You are on page 1of 33

PENGGUNAAN KAEDAH MASTERI BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENJARIAN PERMAINAN REKODER MURID TAHUN EMPAT

DISEDIAKAN OLEH: NOR HAFIZA BINTI ABDUL KADER 711019095048

PENYELARAS PEMBIMBING ENCIK SAHANUDIN BIN YUSOF

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA 2013

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasilan sendiri kecuali rujukan, nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya perjelaskan sumber dapatannya.

Tarikh :

Tandatangan Nama No. Matrik

: : :

PENGHARGAAN

Subhanallah, Alhamdulillah, akhirnya dapat jua saya menyiapkan Kajian Tindakan yang diamanahkan ini dengan sempurna. Tahniah juga kepada pihak Universiti Terbuka Malaysia (OUM) kerana telah membuka ruang kepada guru-guru bukan siswazah untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Ini bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai guru siswazah. Ini seterusnya akan memartabatkan lagi profesion keguruan di Negara kita bagi melahirkan anak didik yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Setinggi penghargaan dan terima kasih kepadapenyelia kajian, En. Sahanudin B. Yusof yang banyak membantu serta sangat bertimbangrasa sepanjang menyiapkan kajian ini. Saya juga ingin mendedikasikan ucapan penghargaan terima kasih kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pauh , En. Sazali B. Abdullah , murid-murid, guru-guru dan sahabat yang memberi kerjasama yang sangat baik sepanjang kajian ini dilaksanakan. Akhir kata, semoga kajian ini memberi manfaat kepada semua terutama kepada mereka yang ingin mempertingkatkan matapelajaran Muzik di Malaysia.

Sekian, terima kasih.

PENGGUNAAN KAEDAH PEMBELAJARAN MASTERI BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENJARIAN PERMAINAN REKODER PELAJAR TAHUN EMPAT

ABSTRAK

Kajian tindakan ini akan dijalankan untuk mengenal pasti sejauh manakah kaedah Pembelajaran Masteri dapat membantu untuk meningkatkan kemahiran permainan rekoder dari segi notasi yang tepat dan penguasaan penjarian permainan rekoder yang betul. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen yang melibatkan 35 orang pelajar daripada sebuah kelas yang mempunyai aras kecerdasan yang sama iaitu terdiri daripada empat belas orang pelajar lelaki dan dua puluh satu orang pelajar perempuanuntuk menerima pengajaran pendekatan masteri. Instrumen kajian ini terdiri daripada dua set ujian iaitu ujian pra dan ujian pasca serta borang soal selidik

Diharap kajian ini dapat membantu meningkatkan kemahiran memainkan nilai notasi dan penjarian rekoder melalui kaedah Pembelajaran Masteri.

PENGGUNAAN KAEDAH PEMBELAJARAN MASTERI BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENJARIAN PERMAINAN REKODER PELAJAR TAHUN EMPAT.

ABSTRACT

This action research will be conducted to see to what extent the Mastery Learning can help to improve skills in the skills recorders game play value and share precise natation game right fingering. This research applies the Quasi Experiment Struture involving 35 pupils from the same level or abilities.Researcher has grouped the pupils into fourteen boys and twenty-one girls to receive the Mastery Learning

approach.Research instrument consist of two sets of test.Pre test and Pasca Test.It is hoped that this study will help to improve the skills to play the game notation and fingering recorders through Mastery Learning method.

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0

Pengenalan

Dalam

bab

ini,

pengkaji

akan

menerangkan

latar

belakang

kajian,

pernyataan masalah, matlamat kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, dan bagaimana kajian ini penting dalam membantu mengatasi masalah

pembelajaran rekoder. Selain itu juga pengkaji akan mencatatkan batasan kajian yang sering dihadapi serta definisi istilah yang akan diperincikan bagi menjelaskan maksud kajian

1.1

Latar Belakang Kajian Senario Pendidikan masa kini amat menitikberatkan guru-guru yang berilmu, kreatif, dan inovatif supaya pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh mereka adalah efektif. Menurut Abdul Rahim (1996:2), daya kreativiti yang tinggi akan membolehkan sesuatu kaedah dan metod pengajaran dapat mencorakkan perkembangan minda, emosi, sikap, dan nilai pelajar. Justeru itu, dalam bab ini pengkaji akan memperkenalkan satu situasi masalah

