You are on page 1of 16

PETA MINDA ISI TUGASAN

PELAZIMAN KLASIK

PELAZIMAN OPERAN

TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME


IVAN PAVLOV EL THORNDIKE

JB WATSON

BF SKINNER

PELAZIMAN KLASIK

RANGSANGAN

GERAK BALAS

NEUTRAL TERLAZIM SEMULAJADI SEMULAJADI TERLAZIM

PELAZIMAN OPERAN

HUKUM KESAN

HUKUM LATIHAN

HUKUM KESEDIAAN

RANGSANGAN POSITIF RANGSANGAN NEGATIF

ULANGKAJI

1.0 PENDAHULUAN Menurut ahli psikologi behavioral, pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang berlaku dalam diri seseorang individu yang disebabkan oleh pengalaman. Proses pembelajaran ini akan dilalui oleh setiap insan sejak dia dilahirkan, sehingga sukar untuk kita membezakan antara tumbesaran dan pembelajaran. Dalam teori behaviorisme perhatian difokuskan kepada aspek tingkah laku manusia. Pendekatan pengajaran guru dalam bilik darjah bergantung kepada bagaimana pelajar mempelajari kandungan sesuatu mata pelajaran. Menurut teori behavioris

pembelajaran merujuk kepada prinsip-prinsip dan hukum-hukum berkaitan dengan pembelajaran. Dalam teori behavioris prinsip teori ini merujuk kepada model pelaziman klasik Pavlov dan hukum-hukum teori pelaziman operan Thorndike. Teori behavioris menumpukan perhatian kepada aspek tingkah laku manusia yang boleh diperhatikan dan boleh diukur. Teori ini juga mengkaji perhubungan antara ransangan dan gerak balas apabila pelajar bertindak dalam persekitaran luaran. Selain itu, dalam teori ini juga melihat perhubungan antara tindakan murid dengan pengukuhan ransangan ketika proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam bilik darjah. Teori ini mengutamakan pembelajaran kemahirankemahiran yang berfokuskan kepada kemahiran fizikal dan perubahan ini akan berlaku mengikut situasi tertentu. Ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dalam bilik darjah proses memotivasi seseorang individu diperlukan bagi menanam minat murid-murid untuk terus belajar. Dalam memotivasi seseorang individu memerlukan satu kaedah yang dinamakan peneguhan. Peneguhan bermaksud perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi. Menurut Rachin (1991), pengukuhan diberikan untuk memuaskan kehendak individu dan mengurangkan tekanan serta meransang otak. Peneguhan terbahagi kepada dua jenis iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu diulangi. Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contohnya peneguhan positif iaitu memberi kata-kata pujian selepas murid menjawab soalan,
4

memberi senyuman, menepuk bahu pelajar, memberi hadiah dan sebagainya. Tujuan peneguhan ini diberikan kepada murid-murid supaya dapat mendorong mereka belajar dengan lebih tekun di dalam kelas. Hanya tingkah laku yang spesifik sahaja yang perlu diberi peneguhan. Selain itu guru mestilah ikhlas ketika memberi peneguhan kepada murid-murid. Menurut Brophy (1991) ciri-ciri peneguhan positif yang dapat memberi kesan kepada murid-murid iaitu memuji secara ikhlas, memuji dengan cepat, memuji tanpa pilih kasih, memuji usaha dan cuba jaya, memuju tingkah laku dan memberi jawapan atau respon yang spontan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah penguhan negatif juga boleh diberikan. Peneguhan negatif bermaksud ransangan serta merta yang tidak selesa dan menimbulkan tekanan dan membawa kepada perubahan tingkah laku. Sebagai contoh nya seorang bapa telah berleter kepada anaknya kerana tidak membuat kerja sekolah. Oleh kerana tidak tahan mendengar leteran itu makan si anak tadi telah menyiapkan kerja sekolahnya. Selain itu peneguhan negatif dalam bentuk dendaan, Dendaan bermaksud proses melemahkan dan

mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini. Denda terbahagi kepada dua iaitu dendaan persembahan dan dendaan penyingkiran. Dendaan persembahan berlaku apabila sesuatu ransangan menyebabkan berlaku nya perubahan dalam tingkah laku diri murid. Denda ini biasanya melibatkan fizikal dan menakutkan murid-murid. Sebagai contohnya larian padang, membuat kerja tambahan dan lain-lain. Manakala dendaan penyingkiran pula ialah

penyingkiran ransangan. Sebagai contohnya ibubapa atau guru tidak memberi kemudahan kepada murid-murid yang tidak berkelakuan betul.. Tidak dibenarkan menonton televisyen dalam tempoh seminggu sebab tidak melakukan kerja rumah matematik. Walaupun peneguhan positif dan negatif ada kelebihan tersendiri namun dalam proses pengajaran dan pembelajaran para guru seharusnya lebih berfokus kepada peneguhan positif. Perubahan tingkah laku murid-murid akan berlaku selepas proses pembelajaran yang diterima oleh seseorang. Menurut Teori Behavioris proses memotivasi seseorang individu perlu menggunakan kaedah peneguhan posif. Hal ini dapat dilaksanakan dalam bilik darjah dengan cara guru

merancang beberapa aktiviti di dalam kelas dengan memilih peneguhan positif untuk dilaksanakan di dalam kelas.

PERBINCANGAN

BERCERITA

PENEGUHAN POSITIF

BERMAIN SAMBIL BELAJAR PERMAINAN

SOALJAWAB

Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru di dala kelas iaitu perbincangan, permainan, lakonan atau drama, belajar sambil bermain dan bercerita. Aktiviti yang akan dilaksanakan ini mengikut situasi di dalam kelas dan akan dibincangkan satu persatu. Antara aktiviti tersebut iaitu: a. Aktiviti Perbincangan Aktiviti perbincangan bermaksud murid mengeluarkan idea dan pendapat tentang sesuatu tajuk. Aktiviti perbincangan ini dilakukan di dalam kelas. Murid-murid dibahagi kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akan dilantik seorang ketua. Ketua akan mengambil tajuk daripada guru dan akan berbincang sesama ahli kumpulan. Guru bertindak sebagai fasilitator yang akan membimbing murid-murid. Semasa proses perbincangan, guru boleh memberi pujian yang dapat memotivasi murid untuk berbincang dengan penuh semangat. Setelah selesai perbincangan ketua kumpulan akan membentangkan hasil kerja kumpulan. Selesai sahaja persembahan ketua kumpulan, guru akan bertepuk tangan bersama murid sebagai ransangan. Guru boleh memberi insentif berupa hadiah kepada kumpulan yang menunjukkan persembahan yang menarik dan memberi kata-kata pujian kepada kumpulan yang lemah supaya tingkatkan usaha untuk terus berjaya. Peneguhan positif ini menyebabkan murid-murid seronok belajar dan tidak mudah berputus asa untuk terus belajar dengan cemerlang.

MURID BERBINCANG
7

b. Bercerita Aktiviti berceria ialah satu kaedah mengajar yang boleh menarik perhatian minat murid belajar di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Isi pelajaran disampaikan dalam bentuk cerita. Sebagai contohnya guru meminta murid mencari cerita yang dapat memberi pengajaran atau nilai murni kepada murid-murid. Wujudkan pentas yang dapat mewujudkan situasi dan mood murid semasa bercerita. Guru bolehlah memotivasi murid-murid sebelum bercerita dengan memberi kata-kata semangat seperti semua orang berbakat untuk bercerita. Selain itu, guru juga boleh memberi puji-pujian spontan kerana murid-murid berani untuk tampil bercerita tanpa segan dan rasa malu. Guru juga boleh mempamerkan senyuman sebagai tanda gembira dan menunjukkan minat ketika murid-murid sedang bercerita di dalam kelas. Peneguhan positif berbentuk hadiah boleh diberikan kepada murid-murid yang dapat menyampaikan cerita dengan baik. Tujuan peneguhan positif ini diberikan bagi menambahkan keyakinan dalam diri murid-murid untuk belajar bersungguh-sungguh dan belajar dalam situasi yang mneyeronokkan. Dengan cara ini murid-murid akan menjadi seorang pencerita yang baik. Implikasinya dapat melahirkan murid-murid yang cemerlang dalam pelajaran.

