You are on page 1of 5

SYARAT DAN PERATURAN AM KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSM ZON MENDI 2012

1. PENYERTAAN 1.1 Terbuka kepada semua pasukan dari sekolah-sekolah Zon Mendi 1.2 - Setiap sekolah hanya boleh menghantar satu pasukan sahaja

2. JAWATANKUASA PENGELOLA KEJOHANAN / PERTANDINGAN 2.1 - Semua pengurusan pertandingan ini adalah di bawah tanggungjawab jawatankuasa pengelola 2.2 2.3Menggubal peraturan-peraturan mengikut kesesuaian masa penyertaan Menyelesaikan aduan-aduan daripada pasukan yang bertanding

2.4 - Bertanggungjawab menguruskan persiapan pertandingan termasuk sistem pertandingan dan undian.

3. KELAYAKAN 3.1 Pemain-pemain hendaklah terdiri daripada murid bona-fide ( murid yang didaftarkan dalam Jadual Kedatangan Sekolah pada tahun semasa. 3.2 Bukti pengesahan bagi penyertaan samada dari kad pengenalan atau surat beranak.

4. PENDAFTARAN 4.1 Setiap pasukan dibenarkan menghantar 16 orang pemain sahaja 4.2 Pengesahan pendaftaran senarai pemain dan pegawai menggunakan borang yang disertakan dan disahkan oleh Guru Besar dan dihantar kepada pengelola iaitu SK LKTP Tembangau 6 selewat-lewatnya pada 23 Februari 2012. Pengesahan boleh dibuat melalui telefon atau faks di talian 06-4683093 atau email cbaa011.sklktptembangau6@gmail.com

4.3 Bayaran penyertaan secara tunai sebanyak RM 100.00 hendaklah dibayar pada hari pertandingan. Bayaran ini adalah diwajibkan samada menyertai ataupun tidak kejohanan ini bagi semua sekolah-sekolah zon Mendi seperti yang diputuskan di dalam mesyuarat MSSM Zon Mendi baru-baru ini.

5. KELEWATAN 5.1 Sepak mula perlawanan pertama akan bermula pada pukul 8.30 pagi. Mana-mana pasukan yang lewat 10 minit, pasukan tersebut akan dikira mengaku kalah dan kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan dengan kiraan 3 gol tanpa balas.

6. JERSI 6.1 Setiap pasukan dikehendaki membawa 2 set jersi yang berlainan warna 6.2 Setiap jersi perlu mempunyai nombor 6.3 - Warna jersi penjaga gol hendaklah berlainan dengan warna jersi pemain lain 6.4 - Nombor jersi yang didaftar untuk pemain tidak boleh ditukar

7. KELENGKAPAN PEMAIN 7.1 - Pemain diwajibkan memakai kelengkapan penuh seperti jersi, kasut bola, stoking dan shinpad

8. FORMAT / CORAK PERMAINAN 8.1 Jawatankuasa kejohanan mempunyai hak mutlak untuk menentukan corak pertandingan bergantung kepada jumlah pasukan yang menyertai. 8.2 - Pasukan akan dibahagikan kepada 2 kumpulan dan perlawanan diadakan secara liga sepusingan.

8.3 - Johan Kumpulan A akan bertemu Johan Kumpulan B untuk kedudukan Johan dan N. Johan 8.4 Naib johan kumpulan A akan bertemu N. Johan kumpulan B untuk kedudukan tempat ketiga dan keempat

9. MATA PERTANDINGAN 9.1 Menang = 3 mata 9.2 Seri = 1 mata 9.3 Kalau = 0 mata

10. MASA PERTANDINGAN 10.1 Masa perlawanan adalah 30 minit iaitu 15 minit setiap separuh masa 10.2 Bagi perlawanan untuk kedudukan Johan Keempat, masa perlawanan adalah 40 minit iaitu 20 minit setiap separuh masa

10.3

Masa rehat adalah 5 minit setiap perlawanan

11. PERTUKARAN PEMAIN 11.1 3 Orang pemain sahaja dibenarkan untu satu pasukan pada satu-satu perlawanan 11.2 Pemain yang telah ditukarkan tidak dibenarkan masuk semula atau mengambil penalti

12. BANTAHAN 12.1 Setiap bantahan perlu diajukan kepada Pengerusi Pertandingan 12.2 Bantahan perlu dibuat dalam masa 30 minit selepas tamat perlawanan 12.3 Semua bantahan perlu disertakan wang tunai RM 100.00 dan wang ini tidak dikembalikan jika bantahan ditolak.

13. UNDANG UNDANG PERMAINAN 13.1 - Undang- undang permainan adalah sebagaimana yang berkuatkuasa sekaran iaitu seperti yang ditetapkan oleh MSSM, FAM dan FIFA

14. HADIAH 14.1 Hadiah akan diberikan kepada pasukan yang mendapat tempat Johan, Naib Johan, Ketiga sahaja. 15. PENGADIL 15.1 Setiap pasukan diwajibkan menyediakan seorang pengadil yang akan bertugas semasa kejohanan. 15.2 Sebarang masalah atau kemusykilan, sila berhubung :1) En Zainudin bin Kadir ( PT Bola Sepak Zon Mendi) 013-9893860 2) En Abdul Rahim bin Jaafar ( Wakil Tuan Rumah ) 013- 4235846

UNTUK TEMPAHAN MAKANAN PEMAIN, SILA HUBUNGI SEKOLAH

SK LKTP TEMBANGAU 6 06- 4683093

SILA NYATAKAN BILANGAN PEMAIN ANDA

You might also like