You are on page 1of 1

Datuk lee chong wei..salah seorang atlit yang telah berjaya membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa.

Beliau adalah pemain badminton yang paling berjaya dalam sejarah badminton malaysia, selepas Misbun sidek. Mari kita baca serba sedikit tentang insan yang hebat ini : Nama : Lee Chong Wei Tarikh Lahir : 21.10.1982 Tempat Lahir : Penang, Malaysia Tinggi : 1.74m Berat : 60kg Kidal : tidak Jurulatih : Misbun Sidek Kedudukan Dunia Sekarang : 1 (perseorangan lelaki) Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa semasa pembabitan awal beliau dalam bidang sukan beliau adalah seorang pemain bola keranjang. Bagaimanapun ibunya melarangnya bermain sukan tersebut kerana risaukannya. Walaubagaimanapun, semangat kesukanannya tidak pernah pudar pada masa tersebut. Beliau jatuh cinta dengan badminton pada umur 11 tahun apabila ayahnya membawanya bermain badminton. Lee selalu berlatih selepas sekolah. Chong Wei mempunyai bakat sukan yang besar. Dia terus memantapkanpermainan dan sering menghabiskan hampir 5 jam latihan setiap hari untuk berjaya. Selepas Misbun Sidek menyedari akan bakat beliau, beliau telah dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan ketikadia berusia 17 tahun. Sejak itu, Lee Chong Wei bekerja keras untuk menjadi pemain terbaik. Lee Chong Wei telah memenangi banyak gelaran badminton antarabangsa dalam kerjayanya, termasuk gelaran SiriSuper. Beliau memenangi pingat perak dalam Sukan Olimpik 2008, dan menjadi rakyat Malaysia yang pertamasampai ke peringkat akhir acara perseorangan lelaki dan menamatkan kemarau pingat Sukan Olimpik Malaysiasejak 1996. Kejayaan yang besar telah menyebabkan beliau dianugerahkan dengan "Darjah Setia Pangkuan Negeri(DS PN)", yang membawa gelaran Datuk. Datuk Lee merupakan pemain perseorangan nombor satu dunia sekarang.

You might also like