You are on page 1of 12

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA DENGAN KERJASAMA UNIVERSITI PERGURUAN SULTAN IDRIS PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

NAMA NO. MATRIK NO. KAD PENGENALAN UNIT/AMBILAN

: MOZIANA BINTI ABDUL RAHMAN : PPG/30874/11 : 810213-13-5968 : KOHORT 1/ AMBILAN MAC 2011

KOD DAN MATA PELAJARAN : FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

(BML 3043)

KERJA KURSUS 2
KONSONAN PINJAMAN

UNTUK PERHATIAN:

PUAN SUHANA BINTI YUSOF TARIKH SERAHAN: 18 MEI 2013

ISI KANDUNGAN PENGENALAN KONSONAN PINJAMAN Vokal depan sempit (i) Vokal depan separuh sempit (e) Vokal depan separuh luas atau lapang () Vokl depan luas atau lapang (a) Vokal belakamg sempit( u) Vokal belakang separuh sempit (o) Vokal belakang separuh luas atau lapang [] Vokal tengah () Diftong Rumusan RUJUKAN

MUKA SURAT 1-2

3-8

9 10

PENGENALAN

Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia. Alat pertuturan ini sememangnya kompleks, tetapi teratur dengan menggunakan kod-kod tertentu. Asmah Hj Omar (1986) mengatakan bahawa bahasa yang digunakan oleh manusia adalah menggunakan alat-alat ujaran yang terdapat dalam tubuh badan manusia itu sendiri. Contohnya bibir, lidah, lelangit dan pita suara. Konsonan merupakan hasil bunyi bahasa selain daripada bunyi vokal. Konsonan boleh terdiri daripada bunyi yang bersuara atau tak bersuara. Konsonan dihasilkan apabila udara dari paru-paru menerima sekatan atau gangguan udara,sempitan dan geseran sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung. Konsonan bersuara terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari peparu yang menggetarkan pita suara . Konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara. Menurut Kamarudin Hj. Husin & rakan, (1997) Konsonan juga boleh mempengaruhi vokal dalam sebutan bunyi. Ini berlaku dalam konsonan sengau, iaitu vokal disengaukan oleh konsonan itu. Konsonan terhasil apabila terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Konsonan bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. Konsonan asli adalah konsonan yang sedia ada dan

digunakan oleh penutur berbangsa Melayu tanpa mengalami apa-apa perubahan oleh penutur. Terdapat Sembilan konsonan asli yang dapat hadir di awal, tengah dan akhir kata iaitu p, t, m, n, /ng/, s, h, r, dan l. Konsonan b, d, g, c, dan j pula hanya hadir di akhir kata pinjaman seperti pada kata beg, bab , caj . Manakala, konsonan pinjaman merupakan konsonan yang dipinjam daripada bahasa asing dan diserap masuk ke dalam Bahasa Melayu. Konsonan pinjaman telah mengalami perubahan dari segi ejaan dan disesuaikan dengan sebutan.

Konsonan pinjaman bahasa Melayu merupakan konsonan yang dipinjam daripada bahasa sumber, sama ada daripada bahasa Sanskrit, Arab, atau Inggeris yang diserap masuk ke dalam Bahasa Melayu. Lapan belas konsonan asli yang terdapat dalam bahasa Melayu dapat diklasifikasikan mengikut cara dan daerah sebutannya seperti yang terdapat dalam jadual berikut: Daerah sebutan Cara sebutan Letupan Letusan Sengau Geseran Getaran Sisian Separuh vokal Pb M W Td N S R L bibir Gigi-gusi Lelangit keras Cj (ny) Y Lelangit lembut Kg (ng) H Glottis

Huraian berikut dapat menjelaskan peranan, keadaan dan kedudukan alat-alat artikulasi seperti bibir, lidah anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam membunyikan konsonan bahasa Melayu asli. Huraian ini disertakan dengan gambar rajah bagi membantu memahami cara setiap konsonan tersebut dihasilkan.