GURU BERCERITA

c. Aktiviti Bersoaljawab Aktiviti bersoaljawab ini biasanya dijalankan di dalam kelas bagi menguji kefahaman murid-murid tentang isi pelajaran yang hendak diajar pada hari tersebut. Sebelum sesi soaljawab, biasanya murid-murid akan diberikan maklumat untuk dibaca oleh semua murid. Selepas maklumat dibaca oleh murid-murid, guru akan mengemukakan soalan kepada murid-murid. Muridmurid akan menjawab soalan yang diajukan oleh guru. Setiap jawapan yang tepat diberikan oleh murid, guru akan memberi pujian seperti bagus, baik, tepat sekali dan mengucapkan terima kasih kerana berani menjawab. Bagi murid-murid yang tidak dapat menjawab dengan tepat, guru tidak mengatakan salah sebaliknya mengatakan jawapan yang diberikan adalah tidak tepat. Guru juga akan memberi peneguhan positif seperti memuji usaha dan cuba jaya yang diberikan oleh murid-murid. Guru juga hendaklah memuji dengan penuh ikhlas dan memuji dengan cepat semasa sesi soaljawab dijalankan. Peneguhan positif dapat menanam minat belajar murid dan menimbulkan keseronokkan belajar serta dapat meransang minda murid untuk memberi jawapan yang kreatif.

BERSOALJAWAB DENGAN GURU

d. Aktiviti Permainan Murid belajar dengan isi pelajaran diserapkan dalam bentuk permainan seperti menyampaikan pesanan. Cara melaksanakan permainan ini ialah murid-murid berada dalam bulatan. Guru akan menyampaikan pesanan kepada murid pertama dan murid pertama akan menyampaikan pesanan kepada murid seterusnya. Murid akhir akan menyebut pesanan yang diterima di khalayak. Bagi membuat penilaian dan memilih jawapan yang tepat empat orang murid diminta tampil memberi jawapan dan guru akan memilih jawapan yang tepat. Peneguhan positif yang sesuai dengan situasi nin ialah guru akan menepuknepuk belakang murid yang dapat menerima maklumat yang hampir sama dengan maklumat pertama yang disampaikan sebelumnya. Selain itu, guru juga boleh mengukir senyuman kepada murid-murid sebagai tanda gembira dapat berada dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

AKTIVITI PERMAINAN

e. Aktiviti Belajar Sambil Bermain Aktiviti belajar sambil bermain boleh dijalankan di dalam bilik darjah dalam keadaan terkawal. Tujuan aktiviti ini dijalankan untuk memberi peluang kepada murid-murid mengembangkan potensi jasmani, intelek, rohani dan sosial. Belajar sambil bermain ini dapat menimbulkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Jenis permainan yang selalu dijalankan di dalam bilik

