You are on page 1of 18

PEMARKAHAN

PPGPJJ SEMESTER 3 SESI 2012/2013

KEA3013 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

TAJUK ESEI ILMIAH

Tugasan 2 Teori Perkembangan Artistik dan Analisa Lukisan

DISEDIAKAN OLEH

NAMA

NO. MATRIK

AZIZUL RAHMAN BIN ISMAIL

D20112055663

PUSAT PEMBELAJARAN: GROUP EL-A27 (A122PJJ) NAMA TUTOR E-LEARNING: PN. HASHIMAH BINTI HUSSEIN TARIKH SERAH: 22 APRIL 2013

ISI KANDUNGAN 1.0 2.0 Pengenalan Teori Pekembangan Artistik 2.1 Teori Viktor Lowenfeld 2.2 Teori Hurwitz Dan Michael Day 2.3 Teori Georges-HenriLuquet Analisa Lukisan Kanak-kanak Kesimpulan

muka surat 3 3 3-5 57 8 9 -16 17

3.0 4.0

5.0

Rujukan

18

10. PENGENALAN Melukis adalah adalah satu bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya bertutur. Melalui lukisan ianya dapat menjadi alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat memberikan kepuasan selain meluahkan perasaan dan emosi serta membina kekuatan otot. Ianya juga membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak. Perkembangan artistik kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh persekiran dan suasana mereka membesar. Oleh itu kanak-kanak kebiasaanya melukis berdasarkan kepada apa yang dilihat mengikut tahap pemahaman mereka.

2.0 TEORI PERKEMBANGAN ARTISTIK 2.1 Teori Viktor Lowenfeld Perkembangan artistik Viktor Lowenfeld (1947) dibahagikan kepada enam tahap. Tahap pertama untuk kanak-kanak dua tahun iaitu tahap contengan (scribbling stage). Tahap kedua untuk kanak-kanak tiga hingga empat tahun iaitu tahap pra skematik (The preschematic stage). Tahap ketiga untuk kanak-kanak enam tahun iaitu tahap skematik (The schematic stage). Tahap keempat untuk kanak-kanak lapan hingga sepuluh tahun iaitu tahap kumpulan : permulaan realisme (The gang stage : The dawning realism). Tahap kelima untuk kanakkanak dua belas tahun iaitu tahap pseudo-naturalistik (The pseudo-naturalistic stage) dan tahap keenam untuk remaja empat belas hingga enam belas tahun iaitu waktu untuk membuat keputusan (The period of decision).

Peringkat Scribbling (2-4 tahun) Kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. Proses menconteng menyebabkan pergerakan badan dan membangunkan koordinasi otot-otot tangan. Apabila kanak-kanak telah mampu menguasai pergerakan tangan dan badan, mereka mula melukis dari peringkat bulatan. contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis

Peringkat Pre-schematic ( 4-7 Tahun ) Memperlihatkan peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek disekelilingnya dengan menggunakan garisan Contoh :Ibu bapa dan orang yang rapat dengan mereka dilukis dengan mempunyai karakter tangan dan kaki dan dilukis seolah-olah terapung dan dengan saiz imej yang berbeza-beza.

Peringkat Schematic ( 7-9 Tahun ) Kanak-kanak kurang cenderung untuk melukis imej objek berbanding pada peringkat awal tadi. Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Penekanan lebih diberikan pada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat di sekelilingnya.Contoh : Kanak-kanak mula membuat percubaan dengan membahagikan ruang pada kertas lukisan kepada 2 bahagian iaitu satah udara dan tanah. Bagi pemandangan satah bawah objek disusun secara melintang dan sama manakala objek udara pula dibiarkan kosong. Selain itu, lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar. Tidak peka dengan karya mereka sendiri dan tidak kisah dengan lukisan yang dihasilkan oleh rakan sebaya mereka dan gemar untuk berkongsi.

Peringkat Dawning Realism / The Gang Age ( 9-12 Tahun ) Kanak-kanak melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. Perubahan pada peringkat ini adalah terhadap imej yang dilukis secara realistik dan teliti. Imejlukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka mula membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan.

