You are on page 1of 21

1.0 2.

PENGENALAN SERANGAN LELAH (ASMA) Bagi serangan lelah (asma), otot-otot salur udara dalam paru-paru menjadi

kejang dan lapisan salur udara akan bengkak. Akibatnya, salur udara menjadi tirus, dan menyebabkan mangsa sukar bernafas. Kadang-kala terdapat satu cetusan yang dikenalpasti sebagai satu serangan, contohnya alahan, selesema, ubat tertentu, atau asap rokok. Pada waktu lain, tidak terdapar cetusan yang ketara. Ramai penghidap lelah mendapat serangan mengejut pada waktu malam. Orang yang menghidap asma biasanya merawat sendiri akan serangan tersebut dengan menggunakan alat sedut pelega ketika tanda pertama satu serangan. Kebanyakan alat sedut pelega ini mempunyai tudung warna biru.Sebuah pembaur plastic atau spacer yang boleh dipasang pada alat sedut untuk membantu mangsa bernafas secara perubatan dengan lebih efektif.Alat sedut pencegah biasanya mempunyai tudung warna putih atau coklat dan digunakan dengan kerap oleh penghidap lelah bagi mencegah serangan. Namun begitu, ia bukanlah satu rawatan yang berkesan bagi serangan lelah dan alat ini tidak harus digunakan dalam situasi ini. JENIS-JENIS ASMA Asma ekstrinsik Asma intrinsik Asma malam Asma bermusim Asma aruhan senaman Asma berkala Asma kronik Asma ekstrinsik

1. atopik. 2.

Asma yang dicetuskan oleh alergi, ia juga dikenali sebagai asma alergi atau

Serangan asma berkait dengan tindak balas badan terhadap sesuatu bahan

yang disedut atau kadangkala ditelan. Bahan-bahan ini dikenali sebagai alergen. 3. Alergen yang paling biasa ialah pokok, debunga, kulapuk, dander haiwan,

tungau debu dan lain-lain. 4. Asma yang bermula ketika usia kanak-kanak berkemungkinan adalah asma

ekstrinsik. 5. Gejala-gejala asma ekstrinsik sering berbeza mengikut musim dan berlaku

secara berkala. 6. Separuh kes asma ekstrinsik biasanya mempunyai sejarah atau keluarga bagi

alergi lain seperti rinitis alergi dan penyakit kulit. Asma intrinsik 1. Asma yang berlaku pada individu yang berumur lebih 30 tahun biasanya

adalah jenis intrinsik atau asma bukan alergi. Ia tidak berkaitan dengan alergi. 2. Pencetus yang menyebabkan asma intrinsik adalah seperti jangkitan

pernafasan, senaman, tekanan, menyedut perengsa kimia atau pencemaran udara dan sebagainya. Asma malam 1. Merupakan serangan Asma yang menjadi lebih buruk secara tiba-tiba

ditengah malam, biasanya antara pukul 2 dan 4 pagi. 2. Asma malam berlaku pada orang yang menghidap bentuk penyakit Ekstinsik

atau Intrinsik. 3. Punca yang menyebabkan ianya berlaku adalah kemungkinan halangan

disebabkan oleh mukus di dalam dinding saluran udara penghidap Asma. Mukus ini mungkin menjadi sukar untuk disingkirkan ketika seseorang itu sedang tidur. Sebaliknya ia berkumpul di dalam tiub Bronkus, dan menghalang aliran udara.

4.

