You are on page 1of 21

LAPORAN KESELAMATAN KAWASAN KERJA DAN HAZARD LOKASI: MAKMAL FITTING MEKATRONIK KOD DAN TAJUK MODUL: DEM

1122 INDUTRIAL SAFETY LECTURER: ENCIK SYAMSUL HALIM BIN WAHAB HASIL : MOHAMAD IQBAL BIN MOHD BILAL DIPLOMA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MEKATRONIK NO. IC: 9950725-05-5113 NO. NDP: 16213141 SEMESTER 1

OBJEKTIF KAJIAN DILAKUKAN:


Untuk melihat pelajar mementingkan keselematan apabila berada di dalam bengkel atau tidak.

Memastikan bahawa kesemua peajar dapat memahami mengenai hazard. Memastikan pelajar mematuhi peraturan keselamatan apabila berada di kawasan kerja.

Memastikan pelajar amalan kerja yang selamat apabila menggunakan alatan tangan atau mesin

Untuk pelajar mengetahui langkah keselamatan yang perlu diambil apabila berdepan hazard.

PENGENALAN KESELAMATAN INDUSTRI

Satu sistem keselamatan industri adalah balas penting dalam mana-mana tumbuhan berbahaya seperti minyak dan loji gas dan loji nuklear. Ia digunakan untuk melindungi manusia, tumbuh-tumbuhan, dan persekitaran di mana proses melampaui margin kawalan. Seperti namanya, sistem ini tidak bertujuan untuk mengawal proses itu sendiri tetapi perlindungan. Kawalan proses dilakukan melalui sistem kawalan proses (PCS) dan saling oleh sistem keselamatan supaya tindakan segera diambil sekiranya sistem kawalan proses gagal.

Kawalan proses dan sistem keselamatan biasanya digabungkan di bawah satu sistem, yang dipanggil Kawalan Bersepadu dan Sistem Keselamatan (KBSM). Sistem keselamatan industri biasanya menggunakan sistem khusus yang SIL 2 disahkan sekurang-kurangnya; manakala sistem kawalan boleh mulakan dengan SIL 1. SIL terpakai kepada kedua-dua perkakasan dan perisian seperti kad, pemproses lebihan dan fungsi mengundi.

PENGENALAN KESELAMATAN KAWASAN KERJA DAN HAZARD

KESELAMATAN

Kebebasan dari kemalangan dan kecederaan serta kawalan kehilangan atau kerugian yang berpunca daripada kemalangan

Dari konteks yang berlainan juga, keselamatan merupakan perihal selamat, kesejahteraan atau keamanan. Keselamatan juga bermaksud keadaan terlindungi daripada masalah fizikal, sosial, kewangan, politik, perasaan, pekerjaan, psikologi, pelajaran dan perkara-perkara lain yang melibatkan kerosakan atau kejadian yang tidak diingini. Ini juga termasuk dalam konteks terlindung daripada sesuatu malapetaka atau kejadian yang berkaitan dengan kesihatan dan ekonomi.

Keselamatan boleh dikawal melalui jaminan atau insurans. Ini menjamin sesuatu pertubuhan hanya akan melaksanakan perkara-perkara yang patut dilakukan bagi mendapat keselamatan tersebut.

KESELAMATAN KAWASAN KERJA


Keselamatan kawasan kerja bermaksud keselamatan yang patut diamalkan oleh semua pelajar mahupun pelanggan apabila berada di sekitar kawasan kerja.

CONTOH Semua pelajar diwajibkan memakai cermin mata keselamatan dalam melakukan kesemua kerja tidak kira menggunakan alatan tangan ataupun mesin.hal ini kerana ia dapat mengelakkan daripada partikel-partikel masuk ke dalam mata. Ini kerana cermin mata keselamatan ini dibuat khas untuk mata bagi mengelakkan serpihan-serpihan partikel masuk ke dalam mata.

Semua pelajar diwajibkan memakai kasut kesalamatan apabila masuk ke dalam bengkel .hal ini kerana ia dapat mengelakkan daripada bahan-bahan seperti besi jatuh ke atas kaki. Hal ini demikian kerana kasut keselamatan mempunyai besi di bahagian depan kasut.

PERATURAN KESELAMATAN

Peraturan keselamatan di dalam bengkel adalah merupakan satu faktor penting yang perlu diamalkan oleh setiap pelajar. Setiap aktiviti yang dijalankan melibatkan penggunaan peralatan dan mesin yang berbahaya. Kecuaian boleh menyebabkan berlakunya kemalangan dan kecederaan yang tidak diingin. Oleh itu, keselamatan diri amat penting untuk mengelakkan diri daripada terjadinya kemalangan ketika melakukan kerja amali di bengkel. Peraturan keselamat diri dan di tempat kerja perlu dipatuhi oleh setiap pelatih.Antara contoh-contohnya: Semua pelajar diwajibkan memakai kasut keselamatan Dilarang merokok Tumpukan perhatian semasa melakukan kerja Dilarang bergurau sesama rakan.

CONTOH DI MAKMAL FITTING MEKATRONIK Semua pelajar diwajibkan menggunakan topi keselamatan apabila masuk ke dalam bengkel atau ke kawasan pembinaan.ini dapat mengelakkan daripada bahan-bahan dari atas jatuh ke atas kepala.dengan memakai topi keselamatan ini,sedikit sebanyak dapat mengelakkan kemalangan lebih serius berlaku.

