You are on page 1of 3

KEK PISANG GEBU

2 cawan tepung gandum 1 sudu kecil baking powder 1 sudu kecil soda bikarbonat 1 cawan gula 3 biji pisang yang telak dilenyek 1/2 cawan minyak masak esen vanila 2 biji telur Caranya 1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah. 2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung. 3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau satu jam. 4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

Kek Pisang Marble Susu 2 cawan tepung gandum 1 cawan gula 1/2 cawan minyak masak 1/2 cawan susu segar 4 biji pisang yang ranum 1 sudu kecil baking powder 1/2 sudu kecil soda bikarbonat secubit garam sedikit esen vanila 3 biji telur sedikit coklat emulco ataupun serbuk koko Cara-caranya 1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, selepas itu, lenyek pisang dan campur sedikit dengan garam, ketepikan, kemudian, pukul telur bersama gula hingga kembang. 2. Setelah adunan telur sudah kembang, masukkan pisang yang telah dilenyek tadi bersama minyak masak, kacau sebati, selepas itu masukan tepung sedikit demi sedikit dan masukkan pula susu segar dan esen vanila, kacau sebati menggunakan spatula atau senduk kayu. 3. Ambil kira-kira 2 senduk adunan kek, dan campurkan dengan coklat emulco atau serbuk koko, kacau sebati dan ketepikan. Curah baki adunan kek pisang di dalam acuan bulat, kemudian curah pula adunan coklat, lorekkan perlahan dengan menggunakan garpu, bakar kek pada suhu 170 darjah celcius selama 60 minit, setelah siap di bakar, sejukkan atas redai , Selamat Mencuba.

You might also like