You are on page 1of 3

KERTAS KERJA

PERGERAKAN LOKOMOTOR DENGAN BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN

TARIKH : 22-23 SEPTEMBER 2011

TEMPAT : DEWAN GYMNASIUM INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH, PERAK

1.0

PENGENALAN Pendidikan di Malaysia sangat menitikberatkan perkembangan individu secara

menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani untuk menghasilkan individu-individu yang berilmu pengetahuan, berketerampilan dan sihat. Demi mencapai hasrat dalam aspek jasmani maka subjek Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan (PJK) telah dirangka dalam kurikulum sekolah bertujuan

meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pergerakan asas dalam PJK yang terbahagi kepada pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Pertumbuhan dan perkembangan individu melalui aktiviti-aktiviti seperti pergerakan asas, asas gimnastik, pergerakan kreatif dan sukan dan permainan dalapat memebri kesan kepada kehidupan secara menyeluruh kepada setiap individu. Kali ini, pergerakan asas telah mewajibkan pelajar untuk melaksanakan ujian amali pergerakan asas iaitu sepuluh pergerakan lokomotor dan sepuluh pergerakan bukan lokomotor. Pergerakan lokomotor merupakan pergerakan yang memerlukan gerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan jenis ini mempunyai dua jenis iaitu pergerakan lokomotor ritma sekata dan pergerakan lokomotor ritma tidak sekata. Manakala pergerakan bukan lokomotor pula merupakan pergerakan yang statik, tetap dan tidak berubah dasar penyokong pelaku. Contoh untuk pergerakan lokomotor ritma sekata ialah merupakan gerakan yang biasa dilakukan iaitu berlari, berjalan, merangkak dan sebagainya manakala pergerakan lokomotor ritma tidak sekata pula seperti skip, gallop, chase dan lain-lain. Pergerakan bukan lokomotor pula seperti imbangan, mendekam, duduk dan lain-lain. Amali ini juga mengkehendaki pelajar menggunakan kemahiran

memanipulasi alatan semasa membuat pergerakan asas. Tujuannya ialah untuk membantu koordinasi pergerakan fizikal sambil mengawal objek-objek yang boleh bergerak. Antara alatan yang sesuai digunakan seperti gelung, bola, tali, reben, pundi kacang dan lain-lain.

2.0

MATLAMAT

You might also like