You are on page 1of 5

Latihan 1- PMR

Bahagian A
[20 markah]
Arahan: Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja.

1 (a) Firman Allah SWT:

Ayat di atas menjelaskan tentang keampunan Allah SWT kepada hambaNya.


Berdasarkan ayat di atas:

(i) Nyatakan pengertian kalimah yang bergaris [2 markah]

(ii) Zalim merupakan perbuatan yang dilarang oleh Islam.


Apakah maksud zalim? [2 markah]

(iii) Senaraikan ciri-ciri orang yang zalim. [2 markah]

(iv) Terangkan dua sebab Allah SWT melarang umatNya melakukan kezaliman. [4 markah]

(b) Adil adalah sifat yang disukai oleh Allah SWT.


(i) Apakah yang dimaksudkan dengan adil? [2 markah]

(ii) Bagaimanakah sifat adil boleh dipupuk dalam diri seseorang? [2 markah]

(c) Nyatakan tiga cara untuk mendapat rahmat Allah SWT. [6 markah]

2 (a) Sabda Rasulullah SAW:


Hadis di atas menjelaskan tentang kelebihan amalan mukmin cemerlang.
Berdasarkan hadis di atas:
(i) Tuliskan potongan hadis yang membawa maksud “Al-Quran itu hujah untuk engkau
atau terhadap engkau.” [2 markah]

(ii) Nyatakan dua zikir yang terdapat dalam hadis di atas. [2 markah]

(iii) Sebutkan empat amalan sunat yang amat digalakkan oleh Rasulullah SAW. [4 markah]

(iv) Nyatakan dua kelebihan bertasbih. [2 markah]

(b) Al-Quran akan menjadi pembela atau pendakwa kepada manusia pada Hari Akhirat kelak.
(i) Berikan dua amalan yang mendapat pembelaan al-Quran di akhirat kelak. [2 markah]

(ii) Senaraikan dua amalan manusia yang mendapat pendakwaan al-Quran pada Hari
Akhirat.
[4 markah]

(c) Tulis semula petikan di bawah menggunakan tulisan jawi.

Kita digalakkan mencari seberapa banyak rezeki mengikut kemampuan masing-masing.


Rezeki yang dicari hendaklah melalui cara yang halal dan diredai Allah.

[4 markah]

Bahagian B
[80 markah]
Jawab semua soalan.

3 (a) Allah SWT mengutuskan rasul untuk membimbing manusia ke jalan yang benar.
(i) Terangkan pengertian rasul dengan lengkap. [2 markah]

(ii) Nyatakan tiga tugas rasul. [6 markah]

(b) Mukjizat adalah satu keistimewaan yang Allah SWT kurniakan kepada rasul.
Apakah peranan mukjizat kepada rasul? [2 markah]

(c) Terangkan contoh mukjizat ke atas rasul berikut:


(i) Nabi Isa AS. [2 markah]

(ii) Nabi Sulaiman AS. [2 markah]

(d) Lima orang rasul yang diutuskan oleh Allah SWT bergelar Ulul-Azmi. Sebutkan dua
daripada rasul tersebut serta cabaran yang mereka hadapi. [4 markah]

(e) Siapakah nabi dan manusia pertama di bumi? [2 markah]

4 (a) (i) Mengerjakan solat adalah fardu ain bagi setiap muslim.
Apakah hukum menunaikan solat ketika sakit? [2 markah]

(ii) Apakah maksud solat ketika sakit? [2 markah]

(iii) Senaraikan empat cara solat orang sakit. [4 markah]

(b) (i) Solat secara ingat di dalam hati adalah cara yang paling ringan.
Terangkan cara melakukannya. [2 markah]

(ii) Nyatakan dua sebab diwajibkan solat walaupun ketika sakit. [4 markah]

(c) (i) Apakah yang dimaksudkan dengan rukhsah solat? [2 markah]

(ii) Terangkan dua hikmah diharuskan rukhsah solat ketika sakit. [4 markah]

5 (a) Saidatina Fatimah RA merupakan serikandi Islam yang terulung.


(i) Terangkan dengan ringkas riwayat hidup beliau. [4 markah]

(ii) Sebutkan dua daripada sifat peribadi beliau. [2 markah]


(b) Saidatina Fatimah RA mempunyai keluhuran akhlak dan peribadi yang mulia.
(i) Nyatakan dua faktor pembentukan akhlaknya. [4 markah]

(ii) Apakah keistimewaan yang ada pada Saidatina Fatimah RA? [2 markah]

(iii) Saidatina Fatimah RA merupakan seorang anak yang begitu kasih kepada ayahandanya.
Berikan dua bukti pernyataan ini. [4 markah]

(c) Sebutkan dua peranan Saidatina Fatimah RA dalam membantu Rasulullah SAW bagi
mengembangkan syiar Islam. [4 markah]

6 (a) Umat Islam dituntut supaya menghormati dan memuliakan tetamu.


(i) Jelaskan maksud tetamu. [2 markah]

(ii) Senaraikan dua adab melayan tetamu. [4 markah]

(b) (i) Nyatakan dua batas pergaulan dengan tetamu. [4 markah]

(ii) Sebagai tetamu, apakah perkara yang tidak wajar kita lakukan? [2 markah]

(c) Kita wajib melayan tetamu secara istimewa mengikut kemampuan kita.

