You are on page 1of 32

SHE 1113 PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN Hamzaniza Nor Bt.

Hamdan (D20071029716)

RANCANGAN PERNIAGAAN
NAMA PERNIAGAAN : PC DOT COM
ALAMAT PERNIAGAAN : TINGKAT BAWAH, BANGUNAN PINTAR, JALAN MESRA,
95000 KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.
NO. TEL : 084-494143
NO. FAX : 084-494144
ALAMAT EMEL : pcdotcom@yahoo.com
RUJUKAN/ KONTEKS : FARHANA BINTI HAMZAH
TARIKH PENUBUHAN PERNIAGAAN ; JUN 2006

SHE 1113 PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN Hamzaniza Nor Bt. Hamdan (D20071029716)

ISI KANDUNGAN
Tajuk

Muka Surat

1. Rumusan Eksekutif

3-5

2. Latar Belakang Syarikat

6-7

3. Latar Belakang Projek

8 - 10

4. Produk dan Perkhidmatan

9 - 12

5. Rancangan Pemasaran

13 - 18

6. Analisis Pesaing

19

7. Rancangan Pengurusan

20 - 22

8. Rancangan Kewangan

23 - 30

9. Rumusan

31

10. Bibliografi

32

SHE 1113 PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN Hamzaniza Nor Bt. Hamdan (D20071029716)

RUMUSAN EKSKUTIF

Baru! Berbeza! Diperbuat dari peralatan yang terbaik! Berapa kalikah kenyataan
seperti ini timbul mengenai sesuatu produk di pasaran. Berapa kalikah telah anda
kecewa setelah anda membeli produk sebegini. Jangan putus asa, teruskan membaca
dan anda akan yakin bahawa PC Dot Com tidak akan mengecewakan anda. PC Dot
Com pasti akan memenuhi apa yang dilaung dan akan berusaha untuk mengekalkan
kepuasan anda.

PC Dot Com adalah sebuah syarikat milik persendirian yang menjual perkakasan
komputer dan perisian serta menawarkan perkhidmatan penyenggaraan komputer. Cik
Farhana, pemilik syarikat ini mempunyai 2 tahun pengalaman dalam perniagaan
komputer. Walaupun tidak mempunyai kelayakan profesional namun beliau mempunyai
pengalaman hands on yang lebih berguna semasa beliau bekerja di sektor
perkilangan.

Cik Farhana pula dibantu oleh dua orang adik, sepupu dan abang iparnya.
Syarikat ini diuruskan sebahagian besarnya oleh ahli keluarga berikutan persaingan
yang sengit dari segi harga. Kedua-dua orang adik beliau mempunyai pengalaman
mengurus di sektor perkilangan. Sumbangan mereka dari segi pengalaman dan kreativiti
berupaya untuk menjayakan syarikat ini. Manakala sepupu beliau, Cik Farishah Ain pula
membantu sebagai pekerja am. Encik Haziq Qayyum pula merupakan abang ipar Cik
Farhana, berkelulusan Sarjana Sains Komputer, beliau mempunyai kelayakan
profesional dan juga wawasan untuk memajukan syarikat dari segi keupayaan teknikal
beliau dalam perkakasan dan perisian komputer. Tambahan pula beliau mempunyai

SHE 1113 PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN Hamzaniza Nor Bt. Hamdan (D20071029716)

ramai

kenalan

dalam

dunia

perniagaan

yang

dapat

membantu

dalam

perkembangan PC Dot Com.

Sasaran pasaran PC Dot Com adalah terdiri daripada 3 kumpulan iaitu


pengguna akhir, sektor kerajaan dan juga pengedar kecil-kecilan. Termasuk dalam
pelanggan potensi PC Dot Com adalah mereka yang belum lagi memiliki komputer dan
juga mereka yang sudah pun memiliki komputer tetapi tidak puas hati dengan
perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat langganan mereka sekarang.

Komponen utama dalam strategi perniagaan PC Dot Com adalah dari segi
perkhidmatan, PC Dot Com berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik
kepada pelanggannya. Kaedah ini telah berjaya menarik lebih ramai pelanggan untuk
berlanggan dengan syarikat ini. PC Dot Com juga tidak akan bersaing dari segi harga
tetapi cuba menyedarkan pelanggan bahawa perkhidmatan selepas jualan adalah juga
sama penting.

Semua sumber kewangan sebelum ini adalah dari simpanan pemilik dan juga
ahli keluarganya. Dengan rancangan perkembangan yang dicadangkan pemilik
merasakan bahawa PC Dot Com memerlukan kewangan tambahan sebanyak
RM150,000. Sumber ini bukanlah sebagai pinjaman jangka panjang (term loan) tetapi
sebagai overdraf. PC Dot Com menjangka tidak akan menghadapi masalah dari segi
pembayaran balik kerana jika dilihat dari segi ramalan jualan dan keuntungan syarikat,
syarikat berupaya untuk terus maju dan membayar semua tanggungan syarikat tanpa
apa-apa masalah.