Merokok adalah dilarang apabila di dalam bengkel.apatah lagi merokok menggunakan pelindung mulut.hal ini kerana apabila merokok menggunakan pelindung mulut,ia boleh menyebabkan pelindung mulut itu menjadi cair kerana haba yang dibawa oleh rokok itu.

AMALAN KERJA SELAMAT


Amalan kerja selamat yang perlu dilakukan ketika di dalam bengkel untuk memastikan kemalangan dapat dielakkan dengan cara: Penggunaan peralatan yang betul mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Menggunakan peralatan yang sesuai dengan cara yang betul. Mematuhi tanda amaran yang terdapat di dalam bengkel seperti larangan merokok,amaran arus voltan tinggi. Mematuhi segala peraturan yang ditetapkan.

CONTOH DI MAKMAL FITTING MEKATRONIK Terdapat gambar di dinding makmal menyeru semua pelajar menjaga keselamatan .gamba ini dipampangkan dengan besar agar semua pelajar dapat memahami betapa pentingnya mengutamakan keselamatan apabila masuk ke dalam bengkel.

Gambar penggunaan keselamatan juga terdapat pada salah satu mesin di dalam makmal fiiting ini . Ini kerana mesin ini amat merbahaya jika tidak menumpukan perhatian semasa menggunakan mesin ini.

LANGKAH KESELAMATAN YANG TELAH DIAMBIL


Menyusun semula kerusi ke tempat asal selepas digunakan. Meletakkan semula alatan tangan tangan yang telah digunakan ke dalam tempat penyimpanan alatan tangan. Membersihkan semula habuk atau besi yang terdapat pada mesin dan kawasan sekitar mesin . Menyapu habuk,besi yang telah digunakan yang terdapat di lantai bengkel Memakai pelindung mata apabila hendak memotong,membuat lubang pada sesuatu bahan Memakai kasut keselamatan apabila masuk ke dalam bengkel.

CONTOH LANGKAH KESELAMATAN YANG TELAH DIAMBIL DI MAKMAL FITTING MEKATRONIK Membersihkan semula habuk besi setelah menggunkan mesin drilling.

Memakai kasut keselamatan dan spek cermin mata keselamatan

HAZARD Takrif
Hazard sebagai punca atau keadaan yang mempunyai potensi mengakibatkan kemudaratan dalam konteks kecederaan dan penyakit kepada manusia , kerosakan sekitaran tempat kerja,atau gabungannya.

MENGENALPASTI HAZARD
Tujuan mengenalpasti hazard ialah untuk mengetahui tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan ia satu proses untuk mengawal kemalangan apabila penyebab dapat dikenalpasti serta secara tidak langsung mematuhi undang-undang yang diperuntukkan oleh pihak kerajaan.Kaedah mengenalpasti hazard ini melibatkan gabungan pemerhatian sendiri,merujuk kepada dokumen rujukan, menggunakan kelengkapan pengesan dan pengukur , makluamt daripada laporan, maklumnalas daripada pekerja dan sebagainya.

JENIS-JENIS HAZARD Hazad fizikal


Hazard fizikal ialah hazard yang bahaya yang berpunca dari mesin dan peralatan yang digunakan.sesuatu mesin dan peeralatan dianggap merbahaya jika: Direka tidak selamat dan tidak sempurna Tidak diselenggara dengan baik Dijalankan oleh pekerja tidak terlatih Digunakan bukan untuk kerja sebenar Digunakan dalam keadaan yang berbeza-beza Ditukar/dipinda secara haram Pekerja tidak bersedia atau tidak menumpukan perhatian semasa menggunakannya.

CONTOH HAZARD FIZIKAL DI MAKMAL FITTING MEKATRONIK Pelajar bermain-main menggunakan pemunggah beroda.

HAZARD ERGONOMIK
Hazard ergonomik berkaitan dengan ketidaksesuaian dengan sekitaran kerjanya. Ia selalunya dikaitkan dengan kesilapan atau kelemahan reka bentuk kejuruteraan dan proses kerja memenuhi keperluan fisiologi dan psikologi manusia. Misalnya pekerjaan menaip dalam keadaan yang baik tidak ergonomic telah dibuktikan mengakibatkan Tunnel Carpel Syndrome dan sakit belakang.

CONTOH DI MAKMAL FITTING MEKATRONIK

Pelajar mengangkat barang melebihi had keupayaan diri pelajar sendiri

HAZARD MEKANIKAL
Hazard yang berkaitan dengan penggunaan mesin atau jentera yang berfungsi: Untuk memotong Menghempap Menyepit Mencanai Melelas Memutar dan sebagainya

CONTOH DI MAKMAL FITTING MEKATRONIK

Pelajar berbual menggunakan telefon bimbit ketika memotong besi

HAZARD ELETRIK
Mengakibatkan kejutan eletrik, lintar pintas sekiranya melebihi beban atau kebakaran

CONTOH DI MAKMAL ITTING MEKATRONIK Mesin drilling dihidupkan tanpa menggunakan penutup wayar.

LANGKAH-LANGKAH JANGKA PENDEK DAN JANGKA PANJANG UNTUK MENGELAKKAN KAMALANGAN AKIBAT HAZARD TERSEBUT.

JANGKA MASA PENDEK

JANGKA MASA PANJANG

Mengangkat barang atau alatan tangan satu per satu

Menggunakan troli untuk mengangkat kesemua barang

Meletakkan tanda hazard eletrik di bahagian wayar

Meletakkan penutup wayar

You might also like