dalam

pembelajaran

rekoder

yang

akan

menjurus

kepada

masalah

kemahiran penjarian rekoder yang tepat semasa memainkan rekoder serta dapat meningkatkan minat pelajar dalam pembelajaran Pendidikan Muzik. Pengkaji juga menyatakan tujuan kajian dan bagaimana kajian ini penting untuk mengatasi masalah pembelajaran rekoder. Selain itu, pengkaji mencatatkan batasan kajian yang dihadapi dan menjelaskan definisi istilah perincikan untuk menjelaskan maksud kajian. Muzik merupakan sebahagian daripada alam kehidupan pelajar yang tidak dapat dipisahkan. Tanpa Muzik bererti dunia pelajar adalah kosong. Selain daripada itu muzik juga merupakan satu budaya kepada masyarakat. Pelajar akan sentiasa memberi tindak balas yang positif terhadap muzik dan akan merasa senang hati apabila dapat melahirkan ekspresi diri apabila

mendengar muzik. Pendidikan Muzik telah diperkenalkan pada tahun 1993 dalam KBSR adalah bertujuan ke arah perkembangan sifat-sifat muzikal yang merangkumi aspek-aspek perasaan, kreativiti, nilai estetika dan etika dalam muzik Penglibatan menggalakkan pelajar secara aktif dalam kegiatan muzik selain akan

perkembangan

kecerdasan

mental

membantu

perkembangan psikomotor dan nilai sosiolisasi. Ini adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara bagi perkembangan murid secara menyeluruh dan bersepadu. Tidak dapat dinafikan lagi, pengalaman muzik yang

menarik, bermakna dan sihat akan membantu meningkatkan minat murid menerima mata pelajaran yang lain. Mengikut Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Muzik ( Pusat Perkembangan

Kurikulum (PPK, 2000:1), pelajar-pelajar didedahkan kepada aspek bahasa muzik, pengalaman muzikal, ekspresi kreatif dan penghargaan estetik Falsafah Pendidikan Kebangsaan menekankan pembentukan insan yang seimbang dari segi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan social. Bagi mengukuhkan kefahaman muzik, permainan rekoder diperkenalkan kepada pelajar Tahun 3, 4, 5, dan 6. Penggunaan rekoder soprano dalam aktiviti pembelajaran memberikan muzik di dalam bilik darjah adalah hand-on bertujuan bagi untuk pelajar

pengalaman

muzikal

secara

mengembangkan kefahaman bahasa muzik melalui pengalaman muzikal. Dalam abad ke 20, rekoder digunakan dalam sistem pengajaran dan

pembelajaran muzik di sekolah kerana ia adalah alat yang mudah untuk dimainkan dan murah harganya. Saiz alat rekoder juga amat sesuai untuk pelajar sekolah rendah.

1.2

Pernyataan Masalah Melalui pengalaman pengkaji dan pemerhatian, kebanyakan pelajar

Tahun Empat mengalami kesukaran untuk menguasai kemahiran bermain rekoder dengan baik walaupun pelajar mempunyai minat untuk meniup rekoder. Pelajar terlupa penjarian rekoder yang betul, mengingati kedudukan not dan tidak memberikan pelajar tidak kepada

tumpuan

pembelajaran muzik merupakan situasi biasa dalam pembelajaran rekoder. Pengkaji tidak menyalahkan mereka sepenuhnya sebaliknya akan cuba mencari jalan untuk membantu mereka dalam memastikan kejayaan mereka. Justeru itu, kajian dijalankan adalah untuk mengkaji sejauh mana keberkesanan kaedah Pembelajaran Masteri dapat membantu meningkatkan kemahiran penjarian rekoder dan minat pelajar dalam Pendidikan Muzik dan seterusnya peningkatan prestasi pelajar dalam mata pelajaran tersebut. 1.3 Matlamat Kajian Kajian ini bermatlamat untuk : i. Sejauh manakah pembelajaran masteri dapat membantu

meningkatkan kemahiran permainan rekoder dalam kalangan pelajar Tahun Empat dari segi penjarian rekoder. ii. Mengenal pasti sejauh manakah pembelajaran masteri dapat

meningkatkan minat berdasarkan pelajar dalam permainan rekoder.