Kemungkinan juga Asma malam terjadi akibat pendedahan kepada Alergen

yang terdapat di dalam bilik tidur seperti debu atau dander haiwan. 5. Terdapat juga teori yang mengaitkan Asma malam kepada Ritma Sirkadia,

iaitu kitar 24 jam semlujadi badan yang menyebabkan turun naik dalam paras hormon pada waktu malam. Tahap darah bagi Epinefrina dan Kortisol, iaitu 2 hormon yang memastikan tiub Bronkus terbuka, jatuh antara tengah malam dan pukul 6 pagi. 6. Histamina, iaitu bahan kimia semulajadi yang memburukkan Asma, mencapai

tahap tertinggi pada waktu malam. Faktor-faktor ini, disamping perubahan lain yang berkait dengan Ritma Sirkadia, mungkin bertindak sebagai pencetus untuk serangan Asma malam. Tinjauan juga menunjukkan kekerapan henti pernafasan dan kematian yang tinggi disebabkan oleh Asma pada awal pagi. Asma bermusim 1. 2. Asma bermusim berkait dengan Asma Ekstrinsik atau Alergi. Sesetengah pakar berpendapat yang ia berlaku paling kerap pada musim

panas. 3. Kematian Asma adalah hampir 15 peratus lebih tinggi pada musim panas

berbanding dengan masalah lain dalam setahun. Asma aruhan senaman 1. Asma senaman adalah kesukaran bernafas disertai gejala-gejala Asma yang

lain ketika atau selepas melakukan aktiviti berat seperti bersenam dan sebagainya. 2. Boleh juga berlaku pada untuk asma kronik walaupun hanya aktiviti senaman

ringan. Pakar berpendapat Asma senaman adalah disebabkan oleh Bronkospasma.Ia juga boleh disebabkan oleh kehilangan haba atau air atau kedua-duanya daripada paruparu ketika senaman disebabkan penyedutan pantas udara yang lebih sejuk dan lebih kering daripada udara yang terdapat di dalam saluran udara. Bronkospasma boleh berlaku sepantas beberapa minit selepas senaman bermula. Asma senaman

umumnya mencapai puncaknya antara 5-10 minit selepas senaman berhenti dan biasanya hilang 20-30 minit kemudian. Asma berkala 1. Orang yang menghidap Asma berkala (yang juga dikenali sebagai Asma

kadangkala) melalui tempoh tanpa gejala yang panjang. 2. Gejalanya mungkin berlarutan lima hari sebulan atau kurang, kemudian

mereka mungkin melalui beberapa bulan tanpa sebarang tanda Asma dan menjalani kehidupan normal antara serangan. 3. Asma bermusim kadangkala termasuk dalam kategori Asma berkala.

Asma kronik Orang yang menghidap Asma kronik menunjukkan gejala untuk tempoh yang panjang pada satu masa seperti lebih dari 5 hari sebulan selama lebih daripada 3 bulan dan lebih daripada hari dalam mana-mana bulan. Penghidap Asma kronik akan mengalami kesukaran bernafas dalam tempoh yang panjang. Paru-paru mereka tidak sembuh sepenuhnya antara serangan. Terdapat 3 jenis tanda gejala Asma kronik. Bagi orang dewasa ketiga-tiga gejala tersebut adalah: 1) Asma kronik ringan Episod berdehit, batuk, sesak nafas dan sesak dada yang berkala dan singkat (kurang daripada sejam) sehingga 2 kali seminggu, dengan tanpa gejala diantara serangan, gejala Asma selama kurang daripada setengah jam ketika senaman, 2 atau kurang episod Asma malam atau berdehit malam dalam sebulan. 2) Asma kronik sederhana

Gejala Asma sehingga 2 kali seminggu, dengan ber ambah buruk yang mungkin berlarutan beberapa hari, penjagaan kecemasan kadang-kadang