SHE 1113 PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN Hamzaniza Nor Bt. Hamdan (D20071029716)

PC Dot Com adalah hasil misi syarikat untuk mengutamakan perkhidmatan


kepada pelanggan dan bukan semata-mata untuk menjual produk sahaja. Garis
panduan yang diterokai ini berupaya untuk memberikan pulangan yang lumayan di
masa akan datang.
Berbeza dengan pesaing dekat PC Dot Com yang menawarkan harga rendah
dan perkhidmatan yang tidak menentu, PC Dot Com akan memberikan perkhidmatan
yang terbaik kepada pelanggan. Ini akan menarik pelanggan berkunjung semula ke PC
Dot Com untuk mendapatkan khidmat yang terdapat di PC Dot Com.
Manakala dari aspek sandaran, setakat ini PC Dot Com tidak mempunyai manamana sandaran.

SHE 1113 PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN Hamzaniza Nor Bt. Hamdan (D20071029716)

LATAR BELAKANG SYARIKAT


Nama Syarikat

: PC Dot Com
(Syarikat Persendirian)

Alamat Berdaftar

: No. 143, Jalan Kenyalang,


Taman Sri Mawar,
95000 Samarahan, Sarawak.

Tapak Perniagaan

: Tingkat Bawah,
Bangunan Pintar,
Jalan Mesra,
95000 Samarahan, Sarawak.

No. Telefon

: 084-494143

No.Fax

: 084-494144

Alamat Emel

: pcdotcom@yahoo.com

Tarikh & No. Pendaftaran

: 6 April 2006
13579246 T

Tarikh Beroperasi

: 6 Jun 2006

Modal Sumbangan

: RM 55,000.00

Jenis Perniagaan

: Pengedar dan pembekal komputer serta perisian


komputer; perkhidmatan penyenggaraan dan percetakan.

Milikan Modal

: 100 % Bumiputera

Pemilik

: Haziqah Farhana Bt. Hamzah

No. Kad Pengenalan

: 790505-13-5656

Bank

: Bank Bumiputera Malaysia Berhad (BBMB)

No. Akaun Syarikat

: 08-088-08-012345-8

SHE 1113 PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN Hamzaniza Nor Bt. Hamdan (D20071029716)

Syarikat persendirian milik Cik Farhana ini mula beroperasi pada 6 Jun 2006.
Teras perniagaannya ialah perkakasan dan perisian komputer serta perkhidmatan
penyenggaraan. Cik Farhana mendapat ilham untuk menjalankan perniagaan ini apabila
Kementerian Pendidikan mula memperkenalkan mata pelajaran komputer di sekolahsekolah dan juga minat rakyat Malaysia terhadap komputer. Perniagaan komputer dan
perkhidmatan penyenggaraan komputer dijangka meningkat pada kadar pertumbuhan
yang memberangsangkan pada masa akan datang.

Cik Farhana yang memiliki Diploma Teknologi Maklumat dan Ijazah Sarjana
Muda Pengurusan dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor

berjaya

meyakinkan ahli keluarganya, terutama dua orang adiknya untuk turut melabur dan
bersama-sama membangun syarikatnya. Pelanggannya tidak terhad kepada pelajar
sahaja, malahan digunakan oleh setiausaha, guru, sehinggalah kepada suri rumah.
Dengan perlantikan abang iparnya sebagai pengurus teknikal Cik Farhana berharap
untuk menerokai pasaran agensi kerajaan dan sektor perkilangan serta meningkatkan
perkhidmatan penyenggaraan.

Maklumat Pengurusan

Cik Haziqah Farhana Binti Hamzah

Pengurus

Encik Hafiz Fairuz Bin Hamzah

Pengurus Kewangan

Encik Hanif Fauzan Bin Hamzah

Eksekutif Jualan

Cik Farishah Ain Binti Salim

Pekerja Am

Encik Haziq Qayyum Bin Hashim

Pengurus Teknikal

SHE 1113 PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN Hamzaniza Nor Bt. Hamdan (D20071029716)

LATAR BELAKANG PROJEK


a)

Lokasi Projek

Pada masa ini, PC Dot Com beroperasi di tingkat bawah Bangunan Pintar. Kedudukan
ini boleh dikatakan strategik kerana ianya merupakan laluan bagi pelajar dan kakitangan
UNIMAS. Selain itu, penduduk di kawasan Taman Sri Mawar boleh mengunjungi premis
ini kerana kawasan taman perumahan tersebut yang terletak tidak jauh dari kawasan
premis perniagaan.

Butir-butir premis perniagaan, kadar sewa dan pemilikannya adalah seperti berikut :Nama Pemilik Bangunan

: Christie Enterprise Sdn. Bhd.

Alamat

: Lot 4, Tingkat Bawah, Bangunan Pintar,


Jalan Mesra, 95000 Kota Samarahan,
Sarawak.

