You are on page 1of 11

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI / 2012

HBML1203

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

720925135253001 720925135253 012-8832169 aubrey_austin@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN

PUSAT PEMBELAJARAN SARAWAK

HBML1203

ISI KANDUNGAN

1. Pendahuluan 1.2 Definisi fonetik 1.2.1 Fonetik artikulasi 1.2.2 Fonetik akustik 1.2.3 Fonetik auditori

1.3 Definisi fonologi

2. Bunyi vokal dan konsonan 2.1 Ciri-ciri bunyi bersuara dan bunyi tidak bersuara 2.2 Daerah artikulasi 2.3 Alat-alat artikulasi

3. Bunyi fonem dan alofon

4. Ciri-ciri suprasegmental Bahasa Melayu dan kaitannya dengan kemahiran lisan 4.1 Definisi 4.2 Tekanan 4.3 Nada 4.4 Jeda 4.5 Panjang-pendek

5. Kesimpulan

HBML1203

1.1 Pengenalan

Tugasan kami kali ini merupakan satu kajian yang akan menjelaskan kajian mengenai aspek definisi, ciri-ciri, daerah artikulasi, lambang-lambang vokal dan konsonan, fonem dan alofon, ciri-ciri suprasegmental Bahasa Melayu dan

kepentingannya di dalam pembelajaran kemahiran lisan. Daripada kajian yang telah dibuat, diharpkan akan dapat membantu semua guru terutamanya guru-guru bahasa, agar dapat mengajar murid-murid mengikut kaedahkaedah yang betul dan cara penyampaian yang cekap dan lengkap.

1.2 Definisi Fonetik

Menurut Kamus Dewan (2005:354), fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan penyebutannya. Ini diikuti dengan Marsono (1986:1), yang menyatakan bahawa ilmu fonetik ialah ilmu yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa tanpa meneliti fungsi bunyi itu sebagai pembeza makna dalam sesuatu bahasa. Daripada kedua-dua definisi yang dinyatakan di atas, dapat dibuat kesimpulan bahawa ilmu fonetik adalah kajian yang dibuat hasil daripada tinjauan terhadap jisim atau bahan fizik yang mewujudkan bentuk ucapan. Dengan kata lain, fonetik ialah kajian yang berkaitan dengan organ pertuturan, sifat bunyi bahasa (akustik), dan pendengaran (auditori). Berikut adalah huraian mengenai ketiga-tiga bidang fonetik yang dinyatakan di atas. Jelas ianya mempunyai perkaitan di antara satu sama lain.

1.2.1 Fonetik artikulasi Untuk lebih jelas, fonetik artikulasi adalah fonetik yang mengkaji bagaimana bunyi-bunyi bahasa dihasilkan. Proses-proses ini sebenarnya dihasilkan dengan 2

HBML1203

melibatkan organ-organ manusia seperti paru-paru, larings, rongga mulut, hidung dan akhir sekali bibir. Dapatan daripada kajian ini ialah penghasilan bunyi bahasa bermula dari tekanan udara di dalam paru-paru sehinggalah yang terakhir iaitu melepasi kedua-dua bibir. Sumbangan daripada kajian fonetik artikulasi ini yang jelasnya ialah membantu guru mengenai cara menyebut dan membunyikan sesuatu huruf dengan tepat; yang biasanya diaplikasikan oleh seseorang guru di dalam proses pembelajaran di dalam kelas.

1.2.2 Fonetik akustik Berlainan dengan fonetik artikulasi, fonetik akustik pula mengkaji ciri-ciri fizikal bunyi dan juga gelombang-gelombang bunyi yang dihasilkan oleh seseorang penutur. Aspek-aspek yang biasa dikaji dalam kajian ini ialah nada, ton, kenyaringan dan tempoh masa seseorang penutur menghasilkan bunyi. Untuk menjalankan kajian ini, alat seperti spektogram yang menghasilkan graf gelombang digunakan untuk mengukur dan menganalisis gelombang bunyi bahasa. Dapatan daripada kajian ini banyak membantu penutur agar dapat menuturkan sesuatu bahasa dengan nada dan intonasi yang betul.

1.2.3 Fonetik auditori Mempunyai persamaan dengan perkataan audio, kajian auditori ini adalah kajian berkenaan dengan pendengaran dan juga proses-proses tertentu yang wujud semasa telinga seseorang mendengar bunyi bahasa. Kajian ini melibatkan ke semua alat pendengaran luaran dan dalaman telinga. Prosesproses yang dikaji pula adalah proses memungut rangsangan, menyalurkan semua rangsangan ke otak yang kemudiannya dianalisis oleh otak.Individu yang mempunyai masalah pendengaran bahasa mendapat faedah dari kajian ini kerana ianya dijadikan sebagai satu kaedah rawatan dan pemulihan.

