You are on page 1of 44

POP KUIZ

PRINSIP PERAKAUNAN (3756/1)

Baca Arahan Dengan Teliti:


1) Kuiz ini mengandungi 40 soalan objektif. Jawab SEMUA soalan. 2) Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan yang disediakan. 3) Anda dilarang meniru, merujuk buku atau berbincang sesama rakan anda. 4) Setiap slaid akan ditayangkan selama 25 saat sahaja. 5) Slaid tidak akan ditayangkan semula.
www.cikgutim.com 2

BERSEDIA. MULA!

www.cikgutim.com

Soalan 1
Tabungan sendiri dijadikan modal permulaan perniagaan Liabiliti tidak terhad Untung perniagaan dinikmati sepenuhnya oleh pemilik Apakah bentuk perniagaan di atas? A) Koperasi B) Perkongsian C) Syarikat berhad D) Milikan tunggal
www.cikgutim.com 4

Soalan 2
Tempoh perakaunan Perniagaan Syah Saiful adalah mengikut tahun kalendar. Bilakah penyata kewangan disediakan oleh Perniagaan Syah Saiful? A) 28 Feb B) 31 Dis C) 30 Jun D) 31 Mac
www.cikgutim.com 5

Soalan 3
Penyata Kewangan Y Kunci Kira-kira

Item Y diperlukan untuk penyediaan Penyata Kewangan dan Kunci Kira-kira. Apakah item Y? A) Modal awal B) Modal akhir C) Stok awal D) Stok akhir
www.cikgutim.com 6

Soalan 4
Dokumen sumber yang dicatatkan dalam Buku Catatan Pertama akan diposkan ke akaun di A) Lejar B) Jurnal Am C) Buku Tunai D) Jurnal Khas

www.cikgutim.com

Soalan 5
Baki akhir akaun-akaun berikut disenaraikan di lajur kredit Imbangan Duga kecuali A) Akaun Hasil B) Akaun Modal C) Akaun Liabiliti D) Akaun Belanja

www.cikgutim.com

Soalan 6
Antara yang berikut, yang manakah bukan dikategorikan sebagai aset? A) Stok B) Tunai C) Penghutang D) Pemiutang

www.cikgutim.com

Soalan 7
___________ menunjukkan kedudukan kewangan sesuatu perniagaan pada satu tarikh tertentu, biasanya pada akhir tempoh perakaunan. A) Kunci Kira-kira B) Imbangan Duga C) Akaun Untung Rugi D) Penyata Pendapatan
www.cikgutim.com 10

Soalan 8
Apakah dokumen yang digunakan untuk membetulkan kesilapan invois terkurang nilai? A) Nota debit B) Nota kredit C) Makluman debit D) Makluman kredit

www.cikgutim.com

11

Soalan 9
Mengapakah penjual memberi diskaun niaga kepada pembeli? A) Mendapatkan keuntungan yang lebih B) Mengurangkan risiko daripada berlakunya hutang lapuk C) Menggalakkan pembeli membeli barang secara pukal D) Menggalakkan pembeli membayar hutang dengan segera
www.cikgutim.com 12

Soalan 10
Invois belian untuk aset bukan semasa sebuah syarikat dicatatkan dalam _____________ sebelum diposkan ke Lejar Am. A) Jurnal Am B) Buku Tunai C) Jurnal Belian D) Akaun Belian

www.cikgutim.com

13

Soalan 11
Sistem panjar digunakan dalam menyediakan A) Buku Tunai B) Akaun Bank C) Belanjawan Tunai D) Buku Tunai Runcit

www.cikgutim.com

14

Soalan 12
Urus niaga yang manakah direkod dalam Buku Tunai Runcit? A) Pembayaran gaji secara tunai B) Pembelian lengkapan secara tunai C) Pembayaran tunai kepada pemiutang D) Penerimaan tunai daripada juruwang runcit

www.cikgutim.com

15

Soalan 13
Semasa mengimbangkan akaun di akhir satu tempoh perakaunan, baki hantar ke bawah diletakkan di A) sebelah yang lebih B) sebelah yang kurang C) sedua-dua belah D) bawah kedua-dua jumlah

www.cikgutim.com

16

Soalan 14
Akaun hasil dan belanja ditutup dengan memindahkan bakinya ke ___________ jika akaun itu melibatkan untung kasar atau rugi kasar. A) Kunci Kira-kira B) Imbangan Duga C) Akaun Untung Rugi D) Akaun Perdagangan
www.cikgutim.com 17