Kadar Sewaan (sebulan)

: RM3,000

Tempoh Sewaan

: 3 tahun

SHE 1113 PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN Hamzaniza Nor Bt. Hamdan (D20071029716)

b)Kedudukan Fizikal

Keluasan premis adalah 1400 kaki persegi. Keluasan ini sudah mencukupi untuk
menempatkan semua peralatan serta dapat memberikan keselesaan kepada pekerja
mahupun pelanggan. Susun atur peralatan adalah seperti lakaran pelan lantai berikut:-

Pejabat Pengurus

Kemudahan komputer

Stor

Bilik Air

Kawasan
membaikpulih
Kemudahan
komputer

komputer

Perkhidmatan mesin
mencetak dan mesin
mengimbas

Kaunter
perkhidmatan
pelanggan

Kawasan
pameran
komputer

Rak Pameran perkakasan


komputer

Faks

Rak pameran
perkakasan komputer
Pintu masuk

SHE 1113 PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN Hamzaniza Nor Bt. Hamdan (D20071029716)

c) Peralatan dan Bahan Mentah


Bagi memastikan perkhidmatan yang baik dan memuaskan dan dapat memenuhi
keperluan kebanyakan pelanggan, PC Dot Com telah menyediakan peralatan-peralatan
seperti computer yang berkapasiti tinggi, mesin pencetak laser berwarna, mesin
pengimbas, mesin faks dan perisian grafik.Selain daripada itu, system sokongan,
program perlindungan dari virus, cakera salinan, perisian tulisan dan clip art turut
disediakan.

Peralatan-peralatan tersebut adalah peralatan yang lazim digunakan oleh


kebanyakan kedai computer seperti PC Dot Com. Sebagai perbandingan harga, sebut
harga daripada 3 orang pembekal telah diperolehi. Pemilihan pembekal tersebut adalah
berdasarkan sebutan harga yang terendah. Pembekal-pembekal bagi PC Dot Com ialah
Universal Station, Ung Ming Equipment dan Media Centre. Tempoh sah bagi sebut
harga ialah selama 1 tahun.

Syarikat Universal Station telah dipilih sebagai pembekal utama kerana


menawarkan harga yang terendah. Syarat-syarat pembayaran bagi Syarikat Universal
Station ialah 25% semasa pesanan dibuat dan bakinya selepas peralatan diterima atau
berdasarkan surta jaminan bank.

Bahan-bahan mentah seperti toner, ink, drum, kertas ivory, art card, kotak plastic
dan alat tulis laidigunakan dan ia boleh diperoleh melalui sumber tempatan dan luar
negara.

10

SHE 1113 PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN Hamzaniza Nor Bt. Hamdan (D20071029716)

PRODUK / PERKHIDMATAN

Kami memilih perkhidmatan berkualiti sebagai garis panduan kami dan


melancarkan strategi untuk menawan hati pelanggan dengan memberi perkhidmatan
berkualiti selepas jualan berbanding dengan strategi harga yang rendah yang diamalkan
oleh pesaing.

Sebagai

pengusaha PC Dot Com, perkhidmatan selepas jualan

atau

perkhidmatan yang disediakan perlulah berterusan. Pengusaha boleh membantu dalam


memberi khidmat nasihat tentang perlunya pengubahsuaian kepada tempahan mengikut
rekaan grafik terbaru yang ada di pasaran. Dengan ini, hubungan baik antara
pengusaha dan pelanggan dapat dibina.

Khidmat pelanggan yang diberi dengan berkesan mampu memberi keselesaan


dan membina keyakinan pelanggan untuk terus setia mendapatkan perkhidmatan yang
ditawarkan. Pelanggan yang berpuas hati dengan layanan dan perkhidmatan yang
diberikan oleh PC Dot Com akan memperkenalkan perniagaan tersebut kepada orang
lain. Keadaan ini dipanggil promosi mulut ke mulut yang dapat mengurangkan kos
promosi dan meningkatkan kadar keuntungan PC Dot Com.

Untuk

melaksanakan

strategi

perkhidmatan,

PC

Dot

Com

juga

memperkenalkan komputer klon. Pasaran komputer berjenama dikawal oleh syarikat


gergasi. Oleh kerana kawalan harga yang amat ketat, margin keuntungan amat sedikit.
PC Dot Com pula tidak dibenarkan menyentuh atau menyenggara masalah yang
berkaitan. Kalau perkara tersebut dilakukan, maka warranty akan batal secara
automatik. Komputer mestilah dihantar kepada pembekal untuk dibaikpulih. Rungutan

11

SHE 1113 PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN Hamzaniza Nor Bt. Hamdan (D20071029716)

pelanggan ialah masa yang diambil untuk kerja baikpulih terlalu lama. Kebanyakan
pelanggan tidak sanggup berpisah lama dengan komputer mereka.

Oleh itu, PC Dot Com bercadang untuk menawarkan produk dan perkhidmatan
untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pengguna. Dengan memperkenalkan
sistem komputer klon, PC Dot Com bebas memilih perkakas yang hendak digunakan.
PC Dot Com System akan mengguna perkakas yang terkini dan harganya yang
berpatutan. Strategi ini berjaya apabila PC Dot Com menerima banyak tempahan
ekoran dari promosi mulut ke mulut yang dilakukan oleh pelanggan PC Dot Com.

Tindakan kerajaan memansuhkan duti import dan cukai jualan serta rebet cukai
pendapatan memberi kesan yang positif kepada PC Dot Com. Segmen pasaran
isirumah (household) diramalkan akan berkembang pesat. Seterusnya persaingan di
kalangan

syarikat

yang

menawarkan

perkhidmatan

INTERNET

memanfaatkan

pengguna dan mencetus permintaan kepada produk IT.