10

darjah iaitu kuiz, teka silangkata, soalan penyelesaian masalah, demonstrasi dan lain-lain. Guru bertindak sebagai pemudahcara dalam memantau murid-murid menyiapkan permainan yang dijalankan di dalam bilik darjah. Semasa guru memberi tunjuk ajar, guru bolehlah memberi peneguhan positif seperti memuji murid-murid apabila mereka bekerjasama menyiapkan tugasan yang diberikan secara ikhlas dan tidak memilih kasih ketika memberi pujian kepada muridmurid dalam kelas. Selain memberi pujian sebagai ransangan kepada murid, guru juga boleh menampal hasil kerja murid di ruang pameran sebagai tanda penghargaan atas bakat dan usaha yang ditunjukkan. Setiap pujian yang diberikan akan dapat memotivasikan murid untuk terus berusaha dan berminat untuk mempelajari kemahiran yang hendak diajar di dalam kelas. Selain aktiviti yang dinyatakan di atas terdapat aktiviti lain yang boleh dijalankan di dalam kelas iaitu lakonan, simulasi, main peranan dan drama. Semua yang dinyatakan ini perlu peneguhan positif bagi meransang minat belajar murid. Kesannya dapat membawa perubahan tingkah laku yang semakin baik setelah didedahkan dengan proses pembelajaran. Sebagai generelisasi mengenai aktiviti yang dijalankan menunjukkan peneguhan positif amat diperlukan semasa proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas. Peneguhan positif seperti pujian, ganjaran dan hadiah amat penting kerana dapat mendorong seseorang pelajar itu mengeluarkan hasil pembelajaran yang baik pada masa hadapan. Manakala peneguhan negatif pula tidak boleh disamakan dengan hukuman atau denda kerana kadangkala membawa kesan positif yang boleh membawa kepada perubahan tingkahlaku murid pada masa hadapan. Ianya bergantung kepada situasi yang sesuai tidak seperti peneguhan positif sesuai dalam apa jua keadaan.

11

BELAJAR SAMBIL BERMAIN

INDIVIDU

PERSEKITARAN

TINGKAH LAKU

PENGARUH TIGA UNSUR DALAM PEMBELAJARAN SOSIAL

2.O MODEL PENGAJARAN SOSIAL Teori pembelajaran sosial menegaskan bahawa pembelajaran manusia berlaku dengan cara memerhatikan orang lain melakukan sesuatu. Teori ini juga menekankan konsep peniruan. Peniruan ini berlaku dalam tiga bentuk
12

iaitu

peniruan

secara

langsung,

peniruan

melalui

sekatlakuan

dan

taksekatlakuan. Menurut Bandura teori pembelajaran sosial ini memberi penekanan tentang bagaimana perilaku manusia dipengaruhi oleh persekitaran melalui peneguhan dan pembelajaran peniruan serta cara berfikir yang kita miliki terhadap sesuatu maklumat. Tingkah laku seseorang mempengaruhi

persekitaran dan menghasilkan peneguhan yang dapat diperhatikan oleh orang lain. Menurut Bandura proses mengamati dan meniru perilaku dan sikap orang lain sebagai model merupakan tindakan pelajar. Dalam teori sosial ini peniruan secara langsung bermaksud murid mengambil benda maujud untuk ditiru dan memindahkan objek kepada gambar atau model baru yang ditiru. Pada peringkat permulaan peniruan secara langsung ini dianggap paling baik dan berkesan kerana murid dapat menghasilkan karya dengan cara berdikari. Peniruan sekatlakuan merupakan peniruan yang berlaku hendaklah mengikut situasi. Sebagai contoh peniruan menjadi tidak relevan apabila seseorang meniru kerana dianggap menciplak atau palagiat. Maka ia dianggap peniruan taksekatlakuan. Peniruan elitasi pula peniruan yang dilakukan secara terus menerus kerana gagal membina kewibawaan diri. Murid ini dianggap tidak berperinsip dan tidak mempunyai jati diri dalam kehidupannya. Peniruan ini berlaku disebabkan oleh pemerhatian dan gerakbalas penglihatan, pengamatan, pendengaran dan responsif deria. Murid mengekspresikan idea dan membuar represent idea yang sedia ada dalam minda murid. Selain itu, peniruan ini berlaku disebabkan oleh memori yang berkekalan. Murid mempunyai penghayatan yangkekal dalam minda mereka. Gerakbalas dari tindakan yang didengar dan dilihat . Apabila gerak balas itu mendapat ganjaran ia akan menjadi prinsip kendiri dan boleh memjadi pemerapan idea pada jangkamasa panjang. Model pengajaran sosial bertujuan membantu murid menajamkan pemikiran melalui interaksi dengan individu lain. Model ini menekankan pengajaran secara bekerjasama dengan orang lain secara produktif.

13

2.1 Implikasi Model Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran.

1)

Guru sebagai role model dan model simbolik.

