You are on page 1of 8

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Aras 14, Blok E12 Kompleks Kerajaan E Pusat Pentadbiran

Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya Telefon : 603-8884 7142 MALAYSIA Faks : 603-8884 7840 Laman web : www.moe.gov.my Ruj. Kami : KP(UPSM) Sulit /500-1/8/1 (2) Tarikh : 15 Julai 2010

Semua Pengarah Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia Semua Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Semua Pegawai Pelajaran Daerah

Y.Bhg. Datuk/Dato/Datin/Tuan/Puan, URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI CEMERLANG PEGAWAI PERKHIDMATAN

PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) GRED DG52 KE GRED DG54, GRED DG48 KE GRED DG52, GRED DG44 KE GRED DG48 DAN PPPS GRED DG41 KE GRED DG44 SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) TAHUN 2010 DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian Y. Bhg. Datuk/ Dato/ Datin/ Tuan/ Puan kepada perkara di atas.

2.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan

melaksanakan urusan pemangkuan Pegawai Cemerlang dari Gred DG52 ke Gred DG54 (KUP), Gred DG48 ke Gred DG52 (KUP), Gred DG44 ke Gred DG48 (KUP) dan dari Gred DG41 ke Gred DG44 (KUP) tahun 2010. Jumlah kekosongan kuota Pegawai Cemerlang bagi Gred DG54 ialah 3, Gred DG52 ialah 83, Gred DG48 ialah 24 dan Gred DG44 ialah 30.

3.

Permohonan adalah terbuka kepada semua PPPS Gred DG52, DG48, DG44 dan

PPPS Gred DG41 yang mempunyai kelayakan dalam Bidang Umum, Bidang Teknikal dan Bidang Pendidikan Islam. Untuk makluman Ketua Jabatan dan Pegawai yang ingin memohon, urusan pemangkuan ini hanya dibuka kepada PPPS yang bertugas di Bahagian-bahagian di KPM, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) sahaja.

4.

Pegawai-pegawai yang layak dipertimbangkan dalam urusan pemangkuan pada

tahun 2010 adalah mereka yang memenuhi syarat-syarat umum dan syarat-syarat khusus urusan pemangkuan pada kali ini. 4.1. Syarat-syarat Umum 4.1.1. Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan berdasarkan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) tiga (3) tahun terakhir bagi tahun 2007, 2008 dan 2009; 4.1.2. Bebas daripada tindakan tatatertib; 4.1.3. Telah mengisytiharkan harta; 4.1.4. Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); 4.1.5. Bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman

Pendidikan; 4.1.6. Lulus PTK yang ditetapkan mengikut gred-gred yang berkaitan seperti berikut: (a) Pemangkuan ke Gred DG54 (KUP) : Lulus TK 5 di Gred DG52 (Keseluruhan Aras III atau IV) (b) Pemangkuan ke Gred DG52 (KUP): Lulus TK 4 di Gred DG48 (Keseluruhan Aras III atau IV);

(c)

Pemangkuan ke Gred DG48 (KUP): Lulus TK 3 di Gred DG44 (Keseluruhan Aras III atau IV);

(d)

Pemangkuan ke Gred DG44 (KUP): Lulus TK 1 atau TK2 di Gred DG41 (Keseluruhan Aras III atau IV); dan

4.1.7. Diperakukan oleh Ketua Jabatan.

4.2.

Syarat-syarat Khusus 4.2.1. Bagi Gred DG54 (KUP) (a) Telah dinaikkan pangkat ke Gred DG52 hakiki.

4.2.2. Bagi Gred DG52 (KUP) (a) (b) Telah dinaikkan pangkat ke Gred DG48 hakiki; dan Telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pada 30 Ogos 2010 secara berterusan di Bahagian-bahagian di KPM / JPN / PPD di atas Gred DG48 hakiki (mana-mana PPPS Gred DG48 Time-Based dan telah menyandang jawatan Gred DG48 hakiki selama tiga (3) tahun berturut-turut layak untuk

memohon). 4.2.3. Bagi Gred DG48 (KUP) (a) (b) Telah dinaikkan pangkat ke Gred DG44 hakiki; dan Telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pada 30 Ogos 2010 secara berterusan di Bahagian-bahagian di KPM / JPN / PPD di atas Gred DG44 hakiki. (mana-mana PPPS Gred DG44 Time-Based dan telah menyandang jawatan Gred DG44 hakiki selama tiga (3) tahun berturut-turut layak untuk

memohon).