12

SHE 1113 PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN Hamzaniza Nor Bt. Hamdan (D20071029716)

RANCANGAN PEMASARAN
a) Analisis pasaran

Industri teknologi Maklumat mula mencatat perkembangan yang pesat dengan


meningkatnya kepentingan teknologi maklumat (IT) dalam pelbagai aspek perniagaan
dan pendidikan serta kehidupan harian. Teknologi e-mel dan internet telah mengubah
cara hidup manusia.

Kami di PC Dot Com berpendapat kualiti perkhidmatan yang akan menentukan


kejayaan tapi bukannya saiz syarikat. Oleh itu, perkhidmatan berkualiti adalah istilah
keramat bagi syarikat kami.

Komputer adalah barang yang sofistikated. Teknologi komputer dan semua


produk yang bersangkut paut dengan komputer mengalami proses pembaharuan yang
sangat pantas. Oleh kerana sesuatu produk itu boleh menjadi usang dalam masa yang
singkat, maka para pengguna akan menghadapi masalah mengikuti perkembangan
industri teknologi maklumat. PC Dot Com bersedia untuk menjadi pemangkin
masyarakat dalam menghayati gelombang teknologi komputer. Keadaan ini akan
dicapai dengan penawaran pakej komputer yang canggih dan disokong pula oleh
perkhidmatan selepas jualan dan penyenggaraan yang efisien dan boleh dipercayai.

Syarikat ini bermula secara kecil-kecilan dengan membekal komputer kepada


pelajar dan kakitangan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMASI). Perkembangan
seterusnya ialah pembekalan komputer kepada Politeknik Kuching dan beberapa buah
sekolah di sekitar Kota Samarahan. Jualan terus meningkat dan perkhidmatan yang

13

SHE 1113 PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN Hamzaniza Nor Bt. Hamdan (D20071029716)

berkualiti menggamit lebih ramai pelajar dan kakitangan UNIMAS untuk berlanggan
dengan PC Dot Com.

Syarikat ini sedang giat meneroka pasaran baru iaitu agensi kerajaan dan firma
perkilangan di sekitar Kota Samarahan, Bau dan Lundu. Di samping itu perkhidmatan
penyenggaraan juga akan diberi penekanan. Syarikat ini juga ingin menjadi pembekal
kepada pengedar komputer secara serius. Penerokaan segmen ini memerlukan modal
yang banyak. Para pengedar pula sudah pasti akan meminta kemudahan kredit 30 hari.

b) Aspek Pasaran

i) Ciri-ciri Umum Produk/servis dan Pengguna .

Firma menjalankan perniagaan menjual perkakasan komputer dan perisian serta


menawarkan

perkhidmatan

penyenggaraan

komputer.

PC

Dot

Com

juga

menawarkan perkhidmatan mesin mencetak dan mesin mengimbas. Ini dapat


memudahkan pelanggan terutamanya pelajar mencetak atau mengimbas tugasan
mereka.

Di samping menjalankan perkhidmatan yang tersebut diatas, firma juga ada


menawarkan perkhidmatan mesin faks bagi memudahkan pelanggan agensi
kerajaan terutamanya menfaks data-data atau dokumen-dokumen mereka dengan
kadar yang segera. Firma dijangka akan dapat menarik minat ramai pelajar dan
kakitangan kerajaan untuk menggunakan khidmat yang disediakan oleh PC Dot
Com. Ini kerana peranan komputer yang diperlukan bagi setiap manusia.

14

SHE 1113 PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN Hamzaniza Nor Bt. Hamdan (D20071029716)

ii) Pasaran Am

Penggunaan komputer dan teknologi maklumat amatlah diperlukan terutamanya


oleh pelajar-pelajar moden masa kini untuk proses pembelajaran mereka. Ini
adalah kerana proses pembelajaran pada zaman ini banyak memerlukan
penggunaan komputer dan teknologi maklumat. Oleh sebab itu kebanyakan pelajar
menggunakan perkhidmatan yang terdapat di PC Dot Com bagi memudahkan
proses pembelajaran mereka.

Perkembangan industri perkhidmatan pengkomputeran dan teknologi maklumat


pada masa ini adalah amat meyakinkan dan mempunyai prospek yang besar untuk
terus berkembang maju selaras dengan keperluan pelajar seperti yang tersebut
diatas. Perkembangan Belanjawan 2006 yang memberikan kenaikan 15 % kepada
kakitangan kerajaan dan bonus tahunan dengan kadar minima RM 1,000.00 juga
dijangka akan memberi kesan positif kepada perkembangan industri ini.

Walaubagaimanapun, penglibatan usahawan bumiputera dalam industri ini adalah


kurang berbanding dengan bukan bumiputera yang kebanyakannya dimonopoli
oleh kaum Cina. Jika kita lihat dimerata tempat, adalah sukar untuk melihat
perniagaan seperti ini yang diuruskan oleh usahawan bumiputera. Sedikit
sebanyak, usaha pemilik untuk membuka perniagaan menjual perkakasan dan
perisian komputer akan membuka mata masyarakat bumiputera untuk cuba
bersaing dalam industri ini.

15

SHE 1113 PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN Hamzaniza Nor Bt. Hamdan (D20071029716)

iii)

Sasaran Pasaran Syarikat/firma

Pada peringkat awal perniagaan, fokus utama firma adalah tertumpu kepada
pelanggan yang berada di kawasan Kota Samarahan, iaitu Taman Sri Mawar,
UNIMAS, Politeknik Kuching, SMK ST. Joseph, SMK Tun Teja dan Wisma
Persekutuan Kota Samarahan.

