You are on page 1of 19

No..

Matrik :

640220086391001

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

SEMESTER MEI TAHUN 2013

HBPE 2103 SMP

PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NAMA

: : :

640220086391001 640220086391 DZUKARNAIN BIN OSRAK

E-MEL TUTOR PUSAT PEMBELAJARAN

: : :

zulbanjar@yahoo.com

PERAK LEARNING CENTRE

PENGENALAN Pergerakan kreatif merupakan interpretasi idea , perasaan serta tanggapan idea yang dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan . Ia memberi penekanan kepada empat elemen asas , iaitu tubuh badan , ruang , masa dan tenaga yang merupakan perbendaharaan pergerakan untuk membolehkan kanak-kanak serta remaja berkomunikasi di samping meningkatkan potensi-potensi seperti kebebasan menyatakan perasaan melalui pergerakan , ritma dan kreativiti. Penerimaan pergerakan kreatif sebagai sebahagian daripada kurikulum pendidikan jasmani dan program kesihatan pastinya akan membantu serta memberi manfaat terhadap perkembangan personaliti kanak-kanak di samping meningkatkan sifat-sifat seni dalam diri mereka. Pergerakan kreatif dapat dijadikan sebagai suatu pengalaman untuk menyalurkan perasaan kanak-kanak. Hakikat ini menjadi kenyataan apabila aspek-aspek intelek , emosi dan spritual dipadankan bersama aktiviti-aktiviti yang melibatkan pergerakan anggota badan. Mereka yang menceburi pergerakan kreatif biasanya ingin membentuk sifat-sifat fleksibel , mempelajari cara-cara mengawal pergerakan , mempertingkatkan keupayaan dan kapasiti pergerakan dan menggunakan anggota dan minda sebagai alat untuk mencapai tahap pergerakan yang bersifat seni . Pergerakan kreatif memberikan kesempatan yang luas kepada kanak-kanak untuk melahirkan perasaan dan menyuburkan daya imaginasi mereka . Ini memberikan kepuasan kepada mereka kerana mereka mulai sedar bahawa setiap anggota dapat dijadikan alat atau sekurang-kurangnya mempunyai daya potensi untuk menyalurkan segala tenaga yang berlebihan dan perasaan yang terpendam . Ini semua dapat membantu perkembangan pemikiran yang kritis , sikap sosial yang positif serta citarasa yang seni. Pergerakan kreatif dalam pendidikan adalah bertujuan antara lain untuk mendedahkan kanak-kanak kepada pelbagai bentuk pergerakan yang berunsur seni.Pendidikan bentuk ini membolehkan kanak-kanak menggunakan gerak geri anggota badan sebagai media untuk melahirkan perasaan dalaman , mengintegrasikan motor dengan kognitif , meninjau hubungan antara personaliti dengan pergerakan dan meneroka batas-batas tradisi yang menjadi ciri-ciri dalam proses pendidikan . Untuk merealisasikan bidang ini sebagai sebahagian daripada kurikulum pendidikan , pergerakan kreatif hendaklah dimajukan dan dikembangkan ke arah maklumat yang jelas . Paling penting dalam melaksanakan matlamat ini ialah ia hendaklah responsif terhadap keperluan dan minat setiap individu . Atas alasan ini maka pergerakan kreatif wajar diterapkan ke dalam pendidikan formal pada semua peringkat umur.

DEFINISI PERGERAKAN KREATIF Istilah pergerakan lebih kerap digunakan dan diterima umum kerana konotasinya dirasakan tidak begitu ofensif , terutama di kalangan para remaja lelaki yang mungkin mengganggap pergerakan kreatif itu suatu aktiviti yang sesuai untuk wanita sahaja. Inilah satu miskosepsi terhadap pergerakan kreatif yang perlu dijelaskan demi mengelak kekeliruan yang telah diperkatakan itu. Penggunaan istilah pergerakan kreatif didapati lebih berguna dan berfungsi dalam memberi fokus terhadap apa yang dianggap sebagai objektif yang paling penting dalam pengajaran latihan pergerakan kreatif . Laban ( 1975 ) , menulis bahawa dalam setiap pergerakan asas , tema tema melambangkan idea pergerakan yang berkembang seimbang dengan sesuatu peringkat perkembangan citarasa kanak-kanak yang sedang membesar terhadap aktiviti pergerakan. Dan di peringkat peringkat kemudiannya perkembangan mental kanak-kanak itu akan membolehkan mereka memahami tentang prinsip-prinsip yang terlibat ( Laban,1980:28 ). Rudolf Laban , salah seorang pelopor pendidikan pergerakan , telah memberikan suatu bentuk definisi yang tidak langsung , dengan mengenalpasti apa yang dianggapnya sebagai tugas para pendidik untuk menangani desakan jiwa kanak-kanak untuk melakukan pergerakan-pergerakan ala tarian dan latihan jasmani yang merupakan suatu bentuk saluran yang dilakukan dengan penuh sedar. Ini akan memperkenalkan mereka kepada aliran

