You are on page 1of 46

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER 2 /2012

HBML 1203

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NO. MATRIKULASI

710108085074001

NO. KAD PENGNEALAN

710108085074

NO. TELEFON

0177691257

E-MEL

rohana_badri@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

OUM, SHAH ALAM

HBML 1203

HBML 1203

PENDAHULUAN
Maksud dan definisi fonetik menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialah ilmu
bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang
menunjukkan sebutannya. Mengikut Ferdinand de Saussure dalam buku Pengantar
Linguistik Umum yang diterjenahkan oleh Ajid Che Kob Course in General Linguistics
menyatakan fonetik merupakan bahagian yang asas dalam ilmu bahasa, manakala
fonologi ... hanya satu disiplin Bantu dan terangkum ke dalam pertuturan (1993:37).
Mengikut Adrian Akmaijian et. Al. dalam buku Linguistik: Pengantar bahasa dan
Komunikasi terjemahan Aishah Mahdi dan Azizah Hussein daripada buku Linguistik :An
Introductionto Language and Communication menyatakan: Fonetik ialah bidang yang
memperkatakan bagaimana bunyi bahasa dihasilkan (dituturkan) dalam saluran suara
bidang kajian yang dikenali sebagai Fonetik artikulasi dan juga sifat fizikal gelombang
bunyi bahasa yang dihasilkan oleh saluran suara (bidang yang dikenali sebagai fonetik
akustik).

1.Penghasilan Bunyi-bunyi Konsonan


Bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat tutur manusia dapat dibahagiakan kepada dua
iaitu bunyi konsonan dan juga bunyi vokal. Penghasilan bunyi-bunyi konsonan
berasaskan darjah gangguan dalam terusan ujaran.

HBML 1203

Malah kebanyakan bunyi konsonan dipanggil sebagai bunyi obstruen kerana aliran udara
yang dihalang pada kedudukan tertentu di dalam mulut. Penghalangan udara yang
berlaku mungkin memberhentikan terus aliran udara daripada keluar ke mulut atau
mungkin menutup sebahagian terusan ujaran yang membolehkan sebahagian aliran udara
keluar. Dengan kata lain, terusan ujaran merupakan sumber kepada penghasilan bunyi
konsonan. Bagaimanapun, dalam penghasilan bunyi vokal, keadaan yang sebaliknya
berlaku iaitu vokal dihasilkan tanpa adanya halangan kepada aliran udara yang melalui
terusan ujaran. Selain peranan terusan ujaran yang membezakan bunyi konsonan dan
bunyi vokal, perbezaan kedua bunyi ini juga bergantung kepada getaran pita suara. Bunyi
vokal dihasilkan hanya apabila pita suara bergetar sedangkan sebahagian bunyi konsonan
dihasilkan tanpa penggetaran pita suara.

1.1.1

Konsonan letupan
Terdapat sembilan bunyi konsonan letupan dalam bahasa Melayu. Tiga
daripadanya adalah bunyi bersuara, tiga bunyi lagi adalah bunyi tak bersuara dan
satu letupan glotis. Bunyi konsonan letupan ini dihasilkan dengan menutup aliran
udara melalui rongga hidung dengan menaikkan lelangit lembut bagi menyekat
rongga hidung. Aliran udara tertahan dalam rongga mulut. Kesemua jenis bunyi
ini berlaku apabila alat artikulasi menyentuh titik-titik artikulasi yang tertentu
dalam mulut dan juga pada bibir.
(a) Konsonan [p] dan [b]: jika lelangit lembut dinaikkan dan bibir dirapatkan,
kemudian udara tersekat pada dua bibir dan udara dipaksa keluar. Jika dengan

HBML 1203

cepat dibuka mulut, keluarlah bunyi [p]. Penghasilan konsonan ini dinamakan
letupan dua bibir tak bersuara kerana pita suara tidak bergetar. Jika pita suara
bergetar, bunyi itu ialah letupan dua bibir bersuara [b].
(b)

Konsonan letupan [p] dan [b]

(c)

Konsonan [t] dan [d]: udara bukan sahaja boleh tersekat dengan
merapatkan dua bibir, tetapi juga dengan mengenakan hujung lidah pada gusi,
lelangit lembut dinaikkan dan dilepaskan, terdapat bunyi [t] letupan gusi tak
bersuara. Jika pita suara digetarkan, terbitlah bunyi letupan gusi bersuara [d].