Secara amnya, populasi di kawasan-kawasan tersebut didominasikan oleh


penduduk bumiputera. Faktor ini akan memberikan kelebihan kepada firma untuk
memenangi pelanggan-pelanggan dari kaum bumiputera. Oleh itu, lokasi yang
dipilih oleh pemilik bagi menjalankan perniagaannya adalah baik dan berpotensi
besar untuk berjaya.

Lokasi firma berada di kawasan komersial yang berhampiran dengan UNIMAS,


Politeknik Kuching, sekolah-sekolah, agensi-agensi kerajaan akan memberikan
peluang yang besar untuk mendapatkan perhatian pelanggan.

Pelangan-pelangan yang disasarkan mempunyai ciri-ciri berikut:i.

Pelajar universiti (20 hingga 29 tahun)

ii.

Pelajar sekolah (13 hingga 19 tahun)

iii.

Kakitangan kerajaan

16

SHE 1113 PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN Hamzaniza Nor Bt. Hamdan (D20071029716)

c) Ramalan Jualan

Perkara

Prestasi Ramalan Jualan


2005
2006
2007

Keberuntungan (RM000)
Jualan
Untung Sebelum Cukai
Untung Selepas Cukai

81.9
219.8
219.8

527.7
14.7
14.1

1,160.5
28.7
26.5

Ketunaian (RM)
Wang Tunai Masuk
Wang Tunai Keluar
Baki Tunai
Tunai Terkumpul

714.5
488.2
170.0
154.7

611.3
445.8
165.5
165.5

454.4
386.3
68.1
233.6

Keselamatan (RM000)
Harta tetap
Harta semasa
Tanggunggan semasa
Tanggunggan berjangka
Modal & Ikuti

109.3
177.6
30.9
142.7
108.9

102.8
184.3
30.6
135.0
122.4

87.6
252.8
30.3
110.6
200.3

19
65

18
77

17
89

39

43

86

84

82

69

70

71

64.62

3.64

90.55

25

Pulangan Bersih:a) Atas Jualan (%)


b) Atas Harta (%)
c) Atas Pelaburan (%)
Pulangan Kasar Atas
Jualan
Titik Pulangan Modal (%)
Nisbah Kecairan
Nisbah Leveraj

(%)

(%)

17

SHE 1113 PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN Hamzaniza Nor Bt. Hamdan (D20071029716)

d) Strategi pemasaran

Pasaran bagi perniagaan PC Dot Com boleh dibahagikan kepada tiga segmen
penting mengikut kumpulan pelanggan iaitu individu, swasta dan agensi kerajaan.
Promosi tidak terhad kepada penyediaan risalah dan edaran dalam kedai sahaja. PC
Dot Com juga menggunakan pelbagai saluran media pengiklanan sebagai contoh
melalui media cetak dan media elektronik. Selain itu, PC Dot Com menyertai ekspo atau
pameran yang berkaitan dengan perniagaan.

Hasil daripada promosi dan perkhidmatan yang disediakan oleh PC Dot Com,
terdapat beberapa pengedar besar yang telah melantik PC Dot Com sebagai pengedar
sah mereka. Malahan, dalam pengiklanan produk mereka nama PC Dot Com juga
sering dimasukkan. Keadaan ini juga merupakan satu bentuk penghargaan kepada PC
Dot Com kerana walaupun masih muda PC Dot Com sudah pun diberi kepercayaan
untuk mengedar barangan jenama oleh pengedar yang besar.

Dasar produk disesuaikan dengan citarasa dan permintaan pengguna. Iltizam


PC Dot Com adalah untuk memasang komputer peribadi yang berlabelkan logo PC Dot
Com dan disokong dengan perkhidmatan selepas jualan yang berkualiti. Untuk
memberi pilihan kepada pelanggan, PC Dot Com juga menjual sistem komputer
berjenama seperti ACER, HYUNDAI, SIEMENS, PACKARD BELL dan COMPACT.

18

SHE 1113 PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN Hamzaniza Nor Bt. Hamdan (D20071029716)

ANALISIS PESAING

Pembekal-pembekal peralatan komputer mula tumbuh bagai cendawan. Di


sekitar bangunan pusat jualan PC Dot Com sahaja terdapat 5 buah kedai komputer.
Sejak akhir-akhir ini, persaingan bertambah sengit apabila syarikat-syarikat peruncitan
yang dahulunya menjual barangan perabot dan peralatan dapur mula menjual peralatan
komputer pada kadara harga yang sangat rendah.

Pesaing utama bagi PC Dot Com ialah Kedai Acer. Syarikat tersebut mempunyai
kekuatan kerana syarikat tersebut merupakan syarikat franchaisor bagi jenama Acer.
Walau bagaimanapun, perkhidmatan di syarikat tersebut tidak mesra pelanggan
menyebabkan pelanggan kedai tersebut sering mengadu pengurus serta pekerja di
kedai tersebut tidak memberi perkhidmatan selepas jualan yang baik.

