You are on page 1of 10

SISTEM BAHASA MELAYU

Susunan dan Ragam Ayat: Aktif dan Pasif ISL MINGGU 4

RAGAM AYAT
Ragam ayat dalam Bahasa Melayu, ialah ragam ayat aktif dan ragam ayat pasif. Dua perkara yang membezakan ayat aktif daripada ayat pasif ialah kedudukan subjek dalam ayat dan kata kerja yang digunakan.

Dalam ayat aktif, subjek menjadi judul ayat itu dan kata kerja yang digunakan ialah kata kerja aktif transitif yang berimbuhan meN-.
Contoh ayat aktif: Anak anjing Felix mengejar kucing jantan Maria.

RAGAM AYAT
Ayat pasif ialah ayat yang mengutamakan objek (objek dijadikan judul) dan kata kerja pasif yang berimbuhan di-, teR-, beR-, ke- -an atau mempunyai kata kena sebelum kata kerja. Kata kerja pasif (kata kerja dasar) tidak menerima sebarang imbuhan bagi kata pasif diri pertama dan diri kedua. Contoh ayat pasif: Kucing jantan Maria dikejar oleh anak anjing Felix.

Ayat aktif
Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada (i) (ii) Ayat aktif transitif Ayat aktif tak transitif.

Ayat aktif transitif Ayat yang mengandungi kata kerja transitif iaitu yang diikuti oleh frasa nama atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambutnya. (a) (b) Ali menunggang basikal Ali menebas rumput

Ayat Aktif
Ayat aktif tak transitif Ayat yang mempunyai kata kerja tak transitif dalam kluasa utamanya. Kata kerja tersebut tidak memerlukan objek. Namun demikian, kata kerja jenis ini boleh diikuti oleh pelengkap atau unsur keterangan. Contoh :

(a) (b) (c) (d)

Rombongan pengantin itu telah tiba. Badannya menjadi kurus. Harga gula naik pada musim perayaan sangat tinggi. Kanak-kanak itu sedang tidur di bawah pokok.

AYAT PASIF
Ayat pasif ialah ayat yang asalnya daripada ayat aktif transitif iaitu yang mengandungi kata kerja tetapi mengutamakan objek sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat pasif dalam bahasa Melayu digolongkan kepada tiga jenis iaitu: (i) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif (ii) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua (iii) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja

AYAT PASIF
(i) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif

Antara imbuhan kata kerja pasif ialah di-, ter-, ber-, dan ke-...an.
Digunakan dengan KGD ketiga. Contoh: (a) (b) (c) (d) Barang itu sudah diambil oleh Ali semalam. Istana Raja terbina oleh rakyat dalam masa satu tahun. Mereka kehujanan sepanjang hari. Surat itu belum berjawab.

AYAT PASIF
(iii) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua.

Kata ganti nama diri diletakkan di hadapan kata kerja dasar.


Kata ganti nama diri boleh berbentuk penuh atau tidak.

Contoh:
(a) (b) (c) (d) Kerja itu sudah saya selesaikan semalam. Makanan itu belum kurasai lagi. Hutang itu perlu engkau jelaskan sepenuhnya. Beban ini akan kita tanggung bersama-sama.

AYAT PASIF
(iii) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja. Mengandungi kata kena di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan. Binaan oleh + FN boleh secara pilihan digugurkan. Contoh: (a) Pencuri itu kena tangkap (oleh polis) (b) Dia kena tipu (oleh pemuda itu) (c) Perajurit itu kena tembak (oleh pengganas)

~ Tamat ~

You might also like