HBML 1203

Konsonan letupan [t] dan [d]

(d) Konsonan [k] dan [g]: Bunyi letupan lelangit lembut tak bersuara [k] dan
letupan lelangit lembut bersuara [g]. Untuk menghasilkan bunyi [k], belakang
lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk menyekat arus udara. Di samping
itu, lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi menyekat
arus udara ke rongga hidung. Untuk menghasilkan bunyi [g] caranya sama
seperti bunyi konsonan [k] tetapi pita suara dirapatkan, arus udara yang
keluar melalui rongga mulut menggetarkan pita suara.

HBML 1203

Konsonan letupan [k] dan [g]

d) Konsonan [j] dan [dz]: Bunyi [j] dihasilkan apabila hadapan lidah
dinaikkan rapat ke lelangit keras untuk membuat sekatan pada arus udara.
Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga
tekak untuk membuat sekatan terhadap arus udara ke rongga hidung. Pada
masa ini pita suara direnggangkan, arus udara yang melalui rongga mulut
tidak menggetarkan pita suara tetapi udara yang tersekat di hadapan lidah dan
lelangit keras dilepaskan perlahan-lahan. Untuk menghasilkan konsonan [j]
proses yang sama dilakukan tetapi pita suara bergetar.

HBML 1203

Konsonan letupan [j]

1.1.2

Konsonan Geseran
(a) [s] Mula-mula hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan
pada arus udara. Pada masa ini lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke
belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara ke rongga hidung. Pita
suara direnggangkan Arus udara melalui rongga mulut tanpa menggetarkan
pita suara, lalu terhasillah bunyi [s], bunyi geseran gusi tak bersuara.

HBML 1203

Konsonan geseran (s)

(b)

[h] Apabila udara keluar melalui pita suara yang renggang dan rongga
mulut berkeadaan seperti sewaktu mengeluarkan bunyi vokal, bunyi [h] yang
dinamakan bunyi geseran glotis tak bersuara akan dihasilkan

HBML 1203

Konsonan geseran [h]

1.1.3

Konsonan Getaran
[r] Apabila hujung lidah diletakkan dekat gusi sehingga udara melalui antara
lidah dan gusi, lidah dan bergetar. Lelangit lembut pada waktu itu dinaikkan.
Bunyi yang terhasil dinamakan bunyi getaran gusi bersuara [r]

10

HBML 1203

Konsonan getaran [r]

1.1.4

Konsonan Sisian
[I] Hujung lidah dinaikkan ke gusi dan laluan udara tersekat. Lelangit lembut
dinaikkan dan pita suara bergetar. Udara keluar melalui bahagian tepi lidah.
Bunyi yang dihasilkan dinamakan bunyi sisipan gusi bersuara [I]

11

HBML 1203

Konsonan Sisian [I]

1.1.5

Konsonan Sengauan (nasal)


Ada empat bunyi nasal dalam bahasa Melayu. Perbezaannya berlaku pada daerah
udara disekat yang berlaku pada rongga mulut. Pita suara digetarkan dan lelangit
lembut dinaikkan.
(a) [m] Dua bibir dirapatkan. Bunyi yang dihasilkan dinamakan sengauan dua
bibir bersuara [m]
(b) [n] Hujung lidah dinaikkan ke gusi. Bunyi yang dihasilkan dinamakan
sengauan gusi bersuara [n]

12

HBML 1203

Konsonan sengauan [m]

Konsonan sengauan [n]