Strategi perkhidmatan berkualiti telah membantu PC Dot Com menghadapi


tekanan pesaing. Pesaing mengguna pendekatan cash and carry, harga rendah dan
perkhidmatan tak menentu. Perkhidmatan berkualiti membolehkan PC Dot Com
berhadapan dengan pesaing, malah menarik pelanggan yang kecewa dengan
perkhidmatan yang ditawarkan oleh pesaing. Jualan kembali meningkat dan pendapatan
dari aktiviti penyenggaraan terus meningkat.

19

SHE 1113 PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN Hamzaniza Nor Bt. Hamdan (D20071029716)

RANCANGAN PENGURUSAN

a) Carta Organisasi

Pengurus

Pengurus Kewangan

Pengurus Teknikal

Pekerja Am

Eksekutif Jualan

Pada masa ini, firma diuruskan oleh Cik Farhana sendiri sebagai Pengurus. Beliau
dibantu oleh tiga orang kakitangan dalam kumpulan pengurusan yang mempunyai
kepakaran dalam bidang tersendiri iaitu pengurusan kewangan, pengurusan teknikal
dan eksekutif jualan. Selain itu, firma juga menggunakan khidmat seorang pekerja
am.

20

SHE 1113 PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN Hamzaniza Nor Bt. Hamdan (D20071029716)

b) Latar belakang Pengurus/ Pemegang Saham/ Pemilik

Farhana Bt. Hamzah - Pengurus


Beliau berusia 28 tahun, berkelulusan Diploma Teknologi Maklumat daripada
Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, pada tahun 2001, dan Ijazah Sarjana
Pengurusan juga dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, pada tahun 2003.
pemilik berpengalaman bekerja selama 2 tahun dalam perniagaan komputer di
Syarikat Dell sebagai Pengurus Bahagian Operasi dan Pengeluaran di Syarikat
tersebut pada tahun 2004 hingga 2005.

Beliau amat meminati bidang perniagaan ini sehinggakan beliau telah membuat
keputusan untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan. Tugas utama beliau
ialah membuat kerja-kerja pentadbiran dan pengurusan operasi.

c)

Latar belakang Kakitangan Utama/ Mahir

Encik Hafiz Fairuz B. Hamzah Pengurus kewangan


Beliau berusia 27 tahun, berkelulusan Diploma Perakaunan daripada Universiti
Malaya, Selangor pada tahun 2002. Beliau berpengalaman bekerja selama 1 tahun
di Syarikat Bina Sendiri sebagai pembantu tadbir bahagian kewangan.
Tugas utama beliau ialah menguruskan kerja-kerja perakaunan, kemasukan aliran
wang tunai dalam syarikat, membuat belanjawan tahunan, kunci kira-kira dan
penyata kewangan.

21

SHE 1113 PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN Hamzaniza Nor Bt. Hamdan (D20071029716)

Encik Hanif Fauzan B. Hamzah Eksekutif Jualan


Beliau berusia 25 tahun, berkelulusan Diploma Komunikasi Media daripada
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada tahun 2004. Beliau memppunyai
pengalaman kerja sebagai eksekutif pemasaran di Syarikat Mega Lima selama 1
tahun.
Tugas utama beliau ialah menjalankan tugas stock check, membuat prospecting,
sales presentation dan aktiviti-aktiviti jualan yang lain kepada pelanggan.

Encik Haziq Qayyum B. Hasyim Pengurus Teknikal


Beliau berusia 33 tahun, berkelulusan Diploma Sains Komputer daripada University
of Central Lancashire, UK pada tahun 1994, dan Ijazah Pentadbiran Perniagaan dan
Sarjana Sains Komputer daripada Middlesex University, UK pada tahun 1997 dan
2000. Beliau berpengalaman bekerja selama 5 tahun di Syarikat Dell Sdn. Bhd.
sebagai Pengurus bahagian teknikal.
Tugas

utama beliau

ialah

menguruskan kerja-kerja

di

bahagian

teknikal,

menyenggara dan membaikpulih komputer.

d) Latar belakang Kakakitangan Separuh Mahir/ Kurang Mahir

Cik Farishah Ain Pekerja Am


Beliau berumur 21 tahun dan berkelulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
pada tahun 2006. Tugas beliau adalah bagi memastikan keadaan firma sentiasa
bersih, kemas dan selesa kepada pelanggan.

22

SHE 1113 PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN Hamzaniza Nor Bt. Hamdan (D20071029716)

RANCANGAN KEWANGAN

a) Kos Permulaan Projek

Kos permulaan minimum bagi memulakan perniagaan PC Dot Com dianggarkan


melebihi RM 50,000.00. Memandangkan perniagaan PC Dot Com adalah perniagaan
bersaiz besar, peralatan asas yang digunakan terdiri daripada 5 unit komputer, 2 mesin
pencetak, mesin pengimbas, alat pemotong, dan perisian grafik. Selain itu, mesin ink-jet
berskala besar turut disediakan. Dengan adanya mesin ini, pelanggan dapat membuat
kain rentang atau poster.

PC Dot Com memperoleh sumber kewangan daripada kemudahan overdraft


(OD) Bank Bumiputera Malaysia Berhad (BBMB), dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Selain itu, sumber kewangan juga adalah daripada simpanan sendiri, ahli keluarga, dan
kredit dari pembekal.

