You are on page 1of 40

Konsep, matlamat dan objektif Seni Dalam Pendidikan untuk guru sekolah rendah Perkembangan teori pembelajaran dan

isu berkaitan

KONSEP Seni dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya.

Teori konstruktivisme menyatakan bahawa kanak-kanak tidak beroleh pengetahuan secara pasif tetapi mereka membina pengetahuan secara aktif. Pembelajaran secara aktif dan interaksi sosial digalakkan dalam persekitaran yang selamat dan kondusif di mana pembelajaran dicapai melalui aktiviti meneroka, bereksperimen dan mengolah objek atau bahan. Oleh itu, Seni dalam Pendidikan boleh dijadikan sebagai wadah untuk membolehkan murid mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif.

Howard Gardner (1983) menyatakan bahawa jika hanya satu sahaja pendekatan digunakan di dalam pengajaran, murid tertentu sahaja akan mendapat bahan yang disampaikan. Ini disebabkan murid mempunyai kebolehan menaakul dan menanggap dalam keadaan yang berbeza. Pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan pemikiran murid kepada yang lebih kreatif.

Hermann (1991) di dalam Quadrant Concept yang mengkaji perkembangan otak kanan dan kiri menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu.

Einstein pula mencadangkan agar bidang sains yang bermatlamatkan untuk memahami deria manusia dimantapkan untuk pendidikan kanak- kanak. Gabungan dari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan seperti kecerdasan muzik, intuitif, personal, intrapersonal, praktik, estetika, holistik, analitik, emosional, fizikal dan intelektual.

Leonardo da Vinci merupakan model manusia dalam kajian Seni dalam Pendidikan. Beliau adalah seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis. Beliau menggabungkan bidang-bidang ilmu tersebut untuk membentuk keunggulan diri dalam kehidupannya.

Matlamatnya ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Penggabungan tiga jenis seni yang terdiri daripada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang lebih bersifat holistik dan menyeluruh.

Guru yang kreatif dan inovatif mampu menarik perhatian atau tumpuan pelajar untuk belajar dengan lebih yakin dan berkesan. Contohnya melalui aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan, guru dapat membantu murid-muridnya melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran murid-murid dan ini akan lebih menyeronokkan murid-murid tersebut.

Seni membantu para guru dalam memahami diri dan persekitaran. Aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan memudahkan proses menghubungkait semua benda dalam alam ini. Dengan demikian, seni dapat membantu untuk mengaktifkan proses pembelajaran dan perpindahan pembelajaran.

Quadrant Concept (1991) oleh Hermann menunjukkan perkembangan otak kiri dan kanan, menyatakan bahawa seni membantu pemikiran yang rasional dan intuitif seseorang terutama untuk guru agar mereka dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Justeru itu, dengan pengetahuan tentang keistimewaan seni, guru senang mencapai objektif dan matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran.

Dalam Teori Kecergasan Manusia, Gardner (1983) mengesyorkan bahawa terdapat tujuh jenis kecergasan tetapi kebanyakkan sekolah memberi penekanan kecergasan linguistik dan matematik sahaja. Kecergasan lain mungkin akan hilang. Teori ini menyokong seni perlu diberi peranan yang penting dalam kurikulum, ini kerana manusia memperolehi pengetahuan melalui pelbagai kecergasan dan juga melalui perbagai teknik pengajaran.

1. 2. 3.

4. 5. 6.

Menghargai keindahan ciptaan Tuhan. Memupuk budaya pengamatan, persepsi dan ekspresi dalam proses penghasilan. Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi serta kemahiran dalam bidang seni visual, seni muzik dan seni pergerakan yang diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mengekspresikan hasil kerja. Membuat deskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni yang dibuat. Mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain.

Seni dalam Pendidikan meletakkan Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner sebagai asas pemupukan minda murid untuk mencapai kecemerlangan. Teori ini amat jelas menyokong seni yang mengambil peranan penting dalam kurikulum. Oleh itu, guru perlu menggalakkan murid untuk mengenali dan menggunakan kelebihan diri mereka. Selain itu, guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang pelbagai untuk memenuhi keperluan murid yang mempunyai gaya belajar yang berbeza-beza. Mereka sepatutnya digalakkan mencuba idea, pendekatan dan teknik yang baru serta didedahkan kepada persekitaran yang memberi inspirasi.

a) b)

TEORI KONSTRUKTIVISME TEORI KECERDASAN PELBAGAI

c)
d)

TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL


TEORI OTAK KIRI DAN KANAN

e)

TEORI PEMPROSESAN MAKLUMAT

a)

TEORI KONSTRUKTIVISME Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan yang sedia ada untuk

membina pengetahuan baru. Mereka membentuk peraturan melalui

refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea.


