Professional Documents
Culture Documents
TASKA ........................................................................................ 11
Langkah 1:
Langkah 2:
Panduan ......................................................................................................................................13
Huraian Lanjut ..............................................................................................................................13
Langkah 3:
Memilih Lokasi.............................................................................................................16
Langkah 4:
Langkah 5:
Langkah 6:
Langkah 7:
Entiti ..........................................................................................................................21
Langkah 8:
Nama TASKA...............................................................................................................23
Langkah 9:
Bab 3 :
Promosi ..........................................................................................................................................25
Slogan .........................................................................................................................................26
Kain Rentang (Banner) .................................................................................................................27
Banting (Bunting) ........................................................................................................................27
Flyers ..........................................................................................................................................28
Laman Web.....................................................................................................................................28
Mengecat ........................................................................................................................................29
Cat untuk Dinding Luar ..................................................................................................................29
Cat untuk Dinding Dalam ...............................................................................................................29
Hak cipta terpelihara S. Anuar Shafei
2 dari 78
Persaingan .................................................................................................................... 42
Fokus .............................................................................................................................................42
Posisi..............................................................................................................................................42
Perbezaan .......................................................................................................................................43
Peperangan Pemasaran ....................................................................................................................43
Strategi
Strategi
Strategi
Strategi
Bab 7:
Landasan Pantas.............................................................................................................. 53
3 dari 78
Bab 10:
A:
B:
C:
D:
Berkuasa ........................................................................73
4 dari 78
PRAKATA
Segala pujian bagi Allah s.w.t., Tuhan semesta alam. Doa dan kesejahteraan buat penghulu nabi-nabi dan
rasul-rasul. Jua buat keluarga dan sahabatnya sekalian.
Assalamualaikum.
Perubahan dunia, masyarakat, ekonomi dan sosial telah memaksa perubahan pemikiran, perjalanan dan
fungsi keluarga. Anak-anak terpaksa dihantar ke pusat asuhan selepas 90 hari kelahiran kerana kedua
ibubapa bekerja. Di bandar-bandar permintaan untuk perkhidmatan asuhan memaksa pertumbuhan Taman
Asuhan Kanak-kanak. Ramai pengusaha terus berjaya dengan menambah cawangan demi cawangan setiap
tahun. Ramai pula yang tersungkur setelah beberapa langkah, atau terus terkubur setelah berjaya sekian
lama.
Apa yang membezakan mereka?
Perniagaan membentuk dunianya sendiri. Sesuatu perniagaan hanya akan berjaya dengan dorongan sifat
ketahanan, keyakinan, amanah, bijak, iltizam, tidak mengalah, berpandangan hadapan, mengutamakan yang
terbaik, amalan peningkatan berterusan serta sentiasa menunggang strategi yang berkesan. Ahli perniagaan
selalu dilabelkan sebagai manusia tidak normal.
Jika anda tidak mahu berubah untuk menjadi lebih dari manusia biasa, mungkin buku ini bukan untuk anda.
Buku ini mula ditulis dengan menyajikan strategi-strategi yang amat agresif, sehingga penyemak dan
pengkritik memberikan pandangan sinis. Akhirnya, supaya buku ini boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh lebih
ramai muka baru alam perniagaan, hanya strategi yang telah diuji dan terbukti dikekalkan. Saya berharap
boleh mengetengahkan perkara-perkara yang ditapis tersebut pada buku kedua.
Fokus buku ini adalah kepada Taman Asuhan Kanak-kanak dalam aspek membangunkan perniagaan. Adapun
kaedah-kaedah terbaik mengasuh dan mendidik kanak-kanak tidak disentuh di sini, kecuali setakat
sumbangannya kepada pertumbuhan perniagaan. Panduan buku ini adalah untuk pengusaha dan bakal
pengusaha dan bukan untuk pengasuh.
Sehingga buku ini disiapkan, pelbagai perkara telah berlaku. Banyak juga yang dipelajari. Banyak lagi yang
perlu disempadani. Ada yang masih belum difahami. Pekerja bertukar silih berganti kerana merajuk,
menyambung pelajaran, berkahwin, tekanan, tanpa sebab atau termakan hasutan . Ada juga berlaku
beberapa kejadian besar seperti bayi terjatuh, wabak HFMD, serta saman ibubapa akan dihurai pada bab
yang sesuai. Perkara-perkara ini berkemungkinan berlaku pada anda. Yang penting adalah kaedah
pencegahan atau persediaan supaya kesan negatifnya, jika berlaku, tidak mengecutkan perniagaan.
Walaupun isi buku ini disajikan secara bertopik, hampir semuanya datang dari isi hati hasil dari pengalaman
sendiri dan pengajaran pengalaman tuan-tuan guru.