pergerakan serta memantapkan fakulti daya ekspresi spontan mereka . Sybil Huskey ( 1979 ) dalam bukunya Facilitating Creative Growth of Children mentakrifkan tarian kreatif sebagai : Tarian boleh menjadi semudah seperti rasa riang ketika berlari-lari dan kemudian berhenti kaku dengan membentuk tubuh dalam bentuk-bentuk tertentu ataupun dalam bentuk-bentuk yang agak kompleks yang merangkumi dan menghubung semula aspek pengalaman manusia.

AKTIVITI-AKTIVITI UNTUK PERGERAKAN KREATIF Drama Melakukan pergerakan dan melakonkan aksi - Antara hujah yang pernah disebut oleh Emile Jaques Dalcroze mengenai pergerakan adalah pergerakan merupakan salah satu cara untuk mengungkap perasaan melalui muzik. Beliau juga memerhatikan bahawa walaupun kadang-kala kanak-kanak tidak boleh bertepuk dan menyanyi mengikut rentak, namun mereka boleh berjalan atau berlari mengikut rentak. Menerusi hujah yang telah ditulis oleh Dalcroze, bahawa apa yang telah dihujahkan itu sebagai perkara yang benar Melalui pertunjukan pergerakan kreatif yang dipersembahkan, dapat mengenalpasti bahawa kanakkanak akan mula memberi tindak balas positif apabila mereka mendengar muzik dan melihat pergerakan kreatif yang telah dipersembahkan di hadapan mereka. Apabila watak seperti nenek kebayan atau penjaga hutan sedang keluar secara misteri dan kemudiannya menari ketika muzik dimainkan, kanak-kanak mula menunjukkan respon dengan ketawa lalu menari dan menepuk tangan bersama-sama ketika menjadi penonton. Mereka mula merasai keseronokan ketika nenek kebayan menari mengikut rentak muzik yang rancak.Melalui apa yang dilihat di dalam persembahan ini, ia jelas menunjukkan bahawa setiap emosi yang dipamerkan menerusi pergerakan akan membantu kanak-kanak dalam mengekspresikan perasaan mereka. Mereka mula mengetahui mengenai emosi yang wujud dalam diri mereka seperti perasaan gembira, marah, keliru dan sedih. Melalui pergerakan kreatif yang telah dipersembahkan telah dapat member banyak perangsang dan peluang kepada kanak-kanak di dalam melahirkan dan mengekspresikan emosi mereka kerana melalui emosi yang lahir dari dalam diri kanak-kanak

tersebut telah memudahkan guruguru untuk mengenal pasti setiap

seterusnya membimbing

perlakuan kanak-kanak tersebut.

Muzik Seni kinestetikPergerakan kreatif

didalam muzik adalah seni kinestatik. Asas muzik iaitu irama dan pic, memang sedia terdapat dalam pertuturan dan pergerakan harian. Keadaan ini menjadikan kanak-kanak berasa senang dan memberi respon secara spontan dalam melahirkan ekspresi diri. Kecenderungan seperti ini apabila dikendalikan dengan baik, memainkan peranan yang efektif dalam proses perkembangan diri kanakkanak. Penglibatan secara aktif dalam aktiviti muzik yang tersusun berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid, disamping memupuk nilai sosialisasi. Dari segi kognitif, murid mendapatpengetahuan dan kefahaman konsep muzik yang asas. Bagi murid Tahap 1 khasnya, aktiviti muzik dan pergerakan bukan sahaja membantupertumbuhan kecerdasan kinestetik malahan berperanan membantu merekamemahami konsep muzik yang abstrak. Dari aspek sosialisasi, aktiviti menyanyi, bergerak dan bermain alat muzik secara berkumpulan memberi kesempatan murid berkomunikasi dan berinteraksi dengan mengamalkan nilai-nilai murni. Di

samping itu, terdapat pelbagai bentuk muzik dalam budaya masyarakat

Malaysia yang harus dikenali murid sebagai warisan bangsa. Pengetahuan dan pengalaman mengenai pelbagai unsur budaya dalam muzik dapat membantu memupuk elemen jati diri dan patriotisme pada diri murid.