Peringkat Pseudo-naturalistic / Reasoning ( 12-14 tahun ) Kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik dalam menghasilkan lukisan . Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej. Mereka lebih gemar melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata dengan lukisan menerusi

imaginasi. Lukisan yang dihasilkan jarang dikongsi bersama dengan rakan sebaya dan perasaan malu dan rendah diri akan timbul sekiranya lukisan yang dihasilkan tidakmenarik

Peringkat Period If Decision / Adolescent Art In High School ( 14-17 tahun ) Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan penciptaan objek. Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni.

2.2 Teori Hurwitz Dan Michael Day Perkembangan artistik Hurwitz dan Michael Day (1995) dibahagikan kepada tiga tahap iaitu tahap pertama untuk kanak-kanak dua hingga empat tahun iaitu tahap manipulatif atau zaman awal kanak-kanak. Tahap kedua untuk kanak-kanak enam hingga sembilan tahun iaitu tahap membuat simbol. Tahap ketiga untuk kanak-kanak sepuluh hingga tiga belas tahun iaitu tahap pra remaja. Bagi kanak-kanak di taska, tadika, tahun satu dan dua sekolah rendah, mereka akan mengalami tahap perkembangan artistik Al Hurwitz dan Michael Day dari tahap satu hingga permulaan tahap dua.

(a) Peringkat Manipulatif atau Zaman Awal Kanak-kanak (2-4 Tahun) Pada peringkat ini, kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan kerana usia mereka yang masih muda, selalunya di dalam lingkungan umur dua hingga lima tahun. Lukisan yang dihasilkan juga selalunya tidak terkawal dan banyak terdapat didinding, di atas meja dan kertas lukisan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan dan medium seperti krayon, pensil serta bahan-bahan lain. Penghasilan karya pada usia ini tidak bersifat realistik dan banyak menggunakan lukisan garisan bagi menggambarkan sesuatu imej. Pada usia ini, kanak-kanak lebih gemar untuk mencuba dan bereksperimentasi dengan pelbagai jenis garisan yang boleh dihasilkan melalui pelbagai media.

Secara umumnya terdapat empat peringkat contengan pada peringkat manipulatif iaitu contengan garisan tidak terkawal, contengan garisan terkawal, contengan rupa terkawal dan contengan rupa. Contengan garisan tidak terkawal berlaku kerana kanak-kanak

tidak mempunyai daya kawalan dan garisan yang dihasilkan biasanya berulang-ulang. Di peringkat contengangarisan terkawal pula garisan yang dihasilkan lebih menampakkan kawalan yang matang dibandingkan dengan peringkat pertama. Sementara itu, contengan rupa terkawal memperlihatkan kebolehan kanak-kanak yang mula melukis rupa dan mengulanginya mengikut kehendak mereka. Akhir sekali adalah contengan rupa, di mana pada peringkat ini kanak-kanak berupaya mengenal pasti rupa dan menyebut rupa yang dihasilkan. Pada peringkat ini juga lukisan yang dihasilkan adalah lebih kepada kepuasan dan keseronokan kerana mereka diberi peluang untuk melukis dan menggunakan alatan melukis seperti pen dan pensil. Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah cara kanakkanak memegang alatan untuk melukis. Pada usia ini alatan tulis yang dipegang adalah mengikut keupayaan cara dan gaya yang disukai oleh mereka. Keupayaan menconteng sangat bergantung kepada keupayaan otot dan keselarasan koordinasi diantara mata dan tangan. Fokus imej yang dihasilkan pada peringkat ini adalah lukisan garisan yang pelbagai.

(b) Peringkat Membuat Simbol (6-9 Tahun) Daripada peringkat lukisan contengan, kanak-kanak mula beralih ke peringkat menghasilkan simbol. Peringkat penghasilan simbol bermula pada umur empat sehingga kanak-kanak berumur lapan tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak sangat terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya. Persekitaran memainkan pengaruh besar dan lukisan yang biasa dihasilkan adalah seperti rumah, kereta, bunga, alat permainan dan sebagainya. Imej dalam lukisan figura merupakan imej yang paling dominan.