diperlukan. 3) Asma kronik yang teruk Gejala Asma yang sentiasa ada dan serangan yang kerap, episod Asma malam yang kerap, tahap aktiviti yang terhad, kadangkala perlu dimasukkan ke hospital dan memerlukan rawatan kecemasan. Pengecaman Pernafasan yang sukar, dengan satu peringkat hembusan nafas yang sangat panjang. Kemungkinan juga terdapat tanda-tanda: Bunyi berdehit apabila mangsa menghembuskan nafas. Sukar bercakap dan berbisik. Ciri-ciri hypoxia, contohnya kesan lebam pada bibir, cuping telinga dan kuku (sianosis). Risau dan cemas. Batuk. Dalam serangan lelah yang teruk, mangsa akan keletihan. Jarang sekali, mangsa tidak sedarkan diri dan pernafasannya terhenti. AWAS Jika serangan lelah merupakan yang pertama kali, atau jika serang itu teruk dan salah satu perkara berikut terjadi: Alat sedut tidak berkesan selepas 5 minit. Mangsa semakin bertambah teruk. Nafas yang sesak membuatkan mangsa sukar bercakap. Mangsa menjadi letih. DAIL 999 BAGI MENDAPATKAN BANTUAN KECEMASAN.

Bantu mangsa untuk menggunakan alat sedut pada setiap 5-10 minit.Perhatikan dan catatkan pernafasan dan denyut nadi mangsa pada setiap 10 minit. MEMERIKSA TAHAP GERAK BALAS Anda perlu memerhati tahap gerak balas mangsa untuk menilai daya kesedarannya. Sebarang kecederaan atau penyakit yang menjejaskan otak mungkin akan menjejaskan daya kesedaran. Dan kemerosotan daya sedar mangsa boleh menjadi serius.Periksa tahap gerak balas mangsa kecederaan dengan menggunakan kod AVPU. A (Alert) Adakah mangsa peka (alert)? Adakah mangsa membuka mata dan bergerak balas terhadap pertanyaan? V (Voice) Adakah mangsa bergerak balas terhadap suara (Voice)? Adakah mangsa dapat menjawab soalan-soalan yang ditanya dan mengikut arahan? P (Pain) Adakah mangsa bergerak balas terhadap kesakitan (pain)? Adakah mangsa membuka mata atau bergerak apabila dicubit? U (Unresponsive) Adakah mangsa tidak bergerak balas terhadap sebarang rangsangan? Dengan menggunakan kod ini, anda boleh memeriksa keadaan kesihatan mangsa untuk memastikan sama ada terdapat sebarang perubahan atau tidak. MEMERIKSA DENYUT NADI Setiap denyutan jantung menghasilakn satu gelombang tekanan apabila darah dipam sepanjang arteri.Gelombang tekanan ini dapat dirasakan sebagai denyutan nadi pada tempat yang ada arteri di bawah permukaan kulit, seperti di dalam pergelangan tangan dan pada leher.Kadar denyutan nadi yang normal bagi orang dewasa ialah 60-80 detik seminit.Kadar ini lebih cepat pada kanak-kanak dan lebih perlahan bagi orang dewasa yang sihat.Denyut nadi yang cepat atau perlahan secara luar biasa mungkin merupakan satu tanda serangan penyakit yang tertentu.

Nadi boleh diukur di leher (nadi carotid) atau di pergelangan tangan (nadi radial).Bagi bayi, nadi dapat dikesan dengan lebih mudah pada bahagian atas lengan bayi (nadi brankial). Apabila memeriksa denyutan nadi, gunakan jejari anda.Jangan gunakan ibu jari (ibu jari memiliki nadi yang tersendiri).Tekan perlahan-lahan sehingga anda dapat rasa denyutan nadi mangsa. Rekodkan perkara-perkara berikut: Kadar (bilangan denyutan seminit). Kekuatan nadi (lemah atau kuat). Ritma nadi (tetap atau tidak tetap). MEMERIKSA PERNAFASAN Apabila anda menilai keadaan pernafasan mangsa, periksa dahulu kadar pernafasannya. Cuba dengar nafas mangsa, jika terdapat bunyi luar biasa atau ia sukar bernafas. Kadar pernafasan yang normal bagi orang dewasa ialah 12-16 hembusan seminit; bagi bayi dan kanak-kanak ialah 20-30 hembusan seminit.Bagi memeriksa pernafasan, dengar bunyi nafas dan perhatikan pergerakan dada mangsa. Bagi bayi dan kanak-kanak, cara yang lebih mudah ialah meletakkan tangan anda pada dada mereka. Rekodkan maklumat berikut:

Kadar (bilangan hembusan nafas seminit). Daya pernafasan (nafas yang panjang atau pendek). Keupayaan (lega, sukar, sesak atau sakit). Bunyi nafas (senyap atau berbunyi, dan jenis bunyi). RAWATAN 1. Tenteramkan dan beri keyakinan kepada mangsa. Nasihatkan mangsa supaya mengambil satu sedutan dari alat sedut pelega. Serangan lelah seharusnya menjadi lega dalam lingkungan beberapa minit. Minta mangsa supaya bernafas dengan perlahan dan dalam.

2. Biarkan mangsa menempatkan dirinya dalam kedudukan yang ia rasakan lebih selesa (lazimnya dalam keadaan duduk). Elakkan menyuruh mangsa baring. 3. Serangan lelah yang sederhana akan menjadi lega dalam masa 3 minit. Jika tidak, nasihatkan mangsa supaya mengambil dos tambahan dari alat sedut yang sama.

SERANGAN PENYAKIT JANTUNG

3.0

SERANGAN PENYAKIT JANTUNG 3.1 Definisi Serangan jantung adalah sakit dada yang serius akibat kematian otot-otot jantung selepas mengalami kekurangan bahan oksigen. Ini disebabkan pembuluh darah koronari yang sangat sempit atau aliran pembuluh darah koronari tersekat sepenuhnya oleh pembentukan darah beku secara tiba-tiba. Bahagian otot jantung yang tidak menerima bekalan oksigen mencukupi akan mati. Lebih besar kawasan otot jantung yang mati, lebih terjejaslah fungsi jantung itu kelak. Serangan yang dikenali sebagai trombosis koronari ini mengakibatkan mangsa mengalami kesakitan yang amat sangat. Punca yang paling biasa bagi serangan penyakit jantung secara tiba-tiba ialah bekalan darah kepada sebahagian otot jantung telah tergendala, contohnya darah beku dalam arteri koronari (koronari thrombosis). Risiko utama ialah jantung akan berhenti berdenyut. Kesan-kesan serangan penyakit jantung bergantung ke atas sebanyak mana otot jantung telah terjejas. Namun, ramai mangsa pulih dengan sepenuhnya. Ubat seperti aspirin, dan perubatan yang melarutkan darah beku telah digunakan untuk membataskan tahap kerosakan terhadap otot jantung. 3.2 Faktor- faktor Serangan Jantung

Kolesterol darah yang meningkat Tekanan darah tinggi Faktor-faktor Serangan Jantung

Penggunaan tembakau

Diabetes

Sejarah keluarga

3.3

Tanda-Tanda Serangan Jantung

Serangan sakit dada berpunca dari melakukan aktiviti kerja dengan tenaga berlebihan atau akibat tekanan emosi. Serangan ini juga boleh berlaku sewaktu sedang berehat.

Sesak nafas, pening, berdebardebar di dada

Kulit pucat lesi,bibir dan jari mungkin menjadi biru

Sakit di bahagian tengah dada (di bawah tulang dada) yang mungkin dirasa sebagai tidak selesa atau rasa berat.

Pitam, rebah atau pengsan secara mendadak

Denyut nadi cepat, lemah dan tidak tetap

Sakit merebak ke dagu, lengan atas, tekak, dan belakang.

Tekanan darah mungkin rendah.