Tarian Pergerakan melalui gerak tubuh mengikut irama- Kanak-kanak mempunyai naluri terhadap rentak dan irama, penghargaan nilai terhadap pergerakkan berirama dan mempunyai kemampuan kreativiti yang semulajadi. Potensi pergerakkan kanak-kanak boleh dirangsang melalui ritma dan pelbagai bentuk tari. Kanak-kanak mempunyai keinginan untuk bergerak dan sentiasa aktif. Salah satu cara untuk memuaskan keinginan untuk bergerak ialah menerusi tarian. Kanak-kanak dapat menikmati kepuasan melalui gerak-geri yang berentak dan berirama dalam tarian. Aktiviti tarian sesuai untuk pertumbuhan fizikal dan kreativiti kanak-kanak. seni tari sebagai gerakkan berirama. Seni tari merupakan pengucapan jiwa manusia melalui gerak-geri berirama yang indah. Terdapat pelbagai jenis tarian sama ada tarian asli atau pun tarian yang dipengaruhi oleh unsur-unsur moden. Tarian merupakan gerak tubuh. Melalui gerak tubuh, kanak-kanak mampu untuk mengungkapkan idea-idea, perasaan dan pengalaman penari kepada orang lain. Tarian mengandungi segala gerakkan tubuh badan yang mempunyai unsur-unsur keindahan. Seni tari ini dapat di lihat pada pergerakkan tangan, kaki, badan, mata dan anggota tubuh badan yang lain.

PERTANDINGAN PERGERAKAN KREATIF ANTARA SEKOLAH PERINGKAT DAERAH HILIR PERAK 2013 Tarikh Tempat Tema Peserta : 17 September 2013 : Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan : Perpaduan Masyarakat Pelbagai Kaum Di Malaysia : 4 5 orang pelajar setiap kumpulan (Pelajar Tahun 5 keatas.)

PERSEDIAAN PERTANDINGAN Tema Sebelum memulakan latihan bagi pertandingan ini, tema persembahan haruslah dipilih supaya persembahan yang akan dilakukan memenuhi syarat pertandingan dan mempunyai hala tuju. Tema yang dipilih untuk pertandingan ini adalah Toleransi Teras Perpaduan 1Malaysia . Perpaduan Perpaduan menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994), membawa maksud sesuatu perihalan atau proses penggabungandan kesepakatan Untuk menjadi satu. Maksud perpaduan kaum ialah semua kaum di dalam sesebuah negara saling berkerjasama atau erti kata yang lain berganding bahu untuk membentuk negara yang makmur dan damai.Sesebuah negara yang maju tidak akan wujud tanpa perpaduan dari semua kaum.Contohnya,negara jepun yang mempunyai perpaduan 100% menyebabkan negara itu membangun dengan megahnya. Toleransi Kamus Dewan Edisi Ketiga mendefiniskan toleransi sebagai bersikap toleran yang merujuk kepada sedia menghormati atau menerima pendapat atau pendirian orang lain yang berbeza dengan pendirian atau pendapat sendiri. Manakala menurut Longman Dictionary Comtemporary English (2003), perkataan toleration (toleransi) bermaksud: Willingness to allow people to believe what they want without being criticized or punishment. Ertinya kemampuan untuk membenar dan menerima apa yang dipercayai oleh individu tertentu tanpa mengkritik atau menghukum. Toleransi menjurus kepada sikap keterbukaan

untuk menerima sesuatu perkara atau agenda dengan baik untuk seseorang individu atau kumpulan tanpa ada syak wasangka buruk. Dalam bahasa Arab ia bermaksud tasamuh iaitu kesabaran. 1Malaysia 1Malaysia menurut penjelasan YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak ialah Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Dan kita mengambil tindakantindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita; Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan. Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama. 1Malaysia menuntut setiap warganegara dan pemimpin memainkan peranan masing-masing. Rakyat daripada pelbagai kaum dan agama perlu berfikir melepasi sempadan kaum masingmasing. dan kaum. Berdasarkan maksud 3 perkara diatas dapatlah diterangkan bahawa tema yang dipilih adalah bagi menunjukkan kepentingan toleransi antara kaum bagi mencapai perpaduan yang diperlukan bagi menjayakan gagasan 1Malaysia. Mereka juga perlu melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik

Sinopsis Persembahan Persembahan yang akan dilakukan adalah berasaskan pergerakan tarian dari 3 kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina, dan India. 3 pelajar melayu, 1 pelajar cina dan 1 pelajar india akan melakukan persembahan. Jumlah ini digunakan bagi menunjukkan struktur penduduk di Malaysia. Melayu sebagai majoriti dizahirkan denagan menggunakan 3 pelajar berbanding 1 dari kaum cina dan india. Persembahan dimulakan dengan 3 pelajar melayu melakukan pergerakan. Pelajar melayu memulakan persembahan bagi melambangkan kaum asal di Malaysia iaitu kaum Melayu. Mereka akan melakukan pergerakan selama 2 minit. Setelah tamat pergerakan dari 3 pelajar melayu tersebut pelajar cina akan memulakan persembahan beliau dan seterusnya diikuti oleh persembahan dari pelajar india. Persembahan masing-masing akan mengambil masa 2 minit setiap seorang. 3 pelajar melayu akan

membentuk separa bulatan di belakang pelajar yang melakukan pergerakan. Permulaan pergerakan pelajar yang mewakili kaum cina dan india tersebut memberi gambaran kehadiran masyarakat cina dan india dikalangan masyarakat peribumi iaitu melayu. Separa bulatan yang dibentuk oleh pelajar melayu adalah sebagai simbol ruang yang diberikan oleh orang melayu terhadap kehadiran kaum lain dalam komuniti dan negara ini. Setelah tamat pergerakan yang dilakukan oleh pelajar india tersebut, 3 pelajar melayu yang membuat separa bulatan akan dating menghampiri kedua-dua pelajar cina dan india dan bersalaman sebagai tanda persahabatan antara mereka. Mereka juga akan memberikan

kepada dua pelajar tersebut bendera Malaysia mini lambang penerimaan kaum melayu terhadap kehadiran kaum lain di Malaysia dan kelima-lima pelajar akan menyambung persembahan bersama-sama selama 2 minit. Setiap fasa persembahan akan diiringi lagu dari setiap jenis tarian yang diadaptasi. Senarai Watak 3 pelajar Melayu sebagai Kaum Melayu majorit, seorang pelajar cina sebagai Kaum Cina, dan seorang pelajar india sebagai Pelajar India.

Jenis-Jenis Pergerakan Jenis-jenis pergerakan yang dilakukan dalam persembahan adalah berasaskan tarian-tarian tradisional dari setiap kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Tarian- tarian tersebut ialah Zapin untuk kaum melayu, tarian Kipas Untuk kaum Cina, dan tarian Bharatha Natyam untuk kaum India. Tarian Zapin Tarian ini dikatakan berasal dari negeri Parsi . Ianya diringi dengan alat-alat muzik sepertidabus dan marwas. Pakaian yang digunakan ialah Baju

Melayu. Tarian ini sangat terkenal di negeri Johor ini dikatakan dibawa masuk dari Hadramaut, Yaman oleh para pedagang Arab pada awal abad ke-16. Zapin telah dijadikan tarian hiburan di istana. Pada masa itu, Johor telah menggantikan peranan Melaka sebagai pelabuhan enterport pada abad ke-16. Tarian ini mementingkan pergerakan kumpulan. Antara alat muzik yang mengiringi tarian zapin adalah gambus, rebana, gendang ,rebab dan marakas. Tarian Kipas Jenis tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti yang sebati dalam masyarakat cina di mana dewa-dewi pada masa lalu sentiasa menjadikan kipas sebagai alat keperluan. Tambahaan laagi, angin merupakan sati tradisi masyarakat cina yang mana masyarakat cina mempercayai ung Shui iaitu suatu kepercayaan masyarakat cina umumnya tentang suatu petanda yang baik dan buruk terhadap sesuatu kehidupan di tempat mereka. Oleh itu, jenis tarian ini dimainkan supaya tarian ini boleh membawa kebaikan atau Fung Shui yang baik kepada seluruh anggota masyarakat.

Tarian Bharatha Natyam Tarian klasik india ini bagaikan sebuah puisi dalam gerak tari. Tarian yang dramatik dan bersemangat ini berdasarkan kisah epik India purba, dan memaparkan lebih dari 100 gerak tarian dan gaya badan. Memandnagkan tarian ini memakan masa yang lama untuk dikusai, terdapat sesetengah penari kanak-kanak yang mula berlatih pada umur semuda lima tahun. Setiap pergerakan yang dilakukan akan menggunakan asas-asas dari ketiga-tiga jenis tarian diatas. Mereka juga akan diiringi muzik yang sesuai dengan setiap tarian yang dilakukan. Bagi persembahan fasa terakhir iaitu persembahan bersama kesemua pelajar mereka akan bergerak bersama-sama sambil mengibarkan Jalur Gemilang. Pergerakan yang dilakukan akan menunjuk kesepakatan antara semua kaum. Mereka akan membentuk satu barisan yang melambangkan kesedian bergerak sebagai satu bangsa iaitu bangsa malaysia. Mereka juga akan membentuk bulatan sebagai lambang kesaksamaan antara kaum. pergerakan yang dilakukan akan menggunakan Pergerakan lokomotor. Muzik Iringan Bagi Tarian Zapin lagu yang dipilih adalah lagu Cindai nyanyian Dato Siti Nurhaliza. Lagu ini dipilih agar dapat menarik perhatian penonton kerana lagu ini agak popular dan diketahui ramai. Bagi tarian kipas penari akan diiringi muzik dari alat muzik traditional cina iaiti seruling buluh dan erh-hu Pergerakan-