Buku ini akan memberi gambaran dan kaedah sebenar mengukur kelayakan dan mempersiap diri, memilih
tempat, membuka, mengurus, bersaing, mempromosi, membuka cawangan sekaligus membina empayar
TASKA anda sendiri. Ingatlah pesan bijak pandai, Perjalanan seribu batu bermula dari langkah pertama.
Tahniah diatas langkah pertama anda membaca buku ini.
Selamat berjaya.
5 dari 78
PENGHARGAAN
Jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Wan Roslan Wan Salleh dan Hajjah Noor Azah Adnan kerana komitmen
mereka sebagai mentor sehingga terbukanya beberapa cawangan taska kami. Pengorbanan masa dan
curahan pandangan dari ilmu dan pengalaman mereka menjadi asas dan sumber kekuatan dan keyakinan
kami. Diharap buku ini dapat menjadi kesinambungan sumbangan kami pula kepada masyarakat tentang
rahsia tergabung kejayaan semua pengusaha-pengusaha yang kami kenali.
Terima kasih juga kepada individu-individu yang menyemak terbitan ini, Tuan Haji Wan Roslan sendiri, isteri
tercinta Suhaila, juga Cik Nasyihah dan Cik Hani. Usaha mereka membolehkan hanya yang terbaik sampai
kepada para pembaca.
Akhir sekali terima kasih kepada semua kakitangan dan sahabat-sahabat pengusaha Taska yang lain yang
kisah dan pengalaman mereka menjadi contoh dan teladan secara langsung atau tidak langsung. Sesuatu
tamaddun terbina dengan masyarakat yang sentiasa mencipta pembaharuan, cepat mendapat pengajaran,
dan tidak mengulang kesilapan yang sama yang pernah dilakukan oleh orang lain.
6 dari 78
SIAPAKAH ANDA?
Mungkin anda seorang yang sedang tercari-cari formula untuk membebaskan diri dari terikat dan bergantung
dengan orang lain? Atau mungkin anda adalah seorang suri-rumah yang mahu buktikan tangan anda bukan
hanya cekap menghayun buaian malah boleh memandu satu perniagaan berjaya?
Mungkin juga anda telah menabung dengan harapan digunakan sebagai modal perniagaan kelak. Anda selalu
di dalam dilema kerana tidak sabar meletakkan jawatan untuk mula bekerja sendiri, tetapi terlalu takut risiko.
Kawan-kawan dan saudara mara banyak mengajak anda mencuba bermacam-macam perniagaan, tetapi tiada
satupun yang memberi anda keyakinan. Ada terlalu banyak unsur-unsur ketidaktentuan yang hampir pasti
melesapkan wang simpanan anda. Dari skim cepat kaya, ke jualan langsung ke MLM, semuanya telah anda
dengar. Ada yang anda telah cuba, tetapi mungkin belum berjumpa yang sesuai dengan diri anda.
Anda mungkin juga merasakan tempat kerja sekarang bukan lagi tempat anda mendapat kepuasan
menyumbang usaha, menimba pengalaman atau meningkatkan diri. Setiap pagi anda memaksa diri ke
tempat kerja. Sebelah petangnya pula anda tidak sabar pulang ke rumah. Sampai di rumah pula anda terasa
kosong kerana hari anda tiada kepuasan. Mungkin hanya televisyen mengisi kekosongan hidup dan
memuaskan dahaga minda anda saban hari.
Siapa pun anda, bidang perniagaan adalah sesuatu yang patut anda cuba. Adapun perniagaan taman asuhan
kanak-kanak adalah satu pilihan perniagaan yang mampu merealisasikan impian anda. Jika perniagaan ini
yang anda pilih, buku ini akan cuba memberi keyakinan untuk anda meneruskan impian anda bermula
daripada penubuhan hingga kepada cara-cara mencapai keuntungan lumayan. Ia ditulis berdasarkan ilmu dan
pengalaman sebenar.
7 dari 78
Return on Investment (ROI) untuk perniagaan taska secara purata hampir mencecah 200% setahun. Ini
dikira bermula tahun kedua kerana jumlah pendapatan pada tahun pertama kurang tepat sebagai ukuran.
ROI adalah kadar keuntungan dibanding modal yang telah dilaburkan, dikira dalam jangkamasa setahun.
Kaedah pengiraan ini berguna untuk perbandingan dengan pelaburan-pelaburan jenis lain. Tujuan
perbandingan supaya anda boleh membuat pilihan yang paling bijak untuk wang anda.
Untuk perbandingan, Amanah Saham Bumiputra (ASB) memberi pulangan 7% pada tahun 2007. Tahun-tahun
sebelum itu ia pernah mencapai 12%. Apa-apa perniagaan perlu melepasi kadar pulangan paling kurang 50%
setahun. Jika tidak wang anda lebih selamat berada di bank.
