You are on page 1of 3

IRNI WIDAHYU BINTI AHMAD

1.1 Kriteria Bilik Darjah yang Mesra Budaya

1.1.1 Aspek fizikal

Susun atur tempat duduk murid-murid dalam pelan lantai bilik darjah yang telah dilakar menitik beratkan tentang kesamarataan taburan di antara murid-murid dari pelbagai kumpulan etnik dan tidak hanya satu kumpulan etnik dikelompokkan dalam satu kumpulan. Apabila ada perbincangan kumpulan atau aktiviti-aktiviti kumpulan, ahli-ahli kumpulan akan terdiri dari pelbagai kaum etnik. Kepelbagaian etnik dalam satu-satu kumpulan secara tidak langsung dapat mewujudkan serta memupuk satu suasana mesra budaya di kalangan murid-murid. Aktiviti keceriaan kelas seperti mengecat dinding dengan melukis mural-mural juga boleh dilakukan oleh guru kelas dengan bantuan daripada murid-murid dalam kelas. Tema lukisan mural yang dipilih adalah lebih sesuai jika berkisar mengenai perayaan-perayaan serta kebudayaan perihal pelbagai kaum etnik di negara ini. Aktiviti sedemikian dapat membantu murid-murid dari pelbagai latar belakang kumpulan etnik supaya dapat memupuk perasaan kekitaan dalam kalangan mereka. Perbincangan serta persediaan untuk lukisan mural secara tidak langsung akan dapat memupuk nilai serta belajar untuk bertoleransi dan bekerjasama. Aktiviti sedemikian merupakan salah satu cara guru untuk mewujudkan persekitaran mesra budaya di dalam bilk darjah. Ruangan perbincangan atau bekerja adalah penting untuk memupuk nilai kerjasama dan tolong menolong antara murid dari pelbagai latar belakang dan budaya. Tugasan yang di berikan oleh guru dapat di bincangkan di ruang ini, di mana secara tidak langsung murid-murid dapat berbincang untuk mendapatkan jawapan atau fakta untuk tugasan mereka.

IRNI WIDAHYU BINTI AHMAD


1.1.2 Sudut-Sudut Pembelajaran dan Bacaan

Penyediaan sudut pembelajaran juga adalah amat penting. Selain daripada sudut-sudut yang biasa guru juga boleh mewujudkan sudut baru seperti sudut budaya, sudut sejarah dan sudut patriotik. Sudut-sudut ini dapat mendedahkan murid-murid kepada pelbagai agama, adat resam, kebudayaan serta kepercayaan dari pelbagai kaum etnik di negara ini. Murid-murid secara tidak langsung akan dapat memupuk nilai-nilai murni seperti sabar, toleransi serta hormat-menghormati yang merupakan komponen penting untuk mewujudkan perpaduan kaum. Di samping itu, murid-murid juga dapat mengetahui betapa pentingnya perpaduan dalam kalangan masyarakat yang majmuk seperti di negara kita Malaysia ini. Guru juga boleh menyediakan pelbagai aktiviti - aktivti multimedia atau interaktif di setiap sudut pembelajaran tersebut untuk menarik minat murid-murid. Contohnya di sudut budaya ini, murid-murid yang berbangsa Melayu dapat mengetahui tentang kebudayaan serta agama murid-murid yang berbangsa Cina. Oleh yang demikian, murid-murid tidak menyentuh isu-isu sensitif serta menjaga sensitiviti sesuatu kaum etnik. Sudut pembelajaran elektronik seperti ruangan akses internet juga amat penting. Murid-murid dari pelbagai latar belakang etnik dapat mengguna kan perisian software yang disediakan oleh guru seperti aktiviti interaktif dan multimedia supaya dapat melaksanakan tugasan dalam kumpulan. Semasa membuat tugasan murid-murid dapat memupuk serta menghayati nilai-nilai seperti bekerjasama, tolong menolong dan toleransi.

IRNI WIDAHYU BINTI AHMAD


1.0 Lakaran Pelan Lantai Bilik Darjah yang Mesra Budaya

Bahan Sumber

Sudut mata pelajaran

Pintu

Ruangan pembelajaran

pembelajaran

To Tong sampah Meja dan kerusi murid

Ruang Akses Internet


Papan putih / Skrin putih

Ruangan

Papan kenyataan/Jadual

Meja guru

Pintu

You might also like