23

SHE 1113 PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN Hamzaniza Nor Bt. Hamdan (D20071029716)

b) Penyata Kewangan

Jadual 1 : Perangkaan Kewangan

Tahun

Jualan
(RM)

Keuntungan
Sebelum Cukai (RM)

Untung Bersih
(RM)

2006
2007
2008

81,922.10
527,766.90
1,160,525.60

2,198.96
14,767.74
28,725.54

2198.96
14,139.51
26,567.84

Jadual 2 : Nisbah Kewangan

Tahun

2006
2007
2008

Nisbah
Kecairan

Nisbah
Leveraj

64.62%
3.64%
90.55%

2%
25%
1%

Pusing Ganti
Aset
2.62
14.64
18.76

Pusing Ganti
Inventori

Margin
Keuntungan

Pulangan
atas
Pelaburan

2.74
16.67
61.62

3%
3%
2%

7%
39%
43%

Rajah 3 : Ramalan Jualan Tahunan 2006-2008


2,000,000.00
1,500,000.00
1,000,000.00
500,000.00
0.00
2006

2007

2008

24

SHE 1113 PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN Hamzaniza Nor Bt. Hamdan (D20071029716)

Rajah 4 : Untung Selepas Cukai


30,000.00
25,000.00
20,000.00
15,000.00
10,000.00
5,000.00
0.00
2006

2007

2008

c) SumberKewangan

1. Aset, Tanggungan & Ekuiti.


i.

Jumlah Harta (Kos Projek)

PERKARA

SEDIA ADA
(00/0/00)
(DERAF)
RM'000

a)
b)
c)
d)
e)

JUMLAH
BARU
RM'000

RM'000

Ubahsuai
Peralatan
Deposit sewa
Pra-Operasi
Modal Kerja Bersih

50,000
68,000
9,600
1,000
50,000

28
38
5
1
28

50,000
68,000
9,600
1,000
50,000

28
38
5
1
28

JUMLAH

178,600

100

178,600

100

ii.

Jumlah Tanggungan dan Ekuiti (Sumber pembiayaan)

25

SHE 1113 PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN Hamzaniza Nor Bt. Hamdan (D20071029716)

PERKARA

SEDIA ADA
(00/0/00)
(DERAF)
RM'000
%

Modal Sumbangan
Untung/(Rugi) Terkumpul
Overdraf
Pinj BPIMB Harta tetap
M.
Kerja
JUMLAH

JUMLAH

BARU
RM'000

RM'000

43,600

24

43,600

24

118,000
17,000

66
10

118,000
17,000

66
10

178,600

100

178,600

100

Nota i : Perkiraan Modal Kerja :SEDIA ADA


(RM000)

BARU
(RM000)

JUMLAH
(RM000)

PERKARA
Siberhutang (bln)
Stok
- Bahan Mentah (3 bln)
- Barangan Dalam Proses (bln)
- Barangan Siap (bln)
Tunai operasi (3 bulan) *
Lain-lain
Jumlah
Tolak : Sipiutang ( bln)
KEPERLUAN MODAL KERJA
BERSIH

9,000

9,000

41,000

41,000

50,000

50,000

50,000

50,000

100
101
102
103
104
105
106
107
108

26

SHE 1113 PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN Hamzaniza Nor Bt. Hamdan (D20071029716)

109 * Pengiraan tunai untuk menampung operasi selama 3 bulan pertama seperti

be
Gaji
Sewa
Sewa hawa dingin
Telefon
Air/letrik
Pemasaran & promosi
Lain-lain

RM21,000
RM9,600
RM1,200
RM1,500
RM2,100
RM2,700
RM2,900

Nota ii : Kos Projek (Baru atau tambahan) Dan Sumber


Pembiayaannya

Bil

HARGA / KOS

SUMBER PEMBIAYAAN

PERKARA
BBMB

1
2
3
4
5

Peralatan
Ubahsuai
Deposit sewa
Pra-operasi
Modal kerja

Jumlah

68,000

68,000

50,000

50,000

Sumbanga
n

9,600

9,600

1,000

1,000

50,000

17,000

33,000

178,000

135,000

43,600

27

SHE 1113 PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN Hamzaniza Nor Bt. Hamdan (D20071029716)

b.

Prestasi Lepas/Dijangka

Syarikat PC Dot Com


Penyata Untung Rugi
Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2006
Hasil
Jualan kasar
Tolak: Pulangan Jualan
Diskaun Jualan
Jualan bersih

81,922.10
15 000
5 000

20 000
380 000

Tolak: Kos barang dijual


Inventori awal 1 Januari
Belian
Angkutan masuk
Kos barang untuk dijual
Tolak inventori akhir 31 Disember
Kos barang dijual
Untung Kasar
Tolak Belanja Operasi
Gaji
Komisen
Pembaikan
Sewa
Pengiklanan
Faedah pinjaman
Bekalan pejabat
Insurans
Utiliti
Susut nilai
Lain-lain belanja
Jumlah belanja operasi
Untung sebelum cukai
Tolak: Cukai
Pendapatan bersih

50 000
95 000
5 000

100 000
150 000
70 000
80 000
300 000

100 000
25 000
15 000
30 000
10 000
5 000
2 000
2 000
5 000
2 000
4 000
200 000
2198.96
0
2198.96

