You are on page 1of 6

PROGRAM KECERIAAN SEKOLAH 2013 SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BEREMBANG, PERLIS

1. Pendahuluan

Institusi pendidikan membantu membangunkan minda komuniti warga sekolah melalui persekitaran yang kondusif. Persekitaran kawasan di sekolah adalah sebagai wahana untuk merealisasikan pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang bermula dari persekitaran sekolah yang

kondusif. Persekitaran merupakan salah satu faktor penyumbang kepada proses pembelajaran di sekolah di samping dapat menarik minat murid untuk hadir ke sekolah. Menyedari kepentingan keindahan dan keceriaan sekolah terhadap para murid, guru pelatih internship telah mendapatkan ilham untuk mengadakan program keceriaan sekolah dengan melukis mural. Program keceriaan sekolah merupakan sebuah program yang diadakan bertujuan mengindahkan kawasan sekitar sekolah. Lukisan mural yang dihasilkan terdiri daripada lukisan berkonsepkan kepada abstrak yang melambangkan sesuatu terjemahan serta lukisan berkonsep terus yang dapat memberi info dan maklumat kepada warga sekolah yang melihatnya. Lukisan mural yang berwarna-warni ini akan membangkitkan semangat dalam diri para murid di samping memberi satu suasana baru yang ceria dan menjadi sumber inspirasi kepada murid.

2. Rasional

Rasional program ini berfokus untuk

menceriakan kawasan sekolah.

Prasarana dan pengurusan kawasan persekitaran sekolah yang kondusif menjadi agenda penting dalam rutin seharian di sekolah. Persekitaran yang diwujudkan mestilah menepati cita rasa pelanggannya iaitu guru, kakitangan sekolah dan para murid. Justeru, sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai, kawasan persekitaran sekolah mestilah berperanan dalam menarik

perhatian umum supaya perkhidmatannya diguna pakai secara optimum demi keselesaan dan kepuasan hati penggunanya.

Keselesaan dan suasana yang kondusif digabungjalinkan pula dengan suasana persekitaran yang mendidik melalui pembinaan mural akan mewujukan suasana lebih mesra. Secara tidak langsung melalui lukisan mural, para murid akan dapat meningkatkan motivasi diri mereka untuk datang ke sekolah dan belajar di tempat yang selesa.

3. Objektif

3.1

Mencapai cita-cita sebagai suatu tempat tumpuan yang boleh dijadikan sumber perhatian terutama murid dan juga tetamu yang selalu mengunjungi sekolah.

3.2

Dapat menjadi suatu tempat terapi minda terutama kepada guru dan kakitangan.

3.3

Hasil kerja guru sebagai buah tangan/kenang-kenangan apabila meninggalkan sekolah kelak.

4. Tentatif Pelaksanaan

Tarikh Tempat

: 6 Julai 20 Julai 2013 :Dinding makmal komputer dan dinding Bilik Pengurusan Sukan

5. Pengelolaan

Jawatankuasa Penganjur Program Keceriaan Sekolah 2013 PISMP Pendidikan Jasmani Semester 8 Ambilan Januari 2010

6. Pengisian Program

Tempat Dinding makmal komputer

Tema Simpulan bahasa berkonsepkan pancaindera melalui perlambangan

Dinding bilik pengurusan sukan

Peralatan sukan

7. Ahli-ahli Jawatankuasa

Lampiran A

8. Belanjawan

Lampiran B

9. Penutup Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga program menceriakan sekolah ini dapat

meningkatkan motivasi diri para murid disamping mengindahkan lagi kawasan sekolah. Oleh itu, kerjasama semua pihak amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh:

(NORSYUHADA BINTI YOB OSMAN) Setiausaha, Program Keceriaan Sekolah 2013

Disahkan oleh:

(ROSLI BIN ABD AZIZ) Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Sekolah Kebangsaan Sungai Berembang

Lampiran A AHLI JAWATANKUASA Penaung Guru Besar ENCIK JAMIRAN BIN JAAFAR Penasihat ENCIK ROSLI BIN ABDUL AZIZ Pengerusi PUAN ALIZA BINTI AHMAD Naib Pengerusi SITI NOORSHUHADA BINTI MUSA Setiausaha NORSYUHADA BINTI YOB OSMAN Bendahari ENCIK ROSFAUZI BIN RAMLEY

AJk Aktiviti PUAN ALIYAH BINTI BAHARI PUAN SALMAH BINTI HASHIM

AJk Protokol ENCIK JAMIL BIN ABU BAKAR ENCIK NASARUDIN BIN ABDUL RASHID

AJk Logistik & Peralatan ENCIK MAZLAN BIN ALI ENCIK KU ISMAIL BIN KU AHMAD ENCIK FAKRUL RAZI BIN MOHD ALI

AJk Keselamatan & Kebajikan ENCIK ELMI FANSURI BIN GHAZALI ENCIK YUSOF BIN SAAD ENCIK MOHD AKHIR BIN AHMAD@KHOSIM

AJk Dokumentasi & Rakaman PUAN NOOR ASMA BINTI OMAR PUAN NOORUL AIN BINTI JAMALUDIN

Lampiran B

1. Perbelanjaan

Bil. 1. Cat warna a) Biru

Perkara

Harga (RM)

Kuantiti

Jumlah (RM)

25.00 25.00 25.00 25.00

1 1 1 1

25.00 25.00 25.00 25.00

b) Merah c) Hijau d) Kuning

2.

Berus cat Jumlah

2.00

8.00 108.00

You might also like