4.2.4. Bagi Gred DG44 (KUP) (a) (b) Telah disahkan dalam perkhidmatan di atas Gred DG41; dan Telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pada 30 Ogos 2010 secara berterusan di Bahagian-bahagian di KPM / JPN / PPD di atas Gred DG41 hakiki. 5. Borang Permohonan 5.1. Pegawai-pegawai yang ingin dipertimbangkan dalam urusan pemangkuan ini hendaklah memohon dengan mengisi Borang Permohonan Pegawai Cemerlang (BORANG PC/54/52/48/44/2010) seperti di Lampiran A. Borang Permohonan yang telah lengkap diisi dengan maklumat yang betul hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan melampirkan satu (1) salinan dokumen sokongan seperti berikut:

5.1.1. Kad Pengenalan; 5.1.2. Surat kenaikan pangkat Gred DG54, DG52, DG48 dan DG44 yang dikeluarkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP); 5.1.3. Surat pengesahan dalam perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran; 5.1.4. Kelulusan akademik di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran (Ph.D); 5.1.5. Kelulusan ikhtisas seperti NPQH/ NPQL; 5.1.6. Slip keputusan PTK (TK 5/TK 4/TK 3/TK 1 atau TK 2); 5.1.7. Kenyataan Perkhidmatan terkini; 5.1.8. Kenyataan oleh Ketua Jabatan (seperti di Lampiran B);

5.1.9. Surat Akuan Pinjaman Pendidikan Institusi/ Tabung Pendidikan (seperti di Lampiran C); dan 5.1.10.Borang Tapisan Keutuhan SPRM (seperti di Lampiran T1).

6.

Pegawai-pegawai yang memenuhi syarat-syarat umum dan khusus seperti di para

4.1 dan 4.2 di atas sahaja layak memohon. Semua pemohon diingatkan supaya mengisi borang permohonan yang lengkap dan betul, disertakan dengan dokumen seperti dikehendaki. Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses. Pemohon hendaklah memastikan permohonan mereka dikemukakan kepada Ketua Jabatan masingmasing sebelum atau pada jam 5.00 petang, Isnin, 16 Ogos 2010.

7.

Peranan Ketua Jabatan 7.1 Kerjasama Ketua Jabatan adalah dipohon untuk melaksanakan perkaraperkara berikut:

7.1.1 Menghebah dan memaklumkan urusan pemangkuan ini kepada semua pegawai di bawah penyeliaan masing-masing yang layak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan di para 4.1 dan 4.2 di atas;

7.1.2. Menyemak serta memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang diberikan oleh calon;

7.1.3. Memastikan

calon

mencapai

tahap

prestasi

yang

ditetapkan

berdasarkan LNPT tiga (3) tahun terakhir bagi tahun 2007, 2008 dan 2009. Manakala bagi pegawai yang cuti belajar, cuti tanpa gaji atau cuti sakit berpanjangan melebihi 180 hari pada tahun berkenaan, Ketua Jabatan diminta mengemukakan markah LNPT pada tahun

sebelumnya; 5

7.1.4. Menentukan hanya permohonan yang dibuat oleh calon yang memenuhi syarat umum dan syarat khusus seperti di para 4.1 dan 4.2 di atas sahaja dikemukakan ke UPSM, Pejabat KPPM bersamasama dengan dokumen sokongan calon seperti di para 5.1;

7.1.5. Mengisi

dan

membuat

ulasan

secara

terperinci

mengenai

keistimewaan calon di Bahagian B dalam borang permohonan;

7.1.6. Menilai calon dan memasukkan markah penilaian di dalam borang permohonan calon berdasarkan skema pemarkahan yang disertakan seperti di Lampiran D;

7.1.7. Mengemukakan senarai calon yang memohon mengikut format seperti di Lampiran E1 bagi Gred DG54, Lampiran E2 bagi Gred DG52, Lampiran E3 bagi Gred DG48 dan Lampiran E4 bagi Gred DG44 dalam bentuk hard copy dan soft copy; dan

7.1.8. Mengemukakan senarai calon beserta dokumen sokongan yang lengkap kepada UPSM, Pejabat KPPM seperti alamat berikut sebelum atau pada jam 5.00 petang, Isnin, 30 Ogos 2010:-

Ketua Unit Unit Pengurusan Sumber Manusia Pejabat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Aras 14, Blok E12, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA (u.p: Che Lah bin Che Ghani)

7.1.9. Calon yang memenuhi syarat di atas sahaja akan dipanggil temu duga. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh enam (6) bulan selepas iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka adalah tidak berjaya.

8.

Sebarang pertanyaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perkara ini

bolehlah dirujuk kepada pegawai UPSM, Pejabat KPPM di talian seperti berikut: Puan Idayuwati binti Abdullah @ Ab Rahman Encik Mohd Rizal bin Mohd Rosli Cik Javina a/k Gikian Puan Jaliah binti Hassan Cik Norfariszah binti Jalaluddin Puan Faridah binti Hassanuddin 03-8872 1567 03-8872 1566 03-8884 7017 03-8884 7025 03-8884 7016 03-8884 7023

9.

Di atas segala kerjasama Y.Bhg. Datuk/ Dato/ Datin/ Tuan/ Puan berikan dalam

melancarkan urusan pemangkuan ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

(CHE LAH BIN CHE GHANI) b.p Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia

s.k.

1. 2. 3. 4. 5.

Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan & Kewangan) Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Sektor Dasar & Pembangunan Pendidikan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Sektor Operasi Pendidikan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Sektor Pembangunan dan Profesionalisme Keguruan Setiausaha Bahagian Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

6.

7.

8.

You might also like