kawasan yang dihubungkan. Contoh- Sungai Petani, Jelapang, Senai dan Bukit Tengah. Di kawasan pedalaman, terdapat penduduk yang bertumpu di tempat-tempat yang berhampiran dengan jalan raya. Contoh- Nalapak dan Ranau, iaitu di sepanjang jalan raya yang menghubungkan Kota Kinabalu dengan Sandakan. Penduduk juga bertumpu di kawasan Pelabuhan Klang dan lapangan terbang seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA), Sepang. o -terdapat peluang pekerjaan dan perkhidmatan yang lain.

Dasar Kerajaan/Goverman

Kerajaan memperkenalkan beberapa dasar untuk memajukan sektor perdagangan dan perindustrian. Antaranya- Dasar Perindustrian Negara(DPN) dan Dasar Pertanian Negara. DPN mewujudkan kawasan Zon Perindustrian Bebas yg menggalakkan pembinaan estet-estet perindustrian terancang. Contoh- Sungai Way, Telok Panglima Garang, Bayan Lepas, Perai, Jelapang, Kinta, Sama Jaya, Pasir Gudang, Telok Kalong, dan Kemaman. Kilang-kilang di kawasan ini menyediakan banyak peluang pekerjaan dan menjadi tumpuan penduduk. Pembangunan kawasan luar Bandar di bawah Dasar Pertanian Negara telah membuka kawasan baru untuk pertanian. Contoh- penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan(FELDA), beberapa kawasan telah dibuka seperti Jengka Tiga Segi di Pahang dan KETENGAH di Terengganu. Perpindahan penduduk ke kawasan pertanian baru ini telah menambahkan penduduk di kawasan-kawasan tersebut. Pada zaman darurat(1948-1960) penduduk yg tinggal di pedalaman telah dipindahkan ke kampong-kampung baru yang mewujudkan petempatan seperti di Jinjang dan Berapit.

You might also like