Bandingkah contoh sebenar di bawah: ASB
Modal
TASKA
RM13,000
Pendapatan Jumlah Wang Terkumpul
RM13,000
Pendapatan Jumlah Untung Terkumpul
Bulan 1
RM
RM13,000
RM
RM
Bulan 2
RM
RM13,000
RM
RM
Bulan 3
RM
RM13,000
RM 600.00
RM
Bulan 4
RM
RM13,000
RM 900.00
RM 1,500.00
Bulan 5
RM
RM13,000
RM1,100.00
RM 2,600.00
Bulan 6
RM
RM13,000
RM1,300.00
RM 3,900.00
Bulan 7
RM
RM13,000
RM1,500.00
RM 5,400.00
Bulan 8
RM
RM13,000
RM1,700.00
RM 7,100.00
Bulan 9
RM
RM13,000
RM1,900.00
RM 9,000.00
Bulan 10
RM
RM13,000
RM2,100.00
RM 11,100.00
Bulan 11
RM
RM13,000
RM2,300.00
RM 13,400.00
Bulan 12
Peratus Keuntungan
RM 910.00
= (13,910-13,000) / 13,000
= 7%
RM13,910.00
RM2,300.00
=(15,700-13,000) / 13,000
= 21%
600.00
RM 15,700.00
Bulan 13
RM
RM13,910.00
RM2,500.00
RM 18,200.00
Bulan 14
RM
RM13,910.00
RM2,700.00
RM 20,900.00
Bulan 15
RM
RM13,910.00
RM2,900.00
RM 23,800.00
Bulan 16
RM
RM13,910.00
RM3,100.00
RM 26,900.00
Bulan 17
RM
RM13,910.00
RM3,300.00
RM 30,200.00
Bulan 18
RM
RM13,910.00
RM3,300.00
RM 33,500.00
Bulan 19
RM
RM13,910.00
RM3,300.00
RM 36,800.00
Bulan 20
RM
RM13,910.00
RM3,300.00
RM 40,100.00
Bulan 21
RM
RM13,910.00
RM3,300.00
RM 43,400.00
Bulan 22
RM
RM13,910.00
RM3,300.00
RM 46,700.00
Bulan 23
RM
RM13,910.00
RM3,300.00
RM 50,000.00
Bulan 24
Peratus Keuntungan
tahun ke-2
RM 973.70
= (14,883-13,910) / 13,000
= 7.5%
RM14,883.70
RM3,300.00
=(53,300-15,700-13,000) / 13,000
= 190%
RM 53,300.00
8 dari 78
MEMBETULKAN TANGGAPAN
Beberapa alasan yang anda akan selalu dengar dari sekeliling anda tentang memulakan perniagaan ini;
1.
2.
3.
4.
5.
Tanggapan-tanggapan di atas adalah kurang tepat, walaupun banyak berlaku hatta kepada pengusahapengusaha TASKA veteran. Perkara-perkara di atas dapat di atasi jika pengusaha mempunyai gambaran yang
betul:1. Bagi sesetengah usahawan, memulakan perniagaan taska mungkin sesuatu yang terlalu mudah. Bagi
yang baru berjinak, mungkin ianya sesuatu yang rumit pula. Sebenarnya mudah atau sukar kurang
menjadi penentu. Yang paling penting adalah untuk bermula dengan langkah-langkah yang tepat dan
padu supaya segala risiko-risiko masa hadapan ditangani dan diselesaikan sekarang.
2. Walaupun sijil-sijil latihan amat membantu, tetapi tidak semestinya menghalang untuk memulakan
perniagaan. Kursus boleh diikuti selepas anda sudah memulakan perniagaan. Tetapi jika anda
perlukan suntikan keyakinan untuk bermula, kursus adalah salah satu cara terbaik.
3. Risiko perniagaan akan berkurangan jika anda menyewa premis berbanding membeli. Menyewa juga
adalah lebih murah.
4. Perniagaan ini sememangnya bermula agak kecil. Ia boleh menjadi perniagaan besar dan
membebaskan anda sekeluarga dari pergantungan kewangan apabila cawangan-cawangan mula
dibuka. Dengan cawangan-cawangan, pendapatan bulanan anda tidak ada had.
5. Hanya isteri sahaja yang perlu menumpukan 100% perhatian kepada perniagaan taska. Suami boleh
membantu di luar waktu pejabatnya. Suami hanya perlu terlibat secara sepenuh masa selepas
beberapa cawangan dibuka. Khidmat suami diperlukan untuk perancangan strategi, peningkatan
kualiti jagaan dan memperkukuhkan perniagaan. Jangan sekali-kali memulakan perniagaan ini secara
jarak jauh (untuk cawangan pertama) dengan menggaji orang lain untuk menubuhkan dan
menggerakkan perniagaan anda. Pengalaman penubuhan adalah tiket kejayaan di dalam perniagaan
ini.
Ya
1
Tidak
9 dari 78
Anda yakin bahawa anda tidak boleh berhenti belajar baik dari
pengalaman sendiri, pengalaman orang lain, atau pembacaan.
10 dari 78