Simbol dan imejan yang dilukis oleh kanak-kanak ini biasanya didahului dengan imej mereka sendiri, kemudian diikuti dengan keluarga terdekat seperti ibu bapa diikuti rakanrakan. Pada peringkat inijuga, simbol yang dihasilkan oleh kanak-kanak mudah untuk dikenal pasti kerana kanak-kanak mempunyai kawalan yang seimbang dan teratur dari segi pergerakan tangan. Di peringkat awal penghasilan imej simbolisma, imej-imej yang

dihasilkan melalui lukisan terdiri daripada pelbagai saiz. Umumnya, seseorang yang penting di dalam kehidupan kanak-kanak tersebut digambarkan lebih besar saiznya berbanding dengan imej figura yang lain. Sebagai contoh, bapa digambarkan lebih besar daripada imej ahli keluarga yang lain melambangkan kekuasaan dan kekuatan yang di miliki oleh bapa selaku ketua keluarga.

Dalam sesetengah keadaan, imej diri kanak-kanak itu juga mempunyai saiz yang lebih besar berbanding dengan imej figura yang lain. Pada permulaan peringkat pertama simbolisma ini, penggunaan warna terhadap imej tidak menjadi fokus utama dan tidak ketara. Pada peringkat kedua pula, penggunaan warna keatas imej mula diperlihatkan. Sebagai contoh, imej langit dikaitkan dengan warna biru, warna kuning untuk matahari dan warna hijau bagi menggambarkan rumput atau tumbuhan. Pada peringkat ketiga simbolisma, lukisan yang dihasilkan lebih menumpukan kepada imej yang konkrit iaitu imej yang dilihat berbanding dengan imej yang mereka tahu.

(c) Pra-Remaja (10-13 Tahun) Peringkat Pra-remaja dikatakan peringkat transisi zaman kanak-kanak ke

zamanremaja.Terdapat percubaan untuk melukis figura dengan saiz yang betul. Lukisanfigura pula mula dilukis dengan menitikberatkan daya saiz sebenar objek. Sebagai contoh, figura manusia mula dilukis dengan melihat kadar banding pada objek tersebut tanpa membuat penambahan. Lukisan pada peringkat ini dikatakan lebih rasional kerana selain daripada kedudukan dan saiz figura yang betul, mereka juga telah mula mementingkan warna yang tepat selain dari memasukkan bayang-bayang pada objek supaya imej yang dihasilkan seolaholah nampak realistik. Pada peringkat ini juga, mereka mula menggunakan kaedah perspektif bagi membezakan saiz imej dimana mereka cuba memahami konsep ruang iaitu objek yang jauh bersaiz lebih kecil berbanding dengan objek yang lebih dekat.

2.3 Teori Georges-Henri-Luquet Teori perkembangan artistik kanak-kanak yang diperkenalkan oleh Luquet (1926) bermuladaripada peringkat contengan. Menurut Luquet, perkembangan dan aktiviti melukis kanak-kanak pada peringkat ini adalah lebih kepada aktiviti peniruan dan diterjemahkan mengikut gaya contengan mereka. Namun secara ringkasnya terdapat tiga peringkat perkembangan artistik kanak-kanak yang diperkenalkan dan diistilahkan oleh Luquet iaitu peringkat Fortuitous Realism atau penemuan imejan realism secara tidak sengaja, peringkat kedua adalah Failed Realism, dan peringkat ketiga adalah Intelectual Realism dan peringkat akhir adalah Visual Realism.

(a)Peringkat Fortuitous Realism Peringkat ini ialah peringkat awal lukisan kanak-kanak di mana imejan yang cuba dihasilkan pada peringkat contengan telah membentuk imej dan objek yang hampir sama dengan objek sebenar. Apa yang menarik ialah keserupaan imejan yang dihasilkan adalah secara tidak sengaja.

(b)Peringkat Failed Realism Imej yang diperolehi secara tidak sengaja diperbaiki dan diperhalusi bagi mendapatkan imej sebenar. Lukisan yang hampir sama dihasilkan berulang kali. Namun usaha yang dilakukan tidak dapat diteruskan kerana imej objek tersebut kerap berubah daripada imej asal yang diperolehi secara tidak sengaja tadi.