28

SHE 1113 PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN Hamzaniza Nor Bt. Hamdan (D20071029716)

Syarikat PC Dot Com


Penyata Untung Rugi
Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2007
Hasil
Jualan kasar
Tolak: Pulangan Jualan
Diskaun Jualan
Jualan bersih
Tolak: Kos barang dijual
Inventori awal 1 Januari
Belian
Angkutan masuk
Kos barang untuk dijual
Tolak inventori akhir 31 Disember
Kos barang dijual
Untung Kasar
Tolak Belanja Operasi
Gaji
Komisen
Pembaikan
Sewa
Pengiklanan
Faedah pinjaman
Bekalan pejabat
Insurans
Utiliti
Susut nilai
Lain-lain belanja
Jumlah belanja operasi
Untung sebelum cukai
Tolak: Cukai
Pendapatan bersih

527,766.90
14 000
6 000

20 000
405 000
50 000

90 000
5 000

95 000
145 000
75 000
75 000
330 000

100 000
25 000
15 000
30 000
10 000
5 000
2 000
2 000
5 000
2 000
4 000
200 000
14,767.74
628.23
14,139.51

29

SHE 1113 PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN Hamzaniza Nor Bt. Hamdan (D20071029716)

Syarikat PC Dot Com


Penyata Untung Rugi
Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2008
Hasil
Jualan kasar
Tolak: Pulangan Jualan
Diskaun Jualan
Jualan bersih
Tolak: Kos barang dijual
Inventori awal 1 Januari
Belian
Angkutan masuk
Kos barang untuk dijual
Tolak inventori akhir 31 Disember
Kos barang dijual
Untung Kasar
Tolak Belanja Operasi
Gaji
Komisen
Pembaikan
Sewa
Pengiklanan
Faedah pinjaman
Bekalan pejabat
Insurans
Utiliti
Susut nilai
Lain-lain belanja
Jumlah belanja operasi
Untung sebelum cukai
Tolak: Cukai
Pendapatan bersih

1,160,525.60
13 000
5 000

18 000
432 000
50 000

95 000
5 000

100 000
150 000
78 000
72 000
360 000

100 000
25 000
15 000
30 000
10 000
5 000
2 000
2 000
5 000
2 000
4 000
200 000
28,725.54
2157.70
26,567.84

30

SHE 1113 PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN Hamzaniza Nor Bt. Hamdan (D20071029716)

RUMUSAN

Setiap perniagaan berhadapan dengan risiko. Risko yang dihadapi kadangkala


begitu tinggi dan kadangkala begitu rendah. Begitu juga dengan perniagaan PC Dot
Com. Namun, ia tidak mematahkan semangat pemilik PC Dot Com untuk memajukan
lagi syarikat ini. Seterusnya mengembangkan lagi perniagaan ini di peringkat yang lebih
tinggi. Hal ini kerana produk PC Dot Com yang berdaya mauj serta perkhidmatan
berkualiti yang disediakan oleh PC Dot Com boleh membawa nama PC Dot Com ke
tingkat yang lebih tinggi di mata masyarakat.

Selain itu, perniagaan PC Dot Com yang berdaya saing dan daya tahan juga
akan membolehkan PC Dot Com menghadapi persaingan dan perubahan persekitaran
semasa bagi memastikan perniagaan ini terus kekal di pasaran dan berkembang maju.

Kekuatan PC Dot Com dari segi pengurusan dan kakitangan yang berwibawa
dan komited akan memberikan kelebihan kepada PC Dot Com berbanding syarikat lain.
Sokongan kewangan yang mencukupi dan jaringan hubungan strategic PC Dot Com
dengan syarikat-syarikat lain juga membolehkan perniagaan PC Dot Com terus gah di
bidang perniagaan ini.

Perkhidmatan yang berkualiti dan terbaik kepada pelanggan menjadi kunci


utama bagi PC Dot Com untuk mengekalkan pelanggan yang ada seterusnya menarik
lebih ramai lagi pelanggan untuk menikmati perkhidmatan yang disediakan oleh PC Dot
Com.

31

SHE 1113 PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN Hamzaniza Nor Bt. Hamdan (D20071029716)

BIBLIOGRAFI

Abu Bakar Hamed (2003). Keusahawanan : Pengurusan Perniagaan Kecil,

Konsep

dan Amalan (Manuskrip). Sintok : Universiti Utara Malaysia.


Abu Bakar Hamed, Rismala Daud dan Siti Nabila Abdul Khalid. (1996).
Asas Pengurusan Perniagaan. Sintok : Universiti Utara Malaysia.
Griffin, R. W. S. dan Elbert, R. J. (1991). Bussiness (Second Edition). New Jersey :
Prentice Hall.
Nek Kamal Yeop Yunus dan Hail Hilman Abdullah. (2005). Pengurusan Peruncitan
(Konsep, Strategi dan Kes). Kuala Lumpur : Pearson Prentice Hall.
Rancangan Perniagaan (2007). Diperoleh September 13, 2007 daripada http://
www.skorcareer.com
Perniagaan Komputer (2007). Diperoleh September 13, 2007 daripada http://
www.medc.gov.my

32

You might also like