You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN KALI KE-1, 2012 SK SUNGAI BAGING Tarikh Tempat Masa

Kehadiran : : : : 22 Disember 2011 (Khamis) Bilik Gerakan, SK Sungai Baging 11.00 Pagi 1. Ustaz Mohd Rizam B Yahya (Guru Penolong Kanan Kokurikulum) 2. Ileas B Ibrahim 3. Zatil Aqmar Bt Mohammad 4. Noraidah Bt Hashim 5. Ku Masitah Bt Ku Wil Jantan B Yasin (Guru Penolong Kanan Pentadbiran) Perkara Pembukaan / Ucapan Ketua Panitia 1. Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan surah Al-Fatihah. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat kerana sudi hadir walaupun berlaku sedikit kelewatan untuk mesyuarat kali ini . 2. Pengerusi berharap semua ahli mesyuarat dapat memikul semua tanggungjawab yang diberikan dengan hati yang ikhlas dan mestilah saling bekerjasama sebagai satu pasukan yang kukuh. Tindakan

Turut Hadir Agenda 1

3. Selain itu, pengerusi juga berharap semua ahli mesyuarat sentiasa memberi tunjuk ajar dan dorongan kepadanya kerana beliau tidak mempunyai pengalaman yang cukup. Segala tunjuk ajar yang diberikan akan dijadikan semangat untuk terus mencapai kejayaan. 2

Ucapan Penolong Kanan

2.1 En. Jantan B Yasin mengucapkan terima kasih kerana sudi mengudangnya sebagai wakil dari pentadbir untuk menjalankan mesyuarat ini. 2.2 Beliau mengharapkan mesyuarat ini dapat dijalankan dengan berkesan dan dapat menghasilkan satu keputusan yang positif. 2.3 Beliau mahukan segala aktiviti yang dirancang perlu diberi perhatian dengan serius sehingga membuahkan berhasil.

Organisasi Panitia PJK 2012 1. Pada tahun ini, guru Pendidikan Kesihatan Tahun 1 dan 2 di ajar oleh guru yang berbeza. Manakala Pendidikan Jasmani di ajar oleh guru yang lain. 2. Berikut senarai guru yang mengajar PJ & PK sesi 2012 mengikut tahun. Kelas 1 Bestari 2 Bestari 3 Bestari 4 Bestari 5 Bestari 6 Bestari PJ Zatil Aqmar Zatil Aqmar Mohd Rizam Mohd Rizam Ileas Ileas PK Ku Masitah Ku Masitah Mohd Rizam Mohd Rizam Ileas Ileas

Pengerusi setiausaha

Semua Guru PJK Pekerja

Huraian Sukatan Pelajaran PJK 1. Pengerusi menjelaskan HSP adalah perkara yang paling utama dan sangat penting bagi semua guru kerana menjadi panduan guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengerusi berharap semua guru yang mengajar mestilah mempunyai sukatan dan dijadikan rujukan yang paling utama. 2. Mesyuarat bersetuju supaya satu salinan HSP mestilah dipegang oleh Pengerusi Panitia dan akan difotostat untuk diberikan kepada guru yang mengajar PJK.. 3. PKP mengharapkan semua guru yang mengajar PJ dapat menghasilkan sukatan tahunan berdasarkan HSP supaya memudahkan pengajaran dan pembelajaran dijalankan. 4. Mesyuarat juga dimaklumkan supaya penggunaan Bahan Bantu Mengajar mestilah digunakan dengan maksimum dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Ini penting 2 Semua Guru Semua Guru PJK

Guru Besar

dalam meningkat tahap kecemerlangan murid. 5. Dokumen Standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah atau singkatannya KSSR, dilaksanakan bagi murid Tahun 1 dan 2. 6. Bermula tahun ini, murid tahun 1 dan 2 akan dinilai berdasarkan Penilaian Berasaskan Sekolah. Guru PJK akan menilai berdasarkan Dokumen Standard Prestasi. 7. Waktu PJ bagi Tahap 2 adalah 1 waktu bersamaan 30 minit manakala bagi Tahap 1 adalah 2 kali seminggu bersamaan 60 minit. 8. Waktu PK pula bagi Tahap 1 dan 2 ialah 1 waktu seminggu bersamaan 30 minit. Aktiviti Panitia PJK 1. Mengemas bilik sukan Mesyuarat bersetuju untuk mengadakan gotong-royong mengemas bilik sukan supaya lebih kemas dan teratur. 2. Merekod penggunaan alatan dan pinjaman barang stor sukan 3. Menyeragamkan Pakaian PJK Murid PKP menjelaskan bahawa pakaian PJK murid perlu diseragamkan.

4. Memperbanyakkan Alat-alat PJK. Pihak sekolah diminta membeli alat-alat bagi menggantikan alat-alat PJK yang rosak dan yang tidak mengcukupi. Hal-hal Lain Ustaz Mohd Rizam mengharapkan guru yang mengajar PJK pada tahun ini supaya mengajar mengikut kemahiran yang ditentukan. Ketua Panitia menjelaskan penggunaan huraian sukatan adalah wajib iaitu buku panduan guru Guru yang mengajar PJ hendaklah memakai pakaian yang sesuai sewaktu sesi p & p.

Mesyuarat di tangguhkan pada pukul 12.00 tengahari.

Disediakan Oleh : ............... (ZATIL AQMAR BT MOHAMMAD) Setiausaha Panitia PJK SK Sungai Baging

Disemak Oleh : .. (ILEAS B IBRAHIM) Ketua Panitia PJK SK Sungai Baging

Disahkan Oleh : (JANTAN B YASIN) Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Sungai Baging

You might also like