Soalan 15
Kerani akaun Syarikat Syamin telah merekodkan jualan kepada Teo Kah Chai sebanyak RM2 345 dalam Akaun Teo Kah Choi. Apakah kesilapan yang telah dolakukan oleh kerani akaun Syarikat Syamin? A) Kesilapan prinsip B) Kesilapan songsang C) Kesilapan ejaan D) Kesilapan komisen
www.cikgutim.com 18

Soalan 16
Pulangan belian terlebih catat sebanyak RM350, begitu juga dengan belian yang terlebih catat sebanyak RM350 Apakah jenis kesilapan ini? A) Kesilapan prinsip B) Kesilapan komisen C) Kesilapan songsang D) Kesilapan saling mengimbangi
www.cikgutim.com 19

Soalan 17
Penyata kewangan terdiri daripada yang berikut kecuali A) Kunci Kira-kira B) Imbangan Duga C) Akaun Untung Rugi D) Akaun Perdagangan

www.cikgutim.com

20

Soalan 18
Jika imbangan duga hanya ada butir upah sahaja, maka upah harus dimasukkan ke dalam A) Kunci Kira-kira B) Akaun Untung Rugi C) Akaun Perdagangan D) Akaun Perdagangan dan Akaun Untung Rugi

www.cikgutim.com

21

Soalan 19
Hutang yang telah dihapus sebagai hutang lapuk tetapi dijelaskan oleh penghutang tersebut kemudiannya dikenal sebagai A) Hutang ragu B) Hutang lapuk C) Hutang lapuk terpulih D) Peruntukan hutang ragu

www.cikgutim.com

22

Soalan 20
Antara berikut, yang manakah tidak dimasukkan ke dalam Akaun Kawalan Penghutang? A) Hutang lapuk B) Pulangan masuk C) Diskaun dibatalkan D) Peruntukan hutang ragu

www.cikgutim.com

23

Soalan 21
Antara yang berikut, yang manakah dicatatkan di sebelah kredit Akaun Kawalan Pemiutang? A) Belian kredit B) Pulangan belian C) Diskaun diterima D) Bayaran kepada pemiutang

www.cikgutim.com

24

Soalan 22
Anda telah mendapati baki buku tunai berbeza dengan baki penyata bank. Antara berikut, yang manakah tidak menyebabkan perbezaan tersebut? A) Cek bank B) Cek yang belum digunakan C) Cek yang belum dikemukakan D) Dividen yang dikreditkan oleh bank
www.cikgutim.com 25

Soalan 23
Antara yang berikut, yang manakah adalah benar tentang belanjawan tunai? A) Belanjawan tunai menjamin pembaziran wang tidak berlaku B) Belanjawan tunai menjamin perniagaan itu sentiasa dalam keadaan mampu bayar C) Belanjawan tunai menunjukkan rekod wang yang dibelanjakan dan punca pendapatan D) Belanjawan tunai menunjukkan punca penerimaan wang dan bagaimana wang akan dibelanjakan
www.cikgutim.com 26

Soalan 24
Antara berikut, yang manakah bukan sebab pembubaran sesebuah perkongsian? A) Seorang pekongsi mengalami kerugian B) Seorang pekongsi telah meninggal dunia C) Seorang pekongsi diisytiharkan muflis D) Penukaran perkongsian kepada syarikat berhad

www.cikgutim.com

27

Soalan 25
Apakah yang akan menyebabkan kurangan dalam akaun modal pekongsi semasa perkongsian dibubarkan? A) Pekongsi dibayar gaji yang tinggi B) Pekongsi menanggung rugi realisasi C) Pekongsi tidak menyumbangkan modal tambahan D) Pekongsi dibayar faedah atas modal yang tinggi
www.cikgutim.com 28

Soalan 26
Apakah maksud berhad di penghujung nama syarikat berhad? A) Hutang syarikat berhad adalah terhad B) Liabiliti syarikat berhad adalah terhad terhadap hutangnya C) Bilangan ahli syarikat dihadkan kepada 50 orang ahli D) Liabiliti pemegang saham adalah terhad terhadap hutang di syarikatnya
www.cikgutim.com 29

Soalan 27
Apakah maksud modal didaftarkan bagi sebuah syarikat sendirian berhad? A) Jumlah modal yang telah diterbitkan B) Jumlah modal maksimum yang boleh diterbitkan C) Jumlah modal yang diterbitkan dan telah dibayar penuh D) Jumlah modal yang dibenarkan untuk mendapatkan dividen
www.cikgutim.com 30