13

HBML 1203

(c) [n] tengah lidah dinaikkan ke lelangit keras. Bunyi yang dihasilkan
dinamakan bunyi sengauan lelangit keras bersuara [n].
(d) [] Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut. Bunyi yang dihasilkan
dinamakan bunyi sengauan lelangit lembut bersuara [ng]

Konsonan sengauan []

1.1.6

Separuh vokal
Untuk menghasilkan bunyi separuh vokal, kedudukan lidah tidak tetap, tetapi
bergerak dan membuat luncuran. Ada dua jenis bunyi separuh vokal. Separuh
vokal yang dimaksudkan itu adalah seperti yang berikut.
(a) Bagi fonem konsonan [w] Keadaan di peringkat awal lidah seperti untuk
membunyikan [u], kemudian bergerak pada vokal yang lain. Bunyi ini
dinamakan separuh vokal dua bibir bersuara

14

HBML 1203

(b) [j] Kedudukan lidah pada pada peringkat awal adalah seperti untuk
membunyikan [i], kemudian bergerak pada kedudukan vokal yang lain. Bunyi
ini dinamakan separuh vokal lelangit keras bersuara.

Separuh vokal [w]

15

HBML 1203

Separuh vokal [j]

1.1.7

Konsonan Pinjaman
Banyak konsonan dalam kata pionjaman telah digantikan dengan konsonan
Melayu seperti bunyi-bunyi daripada bahasa Arab dalam bunyi [th] menjadi [s];
[gh] menjadi [g]; [dh] menjadi [d] dan [dz] menjadi [z]. Walau bagaimanapun,
ada yang bunyi asalnya terus digunakan dalam banyak kata dan digunakan
sehingga kini. Bunyi-bunyi itu ialah bunyi-bunyi geseran.
Contohnya ialah [f] dan [v] Bunyi-bunyi ini dihasilkan dengan merapatkan bibir
bawah atas sehingga apabila udara melalui terdapat geseran. Lelangit lembut
dinaikkan. Pita suara tidak bergetar untuk membunyikan [f] iaitu bunyi geseran
bibir gusi tidak bersuara. Manakala untuk membunyikan [v] pita suara bergetar
yang menghasilkan bunyi geseran bibir gusi bersuara

16

HBML 1203

Konsonan pinjaman [f] dan [v]

Fonem [z] Bunyi ini dihasilkan seperti menghasilkan [s]. Proses


membunyikan [z] berbeza apabila pita suara bergetar. Oleh itu, konsonan yang
dihasilkan ini dinamakan geseran gusi bersuara.

17

HBML 1203

Konsonan pinjaman [z]


[s] Pada waktu pengeluaran bunyi ini lelangit lembut dinaikkan dan depan
lidah dinaikkan ke lelangit keras. Pita suara tak bergetar. Geseran yang
dihasilkan dinamakan geseran gusi lelangit keras.

Konsonan pinjaman [s]

18

HBML 1203

2. Penghasilan bunyi vokal


Bunyi vokal ialah bunyi yang dihasilkan dengan tidak melibatkan sebarang
sekatan pengaliran udara. Bunyi vokal juga adalah bunyi bersuara. Klasifikasi
bunyi vokal ditentukan dengan kedudukan lidah dan bentuk bibir. Ini
melibatkan rongga mulut semasa melafazkannya. Bentuk bibir dan saiz
rongga mulut ini menentukan sama ada bunyi vokal yang dilafazkan itu dalam
keadaan terbuka, separuh terbuka, separuh sempit ataupun luas.
Vokal dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga, iaitu vokal hadapan, vokal
tengah dan vokal belakang. Rajah di bawah memperlihatkan biunyi vokal.

2.1.1

Vokal Hadapan
Vokal hadapan ialah bunyi [i], [e] dan [a]. Alat artikulasi yang
terlibat dalam menghasilkan bunyi ini ialah lidah dan saiz

rongga
yang terlibat

mulut dan bentuk bibir. Manakala daerah artikulasi


ialah lelangit keras.

