You are on page 1of 2

"Assalamualaikum, assalaumualaikum".

"Wa'alaikumussalam, ye adik jual apa hari ni", kata mak cik yg berusia
dalam 30an itu tatkala ia keluar dr pintu rumahnya."Saya jual kuih
karipap,kuih pau, apam gula merah, kuih donat dan kole kacang", jwb budak
lelaki tersebut."Kalau mcm tu, bg makcik apam 2 ringgit, karipap 2
ringgit", pinta mak cik tersebut sambil menghulurkan duit sbyk RM4.00.
"Sy jual ye mak cik", kata budak itu smbil tersenyum.
"Mak cik beli",sahut mak cik itu, juga sambil tersenyum.

Begitulah rutin harian budak lelaki itu. Tatkala semua budak2 yg sebya
dgnnya yg lain sdg belajar di sekolah, dia dan adiknya membawa bakul dgn
basikal dr rumah ke rumah untuk menjual kuih. Umurnya baru 10 thn, muda,
sungguh muda. Ibunya sudah bgn seawal jam 3 pg utk menyiapkan semua kuih
tu. Ayahnya? Ayahnya terlibat dgn kemalangan di tempat kerja, ditimpa
kayu balak n sdg terlantar di ats katil, jd ibunya lah yg bertgunggjwb
mencari duit utk menyara keluarga.

Bukan mudah menjual kuih dr rumah ke rumah. Kadang2 ada tuan rumah yg tdk
mahu walaupun hanya utk mnjwb salam budak itu. Tp budak itu faham,
kehadirannya tdk sentiasa dialu2kn. Dia bukan lah tgl di kwsn perumahan
org kaya, yg mampu membeli sarapan mereka stp hari. Mereka lebih suka
membuat sarapan sendiri, jimat katanya. Ada juga suatu masa, budak itu
dihalau kerana dianggap memekak pagi2 buta tatkala mereka sdg msh enak
dibuai mimpi. Memekakkah ucapan salam itu?

Budak itu tdk bersekolah kerana masalah keluarga. Bahkan budak itu perlu
mencari wang utk memastikan perut dia dan keluarganya diisi. Pagi jula
kuih, balik dr jual kuih, dia pergi ke kilang bilis. Disana dia bekerja
mengasingkan ikan2 selain drp ikan bilis. Dan tgh hr dia akn balik ke
rumah utk memasak nasi dan lauk-pauk. Membungkusnya dan mmbwny ke kilang
tersebut kerana disanalah juga di mana ibunya bekerja. Pada waktu petang
barulah dia dan ibunya pulang ke rumah.Memasak ketika berusia 10 thn?

Tiga tahun telah berlalu, dan sekarang beliau sudah kembali bersekolah.
Pada waktu pg beliau bekerja di kilang, menyiang sotong yg akan dieksport
ke luar. Kerjanya bukan mudah, lebih2 lg bagi pelajar tingkatan satu yg
berbdn agak kecil sepertinya.Pada waktu tgh hari beliau akn pulang ke
rumah, memasak dan seterusnya pergi ke sekolah.

Ketika tingkatan 3, beliau bkerja pula di ladang kelapa sawit. Kerjanya


makin berat. Ini adalh kerana kilang sotong tersebut telah bertukar
tempat. Kerjanya agak mudah, iaitu mengangkat buah2 kelapa sawit dr
kawasan dalam dan longgokkannya di tepi jalan utama. Pg dia ke sekolah,
dan petang beliau kerja ladang. Meracun, membaja, tanam anak pokok dan
menebas, semuanya dia buat. Pada masa ni badannya dah besar, bahkan lebih
besar daripada ayahnya, biasalah, baru lepas baligh. Walaupun stp hari
bermandi peluh, namun udara di ladang sgt nyman.

Pernah juga dia cuba kerja kontrak, kerja buat rumah sebab gajinya lebih
mahal. Pada waktu cuti hujung tahun, beliau mengikut ayahnya kerja di
tapak pembinaan rumah. 3 hari selepas itu budak itu demam dan terlantar
di rumah. Ibunya membebel kerana budak itu tdk mendengar nasihatnya dulu
bahawa diladang udara nyaman dan sejuk berbanding di tempat kerja kontrak
yang panas terik dan berhabuk. "Hahaha... walaupun bdn aku lbh besar drp
ayah, tp ayh jauh lebih kuat drp aku, hahahaha...", katanya dalam hati
sambil mentertawakan dirinya sendiri.

You might also like