1.4 Persoalan Kajian Selepas kajian, pengkaji berharap sasaran jawapan kepada persoalan berikut : 1. Sejauh manakah kaedah pembelajaran masteri dapat meningkatkan kemahiran permainan rekoder dalam kalangan pelajar dari segi penjarian rekoder? akan tercapai berdasarkan

2. Sejauh manakah pendekatan masteri dapat meningkatkan minat pelajar dalam permainan rekoder?

1.5 Kerangka konsep Kajian in bertujuan untuk meningkatkan kemahiran permainan rekoder dari Segi kemahiran penjarian melalui kaedah Pendekatan Masteri. Sampel kajian terdiri daripada 35 orang pelajar Tahun Empat yang mempunyai tahap kebolehan yang sederhana. Kumpulan ini akan diberi Ujian Pra ( subjektif dan amali rekoder ).Melalui kaedah ini, pemantauan akan dilakukan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran untuk melihat sejauh mana keberkesanan penggunaan kaedah tersebut. Seterusnya Ujian Pasca diberikan dengan menggunakan set soalan yang sama dengan Ujian Pra.
Kumpulan Sasaran Perlaksanaan kaedah Murid yang mendapat gred C berdasarkan markah PKSR 1 Pengajaran Masteri

-Meningkatkan Penjarian rekoder -meningkatkan minat pelajar

Rajah 1.5 :Konsep rangka kerja

1.6

Kepentingan Kajian

Kajian ini diharapkan dapat memberi sumbangan dan faedah kepada beberapa golongan seperti di bawah 1.6.1 Pelajar Kajian ini diharapkan dapat kemahiran bermain rekoder membantu pelajar untuk meningkatkan yang betul serta dapat

dengan

penjarian

menimbulkan minat dan motivasi dalam pembelajaran. Oleh itu mereka akan berasa pelajaran ini mudah, selesa dan menyeronokkkan. 1.6.2 Guru Dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu guru lain yang menghadapi masalah yang sama dalam permainan rekoder. Inovasi ini diharap dapat

dijadikan panduan kepada guru-guru lain semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran muzik. 1.6.3 Sekolah Pelajar dapat menunjukkan bakat mereka dalam permainan rekoder bagi manamana program yang sesuai bagi menarik minat murid. Ini dapat meningkatkan prestasi sekolah pada masa hadapan.

1.7 Batasan Kajian Kajian ini melibatkan Pauh yang pelajar Tahun aras Empat Cemerlang kecerdasan yang di Sekolah sederhana

Kebangsaan

mempunyai

berdasarkan markah PKSR 1. Seramai 35 orang pelajar terlibat . Pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan kaedah masteri.Kajian ini dijalankan lebih kurang lapan jam dan tidak di generalisasikan kepada semua pelajar.

1.8 Definisi Istilah Pengkaji akan mentakrifkan beberapa istilah yang akan digunakan bagi menjelaskan lagi kajian. 1.8.1 Rekoder Rekoder adalah sejenis alat tiupan berpic yang diperbuat daripada kayu atau plastik.Rekoder menjadi pilihan kerana ia mudah dipelajari kerana harganya murah (BSGPM KBSR,2003:58). Ada dua sistem penjarian yang biasa digunakan dalam permainan alat rekoder seluruh dunia iaitu sistem penjarian Barouque dan German.dalam sukatan pelajaran Pendidikan Muzik di Malaysia, semua pendidik muzik menggunakan kedua-dua sistem penjarian ini mengikut keperluan penjarian yang mudah dikuasai, Borouque dan German dalam pengajaran pembelajaran kemahiran permainan alat muzik rekoder di sekolah-sekolah.

Mengikut Huraian Sukatan Pelajaran KBSR Pendidikan Muzik (PPK 2002), item 2.1.3, pelajar-pelajar Tahun 4 perlu mempelajari tenik-tenik dalam

permainan rekoder (PPK, 2002:46).Untuk bermain rekoder dengan baik, teknik permainan rekoder yang betul perlu diamalkan.Teknik dalam

permainan

rekoder

melibatkan

postur,penjarian,penglidahan

pernafasan,emboucher dan penghasilan ton.Item 2.2.3 di jalur isi kandungan pula menyentuh tentang notasi yang diajar pada tahap 2.Notasi-notasi yang terlibat untuk pelajar tahun 4 ialah not B,A,G,C,D dan membuat latihan penjarian.Pelajar-pelajar Tahun 5 pula perlu diajar notasi C,D,E,F,F

syap,E,F,F syap dan G dan membuat latihan penjarian.Pengkaji hanya akan membuat kajian mengenai penjarian rekoder sahaja.

1.8.2 Pengajaran dan Pembelajaran Masteri. Pembelajaran Masteri, merupakan satu pendekatan yang mengarahkan

fokusnya kepada perkara yang diajarkan.Menurut Bloom,Hasting dan Madom (19971) menyatakan bahawa kebanyakkan pelajar boleh menguasai apa yang diajar kepada mereka sekiranya mempunyai masa yang mencukupi semasa pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.Ahmann dan Glock

(1981),menyatakan bahawa melalui pendekatan ini ,satu unit kursus atau program akan dipecahkan kepada beberapa sub unit pembelajaran yang mengandungi aktiviti-aktiviti dengan tempoh masa yang sesuai.Melalui

pembelajaran masteri pelajar diberi peluang untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran.Dalam pembelajaran masteri terdapat beberapa

langkah yang perlu dilaksanakan.Langkah tersebut di gambarkan melalui model berikut:

Penentuan hasil Pembelajaran

Pengajaran dan Pembelajaran

Penilaian

Ya
Tindakan Susulan Aktiviti Pengayaan Sudahkah murid menguasai?