19

HBML 1203

a. Vokal depan sempit [i]


Vokal ini dihasilkan apabila bahagian hujung lidah liletakkan
pada titik yang paling tinggi di bahagian dpan mulut. Lelangit
lembut pula diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup
rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut sambil
menggetarkan pita suara. Semasa lafaz bunyi ini bibir berada
dalam keadaan terhampar. Kedudukan lidah ini berada pada
kedudukan yang paling tinggi dalam rongga mulut.
Contoh penggunaan vokal [i]:
[# ikan #] (ikan)
[# bila #]

(bila)

[# hati #]

(hati)

Vokal hadapan sempit

20

HBML 1203

b. Vokal hadapan separuh sempit [e]


Vokal ini dihasilkan dengan bahagian hadapan lidah agak ke
bawah sedikit, iaitu sepertiga daripada tinggi lidah semasa
melafazkan bunyi [i]. Lelangit lembut pula diangkat rapat
kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung. Udara
keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara.
Semasa lafaz bunyi ini bibir berada dalam keadaan terhampar.
Pembukaan bibir semasa melafazkan bunyi ini agak sederhana.
Contoh penggunaan penggunaan vokal [e]
[# elo?] #] (elok)
[# sepa? # (sepak)
[# sate #] (sate)

Vokal hadapan separuh sempit

21

HBML 1203

c. Vokal hadapan separuh luas []


Vokal ini dihasilkan dengan depan lidah diturunkan dua pertiga
daripada kedudukan semasa melafazkan bunyi [e]. Lelangit
lembut pula diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup
rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut sambil
menggetarkan pita suara. Semasa lafaz bunyi ini bibir berada
dalam keadaan terhampar.
Contoh penggunaan vokal []
[# lo? #] (elok dalam dialek Kedah)
[# ot #] (membuat sedikit demi sedikit dalam dialek Kedah)
[# mod #] (modal dalam dialek Kedah)

Vokal hadapan separuh luas

22

HBML 1203

d. Vokal hadapan luas


Vokal ini dihasilkan dengan depan lidah diturunkan ke titik
yang paling bawah dalam rongga mulut. Puncak dari depan
lidah tertarik ke belakang sedikit. Lelangit lembut pula
diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga
hidung. Udara keluar melalui rongga mulut sambil
menggetarkan pita suara. Semasa lafaz bunyi ini bibir berada
dalam keadaan terhampar.
Contoh penggunaan vokal [a]
[# aku #] (aku)
[# hati #] (hati)
[# bila #] (bila)

Vokal hadapan luas [a]

23

HBML 1203

2.1.2

Vokal Belakang
Bunyi vokal belakang adalah [u], [o], [ ] dan []. Alat artikulasi
yang terlibat semasa menghasilkan bunyi ini ialah lidah dan
lelangit lembut. Rongga mulut dan saiz bukaan mulut

menentukan

kadar bukaan luas. Daerah artikulasi yang terlibat

ialah lelangit

keras.

a. Vokal belakang sempit [u]


Vokal ini dihasilkan dengan menaikkan belakang lidah setinggi
yang mungkin seperti merapati lelangit keras. Walau
bagaimanapun tiada sekatan aliran udara berlaku. Lelangit
lembut pula diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup
rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut sambil
menggetarkan pita suara. Semasa lafaz bunyi ini bibir berada
dalam keadaan bundar.
Contoh dan grafik vokal [u]
[# ulam #] (ulam)
[# suka #] (suka)
[# batu #] (batu)

Vokal Belakang Sempit [u]


24

HBML 1203

b. Vokal belakang separuh sempit [o]


Vokal ini dihasilkan dengan belakang lidah diturunkan sedikit
daripada titik yang paling tinggi semasa melafazkan bunyi [u].
Lelangit lembut pula diangkat rapat kepada belakang tekak dan
menutup rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut
sambil menggetarkan pita suara. Semasa lafaz bunyi ini bibir
berada dalam keadaan bundar.
Contoh penggunaan vokal [o]
[# omba? #] (ombak)
[# sora? #] (sorak)
[# soto #] (soto)