Pembelajaran secara konstruktivisme menggalakkan murid mencipta penyelesaian mereka sendiri bertolak daripada teori pembelajaran

Aktiviti-aktiviti membina

Seni

dalam

Pendidikan

dapat

konsep pembelajaran kanak-kanak

melalui :

b)

TEORI KECERDASAN PELBAGAI

Teori kecerdasan pelbagai telah diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983). Dengan tajuk seven ways of knowing, perceiving and understanding life, beliau membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak biasa dan istimewa serta kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa.

b)

TEORI KECERDASAN PELBAGAI

Teori ini telah menjadi penjana kecerdasan serta definisi konsep yang relevan dalam pendidikan hari ini. Ia dirumuskan sebagai: (i) Kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar; (ii) Kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan; dan (iii) Kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya.

b)

TEORI KECERDASAN PELBAGAI

Jenis-jenis kecerdasan: Verbal-linguistik Logik-matematik Visual-ruang Kinestetik Muzik Interpersonal Intrapersonal Naturalis

c)

TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL

Teori pembelajaran sosial menegaskan bahawa pembelajaran manusia berlaku dengan cara memerhatikan orang lain melakukan sesuatu. Teori inijuga menekankan konsep peniruan (Albert Bandura).

c)

TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL Peniruan secara langsung. Dengan mengambil

Ia berlaku dalam tiga bentuk yang berikut: (i) bahan maujud, murid meniru dan memindahkan hal subjek ke satu gambar atau kepada model baru yang ditirunya. Di peringkat permulaan menghasil sesuatu karya, kaedah peniruan langsung ini dianggap paling baik dan berkesan sehingga murid dapat berdikari dengan pengkaryaannya.

c)

TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL

(ii) Peniruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan. Sekatlakuan merupakan sekatan tingkah laku yang sesuai dalam sesuatu situasi tetapi tidak sesuai pada situasi yang lain. Contohnya, murid boleh membuat peniruan atau imitasi dalam berkarya tetapi tidak sesuai lagi apabila murid tersebut bergelar artis. Amalan meniru ini dianggap suatu kerja menciplak atau plagiat yang dianggap sebagai taksekatlakuan.

c)

TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL

(ii) Peniruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan. Murid juga membuat kerja taksekatlakuan. Ini bermakna murid akan terus-menerus meniru dalam semua situasi. Contohnya, walaupun kerja meniru dalam berkarya itu suatu yang ditegah dan tidak bermoral, tetapi kerana amalan ini tiada tegahan ia akan menjadi satu tabiat dan kelaziman.

c)

TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL

(iii) Peniruan elistasi. Murid terus-

menerus membuat peniruan kerana


gagal membina kewibawaan diri. Murid ini tidak berprinsip dan tidak mempunyai jati diri dalam ruang lingkup kehidupannya.

Mengapa peniruan di kalangan murid berlaku? (i) Pemerhatian dari gerak balas penglihatan, pengamatan, pendengaran dan responsif deria: Murid membuat pemeraman idea dan cuba mengekspresikan idea itu. Cara yang termudah ialah membuat representasi idea yang sedia ada dalam minda murid. (ii) Memori yang berkekalan: Murid mempunyai penghayatan yang kekal dalam minda atau ingatannya sama ada peristiwa yang menggembirakan atau peristiwa sedih. Untuk tujuan mengekspresikan idea, memori ini membantu murid mendapatkan idea sebagai hal subjek (subject matter). (iii) Gerak balas dari tindakan yang didengar, dilihat atau dirasai: Apabila sesuatu gerak balas itu mendapat ganjaran, ia akan menjadi satu prinsip kendiri dan boleh menjadi pemerapan idea pada jangka panjang.

d)

TEORI OTAK KIRI DAN KANAN

Mengikut kajian Edward Gardner (1983), Roger Sperry (1967) dan Herman (1991), otak mempunyai fungsi yang berbagai dan memerlukan penyuburan untuk membentuk insan kamil. Ini penting kerana setiap insan dilahirkan dengan sekurang-kurangnya tujuh kecerdasan otak yang perlu dipupuk dan dipotensikan mengikut tumbesarannya. Teori ini menyatakan bahawa setiap insan yang dilahirkan wajar diberi perhatian, pendidikan secara menyeluruh dan penerapan nilai murni yang secukupnya untuk menghindari gejala vandalisme di kalangan murid. Pemupukan kecerdasan otak boleh dilakukan melalui pembelajaran dan penguasaan mata pelajaran di sekolah.

e)

TEORI PEMPROSESAN MAKLUMAT

Robert M. Gagne (1975) mengemukakan teori tentang bagaimana manusia memperolehi maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. Mengikut teori ini, rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf. Mengikut Gagne, pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman baru. Ini untuk memudahkan proses pembelajaran baru berlaku. Untuk itu, Gagne telah mengenal pasti lapan fasa biasa yang dialami oleh manusia dalam proses pembelajaran iaitu fasa motivasi, fasa kefahaman, fasa penyimpanan, fasa pemahaman, fasa ingatan kembali, fasa generalisasi, fasa prestasi dan fasa maklum balas.

Apabila aktiviti-aktiviti Seni dalam Pendidikan dijalankan, pembelajaran kecerdasan emosi dan pengalaman langsung dari proses maklumat seperti di atas akan memberikan peluang untuk kanakkanak:
a) (b)

(c)
(d) (e)

(f)

Berinteraksi dengan bahan, subjek dan hasil. Berinteraksi dengan orang lain dalam proses penghasilan atau penyampaian. Mendapat maklum balas dari orang lain. Bekerjasama dengan orang lain dalam proses penghasilan karya. Mengelak perlakuan yang tidak diingini. Mengekalkan perlakuan yang diingini.

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Penyerapan tiga dalam satu. Penerimaan Seni dalam Pendidikan di sekolah. Perlaksanaan di sekolah. Kekaburan matlamat dan objektif. Pertindihan subjek Seni yang sedia ada. Masa interaksi guru bertambah. Mata pelajaran yang rileks.

You might also like