Tidak
Tindakan susulan /Aktiviti Pemulihan

Ya

Teruskan

Unit 2

Rajah 1.8.2 Model pembelajaran Masteri (PPK,2001:4).

1.8.3 Minat
Merujuk Kamus Dewan (2007:1033) difinisi minat ialah kesukaan,kecenderungan kepada sesuatu,inya dikaitkan dengan keseronokkan di mana keseronokan adalah satu perasaan yang wujud dalamm diri seseorang dan perasaan yang wujud itu adalah disebabkan rasa suka,gembira dan selesa.Jika seseorang itu tidak suka belajar

Pendidikan Muzik,maka tiadalah minat yang disemai di dalam dirinya.Bagi memupuk minat tersebut ke dalam diri seseorang bukanlah sesuatu yang muda.Para guru memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah ini di mana guru perlu bijak dalam pemilihan kaedah yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran.

1.9 Rumusan Bab ini hanya menumpukan dan menghuraikan tentang latar belakang kajian, tujuan kajian, kepentingan dijalankan kajian, jangkaan tentang keputusan yang akan

berlaku setelah kajian dan batasan-batasan yang dijangkakan akan berlaku semasa menggunakan kaedah Pembelajaran masteri untuk mengajar rekoder kepada pelajar. kemahiran penjarian

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.0

Pengenalan

Bab

ini

menjelaskan

literatur literatur yang

berkaitan

dengan

kajian

untukmeningkatkan penjarian rekoder terhadap pelajar Tahun Empat di Sekolah Kebangsaan Pauh. Pengkaji akan menggunakan suatu kaedah iaitu Pembelajaran Masteri untuk mengatasi masalah ini supaya pelajar dapat meningkatkan

pencapaian mereka. Justeru itu, bab ini akan mengkaji pendekatan yang berkaitan dan dapatan dapatan kajian yang berkaitan dengannya.

2.1

Literatur Berkaitan

2.1.1 Pendekatan Masteri Pembelajaran pengajaran bagi Masteri merupakan keperluan menguasai satu kaedah untuk menyesuaikan dan untuk sebelum

menampung pelajar

pelajar yang berbeza satu unit

membolehkan

semua

kemahiran

meneruskan ke unit kemahiran yang lain. Idea ini telah dicadangkan oleh Benjamin Bloom (1976) dalam Ee Ah Ming (2006:73), sebagai satu kaedah penyelesaian masalah perbezaan pembelajaran individu. Pembelajaran Masteri juga merupakan satu pendekatan yang

mengarahkan fokusnya kepada perkara yang diajar.Bloom, Hasting dan Madaus

(1971), menerangkan bahawa kebanyakkan pelajar boleh menguasai apa yang diajar kepada mereka sekiranya mempunyai masa yang mencukupi serta

pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Ahmann dan Glock (1981), menyatakan bahawa melalui pendekatan ini, satu unit kursus akan dipecahkan kepada beberapa sub topik pembelajaran yang mengandungi aktivitiaktiviti dengan tempoh masa yang sesuai. (Khairul Bariah Haro pada , Khalijah Mohamed, Zaiton Mohamad, Zaharah Abd. Manap & Yusri Hj. Hussain, 2009:105). 2.2 Pengenalan Rekoder Alat muzik rekoder dicipta pada abad ke lima belas di Eropah.Pada zaman itu rekoder diperbuat daripada kayu, gading, ebony dan bahan yang lain.Ia mula dimainkan semenjak Zaman Baroque dalam sejarah muzik klasikal barat.Pada zaman petengahan di Eropah, rekoder adalah alat muzik yang popular. Namun demikian, populariti alat muzik ini menurun di abad ke lapan belas disebabkan terciptanya alat tiupan orkestra seperti clarinet, flut dan oboe yang boleh memainkan renj yang lebih luas berbanding rekoder. Pada abat ke 20 penggunaan rekoder soprano digunakan dalam sistem pengajaran di sekolah.Aktiviti pembelajaran muzik di bilik darjah adalah bertujuan untuk memberi pengalaman muzikal secara hand-on bagi pelajar mengembangkan bahasa muzik melalui pengalaman muzikal.(PPK,2003:62) Rekoder merupakan alat tiupan utama yang diperkenalkan kepada pelajar dalam pelajaran Pendidikan Muzik KBSR.Matlamat utama permainan rekoder dalam pelajaran muzik dibilik darjah ialah untuk memberi pengalaman muzikal kepada pelajar melalui permainan secara solo atau secara ensemble.

