You are on page 1of 4

PELABURAN ASING DAN DOMESTIK

Pertumbuhan ekonomi negara yang berterusan telah membawa kesan positif ke


atas jumlah pelaburan asing dan tempatan. Pada tahun 2006 jumlah pelaburan
asing dan tempatan telah mencecah RM 40 billion iaitu penambahan sebanyak kira-
kira 60% berbanding tahun 2001.
Peningkatan yang mendadak ini melambangkan kestabilan dan perkembangan
ekonomi yang berjaya menarik keyakinan pelabur asing dan tempatan. Keyakinan
ini adalah atas dasar pemulihan ekonomi yang tepat oleh kerajaan Malaysia setelah
krisis ekonomi pada tahun 1997.

KELUARAN DALAM NEGARA KASAR


Selepas mencatatkan pertumbuhan 5.9 peratus tahun lepas, ekonomi Malaysia
diunjur terus berkembang dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar
dijangka mencatatkan pertumbuhan enam peratus tahun ini disokong oleh
pertumbuhan global yang mampan dan permintaan dalam negeri yang berdaya
tahan.
Unjuran kenaikan satu peratus KDNK itu sejajar dengan pengembangan dalam
kapasiti produktif berikutan pengukuhan pemulihan pembentukan modal.

PENDAPATAN PURATA PER KAPITA


Kualiti hidup semua rakyat Malaysia dijangka terus meningkat dalam dekad akan
datang, demikian menurut laporan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga
(RRJP3). Perdapatan per kapita benar akan bertambah melebihi lima peratus
setahun berikutan pertumbuhan ekonomi yang pesat.
Disebabkan kadar kemiskinan berada di tahap rendah, kerajaan akan menumpukan
perhatian kepada meningkatkan pendapatan isi rumah terutama bagi kumpulan 30
peratus terendah.

RANCANGAN MALAYSIA (1-9)


Rancangan Malaysia merupakan tempoh pelaksanaan program/projek
pembangunan Kerajaan Malaysia yang dirancang untuk dilaksanakan dalam masa
lima tahun. Rancangan lima tahun ini adalah kesan peninggalan daripada zaman
pemerintahan British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua.
Rancangan lima tahun bermula dengan Rancangan Malaya Pertama iaitu dari tahun
1956 hingga 1960 dan diikuti dengan Rancangan Malaya Kedua dari tahun 1961
hingga 1965. Setelah penubuhan Malaysia pada tahun 1963, rancangan lima tahun
ini dikenali sebagai Rancangan Malaysia di mana Rancangan Malaysia Pertama
bermula pada tahun 1966 hingga 1970. Bezanya ialah perancangan untuk
pembangunan di bawah Rancangan Malaysia meliputi negeri-negeri Sabah dan
Sarawak selain dari negeri-negeri Semenanjung Malayisa sebagaimana
sebelumnya.
Rancangan Malaya PERTAMA: 1956 – 1960
Matlamat Rancangan Malaysia Pertama ialah untuk meningkatkan pertumbuhan
ekonomi melalui peningkatan pendapatan per kapita dan taraf hidup rakyat.
Penekanan lebih diberikan kepada masyarakat luar bandar yang berpendapatan
rendah seperti menyedia dan memperbaiki kemudahan asas di kawasan luar bandar
di samping mempelbagaikan keluaran pertanian.
Selaras dengan ini kerajaan telah merangka rancangan Buku Merah (RED Book)
iaitu singkatan daripada Rural Economic Development. Buku Merah bertujuan
mengumpul dan menyelenggarakan maklumat untuk perancangan projek-projek
pembangunan infrastruktur dan sosial di daerah dan diletakkan dalam Bilik Gerakan
di setiap daerah. Buku Merah juga digunakan untuk memantau pelaksanaan
program/projek dan kemajuan pelaksanaan projek dikemaskinikan secara manual.
Rancangan Malaya KEDUA: 1961 – 1965
Matlamat Rancangan Malaya Kedua ialah untuk meningkatkan pertumbuhan
ekonomi dan taraf hidup rakyat menerusi kepelbagaian ekonomi dan pembangunan
produk selain getah

Rancangan Malaysia Pertama: 1966 – 1970


Rancangan Malaysia Pertama merupakan rancangan pembangunan yang meliputi
negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak bertujuan untuk
memupuk integrasi di kalangan penduduk semua negeri di Malaysia serta
meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan kebajikan rakyat.

Rancangan Malaysia Kedua: 1971 – 1975 Dasar Ekonomi Baru


Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan semasa pembentangan usul meluluskan
Rancangan Malaysia Kedua pada 12 Julai 1971. DEB adalah satu pendekatan baru
dalam rancangan pembangunan jangka panjang negara untuk tempoh 1971 hingga
1990. Dasar ini memberi keutamaan kepada pertumbuhan ekonomi negara dengan
pengagihan yang lebih saksama (growth with equity). DEB menggariskan dasar dan
strategi untuk mempercepatkan lagi proses pembangunan sosio-ekonomi dan
penyusunan semula struktur ekonomi Malaysia. Berdasarkan model Bilik Gerakan,
Kerajaan melalui Arahan No. 1,1971 Majlis Tindakan Negara telah menubuhkan
Majlis Tindakan Negara dan jentera-jentera penyelarasan pelaksanaan di peringkat
negeri dan daerah sebagai mekanisma bagi mengawasi pelaksanaan DEB.