Mengeluarkan peluh yang banyak dan kelihatan bimbang

Tidak bernafas atau tidak selesa pada bahagian atas perut, rasa yang sama pada ketidakcernaan yang teruk

Rasa loya atau muntah

3.4 I.

Penyebab Serangan Jantung Angina Pectoris

Kesakitan di dada berlaku apabila keperluan oksigen di otot jantung melebihi daripada bekalan yang diterima. Ia selalunya berlaku semasa otot jantung menjalankan fungsi secara lebih kuat dan berdenyut dengan lebih laju. Sebagai contoh, apabila seseorang sedang melakukan pekerjaan berat atau keadaan yang tersangat marah. Akibat dari pembuluh darah koronari telah sempit, aliran darah ke otot jantung tidak dapat ditambahkan mengikut keperluan semasa. Apabila oksigen tidak mencukupi di otot-otot jantung, pesakit mengalami kesakitan di dada. pesakit itu berehat. II. Arterosklerosis Arterosklerosis adalah sebuah gangguan umum di mana terjadi pengerasan arteri yang berkait rapat dengan paras lemak dalam darah. Ini disebabkan oleh pembentukan mendapan lemak dan kolesterol, yang bersama-sama dikenali sebagai plak di dinding arteri selama bertahun-tahun. Proses ini biasanya bermula dari umur yang masih muda. Kesannya mungkin telah ada sebelum umur 20 tahun. Lemak, kalsium dan bahan-bahan lain akan turut bergabung membentuk timbunan yang menyempitkan dan mengeraskan dinding pembuluh darah koronari. Keadaan hanya akan kembali normal apabila

3.5 I.

Komplikasi Serangan Jantung Mengalami Dysrthymia

85-95%

pesakit

boleh

mengalami

dysrrhymia.

Dysrrhymia

bermaksud gangguan rentak denyutan jantung. Jika pesakit mengalami aritmia yang merbahaya (contohnya Ventricular

Fibrillation), jantung akan berhenti berdenyut (Cardiac Arrest).

II.

Fungsi Pam (jantung) gagal Ia akibat dari banyak bahagian otot jantung yang telah mati dan tidak dapat berfungsi. Kesan yang mungkin timbul ialah seperti berikut: Kesesakan bernafas yang berterusan Terjadi renjatan Jantung boleh berhenti

3.6

Rawatan dan Tindakan Segera

Berikan keselesaan kepada mangsa.

Dail 999 bagi mendapatkan ambulans.

Beri ubat kepada mangsa. Jika pesakit dalam keadaan sedar, beri sebiji aspirin untuk dikunyah.

Perhati gerak balas, denyutan nadi dan

1. Berikan keselesaan kepada mangsa bagi melegakan ketegangan pada jantungnya. Kepala dan bahu mangsa diampu serta lututnya dibengkokkan adalah tindakan yang terbaik. 2. DAIL 999 BAGI MENDAPATKAN AMBULANS. Nyatakan bahawa anda mengesyaki mangsa diserang penyakit jantung. Jika mangsa meminta anda memanggil ambulans, panggil juga doctor mangsa itu sendiri. 3. Jika mangsa sedar sepenuhnya, berikan dos penuh (300mg) pil aspirin dan nasihatkannya supaya mengunyah ubat dengan perlahan-lahan. 4. Jika mangsa mempunyai ubat untuk angina, seperti pil atau pam penyedut atau penyembur aerosol, bantulah ia. Nasihatkan mangsa supaya berehat. 5. Perhatikan tanda-tanda dan catatkan tahap gerak balas, denyut nadi, dan pernafasan sehingga bantuan tiba.