2.2.1

Struktur Rekoder

Jenis jenis rekoder dalam keluarga rekoder adalah : 2.2.2 Sopranino, soprano, alto, tenor, dan bes. Teknik Bermain Rekoder teknik permaianan rekoder yang betul

Untuk bermain rekoder dengan baik, perlu diamalkan.

a) Teknik asas sebelum meniup rekoder adalah : i) ii) iii) iv) 2.3 Postur Cara memegang rekoder Penjarian tangan kiri Penjarian tangan kanan Literatur Berkaitan Kajian

Ada beberapa bahan berkaitan seperti jurnal, buku-buku, laporan kajian di Malaysia dancapaian melalui internet yang telah dijadikan bahan bacaan oleh pengkaji sebagai bahan rujukam untuk dijadikan bahan kajian literatur.

Antaranya ialah: 2.4 Kajian berkaitan dalam negara

Pendekatan Pembelajaran masteri dalam pembangunan sesebuah perisian kursus E- Pembelajaran Animasi. Kajian ini telah dijalankan oleh Junaidah Mohamed Kassim & Rasyidah Haji Anuar.Proses pengujian ini telah dijalankan di Fakulti Teknologi dan Sains maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengujian ini dilakukan terhadap pelajar Tahun 2, Jabatan Sains Maklumat. Sebanyak

36sampel kajian telah diambil terdiri daripada 20 orang lelaki dan 16 orang perempuan. Borang soal selidik telah diberikan semasa proses pengujian

dijalankan. Terdapat 19 soalan telah dikemukakan dan 4 soalan adalah berkaitan dengan pembelajaran masteri yang digunakan dalam perisian. Keputusan mendapati majoriti pengguna menyukai pendekatan yang digunakan. Seramai 30 orang (83.33%) setuju atau sangat setuju menyatakan bahawa Perisian PeKA 3D ini membenarkan proses pembelajaran pengguna berlaku mengikut tahap kemampuan mereka sendiri. Seramai 30 orang lagi (83.33%) mengatakan perisian yang dibangunkan dibina mengikut tahap daripada yang mudah kepada yang lebih kompleks dan 30 lagi menyatakan objektif

pembelajaran boleh dicapai dan ditulis dengan jelas. Selain itu, kandungan pelajaran yang dipecahkan kepada unit-unit kecil juga ternyata membantu pengguna menguasai sesuatu topik dengan mudah. Ini terbukti apabila 31(86.11%) orang bersetuju dan sangat setuju dengan pendapat ini. Hanya segelintar pengguna iaitu 5 orang (13.89%) tidak menyukai pendekatan ini. Secara kesimpulannya, pendekatan masteri mampu menjadikan proses pembelajaran berlaku dengan lebih berkesan.

2.4.1

Kajian berkaitan luar Negara

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Adeyemi B. A dari Institusi Pendidikan, Fakulti Pendidikan,Universiti Obafemi Awolowo, Ile- Ife, Nigeria terhadap 30 orang pelajar yang dipilih secara rawak. Mereka telah dibahagikan

kepada dua kumpulan, iaitu 15 orang telah diperkenalkan dengan pembelajaran masteri dan selebihnya menggunakan kaedah konvensional. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan didapati dengan menggunakan

pembelajaran masteri didapati analisis T test terhadap kajian memperoleh keputusan yang memberansangkan. Peningkatan pemahaman masteri melalui kaedah pembelajaran masteri telah meningkat iaitu dari 42.5 kepada 44.3. Berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan buat kali ke dua, 30 Orang pelajar telah dipilih secara rawak daripada pelajar Universiti Uyo. Pelajar-pelajar berikut telah ditugaskan secara rawak untuk strategi pembelajaran masteri dan pembelajaran konvensional dalam pemahaman Pembelajaran Sosial. Begitu juga dengan kajian yang dijalankan oleh Patriciah W. Wambugu dan Johnson M. Changeiywo dari Universiti Egerton mendapati pemahaman dan peningkatan dalam keputusan peperiksaan murid-murid terhadap pembelajaran Fizik semakin meningkat. Murid-murid juga semakin berminat untuk

mempelajari bidang Fizik dan lebih memudahkan memahami pembelajaran dengan menggunakan Kaedah Pembelajaran Masteri. Kesimpulannya, kajian yang telah dijalankan cukup memberansangkan dan telah berjaya pembelajaran masteri juga, guru-guru perlu memberikan pulangan data yang dengan cemerlangnya. Melalui menyediakan bahan mengikut

pemeringkatan kemajuan murid-murid. mengikut keupayaan individu.