Vokal Belakang Separuh sempit

25

HBML 1203

c. Vokal belakang separuh luas [ ]


Vokal ini dihasilkan dengan belakang lidah diturunkan lebih
rendah sedikit daripada semasa menghasilkan vokal separuh
sempit [o]. Lelangit lembut pula diangkat rapat kepada
belakang tekak dan menutup rongga hidung. Udara keluar
melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara. Semasa
lafaz bunyi ini bibir berada dalam keadaan bundar.
Contoh penggunaan vokal [ ]
[# b rak #] 9 berbohong, dialek Kedah)
[# tump #] ( mati, dialek Bota Perak)

2.1.3

Vokal tengah []

Vokal tengah dihasilkan dengan meletakkan lidah pada lantai rongga


mulut. Bibir terbuka, tetapi tidak luas. Udara melalui rongga mulut
menghasilkan bunyi vokal
[]
[# ma? #] (emak)
[# lbah #] (lebah)
[# ap #] (apa dalam sebutan Johor Riau)

26

HBML 1203

Kedudukan rahang/bibir, lidah ketika menghasilkan bunyi [a], [u] dan [i]

3. Fonem Bahasa Melayu


Ada 34 buah fonem dalam bahasa Melayu, 24 fonem asli dan 10 fonem pinjaman. Status
setiap fonem ini ditentukan dengan melihat dua perkara. Pertama, fitur setiap fonem
tersebut dan keduanya kontras pasangan perkataan terkecil.Daripada kajian didapati
kontras fonem bahasa Melayu lebih banyak berlaku pada konteks pangkal dan tengah
perkataan daripada pada akhir perkataan. Pada akhir perkataan, kontras antara fonem
bersuara dengan yang tak bersuara menjadi neutral atau hilang. Pasangan berkontras
menentukan taraf fonem penggalan ini. Hasilnya adalah selari dengan fonem yang
ditentukan melalui fitur-fitur pembeza. Daripada 24 fonem asli Melayu, terdapat 6 fonem
vokal dan 18 fonem konsonan.
Keenam-enam fonem vokal bahasa Melayu iaitu: /i, e,a,u,o, /. Vokal ini terdiri
daripada vokal depan, vokal belakang dan vokal tengah. Manakala fonem konsonan
dalam bahasa Melayu pula ada 18. Konsonan ini terdiri daripada bunyi letupan, sengau,
letusan, getaran, sisian dan separuh vokal. Ada sepuluh konsonan pinjaman dalam
bahasa Melayu. Semuanya dipinjam daripada bahasa Arab dan Inggeris. Semuanya
adalah fonem konsonan geseran. Fonem-fonem pinjaman ini berasal daripada perkataanperkataan pinjaman. Ada bunyi yang disesuaikan dengan bahasa Melayu dan ada yang
bervariasi bebas dengan dengan fonem-fonem asli.
27

HBML 1203

3.1 Perbezaan fonem dan alofon dalam sistem fonologi bahasa Melayu
Pada dasarnya, semua jenis bunyi vokal dan konsonan boleh ditandai dengan fonem
tertentu. Secara tidak langsung, fonem boleh dianggap sebagai bayangan/imej bunyi
(sound image) yang dapat dilambangkan oleh sesuatu bunyi. Ahli fonologi
menganggap bahawa fonem adalah unit terkecil bahasa yang boleh membezakan
makna. Misalnya, fonem /p/ dalam [pagi] dengan fonem /b/ dalam [bagi]. Makna
bagi [pagi] dan [bagi] (dalam bahasa Melayu) berkontras atau menjadi berbeza
kerana kehadiran dua fonem yang berbeza iaitu [p] dan [b]. Dalam hal ini,
penentuan sesuatu fonem adalah penting kerana sifatnya yang mewujudkan
perbezaan makna.
Antara kaedah-kaedah untuk menentukan fonem atau alofon sesuatu bahasa ialah
a) Kaedah pasangan minima
Keadaan dua kata yang mempunyai perbezaan hanya pada satu bunyi sahaja.
Bunyi-bunyi itu boleh dianggap fonem sekiranya ada persamaan dari segi fonetik.
Contoh:
[tari]