Guru hendaklah memastikan dia mempunyai tingkah laku dan berpewatakan positif supaya pelajar dapat menirunya. Segala tindakan yang ditunjukkan oleh guru hendaklah yang boleh dicontohi oleh pelajarnya.

2)

Modifikasi tingkah laku.

Guru boleh menunjukkan teladan yang baik seperti bersopan santun dan tidak meninggikan suara di dalam bilik darjah. Sekiranya guru ingin mengubah tingkah laku murid yang kurang menyenangkan kepada yang boleh diterima, guru hendaklah menunjukkan kepada mereka contoh yang terbaik.

3)

Peniruan tidak langsung.

Oleh kerana pengaruh media massa dan internet begitu luas terhadap pelajar daripada model lansung, guru boleh menasihati mereka tentang jenis program yang harus dipilih dan yang harus ditolak.

4)

Contoh dan hasil kerja yang baik.

Guru perlu tunjukkan kepada pelajar dalam kalangan rakan-rakan mereka siapa yang menunjukkan contoh sebagai pelajar yang baik dari segi hasilan kerja mereka. Pelajar boleh belajar daripada rakan-rakan dan meniru ideaidea yang berkualiti yang terdapat dalam kerja-kerja mereka.

5)

Permainan dan simulasi.

Guru boleh mengajar nilai dan peranan watak-watak yang penting melalui situasi main peranan dan simulasi. Pelajar dapat meniru tingkah positif. Situasi dalam main peranan dan simulasi perlu diaplikasikan dalam situasi sebenar.

6)

Rakan sebaya sebagai model.

Guru boleh menggunakan pelajar-pelajar yang popular atau yang berjaya untuk menunjukkan tingkah laku model dalam kelas.
14

KESIMPULAN: Sebenarnya permulaan bagi sesuatu sesi pengajaran itu berlaku sebaik-baik sahaja guru mula melangkah masuk ke dalam bilik darjah. Murid-murid dalam kelas terus memberi perhatian dan mula membuat tanggapan yang tersendiri serta membina sikap tertentu terhadap guru melalui sifat dan perawakan zahir yang diperlihatkan. Guru yang masuk ke kelas dengan penuh ceria dan senyum , dengan mudah mendapat respon yang positif daripada murid. Dengan senyuman, ketegangan dapat dikendurkan dan kebuntuan dapat diatasi, lebih-lebih lagi apabila disusuli dengan sapaan yang bermakna seperti salam atau ucap selamat. Dalam sesuatu sesi pengajaran, apabila salam atau ucap selamat dilafazkan, dengan sendirinya tabir yang menghalang interaksi guru dengan murid mula tersingkap dan seterusnya mencorak situasi perhubungan guru murid dalam proses pengajaran pembelajaran yang selanjutnya. Model sosial direkacipta untuk untuk mengambil peluang demi membina komuniti pembelajaran. Model pengajaran sosial bertujuan untuk membantu muridmurid menajamkan pemikiran melalui interaksi dengan orang lain serta bekerjasama dengan individu lain secara produktif. Melalui aktiviti permainan kanak-kanak diberi peluang untuk mengembangkan potensi jasmani,intelek,rohani dan sosial. Aktiviti ini juga dapat menhilangkan rasa bosan kanak-kanak semasa belajar.Seharusnya kanak-kanak wajib diberi peluang untuk mengembangkan kreativiti mereka dalam alam belajar.

15

RUJUKAN

Noriati A.Rashid,Boon PongYing &Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009).Murid dan Alam Belajar(Siri Pendidikan Guru).Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Khairuddin Mohamad(2009).Literasi Bahasa Melayu.Shah Alam:Oxford Fajar Sdn.Bhd.

fatenmab.blogspot.com/.../model-pengajaran-sosial.. www.authorstream.com/.../izzyati009-775663-mo.. www.scribd.com/.../MODEL-MODEL-PENGAJARAN... www.searchinpdf.com/.../implikasi-model-pengajaran.. Rozajihanieza.blogspot.com/.../implikasi-model-pembelajaran. www.slideshare.net/.../teori-behaviorisme-306892

16

You might also like