Ini membolehkan murid-murid belajar

2.5

Rumusan Kajian-kajian dalam Negara yang telah dijalankan telah menunjukkan

bahawa kaedah masteri sesuai digunakan untuk membantu pelajar-pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran. Kaedah ini membuka peluang kepada pelajar-pelajar ini untuk memahirkan diri dalam pembelajaran mereka. Pelajarpelajar perlu diberi masa yang mencukupi untuk menguasai setiap unit pembelajaran. Latihan-latihan pada setiap unit pembelajaran dapat mengukuhkan pemahaman pelajar. Pengkaji berpendapat kaedah pendekatan masteri juga sesuai untuk digunakan kepada pelajar-pelajar yang mempunyai masalah kemahiran penjarian rekoder. Pembelajaran permainan rekoder dapat juga dibahagikan kepada unit-unit kecil dan pelajar-pelajar diberi masa yang mencukupi untuk menjalankan latihan. Penilaian setiap unit dalam kemahiran permainan rekoder dijalankan secara amali dan akan menarik minat pelajar untuk meningkatkan prestasi mereka dalam permainan rekoder.

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.0

Pengenalan

Dalam bab ini pengkaji akan menerangkan kaedah kajian yang akan dijalankan. Berdasarkan kajian ini metodologi yang akan dibincangkan adalah mengenai rekabentuk kajian, populasi dan sampel, senarai Dalam bab ini pengkaji akan menerangkan kaedah kajian yang akan alat kajian,

prosedur pengumpulan data, cara penganalisa data dan rumusan.

3.1

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini akan menggunakan rekabentuk kuantitatif dan kualitatif. Kajian ini berbentuk kuasi ekperimen dengan menggunakan ujian pra, ujian pasca, soal selidik dan pemerhatian melalui senarai semak. Variebal tidak

bersandar ialah strategi pembelajaran menggunakan kaedah pembelajaran masteri. Manakala variebal bersandar ialah markah yang diperoleh

daripada ujian pra dan ujian pasca.

Dalam kajian ini pelajar yang dipilih ialah pelajar Tahun Empat yang mempunyai kecerdasan yang sederhana. Dalam masa kajian, pengkaji akan menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara pendekatan masteri.

Kumpulan kajian akan diberi borang soal selidik bagi mengkaji minat pelajar terhadap pembelajaran muzik. 3.2 Populasi dan Sampel Populasi kajian ini adalah pelajar Tahun Empat sekolah rendah di

negeri Perlis. Kajian ini melibatkan pelajar di sekolah pengkaji yang mempunyai aras kecerdasan yang sederhana. Seramai 35 orang murid Terlibat terdiri daripada 14 orang murid lelaki dan 21 orang murid Perempuan. K elas 4 Gemilang dijadikan kelas untuk kajian. Reka bentuk Kuasi eksperimen digunakan untuk kajian kerana semua subjek kajian adalah murid yang aras kecerdasannya sederhana. Subjek kajian telah didedahkan kepada Kaedah Pendekatan Masteri bagi meningkatkan

penjarian rekoder. Tahap pencapaian pelajar diuji melalui ujian pra dan ujian pasca dari segi penjarian rekoder. Ujian pra dijalankan sebelum pendedahan kepada pembelajaran Kaedah Pendekatan Masteri dan ujian pasca dijalankan selepas rawatan. 3.3 3.3.1 Instrument Kajian Ujian Pra dan Ujian Pasca

Dalam kajian ini pengkaji akan menggunakan dua alat kajian iaitu ujian pra Dan ujian pasca. Tujuan utama ujian tersebut adalah untuk melihat perbezaan dalam pencapaian pelajar sebelum kajian dijalankan dan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah pendekatan masteri. Ujian pra digunakan untuk melihat tahap permainan rekoder

sebelum rawatan dimulakan. Ujian ini juga bertujuan untuk mengenal

pasti

kelemahan

pelajar-pelajar. Ujian pasca

pula

bertujuan

untuk

mengukur sejauh mana kaedah Pendekatan Masteri telah membantu pelajar-pelajar dalam meningkatkan penjarian rekoder. Skor markah ujian pra dan ujian pasca Skor markah (%) 80- 100 60-79 40-59 20 -39 0-19 Gred (Tahap pencapaian) A B C D E JADUAL 3.3.1 3.3.2 Borang Soal Selidik

Borang soal selidik diberikan setelah mendapat persetujuan daripada sampel. Ini dilakukan untuk mengetahui tahap minat subjek kajian terhadap kaedah Penjarian rekoder yang telah dijalankan.Soal selidik telah diberikan kepada Pelajar-pelajar terdiri daripada soalan berkaitan dengan demografi pelajar iaitu Jantina, bangsa, umur, dan minat pelajar dalam mata pelajaran Muzik dan Permainan rekoder. Dalam soal selidik responden-responden telah memberikan Jawapan mereka dalam skala likert .

