You are on page 1of 1

Nama :Mohd Rashdi Bin Omar | SMK Pusa

Kump: A3

Kursus Pembangunan Profesionalisme Berterusan( CPD) |Modul C : Pengurusan & Kepimpinan 1. Adakah anda bersetuju dengan pernyataan guru merupakan pemimpin di dalam dan luar bilik darjah? Saya Bersetuju kerana , guru adalah agen perubahan/tranformasi yang mampu meminpin ke arah pembentukan ilmu pengetahuan, sikap dan budaya yang bermula di sekolah. 2. Empat ciri yang perlu ada pada seorang guru pemimpin yang Berjaya. Ciri seorang guru pemimpin yang berjaya adalah guru yang mampu mengurus masa, ruang, sumber dan tingkah laku pelajar agar dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif 3. Apakah ciri peribadi yang anda ingin ubah untuk menjadi guru pemimpin yang lebih berkesan? Kreatif, inovatif, membuat kajian tindakan terhadap isu/masalah yang wujud dalam PdP dan bersifat terbuka. 4. Pada pandangan anda, apakah kapasiti diri yang dapat dibangunkan untuk meningkatkan profesionalisme anda sebagai seorang guru? Sentiasa bersifat ingin tahu, mengamalkan konsep pembelajaran berterusan dan cuba Mengaplikasi teori dengan situasi sebenar. 5. Apakah bentuk kajian tindakan yang akan anda laksanakan apabila pulang ke sekolah? Melaksanakan Kajian tindakan amalan melalui pemerhatian, tinjauan dan ujian berdasarkan prosedur kajian tindakan yang sistematik. 6. Setelah menigkuti modul ini, apakah perubahan pada diri anda? Apakah faedah yang anda peroleh daripada modul ini? Memberi kesedaran bahawa pengurusan PdP yang berkualiti bergantung kepada beberapa aspek Utama yang perlu dititikberatkan iaitu kepimpinan PdP, kebolehan mengurus bilik darjah, Dokumentasi data/maklumat dan kebijaksanan merangka pelan tindakan. 7. Apakah mesej yang akan anda sampaikan kepada rakan-rakan guru berkaitan peranan guru sebagai pemimpin PdP? Sebagai guru kita perlu bijak mengurus. mengkaji isu/masalah, mencari jalan penyelesaian dan merancang tindakan secara sistematik. if you fail to plan, you are planning to fail - Benjamin franklin

You might also like