PERNAFASAN DAN PEREDARAN Oksigen adalah penting untuk menyokong kehidupan. Tanpa oksigen, sel dalam tubuh akan mati. Tanpa oksigen sel dalam otak akan hidup hanya dalam beberapa minit sahaja. Oksigen dibawa masuk apabila kita bernafas dan kemudian diedarkan

keseluruh tisu tubuh menerusi sistem peredaran. Peredaran dan pernafasan merupakan proses penting untuk mengekalkan kehidupan. Pernafasan Proses pernafasan membolehkan udara yang mengandungi oksigen dibawa masuk ke dalam pundi udara (alveoli) dalam paru-paru. Di sini, oksigen dipindahkan ke dalam darah menerusi dinding pembuluh darah, di mana ia bergabung dengan selsel darah. Pada waktu yang sama sisa buangan pernafasan iaitu karbon dioksida dilepaskan melalui penghembusan nafas. Peredaran Apabila oksigen telah dipindahkan kepada sel-sel darah, ia mesti diedarkan ke seluruh tisu tubuh (menerusi pembuluh darah). Pam yang mengekalkan peredaran ini ialah jantung.Darah yang kaya oksigen dibawa dari paru-paru ke jantung menerusi vena pulmonari.Jantung mengepam darah yang kaya oksigen ke sebahagian tubuh dalam pembuluh darah yang dinamakan arteri. Pembuluh darah lain yang dipanggil vena membawa darah ternyahoksigen dari tisu kembali semula ke jantung. Jantung mengepam darah ini menerusi arteri pulmonari ke paru-paru di mana ia dioksigenkan dan karbon dioksida dilepaskan. Bagaimana jantung dan paru-paru bekerja bersama-sama 1. Udara yang mengandungi oksigen dibawa masuk ke dalam paru-paru menerusi mulut dan hidung. Darah dipam dari jantung ke paru-paru di mana ia menyerap oksigen. Darah yang kaya oksigen kembali semula ke jantung sebelum ia dipam ke seluruh tubuh. 2. Udara masuk ke dalam hidung dan mulut dan mengalir masuk menerusi salur udara (trakea). 3. Arteri pulmonari membawa darah dari jantung ke paru-paru untuk mendapatkan oksigen. 4. Vena pulmonari membawa darah yang kaya oksigen dari paru-paru ke jantung. 5. Jantung mengepam darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh. Darah yang kembali semula ke jantung mempunyai sedikit oksigen atau tidak ada langsung; jantung mengepam darah ini ke paru-paru.

Pertukaran gas-gas dalam alveoli Karbon dioksida keluar dari sel-sel darah menuju ke dalam alveoli (pundi udara).Oksigen mengalir menerusi dinding alveoli masuk ke dalam sel-sel darah.

Gejala Serangan Jantung

Tanda-tanda serangan jantung termasuk:

Ketidakselesaan, tekanan, berat, atau sakit di dada, lengan, atau di bawah dada Ketidakselesaan terpancar ke belakang, rahang, tekak, atau lengan Kenyang, senak, atau tersedak perasaan (mungkin merasa seperti pedih ulu hati) Berpeluh, loya, muntah, atau pening Kelemahan yang melampau, kebimbangan, atau sesak nafas Degupan jantung cepat atau tidak teratur Semasa serangan jantung, gejala lepas 30 minit atau lebih dan tidak lega dengan berehat atau GTN di bawah lidah.

Sesetengah orang mempunyai serangan jantung tanpa sebarang tanda-tanda (a "senyap" infarksi miokardium). A MI senyap boleh berlaku pada sesiapa sahaja, tetapi ia adalah lebih biasa di kalangan orang-orang dengan diabetes.

Prinsip Pertolongan Cemas 1. Dr ABC Situasi Mangsa Pengsan Tidak Bernafas. Danger ;