Pemberian Mata Bagi Skala Likert Nilai Skala Likert 1 2 3 4 5 Pentaksiran Sangat tidak setuju Tidak setuju Kurang setuju Setuju Sangat setuju JADUAL 3.3.2

3.3.3

Pemerhatian

Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan alternatif yang ada dalam pengumpulan data. Melalui pemerhatian, pengkaji dapat mengamati sesuatu tingkah laku sampel berpandukan pemboleh ubah yang telah dikenal pasti.Peranan pengkaji ialah sebagai pemerhati terhadap perubahanperubahan tingkah laku, mendengar serta melihat tingkah laku sampel sama ada dari jauh atau dari dekat. Menggunakan kaedah ini, penyelidik atau pemerhati sampel-sampelnya dalam tempoh masa yang tertentu. Pemerhatian dalam kajian kualitatif boleh dilakukan melalui tiga cara iaitu : i ) Pemerhatian Tidak Turut Serta

ii ) iii )

Pemerhatian Turut Serta Pemerhatian Separa Turut Serta

Dalam kajian ini pengkaji akan menggunakan jenis pemerhatian tanpa turut serta iaitu menggunakan senarai semak untuk mencatatkan pemerhatian sebelum waktu proses pengajaran dan pembelajaran berakhir untuk memastikan semua pelajar dapat menguasai satu unit pelajaran sebelum meneruskan ke unit pelajaran yang lain. Pelajar yang tidak dapat menguasai kemahiran rekoder akan diberikan aktiviti pemulihan, manakala aktiviti pengayaan akan diberikan kepada pelajar yang telah menguasai kemahiran permainan rekoder dengan baik.

3.4

Cara / Prosedur Pengumpulan Data

Pengkaji telah mendapatkan persetujuan daripada subjek kajian. Pengkaji telah Menerangkan secara ringkas tentang tujuan kajian ini dijalankan dan bagaimana Ujian ini dijalankan. Pelajar telah diminta untuk menjawab soalan selama 30 Minit.Pelajar tidak dibenarkan meniru untuk mempastikan kesahihan ujian. Kajian ini dijalankan dalam tempoh lapan minggu iaitu dalam lingkungan Sekurang-kurangnya lapan jam pengajaran. Pada minggu pertama ujian pra telah Dijalankan.Ujian pra digunakan dengan tujuan untuk melihat tahap kemahiran

Pelajar dalam permainan rekoder dari segi kemahiran penjarian rekoder sebelum Rawatan dimulakan.

3.4 Tatacara Penganalisisan Data Data data yang dikumpulkan di analisa untuk memperolehi keputusan yang dikehendaki mengenai keberkesanan kaedah pendekatan masteri ke atas pembelajaran permainan rekoder dari segi kemahiran penjarian rekoder serta minat murid.

3.4.1 Analisa Data Ujian Pra dan ujian Pasca Analisa Statistik kekerpan, peratusan dan mean digunakan untuk mengkaji tahap kemahiran permainan rekoder dari segi kemahiran penjarian rekoder. Keputusan ujian pra dan pasca ujian untuk kelas dianalisa untuk melihat sama ada terdapat peningkatan kemahiran penjarian rekoder selepas melalui pembelajaran masteri.

3.4.2 Analisa Data Soal selidik Soal selidik yang diberikan selepas rawatan telah dikutip dan dianalisa setelah dilengkapkan oleh responden. Data soal selidik dianalisa dari segi minat pelajarpelajar dalam Pendidikan Muzik dan kemahiran penjarian rekoder yang telah dipelajari. Hasil data ditunjukkan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan mean.

