Professional Documents
Culture Documents
September 04, 2013 Penulis: Rosli Baharuddin Kategori: Komunikasi / Pemasaran Antara perkara utama yang diambil kira oleh bakal pembeli ialah berkenaan dengan harga yang kita tawarkan kepada mereka. Sebagai usahawan walaupun ianya agak memeningkan tetapi kita perlu tahu bahawa harga sememangnya antara faktor penting dalam setiap jualan. Sebagai usahawan yang menjadi orang tengah dalam urusan jualan, kadangkala kita tidak mempunyai kuasa untuk menetapkan harga barang kerana ia bergantung sepenuhnya kepada pengeluar atau pembekal barangan. Kita hanyalah terlibat dalam aktiviti menjual barangan tersebut sahaja. Inilah antara perkara yang sentiasa berlaku ketika proses jualan terutamanya semasa berhadapan dengan penolakan jualan serta kegiatan tawar-menawar daripada bakal pembeli. Sebagai seorang jurujual, kita terpaksa bermati-matian untuk pertahankan harga yang ditetapkan oleh pengeluar barangan. Jika ianya berlaku kepada kita, ambillah pendekatan terbaik dan berhemah untuk mempertahankan harga yang kita tawarkan kepada mereka. Walaupun menyedari bahawa penolakan akan terjadi tetapi kita harus tabahkan hati menegakkan prinsip kita sebagai jurujual dan menerangkan sejelasjelasnya bahawa harga jualan tertakluk kepada pihak pembekal dan pengeluar produk.
Dalam setiap produk pasti ada kelebihan dan kekurangannya masing-masing. Pastikan anda memberikan penekanan sebaik mungkin mengenai kelebihan, kehebatan serta faedah produk yang dapat menyelesaikan masalah bakal pembeli produk anda. Setiap kejujuran anda pasti mampu menarik minat mereka untuk membeli tanpa melihat harganya. Lihat sahaja industri kenderaan di Malaysia, jika majoriti rakyat benar-benar mahukan kereta yang murah sahaja pastinya syarikat kereta berjenama seperti Mercedez, BMW ataupun AUDI tidak akan laku. Fokuskan kepada faedah yang mereka dapat dan mereka akan membelinya tanpa rasa ragu.