[dari]

[tuli]

[duli]

[patah] [padah]
b) Kaedah pasangan minima terdekat
Dua segmen berbeza tetapi mempunyai persamaan dari segi fonetik. Hadir pada
lingkungan yang sama dalam dua perkataan yang berbeza makna. Maka keduadua segmen tersebut boleh dianggap sebagai dua fonem yang berbeza (bukan
alofon kepada satu fonem).

28

HBML 1203

Contoh:
[tuba]

[t] [b]

[dupa]

[d] [p]

[pagar]

[p] [g]

c) Kaedah penyebaran saling melengkapi


Segmen hanya boleh hadir di lingkungan awal kata (tidak boleh hadir di
lingkungan tengah dan akhir kata) manakala segmen yang satu lagi pula tidak
boleh hadir di lingkungan awal kata (hanya boleh hadir di lingkungan tengah dan
dan akhir kata)
Contoh:
[k]

dan

[?]

[kita]

[tka]

[kalau]

[cuka]

[kaju]

[baki]

d) Kaedah variasi bebas


Merujuk kepada suatu keadaan di mana alofon kepada satu fonem tersebar dalam
satu lingkungan yang sama tetapi tidak membezakan erti.
Contoh:
[orang]

[ rang]

Makna bagi perkataan [orang] adalah sama dalam bahasa Melayu. Justeru, [o] dan
[ ] bukanlah dua fonem yang berlainan tetapi merupakan alofon kepada satu
fonem. Segmen /o/ dipilih sebagai fonem kerana lingkungan penyebarannya yang
lebih meluas berbanding dengan segmen [ ]. Contoh:

29

HBML 1203

[oleh]

berada di awal kata

[toleh]

berada di suku kata pertama

[polo]

berada di suku kata pertama dan suku kata kedua

4. Ciri-ciri suprasegmental bahasa Melayu dan kepentingannya dalam pengajaran


kemahiran lisan.
Ciri-ciri suprasegmental atau suprapenggalan adalah sifat bunyi yang menindihi
sesuatu segmen bunyi sama ada bunyi vokal atau bunyi konsonan. Segmen bunyi yang
dicantumkan menjadi urutan yang bermakna akan menghasilkan kata yang jika
seharusnya dilengkapkan dengan ciri-ciri yang bukan segmental sperti kepanjangan,
tekanan, jeda dan intonasi maka barulah makna kata itu menjadi pasti dan jelas.
Ciri-ciri suprasegmental ada lima jenis, iaitu;
i.

Kepanjangan

ii.

Tekanan

iii.

Intonasi

iv.

Jeda

v.

Nada

4.1.1

Kepanjangan

Kepanjangan atau panjang-pendek adalah kadar panjang atau pendeknya sesuatu bunyi
itu diucapkan. Walaupun mana-mana bunyi dalam bahasa Melayu boleh
dipanjangpendekkan tetapi bunyi itu tidak boleh membawa apa-apa kepentingan
fonemis (yang boleh membezakan makna)
Unsur kepanjangan ini diberi lambang titik [ : ] yang dipanggil mora. Satu titik [ : ]
dikatakan satu mora, dua titik [ : : ] dikatakan dua mora, dan satu titik [. ] dikatakan
sebagai setengah mora.