3.4.3 Analisa Data Pemerhatian melalui senarai semak Pemerhatian dijalankan ke atas pelajar semasa melaksanakan kajian dengan menggunakan kaedah pembelajaran masteri dalam pengajaran dan pembelajaran permainan rekoder. Hasil daripada pemerhatian dicatatkan dalam senarai semak yang disediakan untuk melihat prestasi pelajar samada menguasai kemahiran yang diajar atau sebaliknya sebelum meneruskan ke unit yang lain. Hasil data senarai semak tidak dianalisa. 3.4.4 Perincian Alat Kajian Data ujian pra dan ujian pasca dianalisa untuk mendapatkan kekerapan, peratusan dan mean. Huraian deskriptif kemudian diberi untuk setiap jadual. Data soal selidik dianalisa untuk mendapatkan kekerapan, peratusan dan mean. PERINCIAN ALAT KAJIAN BI L ALAT KAJIA N 1 Ujian Pra & Pasca Subjek kajian Amali permaina n rekoder -penjarian not -mengenal notasi -amali rekoder 2. Soal selidik Subjek kajian Skala Likert Tahap minat permainan rekoder Analisa statistic deskriptif Huraian deskrptif,rajah mean,peratusa n Analisa statistic deskriptif Huraian, deskriptif, rajah mean, peratusan SASARA N JENIS SOALAN KATEGOR I SOALAN ANALIS A DATA HASILAN DATA

JADUAL 3.4.4

3.5 Kajian Rintis Kajian rintis dijalankan untuk memastikan kesahan dan kebolehpercayaan instrument yang digunakan dalam kajian. Kajian rintis ini penting untuk memastikan alat ukur yang digunakan mempunyai tahap kebolehpercayaan dan sesuai digunakan dalam kajian. Pengkaji akan menyediakan kertas ujian pos dan ujian pasca berdasarkan miskonsepsi yang sering terjadi di kalangan pelajar berpandukan jadual penetu ujian. Kajian rintis bertujuan untuk menyediakan item yang tidak mengelirukan sampel kajian. 3.6 Rumusan Kajian yang dijalankan ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen untuk ujian pra dan ujian pasca. Subjek kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar dalam satu kelas iaitu tahun 4 yang mempunyai aras kecerdasan yang sederhana. Mereka akan mengikuti pembelajarn permainan rekoder mengikut kaedah pembelajaran masteri. Instrumen-instrumen yang terlibat dalam kajian ini ialah ujian pra, ujian pasca , soal selidik dan senarai semak. Analisis data pula dilakukan bertujuan untuk mengukur dan menilai keberkesanan Pembelajaran Masteri untuk meningkatkan penjarian rekoder. Melalui dapatan data ini juga, pengkaji dapat melihat sejauh mana minat pelajar dalam mata pelajaran Muzik.

RUJUKAN
Abdul Rahim bin Mohd Saad. (1996). Guru yang Efektif, Pusat Teknologi Pendidikan dan Media: Universiti Sains Malaysia Baharom Mohamad. (2010). Gaya Pengajaran dan Pembelajaran, Selangor : PTS Profesional Publishing Johami Abdullah. (1993). Pendidikan Muzik Semasa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Khairul Bariah Haroen, Khalijah Mohamed, Zaiton mohamad, Zaharah Abd Manap & Yusri Hj. Hussain. (2009). HBMS1103 Pengenalan Muzik, Kuala Lumpur : Open University Malaysia. Hj. Abdul Fatah Hasan. (2001). Pengenalan Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS

Publication and Distributors Mohd Salleh Abu & Zaidatun Tasir. (2001). Analisa Data Berkomputer SPSS 10.0, Kuala Lumpur: Venton Publishing Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Pembelajaran Masteri, Kementerian Pendidikan Malaysia : Kuala Lumpur WoolFolk. (1990). Kemahiran Memberi Motivasi Kepada murid dlm Mok S.S. (2004). Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan Skim Perkhidmatan Guru. Selangor (Ed. Ke 2); Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Hlm. 293. Zaharul Lailidin Hj Saidon & mohd Nizam Hj Nasrifan. (2008). HBMS3103 Pengajaran Muzik iv. Kuala Lumpur : Open University Malaysia.

RUJUKAN INTERNET
Adeyemi, B.A (2007). Learning Social Studies Through Mastery Approach, Diakses pada Ogos 5,2013, dari laman web : http://www.academicjournals.org./ Md Salleh Shaharuddin, Napiah & Siti Rohani. (2010). Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) untuk Topik Pecahan Tingkatan Satu Menggunakan Pendekatan Masteri. Diakses pada Ogos 6,2013, dari laman web : http://eprints.utm.my/10763/ Pengajaran dan Pembelajaran Ke Arah Pembelajaran Mastery. Diakses pada Ogos 8, 2013, dari laman web : http://sokhaiharapan.blogspot.com/2011/04/pengajaran-dan-pembelajaran-kearah.html

You might also like