(c) Peringkat Intelectual Realism Pada peringkat ini kanak-kanak mula melukis mengikut apa yang mereka tahu dan apa yang mereka lihat. Penghasilan karya kanak-kanak adalah dalam bentuk lukisan yang lebih ringkas namun dilukis dengan agak baik.

(d) Peringkat Visual Realism Peringkat akhir ini memperlihatkan keupayaan kanak-kanak untuk melukis imej yang mempunyai perspektif dan kadar banding. Percubaan untuk melukis imej 3 dimensi di atas kertas lukisan dapat dilihat pada peringkat ini dan percubaan melukis imej secara 3 dimensi dianggap satu kejayaan dan pencapaian baik.

3.0 ANALISIS LUKISAN KANAK-KANAK

i.

Hasil seni umur 3 tahun

Gambar diatas menunjukkan satu hasil seni yang dibuat oleh seorang kanakkanak perempuan yang berusia 3 tahun. Hasil lukisan ini dibuat oleh adik Khairun Hamizah yang belajar di sebuah taska. Tema bagi lukisan ini adalah keluarga saya. Melalui pemerhatian yang dibuat pada lukisan tersebut, ianya jelas menunjukkan bahawa kanak-kanak yang berusia diantara 2 hingga 4 tahun menggambar sesuatu lukisan mereka melalui naluri dan tindakan refleksi. Kanakkanak pada usia begini tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan. Lukisan yang dihasilkan tidak bersifat realistik dan banyak menggunakan lukisan garisan bagi menggambarkan sesuatu imej. Kebiasaanya kanak-kanak peringkat ini gemar bereksperimentasi dengan pelbagai garisan dan warna. Cara memegang alatan juga adalah mengikut gaya yang digemari mereka. Ini bertepatan dengan apa yang dinyatakan dalam Teori Lowenfeld yang menamakan peringkat usia ini adalah peringkat Scribbing, iaitu peringkat dimana kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. Bagi Teori Hurwitz dan Day pula pada menyatakan usia 2 hingga 4 tahun adalah diperingkat manipulatif atau zaman awal kanak-kanak. Kanak-kanak diusia ini tidak mempuyai kawalan pada pergerakan tangan.

ii.

Hasil seni umur 4 tahun

Adik Khairun Hamidan telah menghasilkan lukisan yang bertemakan rumah saya. Adik Khairun ini merupakan kanak-kanak disebuah Taska Permata KEMAS yang berusia 4 tahun. Hasil lukisan yang dibuat oleh Adik Khairun ini menunjukkan peningkatan dari segi contengannya. Terdapat kematangan dari segi kawalan pergerakan tangan dan imej yang dibuat. Jika dibandingkan dengan hasil usia 3 tahun, terdapat rupa bentuk pada pada imej yang ingin dilukis. Kanak kanak pada peringkat ini berupaya menonjolkan bentuk dan rupa idea mereka. Mungkin ini disebabkan oleh ransangan yang diterima ketika belajar di Taska Permata KEMAS. Berdasarkan kepada Teori Georges-HenriLuquet pada peringkat ini ianya disebut Fortuitous Realism. Imej yang dihasilkan adalah hampir sama dengan objek yang sebenar. Jika dilihat pada hasil lukisan Khairun imej rumah yang dihasilkan hampir menyerupai bentuk rumah yang sebenar.

10

iii.

Hasil seni umur 5 tahun

Lukisan ini dihasilkan oleh kanak kanak yang berusia 5 tahun. Adik Ammar Haziq telah melukis pada papan tulis. Tema bagi lukisan ini adalah saya dan ayah. Berdasarkan kepada hasil lukisan yang dibuat oleh Ammar, imej orang yang dihasilkan telah dapat dibentuk. Kebiasaanya lukisan yang di lukis oleh kanakkanak pada peringkat ini adalah berkaitan dengan watak atau orang rapat dengan mereka. Pada lukisan yang dihasilkan terdapat perbezaan watak yang boleh dilihat dari segi saiz dan rupa. Bagi watak ayah yang dihasilkan kelihatan saiz yang sedikit besar dan mempunyai janggut.

iv.