Soalan 28
Akaun Penerimaan dan Pembayaran disediakan untuk A) Mengira keuntungan atau kerugian B) Mengira jumlah hasil dan perbelanjaan kelab C) Menunjukkan pembukaan dan penutupan baki tunai D) Mengira lebihan atau kurangan pendapatan daripada perbelanjaan
www.cikgutim.com 31

Soalan 29
Sistem catatan tunggal merujuk kepada A) Amalan simpan kira yang tidak menggunakan buku jurnal B) Amalan simpan kira yang tidak mengikut sistem catatan bergu C) Amalan simpan kira yang menggunakan buku jurnal sahaja D) Amalan simpan kira yang mengikut sistem catatan bergu tetapi tidak menggunakan buju jurnal
www.cikgutim.com 32

Soalan 30
Antara berikut, yang manakah akan diambil kira untuk menghitung kos prima dalam Akaun Pengeluaran? A) Sewa kilang B) Gaji pejabat C) Upah langsung D) Susut nilai mesin

www.cikgutim.com

33

Soalan 31
Antara berikut, yang manakah merupakan kos overhed? I) Gaji pengurus II) Susut nilai mesin III) Komisen jurujual IV) Cukai tanah A) I, II dan III B) I, II dan IV C) I, III dan IV D) II, III dan IV
www.cikgutim.com 34

Soalan 32
Apakah maksud titik pulang modal? A) Menunjukkan bagaimana pihak pengurusan boleh mengurangkan kerugian B) Menunjukkan bagaimana perniagaan boleh memperoleh keuntungan C) Menunjukkan sama ada sesuatu projek boleh dilaksanakan dengan berjaya atau tidak D) Menunjukkan tahap pengeluaran di mana jumlah hasil sama dengan jumlah kos
www.cikgutim.com 35

Soalan 33
Kos/Hasil (RM)

W
X

Berdasarkan gambar rajah di sebelah, yang manakah garisan bagi jumlah kos? A)W B)X C)Y D)Z

Keluaran (unit)
www.cikgutim.com 36

Soalan 34
Titik pulang modal dapat dikurangkan dengan I) Menambahkan harga jualan II) Mengurangkan kos tetap III) Mengurangkan kos berubah IV) Mengurangkan margin caruman seunit A) I, II dan III B) I, II dan IV C) I, III dan IV D) II, III dan Iv
www.cikgutim.com 37

Soalan 35
Antara berikut, yang manakah ditolak daripada modal akhir untuk mentaksirkan keuntungan atau kerugian? A) Ambilan B) Modal awal C) Belanja hasil D) Penerimaan hasil

www.cikgutim.com

38

Soalan 36
Antara berikut, tindakan yang manakah diambil jika perkongsian tidak mampu bayar semua pemiutang? A) Baki pemiutang itu tidak perlu dijelaskan B) Baki pemiutang hendaklah dikreditkan ke Akaun Realisasi C) Pekongsi yang aktif perlu memasukkan modal tambahan untuk menjelaskan baki pemiutang D) Baki pemiutang itu akan dibahagikan secara sama rata dan dikreditkan ke akaun semasa pekongsi
www.cikgutim.com 39

Soalan 37
Mengapakah Akaun Untung Rugi tidak disediakan untuk kelab atau persatuan? A) Tujuan penubuhan kelab atau persatuan bukanlah untuk menjalankan perniagaan B) Akaun Perdagangan disediakan untuk mengetahui keuntungan atau kerugian aktiviti kelab C) Pendapatan hasil dan perbelanjaan hasil dicatatkan dalam Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan D) Untung bersih tidak perlu diketahui kerana kelab atau persatuan bukan bertujuan mendapatkan keuntungan
www.cikgutim.com 40

Soalan 38
Nisbah semasa Syarikat Omar ialah 0.92 : 1. Apakah tindakan yang perlu diambil untuk membaiki tahap kecairan syarikatnya? A) Membuat pinjaman bank B) Mengadakan jualan murah C) Menambahkan belian barang niaga D) Memanjangkan tempoh jualan kredit

www.cikgutim.com

41

Soalan 39
Kos Pengeluaran Kos Prima Kos Bahan Mentah N Belanja langsung M
Apakah elemen M dan N?

C D

M N Kos overhed Kos buruh langsung Kos overhed Kos buruh tak langsung Kos buruh Kos langsung overhed Kerja dalam Kos buruh proses langsung
42

www.cikgutim.com

Soalan 40
Kos dan jualan (RM)

Kawasan berlorek mewakili A) Kos tetap B) Kerugian C) Keuntungan D) Kos berubah


Keluaran (unit)
www.cikgutim.com 43

SOALAN TAMAT

www.cikgutim.com

44

You might also like