Seruling Buluh

Erh-Hu

Tarian Bharatha Natyam yang dipersembahan oleh pelajar India pula akan diingi dengan muzik dari alat muzik klasik india iaitu tabla.

Tabla

Bagi persembahan terakhir lagu yang akan mengiringi peserta adalah lagu tema 1Malaysia.

Peralatan Dan Props Peralatan dalam persembahan adalah sesuatu yang penting bagi menjadikan persembahan yang dilakukan lebih menarik. Pakian juga adalah sebahagian dari props untuk sesuatu persembahan. Dengan pakaian yyang betul dapat memberikan gambaran yang jelan tentang watak yang dipersembahkan. Antara props dan peralatan yang akan digunakan adalah seperti berikut Pelajar Melayu

Pelajar melayu akan mengenakan busana kebudayaan lelaki Melayu iaitu Baju Melayu lengkap dengan sampin dan bersongkok.

Pelajar Cina

Penari untuk tarian kipas akan mengenakan cheongsam iaitu pakaian kebudayaan cina dan memegang kipas di kedua-dua belah tangan

Pelajar India

Penari kebudayaan memakai pakaian kebudayaan india seeperti gambar disebelah beserta aksesori seperti gelang kaki berloceng dan hiasan kepala

Jalur Gemilang

Koreografi

1
Melayu Cina India

2
Selesai Tarian Zapin, penari tarian kipas mengambil posisi dan penari zapin berundur ke belakang

3
Penari zapin membentuk separa bulatan semasa penari tarian kipas membuat gerakan

4
Selesai tarian kipas penari kebudayaan india mengambil posisi dan penari tarian kipas bergerak ke sebelah kiri pentas

5
Penari india melakukan gerakan

6
Selesai tarian Bharatha Natyam penari india dan penari cina bergerak ke kanan untuk mengambil posisi seterusnya.

7
3 penari melayu akan bergerak menghampiri penari india dan Cina

8
2 penari india menyerahkan bendera mini Jalur Gemilang kepada penari india dan cina. Mereka juga akan memegang Jalur Gemilang. Lagu 1 Malaysia dimainkan.

9
Penari membentuk satu barisan sambil tangan mengibar Jalur Gemilang

10
Penari melayu bergerak keri dan penari india dan cina bergerak kekanan, diulang berselang-selia sebanyak 5 kali

11
Para penari membentuk sebuah bulatan dan bergerak keluar dan masuk dari bulatan secara serentak

12

13
Bergerak dalam bentuk bulatan bagi mengambarkan kesaksamaan antara kaum

14
Kedudukan penari selepas melakukan 3 kali pergerakan dalam bulatan

15
Penari bergerak ke posisi terakhir

16
Tamat Persembahan

Jadual Latihan Latihan bagi menhadapai pertandingan ini akan dijalan 3 kali seminggu 2 jam setiap sesi bermula dari jam 2 petang hingga 4 petang selama 8 minggu. Masa latihan adalah selepas waktu kelas bagi tidak mengganggu pembelajaran pelajar. Latihan dibahagikan kepada teori pergerakan, asas pergerakan dan koreografi bagi persembahan. Stamina amat penting dalam pa-apa jenis persembahan pergerakan kreatif , oleh itu latihan asas kecergasan juga akan dijalankan sebelum memulakan latihan untuk persembahan. Jadual latihan adalah seperti dibawah:

MINGGU

1
HARI

ISNIN

Teori

Asas Pergerakan

Asas Pergerakan

Asas Pergerakan

Asas Pergerakan

Koreografi

Koreografi

Koreografi

SELASA

Teori

Asas Pergerakan

Asas Pergerakan

Koreografi

Koreografi

Asas Pergerakan

Koreografi

Koreografi

KHAMIS

Teori

Koreografi

Asas Pergerakan

Asas Pergerakan

Asas Pergerakan

Koreografi

Koreografi

Raptai Penuh

You might also like