Pastikan pembantu mula & mangsa berada dlm keadaan selamat, Pindahkan mangsa jika diperlukan Respon ; Pastikan mangsa ada respon Tepuk & tanya mangsa Minta bantuan Hubungi ambulans Airways ; Periksa saluran pernafasan Buang bahan yg ada dlm saluran pernafasan Breathing ; Periksa pernafasan mangsa Pandang pergerakan dada Dengar bunyi pernafasan Rasa pernafasan dengan pipi. Berikan 2 X pernafasan bantuan Circulation ; Periksa nadi karotid / radial. 2. EAR ( Expired Air Resuscitation ) Aplikasi sekiranya tiada pernafasan tetapi ada denyutan nadi Lakukan EAR- supaya oksigen dpt mengalir dlm darah mangsa. Dewasa = 12 Hembusan seminit. Kanak2 = 15 hembusan seminit. Bayi = 20 hembusan seminit. Periksa nadi karotid mangsa selama 10 minit. Prosedur EAR Mangsa dibaringkan terlentang. Bersihkan halangan dr mulut. Buka saluran udara; Condongkan kepala mangsa ke belakang. Dagu diangkat ke atas. Picit hidung mangsa Tarik nafas sepenuhnya. Letakkan bbibir di sekeliling mulut mangsa dengan rapat Tiup ke dlm mulut mangsa sehingga dada mangsa terangkat / naik. Berikan pernafasan berturut-turut sehingga mangsa pulih / pakar tiba. Beri nafas pada kadar 12 hembusan seminit (ikut umur mangsa) Periksa nadi mangsa selama 10 minit. 3. ECC ( External Cardiac Compression) Aplikasi- sekiranya tiada denyutan nadi tetapi ada pernafasan Tujuan mengerakkan jantung. Cara.

a) b) c) a. b. d) e) f) g) h) i) j)

Dewasa = gunakan kedua-dua belah tangan = Tekan kira2 80-100 mampatan seminit. = Mampatan dada sedalam 4-5 cm Kanak-kanak = Bwh 8 tahun = Gunakan sebelah tangan sahaja. = Tekanan pada kadar 100 mampatan seminit. = Mampatan dada sedalam 2.5 cm Bayi = Gunakan jari telunjuk & jari hantu. = Tekanan pada kadar 120 mampatan seminit. = Mampatan dada sedalam 1.5 cm Prosedur ECC Mangsa baring terlentang. Pembantu mula melutut di sisi kanan mangsa. Letakkan jari telunjuk kanan ke atas sternum mangsa Letakkan dua jari kiri dari sternum. Letak bahagian tapak tangan kanan ke atas sternum Tindihkan tapak tangan kiridgn selang tangan kanan di celah-celah jari. Tekan secara tegak dgn lengan lurus di atas dada mangsa. tekan dada sedalam 4-5 cm , kemudian lepaskan tekanan tanpa angkat tangan (ikut umur mangsa / kedudukan mangsa cedera.) Ulangi tekanan sehingga 80-100 cm mampatan seminit. Antara mampatan kiraan one and two and three and.....

a) b) c) d) e) f) g) h) i) j)

4. CPR (Cardiac Polmunary Resuscitation) i. Aplikasi sekiranya tiada pernafasan dan tiada denyutan nadi. ii. Tujuan mengerakkan jantung & memulihkan pernafasan. iii. Lakukan CPR = EAR + ECC iv. Kadar hembusan & mampatan ; dewasa = 2 : 15 Kanak2 = 1 : 5 Bayi = 1 : 5 v. Lakukan sebanyak 4 kitaran vi. Periksa kadar nadi setiap 1 minit. vii. Jika mangsa sedar letakkan mangsa dlm kedudukan pemulihan. viii. Jika tidak sedar teruskan bantuan CPR sehingga pakar tiba.

TEKNIK-TEKNIK CPR (Resusitasi kardiopulmonari)


Resusitasi kardiopulmonari (CPR) yang awal adalah penghubung penting di dalam kitar mandiri kepada mangsa jantung terhenti atau

pernafasan terhenti. CPR termasuklah pernafasan bantuan mulut ke mulut (ataupun pernafasan bantuan dengan cara lain) dan tekanan dada. Dengan cara ini darah yang mengandungi oksigen akan terus mengalir ke otak dan organ-organ penting hingga rawatan perubatan sewajarnya tiba untuk memulihkan jantung. Jantung terhenti menyebabkan mengsa pengsan dalam masa beberapa saat. Hubungilah sistem rawatan kecemasan dengan segera. Jika cepat melakukan CPR, difibrilasi dan rawatan lanjutan, mangsa mempunyai peluang untuk dipulihkan. CPR merangkumi tiga kemahiran penyelamat asas: saluran pernafasan, pernafasan dan edaran darah (ataupun disebutkan ABCs of CPR: Airway, Breathing and Circulation).