KONSONAN PINJAMAN Konsonan pinjaman telah mengalami perubahan dari segi ejaan dan disesuaikan dengan sebutan.Bunyi konsonan pinjaman itu terdiri daripada konsonan geseran seperti yang berikut:
Geseran Bibir Gigi [f]

Bibir bawah dirapatkan ke gigi atas. Udara dari paru-paru yang keluar melalui rongga mulut mengalami geseran sewaktu melalui sempitan bibir bawah dan gusi tersebut. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Bagi menghasilkan bunyi geseran bibir-bibir tidak bersuara, glotis direnggangkan pita suara tidak digetarkan bunyi yang terhasl ialah [f] AWALAN fasa PERTENGAHAN kafir AKHIRAN arif

Geseran Bibir Gigi [v]

Bibir bawah dirapatkan ke gigi atas supaya membuat sempitan Lelangit lembut akan terangkat rapat ke belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan dari paru-paru akan melalui rongga mulut yang dibiarkan bergeser keluar di daerah rapatan bibir bawah dan gigi atas itu sambil menggetarkan pita suara. Contoh : AWALAN video PERTENGAHAN novel AKHIRAN -

Geseran Gigi-[th]

Untuk menghasilkan bunyi ini,hujung lidah berada d antara gigi atas dan gigi bawah . Lelangit lembut dinaikkan . Udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan bergeser di daerah gigi. Jika glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar bunyi yang terhasil ialah bunyi geseran tidak bersuara,[th]. Contoh perkataan (Thabit)
4

Geseran Gigi- [dh]

Lidah berada di antara gigi atas dan gigi bawah. Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut akan dibiarkan bergeser keluar di daerah gigi itu sambil menggetarkan pita suara. AWALAN dhrab PERTENGAHAN fardhu AKHIRAN faridh

Konsonan Geseran Bersuara [z]

Hujung lidah ditemukan dengan daerah gusi. Lelangit lembut dinaikkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser di pertemuan hujung lidah dengan gusi. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar bunyi yang terhasil ialah bunyi konsonan geseran bersuara,[z]. AWALAN zaman PERTENGAHAN lazim AKHIRAN lafaz

Geseran Gusi Lelangit Keras Tak Bersuara[sy]

Hadapan lidah dinaikkan ke arah gusi lelangit keras untuk menyekat perjalanan udara yang keluar melalui rongga mulut.Lelangit lembut dinaikkan untuk menghasilkan bunyi geseran lelangit keras bersuara. Glotis direnggangkan pita suara tidak digetarkan dan menghasilkan bunyi geseran tidak bersuara ,[sy] Contoh: AWALAN syurga PERTENGAHAN masyarakat AKHIRAN skuasy

Geseran Lelangit Lembut [kh]

Lelangit lembut sendiri akan dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat satu sempitan. Udara yang dikeluarkan dari paru-paru dibiarkan bergeser pada sempitan di daerah lelangit lembut dengan belakang lidah itu. Pita suara tidak digetarkan.Contoh : AWALAN khabar PERTENGAHAN ikhtiar AKHIRAN fasakh

Geseran Lelangit Lembut [gh]

Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat satu sempitan. Lelangit lembut sendiri akan dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. yang dikeluarkan dari paru-paru dan dibiarkan bergeser pada sempitan di daerah lelangit lembut dengan belakang lidah itu. Pita suara pula akan digetarkan.Contoh: AWALAN ghaib PERTENGAHAN maghrib AKHIRAN baligh

KESIMPULAN
Organ tutur manusia ini disebut alat artikulasi. Terdapat banyak alat artikulasi manusia dan setiap satunya mempunyai kedudukan dan fungsi yang berbeza dalam menghasilkan bunyi bahasa. Namun demikian terdapat unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi manusia, tetapi mempunyai peranan yang amat penting dalam menghasilkan bunyi. Unsur tersebut ialah udara dan merupakan sumber tenaga utama dalam menghasilkan bunyi.Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia.

Semua bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan tidak bersuara ini berkait rapat dengan keadaan pita suara. sekiranya keadaan pita suara (glotis) tertutup rapat sewaktu udara keluar melaluinya, maka getaran akan berlaku pada pita suara dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara. Sebaliknya jika pita suara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu udara melaluinya, maka getaran pada pita suara tidak berlaku maka yang terhasil ialah bunyi yang tidak bersuara.

RUJUKAN Ahmad Kamal Muhammad (1992). Kejayaan Komunikasi. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise

Arbak Othman Dan Ahmad Mahmood Musanid (2000). Linguistik Am. Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana.

Ali bin Mahmood et al. (2010). Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu.Modul Open University Malaysia.

Indirawati bt Zahid dan Mardian Shah bt Omar. (2006). Fonetik dan Fonologi. PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Siti Hajar bt Abdul Aziz. (2008). Bahasa Melayu 1. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Norhashimah Jalaludin, 2007. Asas Fonetik. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan Dan Ainon Mohd (1994). Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Asmah Haji Omar. 1993. Perancangan Bahasa Dengan Rujukan Khusus Kepada Perancangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

10

You might also like