HBML1203

1.2.4 Rumusan yang boleh dibuat daripada huraian mengenai kajian fonetik ini ialah kesemuanya dijalankan untuk membantu seseorang penutur agar dapat menuturkan sesuatu bahasa pada aras yang betul dan terbimbing. Ini sudah pastinya dapat membantu murid untuk belajar sesuatu bahasa dengan baik dan berkesan.

1.3 Definisi fonologi

Seperti yang telah dinyatakan di awal tadi, fonologi ialah kajian bunyi bahasa manusia secara saintifik. Beberapa orang tokoh ilmu fonologi teelah memberikan definisi masing-masing mengenai fonologi. Parker (1974:112) contohnya,

menjelaskan ilmu fonologi ialah suatu bidang yang meengkaji sesuatu bahasa, iaitu yang berkaitan rumus-rumus atau peraturan yang menentukan sebutan.

Yang pastinya, daripada definisi yang telah dinyatakan, ilmu fonologi ditakrifkan sebagai kajian bunyi bahasa manusia secara saintifik. Walaupun sesuatu bunyi itu mempunyai makna, tidak semestinya bunyi tersebut digolongkan sebagai bunyi bahasa melainkan bunyi tersebut dihasilkan oleh alat artikulasi. Apakah alat artikulasi akan dibincangkan di bahagian yang seterusnya nanti.

2. Bunyi vokal dan konsonan Bahasa Melayu

Dalam bahagian ini, kita akan melihat bagaimanakah bunyi konsonan dan vokal Bahasa Melayu dihasilkan. Bunyi vokal seperti yang semua sedia maklum adalah bunyi yang terhasil daripada lima huruf vokal iaitu a, e, i, o dan u. Semua huruf vokal ini adalah bunyi oral. Walau bagaimanapun, ada di antaranya yang dinasalkan. Sifat huruf vokal yang lain ialah ianya ialah bunyi bersuara. Bagi menghasilkan bunyi vokal

HBML1203

pula, udara akan keluar melalui rongga oral tanpa sekatan. Sifat huruf vokal yang seterusnya ialah sifatnya ditentukan oleh kedudukan lidah dan keadaan bibir.

Bunyi konsonan pula berlainan dengan bunyi vokal. Sifatnya yang paling ketara ialah bunyi-bunyi bahasa ini apabila dikeluarkan; akan menerima sekatan, sempitan, dan geseran sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung. Bunyi-bunyi konsonan juga ada yang bersuara dan tidak bersuara. Terdapat sebanyak 22 jenis konsonan dan setiap satunya mempunyai cara bunyian yang berbeza. Di bawah ialah carta konsonan Bahasa Melayu yang biasa digunakan.

2.1 Ciri-ciri bunyi bersuara dan bunyi tidak bersuara.

Apakah yang dimaksudkan dengan bunyi bersuara dan bunyi tidak bersuara pula? Bunyi bersuara sebenarnya ialah bunyi yang dihasilkan terutama apabila seseorang membunyikan huruf vokal. Ianya dipanggil bunyi bersuara karana udara keluar daripada rongga oral tanpa sebarang sekatan. Bunyi-bunyi vokal itu juga dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu vokal hadapan, bunyi belakang dan vokal tengah.

HBML1203

Manakala bunyi tidak bersuara pula biasanya didapati apabila seseorang membunyikan huruf konsonan. Dalam penghasilan bunyi konsonan biasanya, bunyi-bunyi akan terhasil apabila mekanisma bunyi iaitu bibir dibuka atau ditutup.

2.2 Daerah artikulasi Daerah artikulasi sebenarnya ialah daerah penyebutan. Daerah artikulasi ini terletak di bahagian dalam mulut iaitu di bahagian lelangit keras.

2.3 Alat-alat artikulasi. Alat-alat artikulasi adalah seperti yang ditunjukkan di dalam rajah di atas. Di antara alat artikulasi yang biasa kita lihat ialah bibir. Bibir terletak di bahagian luar rongga mulut yang berfungsi menyekat perjalanan udara. Bibir ini sebenarnya terdiri daripada otot-otot yang kenyal yang mana boleh dihampar dan dibundarkan.

HBML1203

Lidah merupakan alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Lidah, seperti mana yang dapat dilihat di dalam gambar rajah. Gusi pula adalah olat artikulkasi yang terletak di antara gigi dan lelangit keras. Keadaannya cembung, melengkung dan ia berfungi sebagai daerah artikulasi.