1.SALURAN PERNAFASAN 2.PERNAFASAN 3.EDARAN DARAH


SALURAN PERNAFASAN (AIRWAY) Tindakan utama untuk kejayaan resusitasi ialah membuka saluran pernafasan serta merta dengan membetulkan posisi kepala mangsa. Perlu dinigat bahawa bahagian belakang lidah dan epiglotis selalu menghalang saluran pernafasan mangsa yang tidak sedarkan diri. Oleh kerana lidak dan epiglotis tercantum dibahagian bawah rahang, dengan cara mendongakkan kepala ke belakang dan mengangkat dagu keatas, anda boleh mengangkat lidah dan epiglotis daripada bahagian belakang tekak. Ini biasanya membuka saluran pernafasan

PERNAFASAN (Breathing) Apabila Pernafasan Terhenti badan kita hanya mempunyai oksigen yang masih ada dalam

paur-paru dan darah. Oleh sebab itu apabila pernafasan terhenti, jantung akan terhenti dan mangsa akan mati sejurus selepas itu. Bantuan pernafasan mulut kemulut adalah cara yang tercepat untuk menyampaikan oksigen ke paru-paru mangsa. Udara yang anda hembus mengandongi cukup oksigen untuk sekurangkurangnya menampung sebahagian daripada keperluan mangsa. Pernafasan bantuan perlu diteruskan sehingga mangsa boleh bernafas sendiri atau sehingga para profesional terlatih tiba. *sekiranya mangsa tidak sedar tetapi bernafas dan tiada tanda-tanda trauma, anda perlu meletakkan mangsa mengiring dalam posisi pemulihan. * Jika jantung mangsa masih berdenyut, anda perlu

pastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka dan beri pernafasan bantuan *Jika jantung mangsa tidak berdenyut beri tekanan dada

EDARAN DARAH (CIRCULATION) Tekanan dada mengekalkan edaran darah ke paru-paru, otak, arteri koronari, dan organorgan penting yang lain. Apabila tekanan dadda dijalankan pernafasan bantuan mulut ke mulut juga patut dilakukan bersama

Jika mangsa mula bernafas dan nadinya kembali semasa atau selepas resusitasi, anda

perlu meletakkan mangsa dalam posisi pemulihan


PESANAN: CPR seperti juga kemahiran lain, perlu dipraktikkan selalu supaya anda ingat langkah-langkah penting. Dengan cara ini apabila berlaku sebarang kecemasan, anda dapat menolong menyelamatkan nyawa. Perbaharuilah kemahiran anda sekurang-kurangnya 2 tahun dengan cara menghubungi Jawatankuasa CPR dan mengambil kursus ulangkaji. Kursus ulangkaji tahunan yang lebih kerap adalah digalakkan. Ini akan mengambil sedikir masa sahaja untuk mengkaji semula langkah-langkah kecemasan dan anda akan merasa lebih yakin kerana masih mampu melakukan CPR. Kursus ulangkaji juga akan memberikan penerangan mengenai teknik CPR yang terbaru. ANDA DILARANG BERLATIH ATAU MENCUBA KEMAHIRAN INI KEATAS ORANG LAIN!. IA MERBAHAYA KEPADA ORANG YANG SEDAR DAN SIHAT, TETAPI ADALAH PENYELAMAT KEPADA MANGSA JANTUNG TERHENTI.

http://percuma.50megs.com/cpr/teknik.htm

4.0

KESIMPULAN

You might also like