Rancangan Malaysia Ketiga: 1976 – 1980


Selepas pelancaran DEB, kerajaan telah merangka pelbagai program dan projek
yang lebih besar dan melibatkan peruntukan yang lebih banyak. Jumlah peruntukan
dan bilangan projek yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga telah
meningkat dua kali ganda dari Rancangan Malaysia Kedua. Bentuk projek yang
diluluskan adalah semakin kompleks serta melibatkan berbagai agensi pelaksana.
Bagi menguruskan maklumat yang lebih rumit ini, Sistem Pengesanan Projek (SPP)
menggunakan teknologi komputer diperkenalkan dan Pusat Komputer Negara
ditubuhkan dalam tahun 1978.

Rancangan Malaysia Keempat: 1981 - 1985


Inflasi pada awal 1980-an telah menjejaskan perkembangan ekonomi
keseluruhannya. Peranan sektor swasta diberi penekanan dalam pelaksanaan Dasar
Ekonomi Baru.

Rancangan Malaysia Kelima: 1986 - 1990


Kerajaan mengamalkan strategi pembangunan yang stabil. Sektor swasta
memangkin pembangunan ekonomi, terutamanya dalam pembangunan sektor
industri berat dan industri berasaskan sumber. Sistem pemantauan projek
pembangunan diperkemaskan lagi dan sistem SETIA dibangunkan menggantikan
sistem SPP. SETIA merupakan satu sistem bersepadu yang mengintegrasikan
maklumat agensi-agensi pusat mengenai peruntukan, perbelanjaan, pembayaran
dan prestasi pelaksanaan projek.

Rancangan Malaysia Keenam: 1991 - 1995


Setelah berakhirnya tempoh DEB, Kerajaan melancarkan Dasar Pembangunan
Nasional serentak dengan Rancangan Malaysia Keenam. Arahan No. 1, 1971 Majlis
Tindakan Negara dipinda bagi menyesuaikan kerangka jentera penyelarasan
dengan senario pembangunan tahun 1990an. Arahan ini digantikan dengan Arahan
No. 1, 1991 Dasar Pembangunan Nasional.
Fokus Rancangan Malaysia Keenam ialah penekanan kepada strategi makro-
ekonomi untuk mengukuhkan kapasiti pengeluaran dan daya saing di peringkat
antarabangsa. Bagi memantapkan pemantauan pelaksanaana projek, sistem SIAP
dibangunkan pada tahun 1995 bagi melengkapkan sistem SETIA untuk memantau
kemajuan pelaksanaan fizikal projek secara lebih berkesan.

Rancangan Malaysia Ketujuh: 1996 – 2000


Teras utama Rancangan adalah perubahan daripada pembangunan berasaskan
input kepada pembangunan berasaskan produktiviti bagi meningkatkan
pengeluaran, struktur transformasi yang lebih padu dan pembangunan yang
seimbang. Selaras dengan ini, Arahan No. 1, 1991 dipinda dan digantikan dengan
Arahan No. 1, 1996 Pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional.
Di bawah Arahan ini, jentera penyelarasan pelaksanaan di peringkat kementerian
dikenali sebagai Jawatankuasa Pembangunan Peringkat Kementerian diwujudkan.
Bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem pemantauan projek,
sistem SETIA dan SIAP diintegrasikan dan dikenali sebagai Sistem Maklumat
Bersepadu SETIA dan SIAP atau ringkasnya SMBSS. Sistem ini menggabungkan
maklumat kewangan dan fizikal projek-projek yang dilaksanakan.

Rancangan Malaysia Kelapan: 2001 - 2005


Pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga bermula dengan Rancangan
Malaysia Kelapan dengan memberi penekanan kepada pembangunan negara maju
dan berkualiti menjelang tahun 2020. Tiga teras utama Rancangan Malaysia
Kelapan adalah mengubah strategi pertumbuhan daripada strategi berasaskan
input kepada strategi yang didorong oleh pengetahuan bagi meningkatkan potensi
pertumbuhan keluaran, mempercepatkan perubahan struktur sektor pertanian,
pembuatan dan perkhidmatan serta memperkukuhkan kestabilan sosio-ekonomi
menerusi pengagihan pendapatan dan kekayaan negara secara saksama.
Bagi mencapai matlamat ini, kerajaan telah melancarkan Dasar Wawasan Nasional.
Selaras dengan ini, Arahan No. 1,1996 dipinda dalam tahun 2001 dimana peranan
jentera-jentera penyelarasan pelaksanaan diperkemaskan ke arah mencapai
matlamat dasar kerajaan. Di bawah Arahan No. 1, 2001 Jentera Penyelarasan
Pelaksanaan Dasar Wawasan Negara, Sistem Pemantauan Projek II (SPP II)
digunakan sebagai alat untuk memantau pelaksanaan projek oleh semua
kementerian.

Rancangan Malaysia Kesembilan: 2006 - 2010


Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan Misi Nasional telah dibentangkan di
Dewan Rakyat pada 31 Mac 2006. Misi Nasional dilaksanakan sebagai rangka dasar
pembangunan yang terdiri daripada lima teras utama bagi mencapai matlamat
Wawasan 2020. RMK-9 pula merangkumi strategi, program dan peruntukan yang
diperlukan bagi tujuan merealisasikan Misi Nasional dan menjadikan Malaysia
sebuah negara yang lebih maju dari aspek ekonomi, pembangunan sosial yang
seimbang, warga yang bersatu padu, berbudaya, berpekerti mulia, berkemahiran,
berfikiran maju dan berpandangan jauh. RMK-9 adalah rancangan lima tahun
pertama daripada tiga rancangan lima tahun yang akan memacu Misi Nasional ke
arah mencapai Wawasan 2020.
EKSPORT
Eksport Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang dijangka menggalakkan
dengan eksport kasar berkembang pada kadar 8.5 peratus setahun. Dalam tempoh
Rancangan Malaysia Kesembilan, jumlah dagangan dijangka melepasi satu trilion
ringgit buat pertama kalinya.

You might also like