You are on page 1of 6

Semantik 1. Bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat dikenali sebagai bidang semantik. 2.

Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna. 3. Dalam bahasa kita dapat mengungkap fikiran, perasaan, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia. 4. Perbendaharaan kata penting untuk menjalin komunikasi yang sempurna. Semakin banyak kata dikuasai oleh seseorang, semakin banyak idea atau gagasan yang mampu diungkapnya. 5. Kajian mengenai makna kata dapat dibahagikan kepada aspek-aspek berikut: a. makna denotasi dan dan makna konotasi b. Makna dalam konteks c. Hubungan makna dengan kebudayaan d. Perubahan makna e. Bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik. 6. Semantik dapat juga ditarifkan sebagai kajian makna linguistik bagi kata, frasa dan ayat . 7. Secara umumnya, makna perkataan dapat dilihat dari segi leksikal dan konteks. 8. Sebagai pengguna bahasa, kita bukan sahaja mengetahui morfemnya, tetapi juga makna perkataan. 9. Otak kita menjadi stor kepada kata -kata yang bermakna ini . 10. Storan maklumat serta morfem ini k ita panggil leksikon atau kosa kata. 11. Lihat contoh ayat berikut: Ayah saya pemandu. kata Ciri-ciri ayah (i) manusia (ii) lelaki (iii) dewasa (iv) bapa kepada anak saya (i) ganti nama (ii) manusia (iii) orang yang berkata pemandu (i) manusia (ii) membawa kenderaan (iii mempunyai lesen

12. Ciri ialah maklumat tentang semantik perkataan. 13. Ciri semantik kata ini terdapat dalam leksikon seseorang. 14. Satu lagi ciri semantik ialah rujukan. 15. Teliti ayat berikut: Orang itu pengarah syarikat. Orang itu abang saya. 16. Sungguhpun kedua-dua ayat di atas berlainan maknanya, tetapi kedua -dua ayat membuat rujukan yang sama kepada orang yang sama. 17. Rujukan seperti ini penting kerana kerana tiada rujukan, ujaran berkenaan tidak akan difahami sungguhpun ujaran berkenaan diun gkapkan menurut peraturan tatabahasa bahasa Melayu.

Makna denotasi dan konotasi

Ayam tambatan: Ayam yang ditambat atau diikat dengan tali atau lain -lain alat pengikat.

Contoh: Ayam tambatan: Orang harapan/penting di dalam satu kumpulan, pasukan. -kata sinonim (seerti) yang mempunyai makna denotasi yang sama, tetapi makna konotasi yang berbeza. Contoh: Kata wafat, mati, meninggal dunia, mampus membawa maksud denotasi yang sama iaitu jasad dan roh terpisah. -tokoh ulama terhormat dan disegani, meninggal dunia untuk sebutan yang sopan, mati untuk sebutan umum dan mampus untuk sebutan yang lebih kasar.

Makna dalam konteks

penggunaannya. Contoh: 1. Awak betul-betul hati batu ( hati membawa maksud degil, tetap pendirian) 2. Sedap betul makan hati dengan nasi beriyani. (Hati memb awa maksud organ haiwan yang menjadi hidangan yang menyelerakan) 3. Berhati-hati di jalan raya. (Hati bermaksud berwaspada di jalan raya bagi mengelakkan kemalangan).

Hubungan makna dengan kebudayaan

masyarakat.

a. Engkau/kau: digunakan dalam hubungan yang rapat yang tidak formal dan untuk menimbulkan kemesraan. b. Awak/anda: Digunakan dalam hubungan biasa (anda lebih rasmi). c. Tuanku: Digunakan oleh orang biasa untuk merendah di ri apabila berhubung dengan golongan raja.

Perubahan makna

hubunan sosial masyarakat.

rawat: Makna umum menjaga dan mengubati orang sakit, tetapi makna baru me liputi merawat sisa kumbahan, pokok (nurseri). -bentuk makna daripada hubungan semantik -bentuk makna kata yang timbul daripada hubungan semantik ialah sinonim, antonim, hiponim, meronim, polisemi, homonim, homofon dan homograf. - kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama. Contoh: sang suria = matahari hangat = panas - merujuk kepada perkataan -perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan. Contoh: Pandai lawannya bodoh Putih lawannya hitam. - kata yang mempunyai lingkungan dalam struktur makna. Contoh: - kenderaan (kereta, motorsikal, basikal, beca, kapal terbang) - Perabot ( katil, meja, almari, meja kopi, meja makan) - Meronim ialah perkataan-perkataan yang menunjukkan sebahagian daripada. Contoh: stereng, engin, karburator, kusyen, cermin, menjadi meronim kepada perkataan kereta. - satu perkataan yang mempunyai makna yang banyak.

Contoh: Kata mentah mempunyai set makna yang berikut: I. Belum masak atau masih muda/putik ( buah-buahan) II. Tidak masak betul (barang yang dimasak) III. Tidak atau belum dimasak (barang makanan) IV. Belum diproses (bahan galian dan sebagainya) V. Belum matang pemikiran.

- Dua kata atau lebih yang memiliki bentuk yang sama, sama ada dari segi sebutan, ejaan, atau kedua-duanya, dan mempunyai makna yang berbeza. Contoh: pasang I - jodoh atau kelamin pasang II - naik atau bertambah (air laut) pasang III - tembak (meriam) pasang IV - berhias (badan)

I. homofon - kata-kata yang sama sebutannya tetapi berbeza dari segi ejaan dan makna. contoh: massa denan masa II. homograf - kata-kata yang sama ejaannya, tetapi sebutannya berbeza. Gejala ini timbul kerana huruf e mewakili dua bunyi, iaitu e-taling atau e-pepet. Contoh: semak (belukar) dengan semak (meneliti atau memeriksa semula). bela-memelihara bela-menuntut bela/balas pelekat-kain sarung pelekat-gam - mempunyai sebutan dan ejaan yang serupa. contoh:

daki I - kotoran Perubahan Makna Makna perkataan mungkin menjadi lebih luas atau lebih sempit.

daki II - panjat

Berlaku juga pemindahan makna seperti yang berlaku bagi simpulan bahasa dan peribahasa. Oleh itu makna mengalami peluasan makna, penyempitan makna, atau pemindahan makna. i. Peluasan makna Perubahan pengalaman dan budaya, konteks dan pengetahuan mempengaruhi makna sesuatu kata. Contoh: saudara, anda, kapal ii. Penyempitan makna Seperti peluasan makna, perubahan pengalaman dan budaya, konte ks dan pengetahuan boleh menyempitkan makna sesuatu kata seh ingga menjadi khusus. Contoh: madrasah, khalwat, tuan iii. Pemindahan makna Pemindahan makna berlaku dalam bahasa kiasan. Bahasa kiasan dapat dibahagikan kepada peribahasa dan bukan peribahasa.

You might also like