Hasil seni umur 6 tahun

Diperingkat ini kebiasaanya kanak-kanak melukis bentuk-bentuk yang terdapat dipersekitarannya. Lukisan yang dihasilkan juga adalah berbentuk konkrit. Persekitaran kanak-kanak telah memberi pengaruh yang besar dalam

11

menghasilkan lukisan mereka. Gambar yang dilukis telah mula dikenali imejnya seperti yang ditunjukkan dalam lukisan diatas. Imej yang digambarkan adalah berdasarkan kepada apa yang berada disekeliling mereka. Gambar kucing yang terdapat di dalam lukisan adalah satu contoh dimana objek yang biasa dengan persekitaran mereka. Unsur ruang cuba dinampakkan berdasarkan kepada jarak antara setiap watak yang dilukis. Menurut teori perkembangan artistik Lowenfeld, peringat ini dinamakan peringkat Prescematic. Dalam peringkat ini kanak-kanak dapat menghasilkan watak yang mudah serta objek yang berada dekat dengannya. Tanda tanda contengan juga mula hilang serta peranan warna, saiz dalam watak yang dihasilkan dapat dilihat dengan jelas.

v.

Hasil seni umur 7 tahun

Lukisan yang dihasilkan ini adalah dari adik Nurzahirah binti Nasir yang berusia 7 tahun. Tema bagi lukisan ini adalah rumah saya. Berdasarkan kepada lukisan yang dihasilkan oleh Nur zahirah ini dengan teori perkembangan artistik oleh Hurwitz dan Day, peringkat membuat simbol adalah pada usia begini. Di peringkat awal penghasilan simbolisma adalah imej yang dihasilkan melalui lukisan terdiri daripada pelbagai saiz. Umumnya simbol yang dihasilkan oleh kanak-kanak pada peringkat ini mudah untuk dikenali kerana kanak-kanak mempunyai kawalan yang seimbang dan teratur dari segi pergerakan tangan.

12

Selain itu juga penggunaan warna terhadap imej yang dihasilkan mula diberi perhatian. Bagi contoh lukisan Nurzahirah, imej matahari diberikan warna yang sesuai iaitu warna oren. Ini adalah peringkat kedua dalam simbolisma.

vi.

Hasil seni umur 8 tahun

Kanak-kanak pada peringkat schematic dalam teori Lowenfeld dan Day lebih tertarik melukis gambar manusia dan objek-objek yan gmenarik perhatian mereka. Dalam lukisan yang ditunjukkan ini unsur geometri seperti bulatan, segiempat dan segitiga. Lukisan yang dihasilkan ini juga lebih bersifat hiasan (dekoratif). Penekanan yang diberi pada lukisan ini adalah tentang cara penyusunan objek dan percubaan membahagikan ruang kertas lukisan dimana lukisan diberikan dua bahagian iaitu satah udara dan tanah. Selain itu juga lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar.

13

vii.

Hasil seni umur 9 tahun

Pada peringkat ini kanak-kanak sudah pandai bermain dengan warna dan melukis apa yang mereka tahu. Dalam teori perkembangan artistik kanak-kanak menurut Georges Henri-Luquet ianya dipanggil peringkat Intelectual Realism. Penghasilan karya dalam lukisan ini adalah ringkas namun bentuk dan imej yang dilukis adalah baik. Watak dalam lukisan ini juga lebih realistik dan teliti. Menurut Teori Lowenfeld ini dipanggil peringkat Realism. Watak ayah dan ibu yang dihasilkan oleh kanak-kanak ini juga jelas. Penggunaan warna dan pakaian yang dilukis sesuai dengan keadaan sebenar. Tona warna bagi objek objek yang berada didalam lukisan ini menunjukkan kanakkanak ini dapat menyesuaikan warna dengan keadaan.

viii.