30

HBML 1203

Ada bahasa yang menggunakan unsur ini sebagai ciri fonemis, misalnya dalam
bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Dalam bahasa Arab, unsur ini disebut harkat.
Contohnya;
Ship (kapal) = [sip]
Sheep (kambing biri-biri) =
4.1.2

[sip]

Tekanan

Tekanan menandakan keras atau lembutnya suara yang diperlukan bagi menyebut
sesuatu suku kata. Tekanan biasanya ditandakan dengan [ ]. Dalam bahasa Melayu,
tekanan keras selalu berlaku pada suku kata kedua dalam perkataan misalnya [rumah]
dan [kampung]. Tetapi tekanan ini tidak membezakan makna. Fungsi tekanan dalam
bahasa Inggeris boleh membezakan makna kerana bersifat fonemik.
Contohnya:
[conduct] kata nama (tekanan suku kata awal)
[conduct] kata kerja (tekanan suku kata kedua)
4.1.3

Intonasi

Intonasi merupakan unsur lagu atau relatif menaik atau menurunnya penyuaraan
sesebuah ayat atau frasa. Kalau digunakan dalam perkataan , unsur ini dipanggil tona,
iaitu pola lagu dalam perkataan. Intonasi ayat dalam bahasa Melayu adalah berbezabeza, misalnya intonasi ayat berita menurun di akhir ayat, manakala intonasi ayat tanya
meninggi di akhir ayat. Lambang-lambang yang digunakan untuk menandakan
intonasi, ialah:

31

HBML 1203

[ I ! ] - intonasi
[ I ] - intonasi menaik pada bukan akhir ayat
[ // ] -

intonasi menaik beransur-ansur

[=] -

intonasi tinggi tetapi mendatar

4.1.4

Jeda

Jeda atau persendian adalah unsur senyap atau hentian dalam ujaran yang memisahkan
di antara unsur-unsur linguistik, iaitu sama ada perkataan, ayat atau rangkai kata.
Jeda ditandai oleh tanda atau lambang [ # ]. Jeda dalam bahasa Melayu bersifat
fonemik kerana jeda boleh membezakan makna.
Contohnya;
[ # kambig jantan bapa ali # ]
[ # kambig jantan # bapa ali ]
4.1.5

Nada

Nada adalah kadar meninggi atau menurunnya pengucapan sesuatu suku kata atau
morfem. Nada ditandai oleh nombor-nombor 1, 2, 3, 4, dan sebagainya. Nada tidak
bersifat fonemik dalam bahasa Melayu tetapi sebaliknya dalam bahasa Cina.
Contohnya;
ma 1 - bererti kuda
ma 2 - bererti emak
ma 3 - bererti jerami
ma 4 - bererti marah

32

HBML 1203

PENUTUP
Pengkajian ilmu fonetik tidak sahaja mengkaji bunyi bahasa secara mutlak tetapi juga
melibatkan proses-proses lain seperti gelombang bunyi dan penangkapan serta
pemprosesan bunyi. Banyak proses yang berlaku semasa menghasilkan bunyiFonetik
artikulasi sangat berkait rapat dengan ilmu fonetik akustik dan fonetik auditori.
Kesemua ilmu fonetik ini berkait rapat bagi memastikan bunyi yang dihasilkan nanti
dapat memberikan makna yang berguna pada pendengaran kita.

33

HBML 1203

BIBLIOGRAFI
1. Abdullah Hassan, 1987. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia.
Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
2. Asraf Abdul Wahab, 1981. Intonasi dalam Hubungan dengan Sintaksis
Bahasa Melayu. Sasbadi Sdn Bhd: Petaling Jaya.
3. Nor Hashimah Jalaluddin, 2000. Asas Fonetik. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
4. Nik Safiah Karim, 1988. Sosiolinguistik Bahasa Melayu dan Pengajaran.
Petaling Jaya: Penerbit Fajar bakti Sdn. Bhd.

34

HBML 1203

35

HBML 1203

36

HBML 1203

37

HBML 1203

38

HBML 1203

39

HBML 1203

40

HBML 1203

41

HBML 1203

42

HBML 1203

43

HBML 1203

44

HBML 1203

45

HBML 1203

46

You might also like