(i) Apakah kelebihan melayan tetamu? [2 markah]

(ii) Berikan tiga implikasi tidak beradab dengan tetamu. [6 markah]

SKIMA Latihan1- PMR


SKIMA PEMARKAHAN

1 (a) (i) Diri kami, Orang yang rugi


(ii) Meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya atau melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang syarak
(iii)Sentiasa melanggar hukum Allah SWT, suka menimbulkan permusuhan dan pergaduhan
(iv) Mendatangkan keburukan terhadap diri dan orang lain, menimbulkan pergaduhan sesama sendiri
(b) (i) Meletakkan sesuatu pada tempatnya tanpa menyebelahi mana-mana pihak
(ii) Memberi kesedaran tentang keburukan zalim, memberi kesedaran tentang
kepentingan bersifat adil dalam kehidupan
(c) Berlaku adil terhadap orang lain, membelanjakan harta di jalan Allah SWT, melaksanakan ibadat dengan ikhlas

2 (a) (i)

(ii) Tasbih, tahmid


(iii) Sentiasa dalam keadaan berwuduk, bertasbih, banyak bersedekah, banyak bersabar
(iv) Menyamai amalan para malaikat kerana malaikat sentiasa bertasbih kepada Allah SWT, mendapat ketenangan hati dan jiwa
(b) (i) Membaca al-Quran dengan beradab dan bertajwid, beramal dengan tuntutan al-Quran
(ii) Tidak menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup, mengingkari hukum yang terdapat dalam al-Quran
(c)

3 (a) (i) Manusia istimewa yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke jalan yang benar
(ii) Menyampaikan wahyu Allah SWT, membimbing manusia mengenal Allah SWT, menjadi teladan kepada umat manusia
(b) Untuk menyatakan kebenaran dirinya sebagai utusan Allah SWT, untuk menyakinkan orang ramai terhadap agama yang dibawa oleh rasul, untuk
menarik perhatian orang ramai kepada agama Islam
(c) (i) Nabi Isa-Boleh bercakap ketika bayi
(ii) Nabi Sulaiman–Boleh mengarahkan angin
(d) – Nabi Muhammad–Diejek, dicaci dan hendak dibunuh oleh kaumnya
– Nabi Ibrahim – Dibakar hidup-hidup
(e) Nadi Adam

4 (a) (i) Wajib


(ii) Menunaikan ibadat solat mengikut keupayaan disebabkan kesakitan yang menghalang daripada menunaikan solat secara biasa
(iii) Secara duduk, secara menelentang, secara mengiring, menggunakan isyarat kelopak mata
(b) (i) Membayangkan di dalam hati pergerakan solat mengikut tertib rukun
(ii) Kerana solat merupakan ibadat terpenting dalam Islam, kerana solat merupakan penawar kepada penyakit
(c) (i) Keringanan yang diberi oleh Islam kepada umatnya dalam menunaikan solat
(ii) Bukti Islam itu agama yang mudah dan tidak membebankan, membuktikan kasih sayang Allah kepada hamba-hambaNya

5 (a) (i) Merupakan puteri bongsu dan anak kesayangan Rasulullah SAW. Ibunya, Siti Khadijah binti Khuwalid. Lahir di Mekah iaitu 5 tahun
sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW. Meninggal dunia, berusia 28 tahun
(ii) Seorang ibu yang bijaksana dan penyayang, mempunyai semangat jihad yang tinggi dalam membantu suami dan ayahandanya
(b) (i) Beliau hidup dalam suasana Islam yang sebenar iaitu anak kepada Rasulullah SAW, beliau mengikuti perjuangan dan pengorbanan
ayahandanya dalam usaha mengembangkan Islam
(ii) Memiliki ilmu pengetahuan secara langsung daripada ayahandanya
(iii) Menangis sambil membersihkan badan Rasulullah SAW daripada kekotoran akibat perbuatan orang Quraisy, merawat ayahandanya ketika
baginda cedera dalam Perang Uhud
(c) Menolong ayahandanya dalam perjuangan menegakkan Islam, memberi perangsang dan kata-kata semangat kepada Rasulullah SAW semasa
berdakwah

6 (a) (i) Orang yang berkunjung atau menziarahi orang lain sama ada dijemput atau tidak dijemput
(ii) Memberi layanan yang baik dan mesra, menerima kedatangan tetamu dengan ikhlas dan berlapang dada
(b) (i) Memakai pakaian yang menutup aurat, menjaga suasana rumah supaya tetamu dalam keadaan selesa
(ii) Tinggal di rumah orang yang dikunjungi lebih daripada tiga hari, memandang liar perabot dan perhiasan dalam rumah orang yang dikunjungi
(c) (i) Mengeratkan silaturahim dan memupuk semangat perpaduan
(ii) Tetamu berasa terhina dan tidak dihormati, menimbulkan pergaduhan dan perpecahan, menghilangkan rasa kasih sayang antara masyarakat

You might also like