Hasil seni umur 10 tahun

14

Menurut Teori Perkembangan Artistik oleh Huritz dan Day pada usia 10 tahun, kanak-kanak yang menghasilkan lukisan mereka adalah kepada melukis figura dengan saiz yang betul. Peringkat ini dinamakan peringkat Pra-Remaja. Peringkat ini dikatakan sebagai satu transisi atau perubahan zaman kanak-kanak ke zaman remaja. Berdasarkan lukisan yang dihasilkan oleh kanak kanak ini kita dapat melihat dengan jelas tentang saiz objek yang dihasilkan. Saiz kenderaan yang dilukis oleh kanak-kanak ini sesuai dengan latarbelakang pokok serta rumput yang dilukis. Kanak-kanak ini boleh menghasilkan lukisan yang kelihatan realistik dengan menggunakan perspektif bagi menggambarkan saiz yang berbeza. Jika dilihat rumput yang berada dihadapan kelihatan besar menunjukkan wujudnya perspektif dalam lukisan yang dihasilkan. Penggunaan dan pengawalan warna semasa mewarna juga menampakan kematangan dimana setiap ruang lukisan dipenuhi dengan warna.

ix.

Hasil seni umur 11 tahun

Pada peringkat ini kanak-kanak mula menyedari tentang diri sebagai seorang ahli rakan sebaya dan masyarakat. Kumpulan rakan sebaya lebih menarik perhatian mereka. Objek atau gambar yang dilukis adalah berdasarkan kepada kesedaran tampak sahaja bukan melalui pengamatan. Berdasarkan lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak ini jelas menunjukkan situasi dimana peringkat the gang age dalam teori Lowenfeld. Menggunakan warna bagi menggambarkan sesuatu objek seperti hijau adalah rumput, biru adalah langit, putih adalah awan dalam lukisan yang dihasilkan. Kanak-kanak pada tahap ini juga banyak memasukkan objek dalam lukisan mereka.

15

x.

Hasil seni umur 12 tahun

Lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak ini adalah berkaitan dengan satu watak komik kegemarannya. Berdasarkan kepada hasil lukisan tersebut, jelas menunjukkan unsur realistik didalam menghasilkan lukisan. Peringkat ini dinamakan peringkat Pseudonaturalistic atau reasoning dalam teori Lowenfeld. Kanak-kanak ini menghasilkan lukisan figura dengan menitikberatkan saiz rasional imej. Setiap garisan yang dibuat dihasilkan dengan teliti bagi mewujudkan imej yang keadaaan sebenar. Pada peringkat ini juga kanak-kanak lebih gemar melukis melalui konsep peniruan atau melaui objek dihadapan mata. Ini jelas dilihat berdasarkan lukisan kanak-kanak ini dimana penghasilan watak komik yang berdasarkan peniruan dari buku cerita.

16

4.0 KESIMPULAN Setelah dianalisis kesemua contoh contoh lukisan yang dihasilkan oleh kanakkanak dari pelbagai peringkat umur dapat di simpulkan bahawa perkembangan artistik kanakkanak banyak dipengaruhi oleh suasana persekitaran mereka membesar. Persekitaran yang sihat dapat membantu perkembangan artistik dengan cara yang positif. Aktiviti seni dapat disesuaikan mengikut perkembangan kreatif dan mental seterusnya perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Tahap perkembangan dan pertumbuhan yang sihat dari segi fizikal, mental, emosi sosial dan intelek serta estatika boleh diaktifkan melalui pengetahuan sedia ada. Ini secara tidak langsung memberikan perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak akan berlaku dengan sihat tanpa disedari. Berdasarkan kepada pengetahuan ini, pelbagai aktiviti boleh dilakukan oleh guru atau ibubapa dalam merancang aktiviti yang sesuai.

17

5.0 RUJUKAN Loy Chee Luen (2011), Perkembangan Seni dan Kraf Kanak-kanak, Gerak Ilmu Sdn. Bhd. Mohd Azhar Abdul Hamid (2004), Kreativiti: Konsep Teori dan Praktis.Universiti Teknologi Malaysia. Modul KAE3013 (2013) Ekspresi Kanak-Kanak. Univiersiti Pendidikan Sultan Idris. Tanjung Malim

http://www.edumantra.in/blog/ http://rujuknota.blogspot.com/2011/11/perkembangan-artistik-kanak-kanak.html http://psvisual.wordpress.com/2010/04/30/teori-perkembangan-artistik-oleh-hurwitz-dan-day/ http://psvisual.wordpress.com/2010/04/30/teori-perkembangan-artistik-kanak-kanak-olehlowenfeld-dan-britain/ http://cantiksenikasih.blogspot.com/2012/01/perkembangan-artistik-kanak-kanak.html

18

You might also like