Anak tekak terletak di bahagian belakang rongga mulut dan berhampiran dengan lelangit lembut. Anak tekak berfungsi sebagai alat pertuturan bersamasama dengan lelangit lembut dalam menentukan sesuatu bunyi yang hendak dikeluarkan sama ada sengau atau tidak. Gigi memainkan peranan dalam penghasilan bunyi tetapi peranannya tidak aktif sebab ianya tidak boleh bergerak.

Rongga seperti dalam gambar rajah, terbahagi kepada 3 bahagian iaitu rongga mulut, rongga hidung dan juga rongga tekak. Rongga adalah bahagian lapang yang menjadi teempat laluan udara keluar masuk daripada paru-paru.

3.0 Bunyi fonem dan alofon

Apakah sebenarnya bunyi fonem? Bunyi fonem sebenarnya ialah bunyi bahasa yang menunjukkan perbezaan erti. Contohnya perkataan tayang dan balang. Jika didengar bunyinya seakan sama tetapi yang membezakannya ialah bunyi fonem [b] dan [l]. Oleh kerana fonem [b] dan [l] menyebabkan perbezaan erti, maka [b] dan [l] ialah fonem.

Alofon pula ialah pasangan dua perkataan yang mempunyai perbezaan yang paling minimum bezanya. Contohnya perkataan /faham/ dan /paham/. Walaupun mempunyai perbezaan, ianya tidak ketara dan variasi bunyi sahaja yang berbeza.

HBML1203

4.0 Ciri-ciri suprasegmental Bahasa Melayu dan kaitannya dengan kemahiran lisan

4.1 Definisi

Suprasegmental adalah unsur-unsur bahasa yang kita gunakan di dalam pertuturan atau semasa aktiviti lisan. Unsur-unsur bahasa yang dimaksudkan ialah tekanan, nada, jeda dan panjang-pendek. Daripada unsur-unsur inilah kita dapat bertutur dengan betul.

4.2 Tekanan

Tekanan menunjukkan kelantangan sesuatu suku kata yang menandakan keras atau lembutnya penyebutan sesuatu suku kata tersebut. Lambang yang digunakan untuk tekanan ialah //. Lambang ini diletakkan di atas suku kata yang menerima tekanan itu misalnya /buda?/. Akan tetapi dalam Bahasa Melayu, tekanan tidak akan membezakan makna sama sekali.Contoh lain yang dapat diberi ialah /kaka?/

4.3 Nada

Nada pula adalah kadar meninggi atau menurunnya pengucapan sesuatu suku kata atau perkataan. Kebiasaannya nada akan ditandakan dengan nombor 1 (rendah), 2 (biasa), 3 (tinggi) dan 4 (tinggi sekali). Contohnya untuk ayat penyata, ianya dimulakan dengan nada 2; kemudian nada itu menaik bila ada tekanan dan turu hingga 1. Contoh:
2

saya hendak 3 balik

Dalam Bahasa Melayu, nada adalah tidak fonemik. Ini bermaksud bahawa nada tidak mempunyai sifatsifat bunyi seperti pebghasilan sesuatu fonem. 8

HBML1203

4.4 Jeda

Jeda juga dikenali sebagai persendian, iaitu unsur yang memisahkan antara unsur-unsuir linguistik, sama ada perkartaan, ayat atau rangkai kata. Lambang yang digunakan untuk menunjukkan jeda ialah #. Unsur ini boleh membezakan makna.

Contoh: [#saya makan nasi ema?#] adalah berbeza maknanya dengan ayat [#saya makan nasi# ema?]

4.5 Panjang-pendek

Panjang-pendek adalah kadar panjang atau pendeknya sesuatu bunyi itu diucapkan. Lambang bagi fonem ini ialah [:] yang dinamakan mora. Lambang [:] bererti panjang sebutan bunyi itu ialah satu mora. Lambang [::] menunjukkan dua mora dan lambang [.] adalah setengah mora. Bagi Bahasa Melayu, unsur ini juga tidak membezakan makna.

5.0 Kesimpulan

Daripada apa yang telah dibincangkan dari awal tugasan ini, kajian fonologi dan fonetik serta ciri-ciri fonem banayak membantu dalam proses pengajaran subjek Bahasa Melayu di sekolah. Sekiranya dapat dipraktikkan dengan baik, nescaya satu hari nanti Bahasa Melayu akan berada di tempat yang tinggi martabatnya kerana ianya dapat diajar dengan berkesan.

HBML1203

RUJUKAN / REFERENSI

Dr Ali Mahmood, dan rakan-rakan (2012). Modul HBML1203 Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu, UNITEM : Kuala Lumpur

Nik Safiah Karim, dan rakan-rakan (2004). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, DBP : Kuala Lumpur

10

You might also like